wartashubhi
Satu lagi tazkirah best semalam. Juga kat Surau An-Nur yang menjemput Ustaz Shukor buat kali kedua sepanjang Ramada ni. Ustaz ni dah agak veteren, suaranya garau dan loghatnya ada sedikit ala-ala jawa. Nampaknya loghat jawa bukan saja bernilai tinggi dalam dunia lawak tapi jika pandai ia juga menghasilkan penceramah yang baik dan tidak menjemukan.
Aku tak jemu dengar tazkirah Ustaz Shukor ni. Orangnya tenang dan penyampaiannya lebih kepada nasihat. Bila dengar cakapnya, kita dapat rasakan nada nasihat seorang ayah yang telah melalui berbagai pengalaman kepada anak-anaknya. Macam tu lah yang bagus, lagipun agama itu nasihat. Tazkirah macam tu setiap malam pun aku rasa ok. Ringkas dan padat serta memberikan impak.
Walaupun apa yang ustaz kata kena kat batang hidung sendiri, kita masih dapat menerimanya. Yang paling penting sekali nasihatnya memberikan kesan yang masuk ke dalam hati. Bukan macam Ustaz sebelum ini yang aku cerita berikan tazkirah jumaat di sebuah surau masjid USJ. Nada dia bercakap seolah-olah di depannya adalah sekumpulan musuh yang dibencinya.
Mendengar tazkirah Ustaz Shukor teringat aku pada arwah Ustaz Abdullah. Dia ayah kepada Ustaz Mat Amin yang popular sering keluar TV9 tu. Arwah juga punya teknik penyampaian yang berupa nasihat. Dia menggunakan pendekatan ala-ala sufi kerana nasihatnya banyak menyentuh berkenaan hati. Mendengar ceramah nasihat arwah lansung tak jemu.
Panjang pulak mukadimah aku. Isi yang melekat dalam kepala aku semalam adalah sebagai mana tajuk yang aku nyatakan di atas. Aku sendiri tak sedar perlakuan macam tu kalau ustaz tak sedarkan.
Nasihat Ustaz ketika menyambut tetamu pada hari raya nanti agar segera tutup TV sebaik saja ada tetamu masuk rumah kita. jangan biarkan semua orang tumpu pada TV yang tak ada cerita lain melainkan hiburan. Sedangkan tetamu datang untuk menyambung silaturahim dan bertanyakan khabar, kita pulak biarkan TV melalak bising.
Memang betulpun, aku tak perasan selama ni kita biarkan TV ternganga buat bising tak kira samada ada orang ada atau tak ada. Kononnya kita nak ceriakan suasana dan tak mahu sunyi.
Ustaz sebut pengalamannya menziarahi orang masa raya lalu. Dia riang untuk bermesra dan berbual dengan orang yang diziarahinya tiba-tiba mereka buka TV. Kecewa perasaan Ustaz. Apapun dah tak dengar lagi dan perbualan menjadi hambar. Kalu macam tu baik belah balik saja tak payah raya.
JADI INGAT SEMUA, TOLONG TUTUP TV BILA ADA TETAMU DATANG!!!