Wednesday, November 9, 2011

Kos Membunuh Seorang Muammar Gaddafi.......


Berapa agaknya kos untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang memerintah Libya selama 42 tahun tanpa ada sesenpun hutang dengan IMF maupun Bank Dunia?
Pada thun 2009 Gaddafi telah memeterai perjanjian dengan US dengan mengizinkan kemasukan beberapa syarikat korporat Amerika dan kelulusan diperolehi bagi melatih pegawai-pegawai keselamatan Libya dan juga orang awam.
Dan kemudiannya para pegawai yang telah dilatih tersebut jugalah yang sebenarnya bertukar menjadi askar pemberontak dan seterusnya menjatuhkan pemerintahan Muamaar Gaddafi sehingga dia mati dibunuh.

Seburuk-buruk kepimpinan Libya, sebanrnya dia berjaya mentadbir negara tersebut sehinggakan berbagai kemudahan telah diberikan kepada rakyatnya yang sudah pasti selepas ini tidak akan dapat lagi diperolehi daripada pimpinan pro-US yang telah mengambil alih.
Keseluruhan kos yang dikeluarkan oleh tentera Amerika dan juga tentera British untuk membunuh seorang manusia bernama Gaddafi adalah sebanyak USD2 Billion ! sedangkan negara Amerika sedang menuju ke arah muflis yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Baca laporan daripada The Guardian Sri Lanka di bawah:

The cost of killing Gaddafi

  


by Shenali Waduge 
  (October 21, Colombo, Sri Lanka Guardian) In 2009 Libya was a friend to the US so much so that Libya allowed several US corporate giants to enter & approval was given for training of Libyan security personnel & civilians. These were the civilians that eventually became rebels given arms by the West to overthrow Gaddafi in a movement called liberating Libya . Arming locals has become a new strategy to avoid deaths to coalition forces while NATO is tasked to take on the indiscriminate air strikes. So what has been the cost for killing a man who has ruled a nation for 42 years without debt to the IMF or the World Bank? It took 8 months for US-NATO to take over Libya, the pro-US Libyan Government may celebrate & rejoice but that celebration is as short-lived as the jubilations in Iraq & Egypt where the people are beginning to realize their country would have still been better off with Saddam Hussein & Hosni Mubarak! 

  
 "Let all US-NATO nations realize that the people of the world are no fools. Citizens of these nations may be fooled since mainstream media have blinded them with lies &false versions to brainwash them but nemesis for the innocent deaths will follow US-NATO & their leaders for the destruction they are doing to the people, the environment & to nations throughout the past decade." 
The world needs to know that Gaddafi gave Libyans. Education in Libya is free to everyone from elementary school right up to university and post-graduate study, at home or abroad, Libyans enjoy free health care, ratio of one doctor per 673 citizens. Libyans are given interest free housing loans, free land for farmers. In 2010, Libya ranked 53rd on the Human Development Index (out of 170 U.N. member states), making it a high human development country, electricity is free for all its citizens. if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price. price of petrol in Libya is $0.14 per liter. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion “ now frozen globally A mother who gave birth to a child receives US$5,000 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15 25% of Libyans have a university degree, All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000) by the government to buy their first apartment so to help start up the family. Prior to the international sanction placed on Gaddafi & Libya in the 1980s, it was one of the richest in the world by GDP per capita “ with a living standard higher than Japan. It was the richest in Africa before the revolution. Libya is the only country in North Africa where terrorists do not exist. Fundamentalists have no voice whatsoever in Libya. Not a single terror-incident has been recorded in Libya during Gaddafis regime. Gaddafi is no saint but the above examples show that the qualities of leadership that made Libya what it was need to be benchmarked against what the US & West have in store for Libya that has been purposely destroyed to advance the agenda of the West.   
  
  With the death of Gaddafi the most important question is where are the 50,000 people that Gaddafi is supposed to have killed prior to US-NATO forces attacking Libya? Clearly the genocide claim is a lie “ a little too late as the objective of killing Gaddafi has been achieved. 

