Wednesday, April 27, 2011

Malaysia:Pusat Racun Asia Tenggara?

Satu lagi kilang perlombongan emas menggunakan cyanide

Chan Wei See

 
Belumpun pertikaian kilangan perlombongan emas menggunakan cyanide di Raub dan loji pemprosesan rare earth di Gebeng melabuh tirai, rakyat Pahang di Kuala Lipis kini pula menyambut kemunculan sebuah kilang perlombongan yang boleh menghasilkan sisa toksik.  Kajian Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar (EIA, Environmental Impact Assessment) terhadap kilang perlombongan emas Selinsing telah diluluskan pada tahun 2008, malah kilang itu telah mula menggunakan cyanide dalam proses perlombongan emas sejak Februari 2010.
Wartawan MerdekaReview menemui laporan EIA ini secara kebetulan ketika cuba memuat turun laporan EIA loji pemprosesan rare earth di Gebeng, dari laman Jabatan Alam Sekitar.  Projek perlombongan emas ini sama dengan kilang perlombongan emas Raub-Australia Gold Mine di Bukit Koman, menggunakan cara yang kontroversial bernama "carbon in leach" dalam proses perlombongannya - iaitu memproses semula bijih yang telah dilombong dengan cara tradisional sebelum itu dengan sejenis bahan toksik bernama cyanide.
Cyanide mempunyai fungsi untuk menambah hasil perlombongan emas.  Sejak tahun 1960-an, pelombong emas telah menggunakan cyanide untuk memproses bijih terpakai yang masih mempunyai kandungan emas yang tinggi.  Namun demikian, cyanide adalah bahan toksik yang mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia.  Sekurang-kurangnya sembilan tragedi pembocoran cyanide pernah berlaku di dunia sehingga hari ini.  Justeru itu, cara "carbon in leach" ini dikritik hebat oleh pencinta alam.
Penduduk Bukit Koman bangkit menentang apabila mengetahui bahawa Raub-Australia Gold Mine yang dimiliki Peninsular Gold Limited mendapat kelulusan untuk melombong secara carbon in leach pada Ogos 2006.
Menurut EIA Selinsing Gold Mine, pemaju projek perlombongan emas ini adalah Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd, dimiliki Monument Mining Bhd yang mana syarikat induknya berada di British Columbia.
Projek ini bertapak di mukim Ulu Jelai, berada di luar 35km, barat laut dari Kuala Lipis; 55km dari pusat bandar Raub.  Tanah ini masih tanah pertanian untuk penanaman kelapa sawit dan getah, hutan sekunder dan kawasan hutan simpan Hulu Jelai.  Kawasan perumahan yang terdekat adalah Kampung Perpindahan Banjir Kuala Medang, 1,200 meter dari tapak projek.
Selain itu, jalan utama ke kawasan perlombongan adalah Raub - Cheroh - Kuala Medang.
Wujudkan peluang pekerjaan
Menurut EIA yang disediakan syarikat perunding, SBA Consultants, projek ini bertapak di tanah yang keluasannya 898 hektar (2,200 ekar), dan fasa pembangunan pertamanya melibatkan keluasan 28.3 hektar (70 ekar).  Menurut laporan, tujuan projek ini adalah untuk menerokai kawasan perlombongan itu sepenuhnya menggunakan teknologi moden.  Ini kerana bijih yang dilombong dengan cara tradisional masih mengandungi emas.  Dengan teknologi ini, Pahang akan menemui emas yang lebih banyak pada masa depan, seterusnya mewujudkan lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar pekan tersebut.
Menurut laporan tersebut, projek ini sejajar dengan Industrial Master Plan negara kita, kerana bakal merangsang pembangunan ekonomi kawasan tersebut.  EIA di negara kita biasanya dikemukakan oleh syarikat penasihat yang dilantik pemaju, dan bukannya dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar.  Keadaan ini selalu mencungkil keraguan bahawa laporan tersebut memihak kepada pemaju.
Dalam EIA yang hanya mempunyai 12 muka surat ini, istilah "carbon in leach" dan "cyanide" hanya muncul sekali.  "Cyanide" hanya diselit dalam bahagian pemprosesan, iaitu cyanide detoxification.  Laporan tidak mengulas secara terperinci bahayanya bahan toksik ini, malah tidak mengulas secara terperinci proses "carbon in leach" dan pengendalian sisa bijih dan air.
Ketulan emas pertama
Laporan menganggarkan, "It is anticipated that the rate of mining achievable by the proposed mining scheme is about 35,000 tonne per month.  Therefore, the operational life of the mine total throughput of 1,805,922 tonne can be estimated as 5 years inclusive of inclement weather, amendment in mining scheme etc."
Menurut pengenalan laman Monument, syarikatnya mengumumkan projek perlombongan emas ini pada Oktober 2008, dan mula melabur untuk pembinaan kilang di kawasan itu.  Anggaran kos projek ini adalah USD 14juta.  Pada Julai 2009, syarikatnya mula melombong, dan menghasilkan ketulan emas pertamanya dengan gravity circuit pada Oktober 2009.  Kemudiannya, kemudahan untuk cara "carbon in leach" mula beroperasi pada Februari 2010.
Menurut EIA, projek tersebut bertapak di kawasan air Jelai, mempunyai tiga sungai, termasuk Sungai Kermoi, Sungai Merbau dan Sungai Selinsing.  Kini, sungai tersebut tergolong sebagai kelas kedua dan ketiga, menurut Interim National Water Quality Standards dari Jabatan Alam Sekitar, iaitu sederhana dari paras pencemarannya.
Laporan ini tidak menyentuh bagaimana cyanide dan bahan kimia lain membawa kesan terhadap alam sekitar, sebaliknya membangkitkan masalah tanah runtuh, mendakan sungai, debu dan pencemaran udara; juga cadangan untuk mengurangkan pencemaran sedemikian.
Dalam kesimpulannya, syarikat penasihat SBA menganggap projek ini boleh dijalankan dari segi ekonomi dan persekitaran alam, berikutan hasil perlombongan yang lumayan, pasaran yang sedia ada dan perancangan yang sesuai dengan kawasan sekitarnya.  Untuk ini, syarikat tersebut mencadangkan agar Jabatan Alam Sekitar meluluskan permohonan ini.  Menurut maklumat dari laman Jabatan Alam Sekitar, EIA ini telah diluluskan pada tahun 2008.
*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal

