Monday, February 13, 2012

NCR: Orang Asal Tambanuo jawab Peguam Besar Sabah

James Ait,
Kenyataan Datuk Roderic Fernandez, Peguam Besar Negeri Sabah pada Jumaat lalu bahawa peruntukan Tanah Anak Negeri (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO), kononnya  tidak ada NCR selepas tahun 1930, merupakan serangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO terhadap hak dan martabat Tambanuo di Sabah.
Siapa pun juga penggubal Ordinan Tanah Sabah dan apa juga peruntukan-peruntukan yang digunapakai dalam usaha untuk menghapuskan Hak Asasi Tambanuo di Sabah, ianya tidak mampu menidakkan keujudan dan mengurangkan sedikit pun martabat dan kesejahteraan Tambanuo di Sabah yang diiktiraf oleh masyarakat dan kuasa antarabangsa.

Artikel 24 hingga 31 bahagian 6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) adalah suatu penghormatan dan pengiktirafan Badan Dunia terhadap Orang Asal termasuk Tambanuo di Sabah dan Sarawak.

Malaysia, di bawah kuasa kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO berusaha menafikan kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Malaysia lupa bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud.

Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO juga pura-pura tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah ke Malaya dan puluhan billion ringgit cukai daripada Sabah di hantar ke Malaya setiap tahun untuk memelihara Malaya. Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah dan puluhan billion ringgit cukai Sabah, telah memajukan wilayah Malaya.

Hari ini masyarakat Tambanuo sedang berhadapan dengan penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya yang kita pelihara tidak kurang daripada empat puluh tahun. Mereka tidak tahu berterima kasih langsung. Itulah sebab malapetaka politik sering menimpa mereka sekarang.

Masyarakat Tambanuo Sabah hanya ada dua pilihan. Masyarakat Tambanuo perlu bersatu dalam pilihanraya yang hampir tiba berjuang dalam satu parti STAR untuk menghalau UMNO dari Sabah. UMNO telah menggugat kesejahteraan dan keharmonian Orang Asal di Sabah.

Sesuai dengan pengiktirafan dan penghormatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Orang Asal, masyarakat Tambanuo berhak untuk memilih melaksanakan Artikel-artikel 32 hingga 36 Bahagian 7 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal. Sudah tentu Orang Asal berhak mendapat perlindungan keselamatan daripada badan dunia itu.

Penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya dan kegagalan persyarikatan Malaysia terhadap rakan kongsi Sabah dan Sarawak, seolah-olah memberi Tambanuo ruang untuk memilih melaksanakan pemerintahan sendiri dan melaksanakan Undang-undang Asal Orang Asal di Sabah.

Sekian.

Artikel di atas adalah kenyataan media penulis selaku Ahli Jawatankuasa Pusat Star, Sabah chapter, pemimpin masyarakat Tambanuo Kinabatangan.

Bimbang kesan radiasi kilang Lynas



lynas
KUANTAN – Kebanyakan penduduk di sini bimbang terhadap keselamatan dan masa depan mereka berikutan khabar angin mengenai kewujudan bahan radioaktif di kilang Lynas di Gebeng.

Penduduk, Keow Ching Lin, 32, berkata, dia mengetahui mengenai kewujudan bahan radioaktif itu menerusi internet.

Menurutnya, kilang itu dipercayai mempunyai bahan radioaktif yang boleh memudaratkan bukan sahaja persekitaran, malahan kesihatan penduduk berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Chow Ah Cai, 63 berkata, pembinaan kilang itu mengecewakan penduduk dan dia berharap ia tidak diteruskan.

“Saya sedih dan bimbang mengenai kesan pembinaan kilang itu terutama terhadap masyarakat sekeliling pada masa hadapan.

“Saya juga diberitahu kilang itu boleh membawa pelbagai masalah kesihatan terutama penyakit berbahaya kepada penduduk,” katanya.

Selain itu, Leong See Keong, 32 berkata, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli rumah di daerah ini bagi mengelakkan sebarang risiko membabitkan pembinaan kilang itu.

“Saya harap kilang itu akan dipindahkan ke tempat lain. Sebagai penduduk, saya bimbang jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini jika terus tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, Kalidass, 34 berkata, kerajaan diminta membuat keputusan tepat berhubung tahap keselamatan kilang itu.

“Pencemaran akan berlaku jika pembinaannya diteruskan kerana sisa toksik dari kilang itu mungkin boleh mengakibatkan sungai dan alam sekitar tercemar.

