Wednesday, October 3, 2012

Hari Semakin Getir Buat PM Najib?

 


 
Pegawai penyiasat yang dilantik Suruhanjaya Siasatan bagi menangani isu berkaitan pendatang asing di Sabah, memulakan siasatan mereka kelmarin.
  
Perkara itu disahkan Setiausaha Suruhanjaya tersebut Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan semalam.
  
Beliau berkata ini berikutan pentauliahan anggota suruhanjaya oleh Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa 21 September lepas.

"Pendakwa raya telah melantik pegawai penyiasat mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat apa-apa perkara berkaitan terma rujukan suruhanjaya itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terma rujukan suruhanjaya itu, antara lain, bermatlamat menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberi kad pengenalan atau kewarganegaraan.
  
Suruhanjaya itu juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah, yang memegang kad pengenalan biru, resit  pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang, telah didaftarkan dalam  daftar pemilih.
  
Ia diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan siasatan, bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya, iaitu pada 21 September lepas.
  
Laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
  
- Bernama
 
Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia
  • Hafiz Yatim
 
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
NONEShahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
 
MP BN beri bayangan: 'Ada ubi, ada batas'
  • Hazlan Zakaria
 
Seorang MP Sabah memberi bayangan bahawa sokongan kepada kerajaan pemerintah bergantung kepada cara kerajaan mengambil maklum dan bertindak ke atas masalah pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

"Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas," kata Siringan Gubat (BN-Ranau) dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, pantunnya itu ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang.

Siringan berkata, beliau meminta kerajaan membina 26 batang seperti yang dimintanya, selain menaiktaraf 13 jalan sedia ada di kawasan Ranau.

Kesemua 39 jalan itu penting untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar berkenaan, termasuk kawasannya, kata Siringan.

Dua MP Sabah dari parti BN bertindak keluar parti baru-baru ini, antaranya atas bantahan ke atas tahap pembangunan di negeri tersebut.
 
 
'Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas'
  • Zulaikha Zulkifli
 
Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.

NONE"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri.

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak.

NONEHari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.

Selain itu, Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.

Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975.

"Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion.

NONESementara itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam.

Sambil menjelaskan manusia terbahagi kepada tiga iaitu mukminin, kafir dan munafik, Nik Aziz berkata, sekatan royalti tersebut bukan dibuat oleh Petronas, sebaliknya kerajaan yang memerintah.

"Tengku Razaleigh (Hamzah) kata disekat oleh Petronas. Sebenarnya sekatan ini Umno yang buat sebab dia kuasai pusat. Yang kuasai pusat sekarang bukan MCA tapi orang Melayu Umno. Benci pada gerakan Islam.

"Dia (Umno) kata nak tolong orang Melayu. Tapi saya ini Melayu juga, baka raja lagi. Tapi tak beri," kata Nik Aziz yang mengakhiri ucapannya dengan bacaan doa.



Suaram: Sepina akhirnya diserah pada saksi Scorpene
  • Nigel Aw
 
Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

NONE"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.