Negaraku...Tanah Tumpahnya Darahku....Rakyat Hidup.....!!

1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Neo Chee Hua

 
Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3.  Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).
Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).
Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).  Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya.
Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".
Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.
Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752).  Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.
Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3).  Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.
Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).
Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut.  Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist).
Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal.
Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya.  Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.
Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.
Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi.  Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.
Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group.  Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham.  Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.
Baca: Myemail.my: Propaganda ditransformasi kepada pemantauan?
Respon Nazir Razak: Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview.  Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Myemail.my: Propaganda ditransformasi kepada pemantauan?

Ooi Heng

 
Geram betul otak durianku!  Sementara kita menyaksikan bagaimana isu fitnah video seks membawa masyarakat Malaysia ke arah kegilaan peradaban, kini rejim Najibnomics cuba membawa 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ke arah kegilaan pemantauan (surveillance).
Bertopengkan slogan seperti "transformasi" dan "ETP" yang cuba mendoidoikan rakyat, Kerajaan Najib nampaknya sedang berusaha menangani cabaran dunia siber dan politik semasa dengan projek E-mel 1Malaysia yang cuba menyeragamkan tabiat warga siber lantas memudahkan kawalan terhadap warga siber atas nama keselamatan transaksi urusniaga kerajaan (awam) - tetapi dikendalikan oleh syarikat swasta yang terjalin hubungan nepotisme.
Bukankah transformasi yang diwar-warkan sepatutnya membawa perubahan ke arah emansipasi insan dan bukannya ke arah kegilaan?  Otak durianku tidak faham, siapa yang mengilhamkan idea pemantauan ini kepada Perdana Menteri yang agung lagi mengagungkan?  Selain percubaan menyelamatkan Syarikat Tricubes Berhad yang berdepan dengan masalah kewangan melalui pemberian kontrak E-mel 1Malaysia bernilai RM50 juta, apakah Kerajaan Najib cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa unit PEMANDU yang dipertanggungjawabkan dengan "tugas transformasi" sebenarnya merupakan "unit propaganda" demi menyelamatkan rejim UMNO-BN?
Mengapa PEMANDU memasukkan projek bersifat pemamtauan dalam senarai panjang Program Transformasi Ekonomi (ETP)?  Bukankah insan bergelar Idirs Jala (gambar kanan) kelihatan seperti seorang hero yang membawa pelan transformasi yang maju ke depan?  Takkan beliau tidak tahu apa itu hak dan kebebasan peribadi atau privacy seseorang?  Takkan beliau tidak membaca buku sejarah dan memahami bagaimana rejim pemerintah masa lampau melancarkan propaganda bertopengkan agenda transformasi masyarakat dan cuba memperbodohkan rakyat sesebuah negara lantas memudahkan kawalan terhadap rakyat dilakukan?
