Thursday, May 17, 2012

Kalau 'rakyat baru' ada, apatah 'Majlis Peguam'


 Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau rakyat baru pun kerajaan Umno boleh wujudkan, apa dihairankan kalau ia tubuh "Majlis Peguam" yang baru, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jelas berlaku di hadapan kita, bila kerajaan Umno berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang menentangnya dan tahu dia akan kecundang dalam pilihan raya ke-13 akan datang, laporan-laporan mendedahkan ia mencipta rakyat baru dengan memberikan kad pengenalan Malaysia kepada pendatang-pendatang asing dan kemudian dimasukkan di dalam daftar pemilih dengan tujuan supaya mereka mengundi Barisan Nasional (BN).

"Kalau rakyat baru pun Umno boleh wujudkan, apa yang hendak dihairankan jika ia mahu menubuhkan badan baru yang mengambil fungsi Majlis Peguam," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini membuat pengumumuman berhubung cadangan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" sehingga Majlis Peguam yang ada kini terbubar sendiri.

Bagi Mahfuz, semua itu berlaku kerana kerajaan gagal mengawal Majlis Peguam supaya mengikut telunjuknya.

Kerajaan Umno semakin marah dan tertekan apabila mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam baru-baru ini meluluskan usul tergempar (EGM) mengutuk keganasan polis ketika himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Dari 1,270 anggota Majlis Peguam yang hadir ke EGM itu, 939 menyokong usul tersebut dan hanya 16 orang yang menolak.

Turut sama menyuarakan kemarahan Umno, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik.

Mengulas lanjut apa yang disifatkannya sebagai "histeria Umno" itu, Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku memang menjadi tabiat dan amalan parti itu.

"Tubuh benda baru memang menjadi modus operandi Umno sejak dari dulu lagi.

"Bila kira-kira 50 peratus ahli Umno memihak kepada Team B yang diketuai Tengku Razaleigh (Hamzah) pada penghujung 80-an, mereka tubuh Umno baru," katanya.

Begitu juga, kata Mahfuz lagi, bila badan kehakiman di bawah Tun Salleh Abas tidak rela mengikut telunjuk Umno, beliau digulingkan dan diganti dengan kumpulan yang digelar "correct, correct, correct".

"Pada tahun 90an, bila Sultan Kelantan pada masa itu tidak setuju dengan Umno, mereka tabalkan sultan baru," katanya.

Syabas:Satu Protes Bijak!

Tosai Percuma di luar rumah timbalan IGP
Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula.

NONEMengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid
Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.
Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.

Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal

Kalau sudah tahu akan gagal, kenapa ianya mahu diteruskan?
Satu kajian perunding yang dilantik Felda mendapati 65 peratus pengurus kanan Felda percaya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) akan gagal kerana lembaga tersebut tidak bersedia.

Perunding bebas itu, Boston Consulting Group, juga mendapati bahawa 55 peratus pengurus kanan lembaga itu tidak bersedia untuk rancangan penyenaraian itu.

Malah, hanya 20 peratus dari kalangan pengurus berkenaan yang menyokong rancangan tersebut, menurut kajian itu lagi.

Kajian tersebut mengambil kira pandangan daripada 30 pengurus kanan dalam Felda.

Hasil kajian itu dikemukakan November lalu kepada jawatankuasa pemandu untuk penyenaraian tersebut, yang diketuai pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Sementara itu, semakan ke atas prospektus untuk penyenaraian itu menunjukkan bahawa 53 peratus daripada pokok kelapa sawit di tanah rancangan Felda sudahpun tua, selain 31 peratus pokok muda dan hanya 16 peratus pokok matang.

Sedangkan satu syarikat lain mempunyai 78 peratus pokok matang, 15 peratus pokok muda dan hanya 7 peratus pokok tua, menurut PKR yang membuat bandingan itu.

Berdasarkan perkara itu, PKR sekali lagi mempersoalkan niat sebenar kerajaan untuk menyenaraikan FGVH.

Langkah penyenaraian itu tidak harus dibuat dengan niat politik, menurut PKR.

Wednesday, May 16, 2012

Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!