  The number of civilian casualties as a result of US-NATO air strikes, rebel attacks & pro-Government forces range between 1000 & 10,000. These remain only â€Å“estimates†. Mainstream media has erred in blaming deaths caused by pro-Gaddafi totally ignoring the reality that the majority of deaths would have resulted by the indiscriminate bombing by US-NATO air strikes. NATO cannot deny that it has purposely targeted civilian infrastructure – hospitals (Al-Tajura Hospital & Saladin Hospital in Ain Zara), power generating facilities, water purification systems, tv stations & other communication networks, civilian airports, schools, government buildings & residential complexes. The purpose of such bombings is obviously to destroy the country's institutions. The UN Human Rights organization or other human rights bodies seem to care little for the realism behind the exercise of freeing Libya & at the fatalities that has been caused by NATO which has no mandate whatsoever to carry out air strikes on Libya. What these international bodies are doing to humanity is a shame & a crime for which all of them must be tried for holding office & remaining silent over crimes taking place under false motives & concocted lies. 

   
  Thus the humanitarian bombing campaign part of the R2P agenda is part & parcel of a new military strategy carved by the West & a major component of this strategy is to destroy civilian infrastructure. This methodology was applied in Yugoslavia & Iraq where bridges, power plants, water systems, cultural & historical heritages, schools & hospitals were all identified as legitimate military targets validated in advance. In Yugoslavia the civilian economy was the target. 

  The US military intervention in Libya has cost America USD896million. While UK tax payers have to fork out £200m & likely to cost up to £1bn & rising just to kill one man! In all the operation to free Libya of Gaddafi would have cost USD2billion.   

  The USA is morally and financially broke, uneducated and sick but it is its arrogance that continues to think that all nations must bow down to US dictates. Gaddafi's Libya will soon find out what it is like to live in a country without Gaddafi's charisma in a country that is soon likely to be fleeced by the West. Where people will be broke, without money, hungry, paying for all services but reminded all the while that they are free, liberated & enjoying the fruits of human rights . In the meanwhile, the US will ensure friction amongst tribes in Libya so that turmoil will prevail just like they are doing in Iraq & Afghanistan while Western oil giants cease the oil, gold & all natural resources that Libya possesses which in reality was the reason for the whole exercise of humanitarian intervention. 
  
  It is not difficult to comprehend the trend that is taking place & the dangers of the West's financial turmoil will mean further humanitarian operations on targeted nations & the basis for the next stop being Syria is already under way. 

  Let all US-NATO nations realize that the people of the world are no fools. Citizens of these nations may be fooled since mainstream media have blinded them with lies & false versions to brainwash them but nemesis for the innocent deaths will follow US-NATO & their leaders for the destruction they are doing to the people, the environment & to nations throughout the past decade.  SOURCE:- Srilanka Guardian

Tuesday, November 8, 2011

Masa depan orang Seletar: Siapa yang endah?


Yow Chong Lee 

 
Golongan minoriti sering dipinggirkan oleh pemimpin (kerajaan) dan masyarakat dengan sebab "mereka tidak bernilai untuk diendahkan".  Tidak kira daripada segi perancangan pembangunan mahupun peruntukan kepada mereka.  Lebih teruk lagi, mereka selalu menjadi mangsa diskriminasi.  Apatah lagi masa depan mereka?

Begitulah masalah yang dihadapi oleh sekumpulan komuniti minoriti yang bilangan mereka tidak melebihi 2,500 orang, yakni orang Seletar (orang asal - orang laut) yang mendiami di sekitar Selat Johor.

Orang Seletar, berlainan dengan orang asal yang mendiami di hutan, banyak bergantung kepada laut untuk kesinambungan hidup mereka.  Disebabkan bilangan mereka yang kecil, mereka selalu diabaikan.  Satu contoh yang ketara adalah keadaan kemudaan asas - tiada kemudahan air, elektrik, pendidikan dan kemudahan kesihatan yang lengkap - disediakan kepada komuniti orang Seletar.

Saya dengan beberapa teman yang lain sempat berkunjung ke kampung-kampung orang Seletar yang lain dan melihat dengan mata kami sendiri - jalan tar yang disediakan tamat baik sebelum kampung orang Seletar; tiada kemudahan air dan elektrik yang lengkap.

Kesannya, mereka terpaksa minum air hujan atau air kolam yang kotor dan menggunakan penjana elektrik yang memerlukan diesel untuk membekalkan elektrik dari pukul 6 petang ke 12 tengah malam yang kosnya mencecah RM300 sebulan.  Tambahan lagi, hampir semua rumah yang dimiliki oleh komuniti orang Seletar adalah usang dan terdedah kepada ancaman angin kuat dan hujan lebat.

Selain itu, keadaan mereka bertambah teruk apabila ramai kanak-kanak orang Seletar tidak dapat menerima pendidikan asas disebabkan faktor jarak, dan anak-anak Seletar tidak mahu dipandang rendah oleh rakan-rakan sekelas yang lain.  Ada juga kanak-kanak orang Seletar yang memilih untuk tidak ke sekolah kerana mahu membantu ibu bapa mereka mencari rezeki.