Propaganda yang dimaksudkan otak durianku merujuk kepada keadaan di mana rakyat dipaksakan untuk menyetujui "secara sukarela" dan secara massa sesuatu program kerajaan yang pelaksanaannya berkecenderungan menyeragamkan tabiat rakyat sehingga kawalan berkesan dalam era siber menjadi mungkin.  Percubaan membentuk ketaksuban rakyat terhadap segala projek 1Malaysia sehingga retorik 1Malaysia berubah daripada slogan kepada identiti warga Malaysia secara paksaan sedang bergiat secara aktif.
Sedarkah Idris Jala bahawa Orang Asli, Iban Laut, Kadazan, Bidayuh, Melanao, Penan, Kelabit, Melayu, India, Cina dan etnik lain telah berdekad lama diperbodohkan oleh rejim pemerintah yang melakukan kawalan hampir sepenuhnya semenjak seseorang dilahirkan hingga dikuburkan?  Kini warga siber pula cuba diperbodohkan?
Sesungguhnya, Kerajaan Najib telah membelanjakan sekitar RM60 juta untuk kegunaan penubuhan "unit propaganda" dan tambahan sekitar RM60 juta lagi untuk operasi unit tersebut…… Alamak!  Terlanjur kata pula.  Takkan duit berpuluh-puluh juta digunakan untuk propaganda, mestilah duit itu digunakan untuk "transformasi" dan "kebaikan rakyat".  Inikan Kerajaan 1Malaysia 1Melayu 1Bumi?
Sukar untuk otak durianku menggalur-galur asal-usul idea propaganda yang begitu canggih.  Jangan-jangan APCO lagi yang mengilhamkan idea sedemikian kepada pemimpin teragung yang sedang memikirkan kaedah menyelamatkan UMNO-putra bertopengkan Najibnomics!  Kalau ya, adakah APCO cuba meyakinkan Perdana Menteri bahawa perkhidmatan e-mel percuma seperti Hotmail dan Gmail merupakan agenda "imperialisme budaya Barat", maka agenda Najibnomics haruslah memasukkan suatu pelakaran yang menggambarkan Najib sebagai seorang hero anti-imperialisme budaya Barat dengan berbekalkan E-mel 1Malaysia kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas?
Tahukah Kerajaan Najib pengintaian maklumat peribadi tidak kira oleh pihak kerajaan atau pihak swasta adalah bercanggah dengan perlindungan hak peribadi seseorang yang diutamakan oleh dunia yang bertamadun seperti yang digariskan di bawah Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 seperti berikut:
"Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi (privacy), keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya.  Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian."
Sedarkah Kerajaan Najib bahawa laporan yang dikemukakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa Privacy International bahawa, Malaysia menduduki tempat terakhir bersama-sama dengan China dan Russia yang dikategorikan sebagai "endemic surveillance societies" dengan markah indeks serendah 1.3 pada tahun 2007?
Menyentuh China sebagai surveillance societies atau masyarakat pemantauan, umum sedia maklum bahawa Kerajaan China merupakan Kerajaan Komunis yang sedang giat mengawal aktiviti dunia siber warga China dengan seribu bentuk kawalan.  Kesan kawalan ketat yang dirasai warga China sekian lama mirip dengan kesan kawalan berbentuk panoptisme.
Menurut ahli falsafah British Jeremy Bentham, rekebentuk Panopticon adalah sebegitu rupa sehingga segala gerak geri banduan (dianalogikan dengan warga China) diawasi oleh penyelia (dianalogikan dengan rejim komunis) yang bertugas dalam menara Panopticon, tetapi pada masa yang sama, banduan tidak dapat melihat keadaan dalam sekitar menara Panopticon.
Dalam tesis penulisan Ketua Pengarang MerdekaReview Chang Teck Peng, beliau memetik penjelasan Bentham iaitu perlakuan dan fungsi kuasa berbentuk panoptisme adalah sedemikian rupa di mana kuasa seharusnya nyata (visible) dan tidak dapat diketahui (unverifiable).
"'Nyata' membawa maksud bahawa banduan sentiasa menyedari kewujudan menara pusat yang tinggi itu di depan mata, manakala 'tidak dapat diketahui' bermaksud banduan itu tidak mengetahui sama ada dia diawasi pada mana-mana ketika, tetapi dia sudah pasti bahawa dia memang sentiasa diawasi."