“Sehubungan itu, penduduk merayu kerajaan mempertimbangkan semula mengenai risiko pembinaan kilang ini,” katanya.

ABU akan dilancar seluruh negara



KUALA LUMPUR, 13 Feb: Asal Bukan Umno (ABU) akan dilancarkan seluruh negara mulai 17 Februari ini di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.

Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah  Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di  Dewan Orangramai Beranang, Selangor.

Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Selepas itu, ABU Melaka akan dilancarkan di Masjid Tanah pada 24 Februari manakala ABU Perak pula akan dilancarkan di Ipoh pada 25 Februari.

Pada 26 Februari pula, ABU Johor akan dilancarkan di Pasir Gudang dengan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan mengetuai pemidatonya.

Pada 3 Mac pula, pelancaran ABU Terengganu akan disempurnakan di Kuala Terengganu manakala pada 4 Mac akan dilancar ABU Kelantan iaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V di Kota Bharu.

Pelancaran pentas ABU seterusnya adalah Negeri Sembilan - Rantau 6hb Mac, WP Kuala Lumpur - Wangsa Maju 9hb Mac, Pahang - Bera 10hb Mac, Penang - Balik Pulau 14hb Mac, dan Kedah- Alor Star 20 Mac.

Felda Oh Felda!

ANAK: 23 ribu k'tangan Felda bantah FGVH disenarai
Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONE"Hari ini, 23,000 ribu kakitangan Felda yang dahulunya agak sinis dengan kita, kontra dengan kita, (tetapi) hari ini pada saya, mereka mempunyai kecenderungan kepada kita," kata Presiden ANAK Mazlan Aliman.

Menurutnya, hakikat bahawa Felda akan mengalami defisit antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion apabila disenaraikan serta 'penyingkiran' pengarah besarnya Datuk Zulkifli Wahab dan timbalan pengarahnya Abidin Abdul Rahman dari agensi itu, menambahkan lagi kemarahan kakitangan berkenaan.

Mazlan menyifatkannya hal demikian sebagai "satu perkembangan positif" yang menunjukkan kakitangan Felda kini bersama ANAK memperjuangkan penentangan terhadap cadangan penyenaraian itu.

Mazlan mengakui sebelum ini, umumnya kakitangan Felda "tidak selesa" dengan kehadiran ANAK apatah lagi menganggap NGO itu "menyusahkan mereka" susulan siri-siri saman, laporan polis, aduan kepada Suruhjaya Pecegahan Rasuh Malaysia (SPRM) dan Suhakam yang dibuat berhubung isu berkaitan Felda.
Tidak selesa

"Mereka tidak selesa dengan kita. Walaupun apa yang kita buat ini, untuk kepentingan warga Felda. Mereka tidak selesa sehinggalah bila timbul isu penyenaraian ini," katanya ketika ditemubual dengan Malaysiakini.

NONEMazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa pegawai Felda termasuk dua pegawai tertingginya - Dzulkifli (kanan) dan Abidin - tahu bahawa Felda bakal mengalami defisit pendapatan - selepas penyenaraian - setelah perkara itu dibentangkan pada mesyuarat ahli lembaga pengarahnya.

Bahkan, Mazlan mendakwa pendapatan yang diperolehi Felda selepas penyenaraian itu, sebanyak RM508 juta setahun dan hanya cukup untuk membayar gaji kakitangannya. Unjuran pendapatan asal adalah sebanyak RM2.4 billion setahun.

"Jadi mereka akan berdepan dengan satu keadaan yang sukar, apabila hilang pendapatan yang sebegitu, (berbanding) dengan perbelanjaan pembangunan yang besar di Felda.

"Jadi bila begini keadaaannya, jadi timbul satu keresahan, kebimbangan, tidak puas hati, bantahan di kalangan kakitangan Felda dengan penyenaraian (itu).

NONE"Yang membawa, sebagai orang nombor satu Felda Datuk Dzulkifli, tentulah, saya berkeyakinan, beliau mempersoalkan kepada (Pengerusi Felda) Tan Sri Isa (Samad) (kiri), di mana nak cari duit dengan defisit (itu)," kata Mazlan.

