ULASAN Demokrasi, selalu diberi ragam makna. Bergantung kepada fahamnya.
Faham demokrasi Mahathir Mohamad selalu mudah: demokrasi harus ada batasannya, harus diiringi dengan tanggungjawab, dan berfungsi untuk tujuan pembangunan. Inilah "acuan demokrasi yang ideal" yang Mahathir sampaikan sewaktu syarahan utama di University of Santo Tomas (UST) di Manila seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 11 Jun 2012.
Lebih lanjut di Filipina tersebut, Mahathir turut menegaskan bahawa sekiranya mahu mengubah pemerintahan, cukuplah dengan kotak undi. Ini dapat dilakukan lima tahun sekali. Selain itu, nilai pemimpin, bagi Mahathir, ialah idea dan strategi yang dimilikinya. Sesuai dengan faham ini, maka Mahathir sama sekali tidak melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi liberal. Anehnya, Mahathir tidak pula memaklumkan jenis apakah demokrasi di Malaysia ini.
Bagaimanapun - terlepas dari semua ini - kita harus menelaah kembali apakah sebenarnya tujuan dari hidup bernegara ini. Sebab, tampaknya Mahathir cuba menyelewengkan makna demokrasi kepada sebuah faham kenegaraan yang kabur. Justeru, untuk memahami persoalan ini, maka adalah lebih baik kita mengungkapkan lima persoalan kepadanya.
Pertama, Mahathir berkata bahawa demokrasi mestilah difahami bersama batasannya. Persoalannya: sejak bilakah demokrasi tidak pernah dikaitkan dengan batasannya? Hanya Mahathir saja yang tidak pernah lelah mengulangi batasan demokrasi.
Sebelumnya, Mahathir begitu bimbang dengan kebebasan mutlak. Padahal, tidak ada siapa pun yang mempertikaikan. Memang, kita semua tahu bahawa takkan ada kebebasan mutlak. Dalam sebuah negara hukum, perlembagaan (undang-undang) adalah pembatasnya. Masalahnya ialah, bagaimana perlembagaan itu digubal: Lewat deliberatif atau lewat autokratik? Persoalan inilah yang lebih berfaedah untuk Mahathir risaukan, berbanding dengan tidak habis-habis meratibkan batasan demokrasi.
'Komuniti hukum'
Kedua, mengapa Mahathir lagi-lagi bercakap soal tanggungjawab? Kenapa tidak bercakap soal hak? Walhal, dalam konsep hak yang sifatnya sangat universal, itu sebenarnya sudah tertanam konsep tanggungjawab. Misalnya, dalam konsep hak, itu terdapat konsep tanggungjawab untuk dalam menghormati hak-hak warga lain, yang harus dipatuhi secara bersama. Konsep hak ini yang lebih kuat premisnya berbanding dengan konsep tanggungjawab.
Tapi, dengan beria-ia berbicara soal tanggungjawab, maka apakah niat terselindung Mahathir ini? Jangan-jangan, laungan tanggungjawab (yang garisnya ditentukan pemerintah secara sepihak) tersebut berniat untuk mengawasi dan mengawal segala tingkah-laku (malah, fikiran!) rakyatnya. Tidak demikian, Mahathir?
Ketiga, Mahathir meletakkan makna kehidupan bernegara adalah pembangunan semata. Bukan demokrasi. Benarkah demikian? Persoalannya, apakah makna pembangunan menurut Mahathir ini? Dan, persoalan berikutnya, adakah dengan melakukan pembangunan, maka sempurnalah makna negara? Apakah sebegini dangkal makna negara menurut Mahathir?
Padahal, kata negara itu adalah terbitan dari pemaknaan kepada sebuah "komuniti hukum". Dalam komuniti ini, yang menjadi tujuannya bukannya pembangunan (yang telah disempitkan oleh Mahathir). Sebaliknya, bagaimana melibatkan warganegara dalam setiap keputusan-dasar negara. Inilah roh hidup bernegara. Malangnya, yang terlintas dalam fikiran Mahathir tatkala berfikir mengenai negara ialah pembangunan. Betapa dangkalnya.