Dalam sejarah tamadun manusia dan emansipasi insan, kawalan secara tidak langsung dan hampir sepenuh yang dilakukan oleh rejim komunis seperti yang dilakarkan dengan konsep panoptisme juga dapat dilakukan oleh mana-mana rejim pemerintah yang lain.
Apakah rejim Najibnomics sesungguhnya menyokong kawalan berbentuk panoptisme bertopengkan agenda transformasi ekonomi?  Jika tidak, Kerajaan Najib sewajarnya memberhentikan projek E-mel 1Malaysia dan bukannya membiarkan PEMANDU memasukkan projek tersebut dalam senarai panjang ETP, kemudian menjelaskan kononnya penggunaan E-mel 1Malaysia adalah secara sukarela.
Semasa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi 2009 untuk bacaan kedua pada 5 April 2010, beliau menegaskan bahawa fungsi akta tersebut merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Melindungi data peribadi individu supaya tidak disalah guna;
2. Mematuhi Undang-undang Perlindungan Data Peribadi supaya hak rakyat terpelihara; dan
3. Tindakan penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi.
Sepanjang perbahasan RUU tersebut, persoalan sama ada RUU tersebut dapat mengawal selia data peribadi dalam transaksi yang melibatkan urusan kerajaan menjadi tajuk perbahasan hangat.  Hal ini kerana di Malaysia, kerajaan merupakan pihak yang paling banyak terlibat dengan data peribadi, bukan mana-mana pihak yang lain.
Namun tanpa bilangan ahli parlimen yang cukup ramai daripada pihak pembangkang, Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 diluluskan tanpa mengeluarkan frasa kata "transaksi komersial" atau memasukkan frasa kata "urusan awam atau kerajaan", maka Seksyen 2 telah menetapkan bahawa akta tersebut hanya merangkumi transaksi komersial dan berbunyi seperti berikut:
2. (1) Akta ini terpakai bagi—
(a) mana-mana orang yang memproses; dan
(b) mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan, apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.
Meskipun PEMANDU menjelaskan E-mel 1 Msia ialah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes Berhad, dengan pelaburan daripada syarikat swasta dan bukannya kerajaan, tetapi masih banyak tanda tanya yang menanti-nanti jawapan daripada Kerajaan Najib.
Memandangkan akta tersebut hanya mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, sementara Tricubes Berhad semasa melancarkan perkhidmatan "Citizen Inbox" – myemail.my, menegaskan bahawa perkhidmatan e-mel tersebut akan membolehkan rakyat Malaysia secara langsung berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan menerima maklum balas secara langsung daripada mereka, maka persoalannya adalah, adakah data peribadi warga Malaysia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 apabila kegiatan dan urusan tidak bersifat komersial seperti komunikasi dengan pemimpin kerajaan dilakukan melalui perkhidmatan tersebut?
Sesungguhnya, jika diteliti mesej yang dipaparkan dalam laman web myemail.my, memang ditekankan aspek interaksi dan komunikasi antara warga negara dengan kerajaan, adakah kegiatan sedemikian dianggap melibatkan transaksi komersial?  Jika tidak, apakah projek myemail.my akan diberhentikan sehingga kerajaan membentangkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 yang menjamin perlindungan data peribadi warga Malaysia untuk sebarang urusan dan bukannya terhad kepada transaksi komersial sahaja?
Nampaknya, kini tiba waktu di mana pengundi Malaysia wajar mempertimbangkan bagaimana undi kita dapat menyumbang kepada pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 agar hak peribadi kita dilindungi bukan sahaja dari segi transaksi komersial tetapi juga dari segi urusan kerajaan.
Sebelum menggunakan perkhidmatan E-mel 1Malaysia, bacalah karya George Orwell berjudul "1984".  Maka fahamlah anda bahawa myemel.my bermaksud "Abang Besar sedang mengawasi anda!"
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Saturday, April 9, 2011