Ada yang mengatakan rasuah di Malaysia berjaya diatasi di Malaysia secara drastik di mana penyelewengan skandal lembu fidlot kebangsaan yang meletus sehingga menyebabkan projek yang mendapat tekanan daripada pelbagai pihak terpaksa diberhentikan untuk siasatan selepas 6 bulan lamanya skndal tersebut dibongkarkan satu persatu. Bagi kami, angka RM250 juta dana fidlot yang telah diseleweng itu, hanyalah jumlah yang kecil sahaja. Ini kerana….
Ini kerana…laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integritiy (GFI) meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke 5 tertinggi di dunia melibatkan kes aliran wang negara yang dibawa keluar secara haram dari Malaysia. Angka terkini mencatatkan Malaysia telah kehilangan wang secara haram sejumlah US$338 iaitu bersamaan RM1.052 trillion sejak tahun 2000 sehinggalah tahun 2009 berbanding laporan GFI antara tahun 2000-2008 mencatatkan aliran wang haram sekitar US$291 bilion.
Bagi negara kecil seperti Malaysia yang hanya memiliki sekitar 28 juta penduduk, angka bagi aktiviti aliran wnag haram sebanyak RM1 trillion merupakan satu angka yang cukup-cukup besar dan tidak boleh sama sekali dipandang enteng. Sayang sekali, kami belum melihat laporan seperti ini dipandang serius oleh media-media arus perdana.

Apa itu illicit Fund (Wang Haram)?

Bagi yang masih-masih samra-smaar dengan istilah illicit fund biarkan kami beberapa contoh untuk mudah anda memahaminya. Bagaimana illicit fund ini boleh terjadi di sesebuah negara seperti Malaysia? Antaranya ialah melibatkan aktiviti seperti :
  1. gejala rasuah yang berleluasa
  2. pengubahan wang haramur
  3. urusniaga dadah
Wang-wang haram ini dibawa keluar dan disimpan di Swiss Bank, London dan beberapa bank antarabangsa yang lain.
Sebenarnya aliran wanag haram yang berlaku di Malaysia ini boleh disamakan dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara sebagaimana “keberanian laporan berita akhbar utama di India” ketika membuat laporan mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….
Bagi jika kerajaan sudah bersedia untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional sesegera mungkin bukan sekadar “kosmetik” disebalik dalang yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit, ini sebenarnya memberikan kelebihan dan kredit kepada kerajaan juga apatah lagi bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. Ini kerana, jika “jerung-jerung” yang selama inibebas berkeliaran di Malaysia meneruskan aktiviti haramnya tanpa gangguan berjaya ditangkap, insyalllah lebih banyak wnag rakyat dapat diselalamatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk “menikmatinya”.
P/S : Walaubagaimanapun, kami daripada Berita Semasa masih lagi menunggu iltizam daripada pihak kerajaan untuk melaksanakannya tindakan siasatan ini secepat mungkin….

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!

negarakuuuu.....tanah tumpahnya darahkuuuuu....

rakyat hidupppppp.......

by Staff Berita Semasa 

Harga Rumah Teres Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!
Apa lagi yang boleh diharapkan dengan keadaan harga rumah di Malaysia terutamanya melibatkan bandar-bandar besar di Malaysia sekarang ini? Bukannya semakin menyenangkan rakyat Malaysia tetapi semakin membebankan dan adakalanya harga rumah di Malaysia yang ada ketika ini agak menakutkan. 
  1. Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit
  2. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000
Apabila harga rumah sudah begitu mudah mencapai ke tahap nilai sebegitu, ia sudah bukan lagi harga yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Harga sebegitu rupa boleh dikatakan sudah menjadi “senaman mata” oleh rakyat Malaysia setiap hari yang kadangkalanya apabila melihat buat kali kedua boleh menyebabkan “sakit mata”. Hakikatnya, rakyat Malaysia yang tergolong daripada kalangan yang berpendapatan serdahana iaitu sekitar RM6,000 sebulan hanya mampu memandang sahaja.
Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja setakat berlegar di kawasan Lembah Klang malah sudah mula “berjangkit” di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya :
  • Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. Anda mampu?
  • Harga rumah bersaiz 22×70 kaki sudah mencapai RM510,000. Anda mampu?
  • Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan dijual pada harga sekitar RM288,000 (20×65 kaki). Anda mampu?
  • Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki. Anda mampu?
  • Lain-lain ada nak tambah untuk perkongsian semua?
Rata-rata kalau diperhatikan kalangan yang terdiri daripada golongan pertengahan lebih gemar memilih rumah teres disebabkan faktor keluasan pada harga yang mereka fikirkan pada harga masih lagi munasabah disebabkan “pilihan yang terhad”.
Jika harga rumah terus melambung tinggi tetapi pendapatan rakyat Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan yang seimbang, alamatnya impian golongan pertengahan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah teres bukan hanya tinggal angan-angan semata disebabkan keadaan menjadi lebih sukar apabila harga rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020 iaitu 8 tahun daripada sekarang