Kami juga berpeluang untuk melawat sebuah kampung orang Seletar di Johor Bahru untuk mengadakan tayangan filem hak asasi manusia kepada masyarakat di situ.  Tayangan yang diadakan telah dihadiri lebih daripada 150 orang kampung daripada pelbagai lapisan umur - kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.  Dua filem yang berunsur memperjuangkan hak-hak orang asal, yakni "Hak Dinafikan" dan "Lot,Umah Am" ("Laut, Rumah Saya") telah ditayangkan.

Perbincangan telah diadakan sebaik sahaja tayangan dokumentari diadakan.  Sesungguhnya, perbincangan merupakan kaedah yang berkesan untuk kita memahami satu sama lain, dan lebih penting lagi, ia merupakan proses memperkasakan nilai-nilai demokrasi mahupun hak asasi manusia di kalangan peserta.

Beberapa peserta telah memberanikan diri mereka untuk bersuara.  Kami dimaklumkan oleh wakil orang Seletar di kampung tersebut, bahawa adalah sesuatu yang baru untuk komuniti mereka menyuarakan pendapat.

"Kehidupan kami banyak terjejas disebabkan oleh projek pembangunan yang berdekatan dengan tempat tinggal kami", kata seorang peserta yang merujuk kepada masalah pencemaran yang telah menjejaskan hasil tangkapan laut mereka.

Ekoran daripada projek pembangunan yang tidak mengambil kira kesinambungan alam sekitar, mahupun keprihatinan orang asal di sekitar kawasan pembangunan itu, orang Seletar terpaksa menanggung kesan pembangunan tersebut.

"Saya kena (terpaksa) mencari duit tambah dengan mencuci pinggan mangkuk di restoran demi menampung kos hidup keluarga yang makin tinggi sekarang", kata seorang peserta wanita merujuk kepada hasil tangkapan suaminya yang kian merosot sejak projek pembangunan diadakan di kawasan kediaman mereka.

Ke manakah peruntukan untuk orang Seletar?

Sesungguhnya, tidak dinafikan bahawa kerajaan, melalui Jabatan Kemajuann Orang Asli (JKOA) telah berusaha untuk membantu kumpulan terpinggir seperti komuniti orang Seletar ini.  Namun, keberkesanan menyalurkan bantuan kepada mereka telah menjadi persoalan di sini.  Ke manakah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada orang asal melalui JKOA?

Namun begitu, yang lebih mustahak buat Orang Asal, adalah sama ada hak-hak mereka dijamin dan diperkasakan dari semasa ke samasa.  Peruntukan yang disalurkan untuk menyediakan kemudahan asas juga patut digunakan untuk mendidik Orang Asal mengenai hak-hak asasi mereka agar mereka tidak mudah ditindas mahupun dipinggirkan pada masa akan datang.

Dilema Orang Seletar

Juga menarik perhatian kami adalah, ramai orang Seletar turut terjerat dalam dilema di mana mereka perlu memilih sama ada perlu mengubah gaya hidup mereka (menjadi orang "moden" seperti warganegara Malaysia yang lain) ataupun terus menjalani gaya hidup mereka yang juga bermakna akan diabaikan oleh kerajaan yang tidak mengambil berat terhadap mereka.

"Apa yang kami mahu hanyalah kemudahan asas dan tidak lebih daripada itu", tambah wakil komuniti orang Seletar yang juga menyertai tayangan komuniti Freedom Film Fest 2011 anjuran Pusat KOMAS.

Persoalan di sini - siapakah yang menjurus kepada dilema berkenaan dan mengapakah orang Seletar (Orang Asal) perlu menghadapi dilema tersebut sedangkan mereka, sebelum ini, bagaikan raja di atas laut yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai laut.  Dengan pengetahuan yang sedia ada, mereka sepatutnya berupaya untuk menikmati pemberian Tuhan (hasil laut/hutan) yang lumayan.

Semua ini telah membuatkan kami merenungi nasib dan masa depan orang Seletar yang juga merupakan warganegara kita.  Nasib dan masa depan orang Seletar, siapa yang endah?

*Yow Chong Lee adalah Pembantu Koordinator Freedom Film Fest, Pusat KOMAS - sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia dengan menggunakan media popular seperti video, dokumentari dan komik.  Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong Freedom Film Fest yang telah menjayakan festival filem tersebut.