KASTAM JADI MANGSA - MENTERI TAK KENA TANGKAP

SATU NEGARA TAK PERCAYA BUNUH DIRI



nota:
mat mongol nak tipu siapa?
mat mongol kata kes ini lain
lain macam mana?

dengar klip ini
jelas yang kastam
sedang dijadikan
biawak hitam untuk
selamatkan gerombolan
kah kah kah



KESATUAN KASTAM : BERSIHKAN NAMA SARBANI, JANGAN DAKWA BUNUH DIRI - minsider

Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”

“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak.

“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.

“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.

Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH KAH


woit…MEMANG BETUL…. BAGUS APA YANG BERLAKU…. kah kah kah..

kah kah kah… PEGAWAI KASTAM SILA BUKA CERITA BIK MAMA … kah kah kah…

kah kah kah… BIK MAMA BAWA MASUK TUJUH KONTENA PERABUT DARI ITALI TANPA CUKAI…. kah kah kaj…

kah kah kah….. BUKA CERITA RAJA GOPAL BAWA MASUK LAMBOURGINI TANPA CUKAI… kah kah kah…

kah kah kah… KASTAM.. BUKA CERITA MAT HASSAN BAWA LARI DUIT KE LONDON…. kah kah kah…

kah kah kah… BAGAIMANA RASUAH KHIR TOYO…. kah kah kah…

kah kah kah…BAGAIMANA RASUAH ALI RUSTAM… kah kah kah..

kah kah kah…BAGAIMANA RASIAH ISA SAMAD… kah kah kah…

kah kah kah… BAGAIMANA KES BUNUH ALTANTUYA… KENAPA TAK SIASAT SAMPAI MATI…. kah kah kah…

woit... KENAPA CICAK KUBIN KENA TANGKAP... MENTERI TAK ADA KENA TANGKAP... kah kah kah...

nota:
masanya telah sampai
masanya telah tiba
masanya cukup tepat
untuk pegawai katam buka semua cerita
kah kah kah.
.

nota:
apa jadi dengan ketua kastam pahang
yang terlibat dalam kes pasir
kah kah kah(TT)

Friday, April 8, 2011

Dewan Rakyat Dibohongi?


Bukan Armaris bayar Perimekar tetapi kerajaan
Harakahdaily   



































KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis,
Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana
didakwatetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.
Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal
selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda
yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar
adalah isteri Razak, Mazlinda.Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah
antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan
peledak C4 di Puncak Alam.

Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat
Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini
sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara
Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya
itu. Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya
dileburkan dengan peledak C4 itu.

Laporan terbaru Rue89 bahawa bukan Armaris yang membuat bayaran kepada Perimekar itu
bertentangan bertentangan dengan kenyataan kerajaan yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun
2006 lalu. Dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata,
komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis.

Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal
dalam Dewan Rakyat.

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa
Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana
dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk
kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan
sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor
Perancis.

Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu
dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan
Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions).

Thursday, April 7, 2011

Samy Vellu dibayar gaji, elaun RM27,227.20 sebulan...

Agaknya berapalah projek dan duit yang dapat dibawa masuk ke Malaysia oleh Samy???

Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dibayar gaji dan elaun adalah RM27,227.20 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONESelain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta.

“Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas. Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri menjawap soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan menubuhkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya.

“Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan.

Tidak bertindih

“Oleh kerana negara-negara Asia Selatan, terutamanya India sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, keperluan infrastruktur yang berkualiti adalah amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi tersebut,” katanya.

samy vellu pc 040805Menurut Nazri lagi jawatan yang disandang oleh Samy Vellu itu juga tidak bertindih dengan tugasan rasmi pegawai kerajaan yang lain.

“Lingkungan kerja Duta Khas adalah mengenalpasti projek-projek infrastruktur di Asia Selatan yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia.

“Seterusnya, Duta Khas akan mengerakkan peranan mewujudkan peluang yang baik bagi syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam projek-projek tersebut mengikut undang-undang dan peraturan tempatan,” katanya.

Sesetengah pihak menganggap jawatan Duta itu diwujudkan khas bagi menghargai sumbangan Samy Vellu, yang sudi melepaskan jawatan presiden MIC tahun.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput

Senyum Malam Jumaat...............




Why does the Malaysian Government insist on using English for math and science? This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa Malaysia, especially in school. See example below:-
Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Try to translate this:
ENGLISH:
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Now in Bahasa Malaysia:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Now you know WHY?