Kajian Harga Rumah Teres di Malaysia VS Pendapatan Rakyat Malaysia

Berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah :
  1. Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun berlaku krisis ekonomi
  2. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur
  3. Harga rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020
  4. harga rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh 8 tahun lagi
Dan bagi menampung kemungkinan kenaikan mendadak harga rumah teres pada masa akan datang (2020), anda semua perlu mempunyai pendapatan sekitar RM12,000 sebulan bagi membolehkan anda  memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020. Berapakah pendapatan anda ketika ini? Anda perlu 8 tahun daripada sekarang untuk “memperbaikinya”…
Ini kami sentuh lebih kepada golongan yang berpendapatan sekitar RM6,000. Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang ini? Bagaimana pula keadaan orang muda yang berpendapatan sekitar RM1,500 – RM3,000 sahaja? Adakah anda semua sudah bersedia ke arah itu sekarang ini?

Tuesday, May 15, 2012

Hebatnya Pemimpin Ini!

Menteri GLOKAL...........

Zahid: Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu.

Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol.

Malaysia Jadi Tukang Sapu..Untung Sabut Timbul ..Untung Batu?

'Projek reject' didakwa dibawa ke Pengerang
Projek pelaburan petrokimia kontroversi yang dibatalkan di Taiwan kini ditetapkan untuk dipindahkan ke Pengerang, Johor, lapor media Taiwan.

Menurut Taipei Times, Menteri Hal Ehwal Ekononomi Shih Yen-shiang mengesahkan perkara itu kepada pemberita semalam.

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan syarikat petrokimia Taiwan akan melabur sehingga RM36 billion untuk projek pembangunan bersepadu penapisan minyak dan petrokimia di Pengerang.

Pelaburannya dilaporkan akan mencecah RM120 bilion untuk tempoh lima hingga enam tahun seterusnya.

Walaupun Najib dan pihak berkuasa tempatan tidak mendedahkan identiti syarikat Taiwan itu, Shih memberitahu mesyuarat jawatankuasa perundangan bahawa syarikat terbabit Kuokuang Petrochemical Technology Co.

Sebahagian besar pegangan Kuokuang dimiliki syarikat milik negara CPC Corp.

Pegawai perhubungan media CPC memberitahu Taipei Times bahawa Kuokuang akan membina kilang penapis, pemecah nafta (naphtha cracker) dan loji lain di tapak itu.

SANBUTAN HANGAT BUAT NAJIB DI KOTA LONDON!!!!

Najib disambut laungan 'Bersih' di London
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.
"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.

Saturday, May 12, 2012

Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Kembali Panas. Malaysia Jadi Tumpuan Dunia!!


Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu  Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Kembali Panas. Malaysia Jadi Tumpuan Dunia!!
Kemenangan pemimpin parti sosialis Perancis Francois Hollande mengangkat beliau menjadi Presiden Perancis yang baru selepas tumbangnya Nicolas Sarkozy yang telah menjadi Presiden Perancis sejak daripada tahun 2007 lagi.
Dan laporan terbaru daripada pihak Reuters melaporkan yang mana Nicolas Sarkozy boleh mula dikenakan tindakan undang-undang apabila imuniti yang “dinikmatinya” sebelum ini sebagai presiden mula tamat sekitar pertengahan bulan Jun 2012. Ehem….Kemenangan Francois Hollande dan tumbangnya Nicolas Sarkozy, sebenarnya ada hubungkaitnya dengan kerajaan Malaysia. Ada sebab mengapa kami katakan begitu….