"Lot, Umah Am" merupakan sebuah dokumentari yang dihasilkan oleh Liaw Pey Wen dan ahli krew produksinya.  Dana untuk dokumentari beliau dan festival filem hak asasi tahunana Malaysia, Freedom Film Fest disumbangkan oleh European Union.  Gambar yang dilampirkan merupakan sumbangan ikhlas daripada Shafie Dris.

Umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah ada masalah dengan homosexual...

Abd Rahman Koya


Saya merujuk artikel "Dari isu Hudud ke Homoseksual: Pakatan Rakyat mula terperangkap" oleh Lim Hong Siang.

Saya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan beberapa hujah penulis dalam artikel ini.  Cuma beliau membuat satu kesilapan dengan merumuskan bahawa masyarakat bukan Islam "lebih toleransi" terhadap golongan homosexual, dalam erti kata lain, masyarakat Islam lebih "tidak toleran".  Ini mungkin disebabkan penulis tidak memanjangkan kajian tentang pergerakan menuntut hak homosexual ini dan sejarah makro di sebaliknya.

Sebenarnya, umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah ada masalah dengan homosexual, iaitu kini dinamakan oleh media yang kononnya politically correct dengan pelbagai nama, contohnya "LGBT".  Perkataan "gay" dan "queer" pula adalah ciptaan baru, sedangkan mereka ini dahulu dikenali sebagai "sodomites" dan "homosexuals".

Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis.

Perlu diingat bahawa Revolusi Perancis merupakan satu "time mark" kepada perubahan yang berlaku terhadap "worldview" dan tata kehidupan Barat.  Agama dalam erti kata ia sebagai perundangan moral telah tidak lagi dinamakan sebagai asas peradaban mereka (meskipun adalah benar ia masih dieksploitkan oleh golongan yang kononnya "sekular").  Dalam obsesi untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan merungkai kesalahan-kesalahan agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama mereka untuk menjustifikasikan Revolusi Perancis.

Sebenarnya, rasa benci terhadap agama dalam Revolusi Perancis adalah kerana agama Kristian dicampur adukkan dengan raja-raja mereka, dan kebencian terhadap kezaliman raja yang selaku ketua agama telah bertukar menjadi kebencian terhadap agama itu sendiri (senario di Malaysia tidak banyak beza, dan golongan ulama perlu ambil perhatian!).

Berbalik kepada isu LGBT, pergerakan menuntut hak asasi untuk golongan ini adalah sebenarnya suatu "non-issue" di dunia Islam, kerana golongan ini bukan sahaja tidak dilihat terang-terangan di jalan raya, sehinggalah pergerakan ini timbul.  Kini ada usaha menamakan mereka ini sebagai sebuah "komuniti", seperti mana dilakukan pergerakan menuntut hak oleh sekutu-sekutu mereka di Barat.

Di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak homoseksual ini seolah-olah menjadi satu syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak asasi.  Lebih menarik, pejuang-pejuang utama di sebaliknya bukanlah dari kalangan homosexual sendiri.  Seperti juga mereka yang selalunya mengutuk mereka yang mengkritik anti-Israel mahupun Yahudi, sebenarnya kebanyakannya bukan dari golongan Yahudi sendiri.  Mengapa ini berlaku?

Seperti yang disebut tadi, ini bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun Barat terhadap perbuatan masa lampau mereka yang memerangi golongan gay ini dan menindas mereka, malah membunuh mereka.  Perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam Islam, dan kalaupun ada, bukan didalangi ulama.

Di zaman kegemilangan Islam sekalipun, tidak pernah ada pergerakan yang khusus dan sistematik untuk melawan gay dan homosexual, walaupun dunia Islam bukan terkecuali daripada masalah liwat dan gay.  Malah, kalau dilihat di balik tabir, memang ramai yang mengamalkan kehidupan homosexual di dunia Islam khasnya di dunia Arab.

Di sinilah Syariah memainkan peranan, dengan tidak menjadikan golongan ini sebagai "mainstream", dan hanya mengambil tindakan sekiranya golongan ini melakukan perbuatan mereka secara terbuka.  Begitu juga, tamadun Islam telah lama bertoleransi dengan golongan ini dengan ertikata mereka tidak ditindas dan hak asasi mereka sebagai manusia tidak dipersoalkan, seperti juga Islam tidak pernah mempersoalkan hak asasi golongan yang menyembah berhala, biarpun itu adalah salah satu dosa besar dalam Islam yang dikategorikan sebagai syirik, lebih serius dari dosa pasangan sejenis.