TANGKAP JERUNG BESAR KDRM

Saudara Pengarang.
SEBAGAI warga Malaysia yang bertanggung jawab dan juga pembayar cukai, kami sentiasa bersedia untuk membantu dan menyalurkan apa sahaja maklumat yang kami tahu atau terima daripada kawan bahawa mana-mana pegawai kerajaan yang menyalahguna kuasa dan rasuah kepada SPRM untuk tindakan susulan.
Dalam artikal ‘Tangkap segera Ketua Pengarah Kastam’ dan ‘SPRM Jangan Lupa Kes Bintulu dan Miri’ oleh Pesara Anti Rasuah dan Pegawai Kastam Pencen; kami juga ingin menyalurkan sedikit maklumat yang kami terima daripada kroni Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Ketua Pengarah Kastam dan pegawai kanannya, Haji Salleh hanya menghabiskan masanya menunggu Pencen kerana harta benda mereka tidak habis dimakan dua keturunan.
Sebelum Sabahkini.net menyiarkan kes Dato’ Khalid menyalahguna kuasa dan kes rasuahnya, beliau telah mengadakan ‘Ops Pagar’ di Labuan untuk menunjukkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kabinet bahawa beliau adalah seorang Ketua Pengarah yang bersih dengan harapan selepas pencen pada penghujung tahun ini akan disambung perkhidmatannya secara kontrak selama dua atau tiga tahun lagi.
Sebenarnya Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah Negeri Hj. Salleh lebih dahsyat dari 62 orang Pegawai kastam yang dicekup minggu lepas oleh SPRM kerana Dato’ Khalid adalah Jerung besar di Jabatan Kastam Malaysia yang terlibat dengan Penggubahan Wang Haram, Rasuah dan Menyalahguna Kuasa.
Dato’ Khalid telah membeli banyak harta di Australia, tidak termasuk wang yang disimpan di Bank Australia kerana beliau akan berhijrah ke Australia jika tidak disambung kontraknya. Maklumat yang kami beri di sini benar atau tidak rakyat Malaysia boleh menganalisanya di masa akan datang.
Walaupun seorang Pegawai Kanan kastam yang terjun dari Pejabat SPRM beberapa hari lalu, kami berharap SPRM akan terus menerus menyiasat kes rasuah KDRM.
NGO di sebuah suratkhabar telah meminta Ketua Pengarah Kastam meletakkan jawatan segera kerana Jabatan Kastam telah merugikan kerajaan Malaysia berbilion ringgit. Bagaimana beliau ingin terus menjaga pegawai jika dirinya lebih teruk?
Kami berharap SPRM akan menyiasat kedua Pengarah tersebut tanpa ketakutan kerana kita tidak mahu Kerajaan BN yang kami sayangi selama ini tumbang dalam PRU 13 akan datang kerana Pemimpin dan Pegawai Kerajaan yang rasuah dan menyalahguna kuasa. Rakyat maki kerajaan kerana gara-gara kejalangan mereka.
Salam Hormat.
UJANA MERDEKA LABUAN
(sabahkini)

SPRM TERCALAR!

Maut terjatuh bangunan SPRM




KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditahan semalaman pada 1 April lalu bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali memberitahu, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat di Unit Import dan Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati pada pukul 10.15 pagi di gelanggang badminton bangunan SPRM oleh seorang kakitangan SPRM.
“SPRM mengesahkan mangsa adalah antara pegawai Kastam yang ditahan pada 1 April 2011 pada pukul 12 tengah hari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor.
“Setelah mangsa membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3b iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dia telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April lalu pada pukul 12.30 tengah hari,” kata Mustafar di tempat kejadian.
Selepas dilepaskan melalui jaminan, mangsa meninggalkan Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Namun begitu, Mustafar memberitahu, pada pukul 8.26 pagi semalam, mangsa datang semula ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal Modenas Kriss.
Katanya, mangsa datang ke pejabat SPRM itu tanpa mendapat arahan daripada SPRM.
Bangunan SPRM terbabit baru siap dibina dan diguna pakai pada Disember 2010 dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi mangsa ditemui mati.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa hadir untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM bagi berbincang mengenai kes terhadapnya tetapi oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, mangsa menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.
AHMAD SARBANI maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap di tingkat tiga (gambar kecil) bangunan SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur semalam.

