Tuesday, December 14, 2010

Menteri Tukang Tutup Kes 1 : P.Balasubramaniam


KUALA LUMPUR 14 DIS :
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri
Aziz membuat satu lagi kejutan di parlimen
hari ini bersabit kes Altantuya Sharibuu.
Beliau berkata Peguam Negara tidak perlu
menyiasat percanggahan dalam akaun
bersumpah penyiasat persendirian
P.Balasubramanian bersabit pembabitan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak dengan Altantuya.
Nazri mendakwa keterangan
Balasubramaniam itu mengenai
hubung kait perdana menteri 
tidak memberi apa-apa kesan keatas
perbicaraan Altantuya.        
Balasubramaniam sebelum ini
memberikan kenyataan bersumpah
bahawa Najib mengenali Altantuya malah mengadakan hubungan sulit dengannya
sebelum warga Mongolia itu mati dibom pada Oktober 2006. Tidak lama selepas
membuat pengakuan itu, Balasubramaniam membuat satu lagi perakuan, kali ini
menafikan bahawa Najib mengenali Altantuya.
Pada hari sama, bala  melarikan diri negara jiran tetapi muncul  lapan bulan kemudian untuk
 menjelaskan bahawa beliau telah diugut dan disogok oleh kerabat keluarga Najib supaya
 mengubah kenyataannya dan melarikan diri.
Balasubramaniam  menawar  untuk disoal siasat  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
 Malaysia di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya di Malaysia.
SPRM pada mulanya menerima tawaran itu tetapi kemudian, secara misteri enggan
 meneruskan hasrat itu. Di Parlimen hari ini  Menteri di Jabatan Perdana Menteri
memberi alasan yang  mencurigakan untuk menjelaskan kenapa tidak ada keperluan
membuka balik fail Altantuya.

"Dalam kes Balasubramaniam ini setelah kedua-dua akuan bersumpah yang dibuat
 olehnya diteliti, didapati bahawa akuan-akuan tersebut dibuat bukanlah   dengan tujuan
 untuk dijadikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah, oleh yang demikian
 parlimen dalam seksyen 199 akta 574 tidak dipenuhi dan perbuatan Bala Subramaniam
dalam membuat dua akuan berkanun yang bercanggah tidak menjadi satu kesalahan
di bawah seksyen tersebut." katanya. Bersandarkan alasan itu dan dakwaan
Balasubramaniam tidak dapat dikesan, Nazri berkata isu Altantuya atau tidak perlu
diungkit lagi.

"Selanjutnya setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang
dikumpulkan oleh pihak polis serta fakta bahawa bala subramaniam masih belum dapat
dikesan sehingga kini dan dipercayai berada di luar negara, jabatan peguam
negara telah membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana percanggahan
dalam kedua-dua akuan berkanun oleh Bala Subramaniam tidak memberi 
apa-apa kesan kepada perbicaraan Altantuya Sharibuu,katanya lagi. Pada Oktober 2008
penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat 
atas pembunuhan Altantuya namun dua pegawai polis dihukum mati  atas kesalahan
membunuh warga mogolia itu. (rakyatmarhaen)