Mazlan mendakwa hal yang demikian itu menyebabkan Dzulkifli diarahkan bercuti sambil belajar selama kira-kira lapan bulan dan Abidin yang juga setiausaha Koperasi Pemodalan Felda (KPF) dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mengulas perkembangan terkini Dzulkifli, Mazlan berkata beliau "tidak nampak" mengapa pengarah besar Felda itu diarahkan bercuti sambil belajar sedangkan, beliau kini sudah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif dalam Felda.
Proses penyingkiran

Mazlan mendakwa tindakan itu sebagai "proses penyingkiran" Dzulkifli sebab beliau dianggap "halangan" penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia.

Walhal Dzulkifli, kata Mazlan "adalah orang yang sangat taat dan tidak pernah membuat kenyataan bercanggah dengan kerajaan.”

"Jadi (saya) tidak nampak, kenapa orang yang begitu taat, dalam bahasa mudah, 'disembelih' oleh kerajaan," kata Mazlan yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor.

NONEDiminta menjelaskan latar belakang FGVH yang sebelum dicadangkan untuk disenaraikan di bursa saham, Mazlan mendakwa syarikat ini "bermasalah dan tidak punya apa-apa" melainkan mempunyai sebidang tanah seluas 42 ribu hektar di Indonesia.

Katanya, FGVH merupakan anak syarikat pelaburan baru Felda yang baru muncul sekitar lima tahun dan diberi kepercayaan untuk melabur di luar negara melalui syarikat mereka antaranya di Amerika, Kanada dan China.

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa bila pelaburan di luar negara beroperasi, dalam tempoh sekitar empat tahun, kerugian yang dicatatkan sebanyak lebih kurang RM500 juta dan ia dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan

felda tenang hasilSehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memberi kepercayaan untuk menyenaraikan syarikat itu ke bursa saham dan membenarnya menyerap syarikat yang jauh lebih maju, Felda Platation dan KPF untuk tujuan berkenaan.

"Ini menjadi satu tanda tanya, mengapa memilih FGV. Jadi dengan kegagalan FGV ini, tentulah persepsi orang ramai, termasuk warga Felda, jangkaan-jangkaan buruk yang boleh sahaja berlaku, dengan prestasi yang buruk dan trek rekod kegagalan sebelum ini," katanya.
Agenda kaut keuntungan

Mazlan mendakwa berdasarkan maklumat terbaru, penyenaraian ini lebih kepada "satu agenda untuk mengaut keuntungan daripada pencapaian yang dirasai Felda dan kepentingan yang ada dalam agensi itu" melalui tanah Felda Plantation seluas 360,000 hekter dan Koperasi Permodalan Felda.

Katanya, tanah yang diletakkan di bawah Felda Platation disifatkannya "sudah cukup besar dan  mengalahkan institutsi peladangan swasta yang ada" adalah dimiliki oleh Felda dan bukan atas nama peneroka.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 water retention"Jadi, mereka mudah untuk membawa Felda Plantation untuk disenaraikan. Mereka tidak letakkan tanah peneroka Felda sebab saya berkeyakinan, jika mereka meletak atas nama peneroka Felda, mereka akan menerima tentangan yang sangat kuat," kata Mazlan.

Mazlan mendakwa turut diheret bersama dalam penyenaraian itu adalah KPF yang merupakan koperasi terbesar di Malaysia di mana perolehan mereka pada hampir RM12 billion pada 2010.

"(Antara) 3,840 koperasi di Malaysia, tidak ada sebuah koperasi pun yang boleh memberi saingan dari sudut perolehan tahunan yang dimilliki oleh KPF.

"Jadi inilah koperasi yang hendak diheret dengan tanah tadi untuk dibawa ke penyenaraian di bawah Felda Global Venture," katanya.