Rehat Minda:Mari Melancong

Penjaja sampan Sungai Klonghae






SUASANA petang Ahad di tepi Sungai Klonghae di Tambon Klonghae yang terletak lima kilometer dari Hat Yai, Thailand meriah dengan suara riuh-rendah peniaga yang sibuk memanggil-manggil pelanggan untuk membeli barang jualan mereka.
Keadaannya tidak ubah seperti pasar malam di Malaysia, cuma uniknya para peniaga di situ berniaga dari dalam sampan yang berlabuh di tepi sungai. Tidak hairanlah jika pasar ini dikenali dengan nama Klonghae Floating Market atau Pasar Terapung Klonghae.
Pasar terapung itu merupakan lokasi wajib dikunjungi para pelancong yang memilih Hat Yai sebagai hentian percutian bersama keluarga mahupun teman-teman.
Kunjungan ke lokasi tarikan terbaru di bandar paling berkembang di wilayah selatan Thailand itu merupakan pengalaman kali pertama penulis yang sebelum ini mengetahui keunikannya melalui pembacaan sahaja.
Berbanding pasar terapung Damnoen Saduak di Bangkok, Klonghae lebih kepada sebuah medan selera terapung kerana hampir kesemua perniagaan di situ mengetengahkan gastronomi tempatan.
Jika tidak termakan pujukan teman-teman lain yang mengikuti rombongan ke Hat Yai untuk merasai pengalaman 16 jam menaiki kereta api dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), mungkin penulis terlepas pengalaman melihat operasi pasar terapung itu secara dekat.
Saat melalui sebuah jambatan untuk ke tempat yang dihajati, pandangan mata penulis dijamu dengan landskap indah. Lebih 100 buah sampan tersusun di sepanjang sungai dengan masing-masing menempatkan penjaja yang menjual pelbagai jenis makanan, snek dan minuman.
Sampan-sampan itu tersusun menghadap dek kayu yang menjadi ruang lalu-lalang pengunjung yang bertali arus menjamu mata melihat pelbagai juadah lazat yang ditawarkan kepada mereka.
Apabila ada yang berkenan di hati dan selera, wang dihulur kepada penjaja sampan tersebut.
Para peniaga yang duduk di dalam sampan masing-masing kelihatan sibuk melayan pengunjung. Dalam ruang terhad di atas sampan itu, mereka cekap memasak roti sosej, membakar ikan, menggoreng telur puyuh, menggoreng keropok dan membancuh air.
Dalam banyak-banyak jualan, penulis tertarik dengan bekas-bekas yang digunakan oleh penjual air di situ yang menggunakan bekas buluh dan seramik pelbagai bentuk sebagai pengganti cawan-cawan serta plastik untuk mengisi air jualan mereka.
Antara makanan yang dijual di dalam sampan itu ialah mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu. Di sinilah tempatnya jika anda mahu merasai variasi sajian tradisi Thailand!
Kebanyakan makanan yang dijual dengan harga antara 20 hingga 35 Baht (RM2 hingga RM3.50) sahaja.
Seperkara lagi yang menarik pandangan penulis ialah cara penjaja dalam sampan itu berurus niaga dengan pelanggan.
Masuk bakul