Keempat, Mahathir menekankan bahawa yang terpenting dari kualiti pemimpin adalah kemampuannya dalam merangka strategi dan idea untuk kemakmuran negara. Lagi-lagi, benarkah yang terpenting ialah kualiti pemimpin, bukannya kualiti sistem (demokrasi)? Jadi, individu lebih penting dari sistem, begitu Mahathir? Ini logik bernegara apa yang dipakai Mahathir? Lagi pula, kualiti pemimpin bukanlah diukur dari kecerdasan dan kebernasannya. Tapi, diukur dari kemampuannya untuk memastikan tatacara demokrasi terus mengalir dengan baik. Inilah tugas hakiki pemimpin.
Di samping itu, Mahathir selalu berfikir bahawa kemakmuran - yang sering disempitkan secara instrumental - adalah segala-galanya. Padahal, negara itu bukanlah sebuah syarikat perusahaan. Malah, kedudukan perdana menteri juga bukanlah seperti kedudukan seorang ketua pengarah eksekutif (CEO).
Machiavelli hormati aspirasi rakyat
Kelima, Mahathir, beranggapan bahawa cukuplah untuk mengubah pemerintah saat pilihan raya umum. Bermakna, menurut Mahathir, proses mengubah pemerintah hanya boleh dilakukan setiap lima tahun, lewat kotak undi. Lalu, pertanyaannya: apakah yang warga harus lakukan di antara dua pilihan raya, atau dalam tempoh lima tahun tersebut? Hanya patuh saya semua titah pemimpin?
Maka, ke mana perginya konsep "masyarakat warga" (civil society), ketakpatuhan warga (civil disobedient), kewarganegaraan aktif (active citizenship) dan ruang awam (public sphere) yang menjadi sendi demokrasi? Mahathir, percaya atau tidak, tidak pernah menyebutnya. Sekalipun tidak pernah. Padanya, demokrasi ialah pilihan raya umum. Selain dari hari mengundi, rakyat mestilah pasif.
Justeru, berdasarkan kepada lima persoalan ini, cukuplah untuk kita melukiskan bagaimana faham demokrasi Mahathir ini. Demokrasi, menurut Mahathir, selalu dimomokkan sebagai sebuah "kebebasan mutlak", "tidak bertanggungjawab", "antipembangunan", "menghambat idea pemimpin" dan "hanya pilihanraya." Setohor ini saja makna demokrasi Mahathir. Tentunya, makna tumpul seperti ini dengan mudah dapat kita temukan dalam negara totalitarian.
Sebab itu, usah hairan, ciri-ciri totalitarianisme ini turut terlekat sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia. Demokrasi di Malaysia, pada waktu Mahathir, berada pada titik terendah dalam sejarah. Seluruh trias politica (eksekutif, judikatif dan legislatif) telah dimuatkan ke dalam satu individu: bernama Mahathir. Inilah Mahathirisme, nama lain kepada Machiavellianisme. Sementara, rakyat di mata Mahathir tidak lain adalah sebuah objek, yang sekadar berfungsi lima tahun sekali. Padahal, Niccolò Machiavelli sendiri bukan begitu.
Andai kata Machiavelli masih hidup sekalipun, tentunya takkan bersependapat dengan Mahathir ini. Kerana, Machiavelli bukanlah seorang Machiavellian, seperti Mahathir. Sebaliknya, Machiavelli adalah seorang republikan, yang menghargai aspirasi rakyat.
Manakala, Mahathir pula dalam diam-diam adalah seorang diktator, yang selalu mencipta pemujanya yang fanatik, sepanjang waktu, selagi mana faham totalitarianisme terus saja bermaharajalela.

AQIL FITHRI, penerima zamil Intelektual Awam Asia (API) 2009-2010 daripada Yayasan Nippon, Jepun dan kolumnis JalanTelawi. Beliau boleh dihubungi menerusi aqilfithri@gmail.com.