Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing. Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.
Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.
Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya. Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis. Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.
Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah). Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.
Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai. Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti. Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."
Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.
"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan. Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya. Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.
Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".
Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO. Antaranya semestinya perebutan sumber. Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."
Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.
Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari. Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut. Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah. Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.
Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik. Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.
Musa berdepan dengan sekta yang berbeza
Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011. Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.
Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO. Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.
Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin. Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.
UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah. Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12. Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas. Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman. Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.
Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri. Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri. Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan. Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun. Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.
Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO). Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".
Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini. Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah. "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah. Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko. Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah. Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."
Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.