Suku Yahudi yang ‘Hilang’ kini bermigrasi dari India ke Israel
50 orang warga India
yang diyakini keturunan dari salah satu suku Israel yang hilang tiba
(24/12/2012) di negara Yahudi bagi menyelesaikan proses imigresen
mereka.
Menghubungkan dengan
ahli keluarga yang sudah menetap di Israel, mereka adalah salah satu
dari gelombang pertama imigresen seramai 7200 masyarakat Bnei Menashe
yang menuju ke 'negara' Yahudi tersebut.
Orang-orang India
tersebut berkata mereka adalah keturunan dari 10 suku yang tinggal di
kerajaan Israel yang terdapat dalam Taurat dan tersebar setelah
pencerobohan Asyur di tahun 721 SM.
Michael Freund dari
kelompok Shavei Israel (yang bermaksud "orang-orang yang kembali ke
Israel" dalam bahasa Ibrani), telah mengatur perjalanan mereka
memberitahu lebih daripada 7000 orang telah meminta bantuan daripada
kerajaan Israel untuk berpindah dari India.
"Para anggota suku ini
tidak pernah lupa dari mana mereka berasal dan kami sangat gembira untuk
dapat membantu mereka datang kembali," katanya kepada AFP, menambah
bahawa beratus-ratus orang yang lain dijangka akan tiba dalam beberapa
minggu akan datang.
Lebih daripada 1700 anggota dari masyarakat Bnei Menashe sudah tinggal di Israel.