Sunday, February 12, 2012

BBC minta maaf atas skandal berita melibatkan Malaysia



KUALA LUMPUR, 11 Feb — The British Broadcasting Corporation (BBC) telah berjanji untuk meminta maaf kerana telah menyiarkan program berbayar yang berat sebelah kepada sesetengah negara termasuk Malaysia.
Akhbar UK theIndependent hari ini melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada 74 juta rakyat seluruh dunia untuk satu laporan skandal di mana ia disiarkan sebagai program dokumentari yang telah dibayar dalam satu perjanjian dengan satu fima publisiti di London firma.
Menurut The Independent hari ini, pemaafan global oleh BBC dijangka dibaca: “Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita.
Peraturan-peraturan ini memastikan yang program-program bebas , dan dilihat untuk menjadi bebas, dari komersial atau tekanan-tekanan luar lain.”
Berdasarkan satu rujukan langsung bagi FBC dokumentari, ia akan berkata: “Dalam kes lapan program lain, yang mana kesemuanya menonjolkan Malaysia, kami mendapati yang syarikat produksi yang membuat program-program berkenaan mempunyai satu hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.
“Ini bermaksud terdapatnya potensi satu konflik kepentingan , walaupun BBC tidak sedar tentangnya apabila program-program itu disiarkan.”
Permohonan maaf itu akan disiarkan seluruh dunia di saluran World News BBC bagi 295 juta rumah kediaman, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 sistem penerbangan dan di 35 platform-platform telefon bimbit di empat masa lain, berperingkat supaya sampai kepada penonton dalam zon-zon berbeza, lapor akhbar berkenaan.
Editorial Standards Committee BBC Trust menjalankan satu siasatan ke terhadap BBC World News pada November dan mendedahkan 15 pelanggaran garis-garis panduan penyuntingan.
Lapan daripada pelanggaran yang berkaitan dengan program-program FBC dibuat tentang Malaysia disebabkan satu ketara “hubungan kewangan” antara kerajaan itu dan FBC Media, syarikat pengeluaran TV.
BBC dilaporkan mempunyai bayaran-bayaran nominal dibayar sekecil £1 untuk program-program yang diperbuat oleh FBC Media (UK), yang mana senarai pelanggan PR mereka termasuk Malaysia dan kerajaan asing lain.
The Independent menyatakan bahawa FBC Media membuat lapan karya untuk BBC mengenai Malaysia manakala gagal untuk mengisytiharkannya telah dibayar sebanyak £17million oleh kerajaan Malaysia untuk “komunikasi strategik global” yang termasuk liputan positif industri minyak sawit kontroversi Malaysia.
BBC juga digunakan FBC ntuk membuat sebuah dokumentari mengenai pemberontakan di Mesir tanpa mengetahui firma dibayar melakukan kerja PR untuk rejim bekas diktator Hosni Mubarak.
Syarikat TV FBC Media telah dijumpai berada di pusat berita Malaysia menyelesaikan skandal menghadapi juruhebah BBC and CNBC , dan menghadapi kejatuhan.
Firma berasaskan di London dan syarikat induknya FBC Group memasuki pentadbiran tahun lepas — satu tempoh sah yang membenarkan sebuah syarikat hampir bankrap membawa kepada perniagaan — berikutan laporan-laporan ia menerima £17million (RM85 juta) dari Putrajaya bagi menggilap imej pentadbiran Najib di siaran global.
FBC ditubuhkan pada tahun 1998 oleh wartawan Amerika Syarikat Alan Friedman, yang memenangi anugerah dan individu-individu media terkenal lain yang membina satu rangkaian pelanggan-pelanggan “blue chip” yang mengandungi kerajaan-kerajaan seperti Greek, Itali dan Zambia, dengan kontrak menggalakkan pelancongan di Malaysia, Indonesia dan Hungary.
FBC didedahkan turut menggandakan publisiti firma untuk kerajaan Najib dan telah dibayar berjuta pound ntuk mengendalikan satu kempen “Global Strategic Communications.
Tetapi kontrak Putrajaya bernilai RM96 jutanya telah berakhir dengan FBC, yang bermula pada 2009, selepas ia telah didedahkan pemimpin kerajaan Malaysia sering muncul dalam rancangan TV berbayar.
Malaysian Insider telah melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa satu siri ahli strategi perhubungan awam, termasuk APCO Worldwide, bagi menggilap imej peribadinya dan kerajaannya di seluruh dunia.
Tempoh APCO di Malaysia diwarnai oleh kontroversi selepas pembangkang mengatakan firma perhubungan awam itu berkait rapat dengan Israel.
Yang terbaru menggunakan khidmat ahli-ahli pasukan itu belakang bekas Perdana Menteri British Tony Blair “New Labour” kempen, yang dilaporkan mula bekerja menjadikan Najib sebagai satu pembawa pembaharuan sederhana.

Sejarah Mula Bercerita!

Badan kehakiman takut disebabkan Dr M, kata bekas Ketua Hakim


KUALA LUMPUR, 11 Feb — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”
Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana “Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman.”
Tegasnya, “pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”
Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.
“Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan,” hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.
Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.
“Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari ‘88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi,” katanya.
Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul “Empowering Liberal Democratic Insitutions” bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.
Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.
“Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.
“Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak,” katanya.
Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.
Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.
“Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin ‘ada hikmah di luar sana’,” kata Lim.