Tetapi ini bukan kesnya di Barat, yang sering ada kumpulan-kumpulan vigilante yang melakukan keganasan terhadap golongan yang dibenci mereka.  Kumpulan-kumpulan ini pula didalangi oleh golongan fundamentalis dan agamawan. (Dahulu serangan mereka adalah ke atas homosexual dan Yahudi, kini umat Islam telah menggantikan tempatnya, lebih-lebih lagi selepas era kebangkitan moden Islam yang bermula dengan Revolusi Islam Iran dan selepas peristiwa 911).

Kini, sebagai menutup kepincangan dan perbuatan mereka yang dulu, kita lihat satu gerakan yang sistematik dan kuat di Barat untuk mengakui kezaliman yang dilakukan terhadap golongan homosexual, dan mulalah digubal perundangan yang menamakan gay sebagai "komuniti", malah memberikan mereka hak berkahwin.  Bukan itu sahaja, sifat homosexual dan potensi pemasarannya juga telah dihidu oleh Hollywood dan menular di dalam agenda seksualiti karya dan produk mereka, dengan mengkomersilkan aksi-aksi homosexual seperti lesbian.  Ini kerana ada pasaran untuk golongan ini.  Pasaran ini adalah sebuah pasaran baru yang dicipta oleh pergerakan hak asasi "LGBT" dan pengiktirafan perundangan yang diberikan kepada mereka.

Begitu juga dengan sikap Barat dalam isu Palestin.  Ini bertitik tolak dari sikap anti-Semitik di Barat sendiri, yang memuncak di zaman Hitler yang mahu membunuh beramai-ramai rakyat keturunan Yahudi.  Dan sekarang, apa yang terjadi ialah Barat sendiri menghukum diri mereka terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas komuniti Yahudi di Eropah dulu, dengan menyokong malah memaksa pembentukan negara Israel untuk Yahudi.  Bukan itu sahaja, dalam usaha melupakan kezaliman mereka sendiri ke atas kaum minoriti Yahudi di Eropah dulu, beberapa negara telah menggubal undang-undang khusus melarang sebarang bentuk kritikan terhadap Yahudi dan Israel dan menjadikan satu kesalahan untuk mempersoalkan Holocaust, seperti di Perancis, iaitu salah sebuah negara utama Yahudi dizalimi pada awal dan pertengahan abad ke-20.  Di Amerika Syarikat pula, tidak perlu lagi dihuraikan apa yang berlaku, di mana lobi Zionis yang selalunya menyamar sebagai pertubuhan agama Yahudi, mempunyai kuasa menentukan hala tuju politik dan ekonomi negara kuasa besar itu.

Rumusan saya ialah pergerakan hak asasi LGBT di Barat seperti juga sokongan mereka yang tak terbelah bahagi kepada Yahudi (dan kini Zionisme) adalah bertitik tolak dari "collective psyche" dan "collective feeling of guilt" (rasa bersalah) terhadap apa yang mereka sendiri pernah lakukan terhadap golongan ini.

Ini adalah satu lampiran sejarah yang perlu diberi perhatian bilamana kita mahu berhujah tentang pergerakan LGBT.

Sebagai seorang Muslim, saya rasa kita umat Islam tidak perlu mengulangi sesuatu yang sudah obvious: contohnya, dengan mengatakan bahawa Islam melarang amalan homosexual.  Itu sesuatu yang terlalu nyata malah telah pun ditetapkan Al-Qur'an.  Oleh itu, cara menangani debat yang diwujudkan ini adalah dengan memperdepankan soalan ini: Di manakah sejarah kezaliman tamadun Islam terhadap golongan Yahudi dan homosexual yang memerlukan sebuah pergerakan untuk menjunjung hak asasi mereka?  Bukankan golongan homosexual kini dalam keadaan lebih bahaya dengan adanya pergerakan hak asasi untuk LGBT?  Selama ini, mereka menjalankan kehidupan dengan senyap tanpa menuntut apa-apa, sehinggalah wujud golongan bukan-homosexual yang cuba memobilasi mereka dan mengenengahkan mereka ke dalam masyarakat.

