Wednesday, October 19, 2011

Jangan Sekat Hak Orang Ramai Mendapat Maklumat - Prof Kirtley

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak harus menyekat hak orang ramai daripada mendapat maklumat yang sepatutnya mereka peroleh, melalui pelbagai peraturan dan undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS).
Jane E.Kirtley, Professor, Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi Massa University of Minnesota berkata bagi negara yang mempunyai undang-undang seumpama itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan bidang akta itu kepada beberapa jenis dokumen dan hanya sesetengah orang yang tertakluk di bawah undang-undang itu.
"Saya rasa adalah salah untuk mana-mana kerajaan menyekat maklumat awam dengan mengisytiharkan maklumat itu sebagai sulit," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah pada bengkel bertajuk "Media dan Undang-undang & kod Etika" anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini, Rabu.
Kirtley berkata jika mengekalkan OSA atas sebab keselamatan negara, kerajaan perlu menjelaskan maklumat tertentu yang akan diklasifikasi sulit kerana setiap negara mempunyai situasi berbeza dalam perkara yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Beliau menyebut contoh kerajaan British memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1911, yang menyebut bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk mendedahkan sebarang maklumat rasmi tanpa kebenaran pihak berkuasa, dan menggantikannya dengan Akta Rahsia Rasmi 1989.
Mengikut undang-undang baru itu, adalah menjadi kesalahan untuk mendedahkan maklumat rasmi hanya jika ia tertakluk dalam kategori khas dan hanya jika pendedahannya menggugat kepentingan negara.
Kirtley berkata wartawan tidak seharusnya dikehendaki mematuhi OSA kerana ia melanggar kod etika kewartawanan untuk mencari kebenaran, kejujuran, keadilan dan keberanian dalam mengumpul, melapor dan mentafsir maklumat. -BERNAMA

Tuesday, October 18, 2011

Penan di Baram buat sekatan balak lagi


Masyarakat Penan sekali lagi dilaporkan membuat sekatan dalam usaha untuk menghalang kayu balak dikeluarkan daripada penempatan mereka di kawasan pertengahan Baram.

Menurut NGO, Dana Tabung Bruno Manser (BMF), kira-kira 70 masyarakat dari perkampungan Ba Abang dan Long Kawi membuat sekatan ke atas jalan pembalakan berhampiran sungai Ba Bunau. Tindaklan itu bagi menghalang syarikat Interhill yang berpangkalan di Miri daripada mengeluarkan balak.

NONE"Mengikut maklumat daripada masyarakat tempatan, sekatan telah didirikan pada Khamis lalu, dan telah dihadiri oleh lebih daripada 70 penduduk pribumi Penan," kata NGO itu.

BMF, dalam kenyataan satu akhbar semalam, berkata bahawa sekatan itu didirikan di kawasan yang dituntut sebagai tanah adat (NCR) masyarakat Ba Abang.

NGO yang berpangkalan di Switzerland dan diasaskan bagi memperingati aktivis alam sekitar, Bruno Manser yang hilang di Sarawak pada tahun 2000, berkata bahawa masyarakat Penan menuduh Interhill "melakukan pembalakan secara agresif dan merosakkan alam sekitar sejak beberapa bulan yang lalu".

"Usaha oleh masyarakat untuk berunding dengan Interhill didakwa telah gagal. Interhill pernah  dituduh melakukan tindakan yang sama pada tahun 2009.

"BMF difahamkan bahawa Interhill telah meminta bantuan polis dan Jabatan Perhutanan untuk membubarkan sekatan tetapi masyarakat Penan berkeras meneruskan protes mereka," kata BMF lagi.

NONEBeberapa sekatan-sekatan yang dilakukan oleh masyarakat Penan terhadap pembalak sebelum ini lazimnya didakwa disambut dengan pelbagai ugutan oleh pihak berkuasa.

Pada tahun 2009, enam masyarakat Penan dari Baram tengah telah a memfailkan kes tuntutan tanah NCR dan meminta lesen pembalakan yang dikeluarkan oleh kerajaan diisytiharkan batal dan tidak sah.

Kes-kes itu masih belum selesai dibicarakan di Mahkamah Tinggi Miri.



azlan

REFSA: Hutang negara mungkin cecah RM1 trillion?

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

azlanSenario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang  lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

azlan"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.