Anak Nong Chik dapat projek RM30 juta?
KUALA LUMPUR 17 Mei: Belum reda skandal projek lembu kebangsaan yang diseleweng keluarga bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil melibatkan RM250 juta wang rakyat, kali ini satu lagi pendedahan membabitkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin.Ironinya kedua-dua pimpinan Umno ini sinonim dengan Lembah Pantai.
Menurut blog anaksungaiderhaka, pada 24 Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ini bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.
Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana, 26, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.
Dilaporkan, beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 unit saham. Bermakna, secara praktikal, beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.
Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa, sumber dipetik.
Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di sini.