Sebagai Muslim, perlu ada ijtihad dan maqasid diguna pakai dalam menangani gelombang LGBT, yang bukannya besar, tetapi diperbesarkan oleh media.  Seperti juga isu murtad (di mana ada yang mendakwa beratus ribu telah murtad sedangkan ini bukan kesnya), lebih elok sekiranya kita kenal saiz dan kekuatan musuh kita sebelum kita membuat perancangan bagaimana memerangi mereka.
Baca: Dari isu Hudud ke Homoseksual: Pakatan Rakyat mula terperangkap

*Abd Rahman Koya adalah editor Islamic Book Trust, yang menerbitkan buku-buku dan karya-karya berorientasikan Islam dalam Bahasa Inggeris (www.ibtbooks.com).

Benar! Sokong 100%...

Mahfuz: Pentadbiran awam lebih cekap tanpa politik
Segala kepincangan dalam perkhidmatan awam hari ini bukan kerana salah kakitangan awam tetapi adalah akibat salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap serta tidak bijak, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

NONE"Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya dipetik akhbar rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran yang menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa.

"Amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa ketua setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah.

azlan"Kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa ketua setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat," katanya.
Optimumkan pulangan

Selain campurtangan politik, Mahfuz berkata setakat ini, tidak pernah terdapat laporan tentang usaha bagi mengaih-agihkan tenaga kerja secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan untuk mengoptimumkan pulangan.

"Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya.

civil servants 200404Justeru, kata pemimpin kanan PAS itu lagi, perkhidmatan awam sebenarnya boleh mempelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.

Harakahdaily juga memetik Mahfuz yang menafikan dakwaan dan laporan media arus perdana bahawa Pakatan Rakyat bercadang mengurangkan kakitangan awam yang berjumlah lebih sejuta orang buat masa ini.

Sebaliknya, gabungan itu, menurut beliau, menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam sekarang.

"Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak.

NONE"Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Sejak kebelakangan ini, media-media arus perdana milik BN dan Umno menjadikan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kiri) sebagai sasaran kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.
'Melayu lebih sedikit'

Malah, akhbar Utusan Malaysia memilih menjadikan kenyataan itu sebagai isu perkauman dan terus membidas pemimpin Pakatan.

“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

NONE“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (kanan) dipetik sebagai berkata kepada akhbar milik Umno itu, hari ini.

Utusan Malaysia
juga menyiarkan kenyataan bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd. Noor yang berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

“Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam PAS.

budget2004 civil servants‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya dipetik akhbar berkenaan.
Malaysia mempunyai lebih sejuta kakitangan awam atau kira-kira 4 peratus daripada jumlah penduduk negara yang dianggap antara tertinggi di dunia.

Sejak Beratus Tahun Kita Menjalankan Ibadat Korban...Siapa Mereka Nak Mengajar Ibadat Ugama Lain?

Mufti pula minta MCCBCHST usah campuri urusan lain
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kecewa dgn tindakan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mengeluarkan pandangan rasmi mengarahkan umat Islam supaya tidak meneruskan amalan korban secara terbuka.

NONE“Ini jelas mengarahkan urusan ritual agama lain. Lebih baik jangan campur, dan kalau ada terkilan sedikit sebanyak, lebih baik selesai secara tertutup, jika rasa terganggu.

“Malaysia sudah merdeka begitu lama dan kita dah hidup rukun damai cukup lama, jadi jangan  kecohkan hal macam ini,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada Malaysiakini.

MCCBCHST pada Jumaat lalu melalui satu kenyataan media menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

Menurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

"Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

hari raya haji, slaughtering of cows, korban"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam.

"Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan MCCBCHST itu lagi.
Tindakan ekstrim

Bagi Dr Juanda, beliau bimbang tindakan sebegini akan dibalas dengan tindakan ekstrim daripada pihak yang satu lagi.

“Sebagai sebuah kesatuan yang ada intelektualnya, sewajarnya mereka lebih bijak, bukannya meniupkan semangat eksterim dan mahu campurtangan urusan ibadat agama lain.

hari raya haji, slaughtering of cows, korban“Sudah cukuplah bilangan kumpulan ekstrim di Malaysia, jadi jangan hendak ditambah lagi,” katanya.

Semalam, Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta semua pihak menghargai sifat toleransi umat Islam.

Dalam satu kenyataan bersama, SPKGD  berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain.

hari raya haji, slaughtering of cows, korban“Pihak Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang  tidak masuk campur hal ehwal agama lain.

“Pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta
tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya,” kata mereka.

Ibadah korban adalah sunat mu’akkadah bagi umat Islam dan di Malaysia, lembu sering-kali disembelih. Namun bagi penganut Hindu lembu dianggap sebagai binatang suci dan penyembelihan di tempat awam dikatakan tidak sesuai.