Penjaja akan menghulurkan makanan yang dibeli oleh pengunjung dengan menggunakan bakul yang diikat pada hujung batang. Cara itu juga digunakan untuk pembayaran - pelanggan meletakkan wang ke dalam bakul tersebut.
Pasar terapung yang dibuka sejak tahun 2008 itu boleh dikatakan didominasi oleh kaum Hawa yang kebanyakannya beragama Islam.
Bagi yang ingin berkunjung ke lokasi itu, perlu diketahui bahawa pasar terapung itu hanya dibuka tiga kali seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 3 petang hingga 9 malam.
Walaupun masalah bahasa menjadi kekangan untuk berkomunikasi memandangkan kebanyakan peniaga di situ tidak boleh berbahasa Inggeris, penulis cuba berkomunikasi menggunakan dialek Kelantan bagi mendekati peniaga yang sering melemparkan senyuman.
“Saya sudah tiga tahun berniaga di sini sejak pasar terapung ini dibuka dan sambutannya sangat bagus kerana ramai orang tempatan dan pelancong datang ke mari.
“Selesai berniaga, kami akan meninggalkan sampan di sini dan pulang ke rumah menaiki tuk tuk,” kata salah seorang peniaga yang memperkenalkan diri sebagai Soliha yang tinggal di Hat Yai iaitu kira-kira 20 minit dari Pasar Terapung Klonghae.
Snek eksotik
Selain pasar terapung, terdapat juga ruang niaga di bahagian atas tebing. Di beberapa deretan gerai yang disusun sejajar, penulis menemui peniaga makanan, kraf tangan, baju, aksesori, cenderamata dan sebagainya.
Sedang asyik memerhati, meremang bulu roma penulis apabila melihat sebuah gerai menjual menu eksotik yang terdiri daripada ulat mulung, kumbang, belalang kunyit, cengkerik dan kala jengking yang digoreng rangup bersama bawang, cili serta daun kari. Ada yang dicucuk dengan lidi umpama sate manakala ada yang dilonggokkan saja untuk dijual mengikut sukatan senduk.
Snek eksotik tersebut dijual pada harga 20 Baht (RM2) untuk satu senduk dan pembelinya boleh memilih untuk disembur dengan perasa mengikut selera.
Bagi mereka yang berani mencuba, jangan lepaskan peluang ini kerana jualan seperti itu tidak akan anda jumpa di Malaysia!
Selain berjalan-jalan menyaksikan gaya hidup masyarakat tempatan, pengunjung juga berpeluang menyusuri Sungai Klonghae menaiki bot. Meskipun tidak banyak pemandangan luar biasa yang ditawarkan, kadar bayaran yang dikenakan hanyalah 20 Baht (RM2) seorang.
Tumpuan anak muda
Keterujaan penulis untuk mendekati masyarakat tempatan di situ dan bertanyakan lebih mendalam tentang pasar tersebut sentiasa dibatasi masalah komunikasi.
Kebanyakan daripada warga tempatan tidak boleh berbahasa Inggeris. Mujur, penulis menemui beberapa orang Melayu-Thai dari Satun yang boleh memahami dan bertutur seumpama dialek Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Suraya Mihad dan Mujahanah Mahasan yang masing-masing berusia 19 tahun ditemui sedang asyik bersantai bersama teman-teman di pinggir tebing sungai di hadapan kawasan penjaja sampan tersebut.



Menurut mereka, pasar terapung tersebut sering menjadi tumpuan keluarga dan anak-anak muda pada hujung minggu.
“Saya sendiri sering ke sini bersama rakan-rakan kuliah yang lain walaupun perjalanan kami dari Satun ke sini mengambil masa satu jam,” ujar Suraya.
“Di sini terdapat pelbagai makanan selain menjadi pusat sehenti untuk kami membeli-belah keperluan seperti pakaian dan aksesori,” celah Mujahanah yang cuba menyelitkan beberapa patah perkataan Inggeris dalam percakapannya.
Sedang penulis bersama teman-teman yang lain duduk menghilangkan dahaga daripada bekas buluh dan seramik, kami disapa oleh lelaki yang boleh berbahasa Melayu.
“Saya nama Boon Song,” sapa lelaki itu yang mengaku bertugas sebagai anggota polis di Songkla.
Dia ramah memberitahu, tempat itu memang telah lama menjadi tumpuan pelancong dan berjaya menaikkan pendapatan penjaja dan peniaga tempatan.
“Tidak semua tempat ada pasar terapung seperti di sini. Jika anda mahu merasakan kepelbagaian masakan Thailand, inilah tempat yang paling sesuai. Pilih sahaja menu yang dijual di deretan sampan itu,” ujarnya.
Sungguhpun berdepan dengan masalah komunikasi pada mulanya, hati penulis seperti dekat dengan keramahan masyarakat tempatan menyambut pengunjung dan pelancong asing.
Paling ketara adalah gadis-gadis yang tidak lokek dengan senyuman lebih-lebih lagi apabila lensa kamera difokuskan ke arah mereka. Maka, benarlah jika kempen pelancongan mereka mencanang Thailand sebagai Bumi Senyuman.
Ternyata pengalaman bersantai pada hujung minggu di Pasar Terapung Klonghae masih segar dalam ingatan penulis.
Jika anda berpeluang bercuti ke Hat Yai, penulis mencadangkan agar Pasar Terapung Klonghae disertakan dalam senarai lokasi kunjungan wajib. Tentunya, perjalanan menaiki kereta api Ekspres Senandung Langkawi boleh dicuba untuk menyerap pengalaman kembara istimewa!
BEKAS-BEKAS seramik ini adalah pengganti cawan bagi penjaja air minuman.

PELBAGAI jenis makanan dijual di atas sampan yang tersusun di sepanjang tebing Sungai Klonghae.