Thursday, December 8, 2011

Apa Pandangan Anda Terhadap mr.Obama?

Obama sokong homoseksual
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Barack Obama
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin, mengumumkan negara itu akan menggunakan semua cara, termasuk memberi bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyokong golo­ngan homoseksual di seluruh dunia.
Bantuan kepada golongan gay dan lesbian, termasuk di negara lain itu kononnya sebagai tanda sokongan pentadbiran Obama terhadap kebebasan hak asasi manusia.
 
“Saya amat bimbang dengan keganasan dan diskriminasi terhadap golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual di seluruh dunia jadi saya menggesa usaha dilakukan untuk menghentikan layanan buruk terhadap mereka,” katanya.
 
Obama yang kini sedang dalam kempen untuk pilihan raya umum AS, akhir tahun depan, dipercayai memulakan insentif itu sebagai modal politik untuk menarik undi.
 
Dasar luar baru diumumkan Obama itu dilihat akan menimbulkan masalah dengan negara sekutu Washington, terutama negara Islam seperti Arab Saudi.
 
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, kelmarin, turut mengumumkan Washington akan memberi peruntukan awal AS$3 juta (RM9.4 juta) untuk dana menyokong badan bukan kerajaan yang berjuang dalam isu homoseksual di seluruh dunia.