Nicolas Sarkozy Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Perlembagaan Perancis boleh boleh kami katakan agak unik dengan memberikan kelebihan kepada bekas presiden Perancis untuk tidak boleh sama sekali diminta datang memberi keterangan atau disiasat atau didakwa sehingga sebulan selepas bekas Presiden,  Nicolas Sarkozy meninggalkan pejabatnya. Dan selepas sahaja tempoh tersebut……
“Nicolas Sarkozy bakal menjadi pelanggan setia mahkamah Perancis. Bekas presiden Perancis sebelumnya, Jacques Chirac sudah menerima hukuman dunia iaitu penjara selama 2 tahun atas penyelewengan kuasa”
Presiden Perancis Baru Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Kembali Panas. Malaysia Jadi Tumpuan Dunia!!
Presiden Perancis Baru : François Hollande
Mengapa kami mengatakan tumbangnya Nicolas Sarkozy ada kaitan dengan Malaysia? Ini semuanya ada hubung kaitannya dengan skandal pembelian kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Masih ingat lagi? Kali ini kes ini kembali panas.
Dijangka penyiasatan skandal kapal selam Scorpene ini akan menjadi lebih lancar selepas ini dengan pelantikan presiden Perancis yang baru, François Hollande. Ini kerana sebelum ini terdapat kebimbangan kerajaan di bawah pimpinan Nicolas Sarkozy untuk menyiasat secara menyeluruh disebabkan terdapat keterlibatan kerajaan Perancis sendiri dan juga beberapa tokoh politik dalam skandal ini.  François Hollande? François Hollande tidak terlibat skandal tersebut, dan ini bermakna penyiasatan skandal kapal selam Perancis ini akan menjadi lebih cepat dan lancar.
Kes ini bukan sahaja melibatkan skandal pembelian kapal selam Malaysia dari Perancis semata, kerana syarikat Perancis yang sama turut terlibat dengan :
  • Skandal penjualan kapal selam ke Pakistan yang telah menyebabkan 11 orang terbunuh
  • Skandal penjualan kapal selam ke Taiwan yang telah menyebabkan 1 orang terbunuh
  • Dan…tidak juga skandal penjualan kapal selam ke Malaysia yang telah menyebabkan seorang gadis Mongolia terbunuh, Altantuya Shariibuu
Skandal Scopene Malaysia Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Kembali Panas. Malaysia Jadi Tumpuan Dunia!!Jadi, oleh itu sebab itulah yang mana kami rasa pun anda sudah pun mengetahuinya di mana sekarang ini hakim mahkamah Perancis telah putuskan untuk menolak kesaksian P. Balasubramaniam (penyiasat persendirian) kerana hakim mahkamah Perancis hanya perlu meneliti dan membuat semakan terhadap afidavit (surat sumpah) yang dibuat oleh P. Balasubramaniam terhadap kes berprofil tinggi, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Uniknya, sistem mahkamah Perancis hakim sendiri boleh menyoal siasat saksi berbanding sistem mahkamah di Malaysia di mana kita ada barisan pendakwa dan pembela.
Walaubagaimanapun, mahkamah Perancis dilihat lebih berminat untuk memanggil 3 saksi ini, yang bernama :
Kes Scoperne Kapal Selam Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Kembali Panas. Malaysia Jadi Tumpuan Dunia!!

Senarai Saksi Pilihan Mahkamah Perancis (Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu)

  1. Abdul Razak Baginda
  2. Datuk Seri Najib Razak
  3. Prof Dr. Shaariibuu Setev
Dan yang mengejutkan ialah, pengumuman mahkamah Perancis yang mahukan saksi yang ketiga bernama Prof Dr. Shaariibuu Setev yang merupakan bapa kepada gadis Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia, Altantuya Shaariibuu  jurubahasa ketika urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis ini)
Ini kerana, pada asalnya ramai pemerhati yang menjangkakan siasatan mahkamah Perancis ini lebih kepada untuk menyiasat skandal kapal selam Scopene semata, tetapi jangkaan itu meleset. Sebenarnya siasatan kali ini oleh mahkamah Perancis “lebih daripada itu”….
Apa kesannya jika saksi-saksi yang dipanggil tidak hadir? Jikalau tidak hadir sapina natijah selepas ini bukan sahaja tidak boleh sama sekali menjejakkan kaki ke Perancis malahan tidak boleh ke seluruh negara-negara Eropah kerana  semua negara Eropah menggunakan sistem kehakiman yang sama.
  • Jika sapina tidak diendahkan, mahkamah Perancis boleh mengeluarkan notis mandat d’amener, memaksa saksi hadir juga di mahkamah
  • Jika saksi (masih degil) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan
  • Pilih antara dua di atas ini
Di Malaysia kes berprofil tinggi ini, kes pembunuhan Altantuya telah pun ditutup. Razak Baginda telah pun dibebaskan manakala, 2 komando telah dijatuhkan hukuman bunuh. Walaubagaimanapun, kes ini dibuka semula di Perancis. Pemerhati & penganalisis politik ketika ini melihat ini adalah satu kemungkinan PRU ke 13 akan diadakan secepat mungkin. Mungkin?
P/S Apa pemerhatian adan respon anda pula yang pernah mengikuti secara dekat mahupun jauh kes berprofil tinggi ini, Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika di bicara di Malaysia sebelum ini?