888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun.
Pendatang tanpa izin di Sabah
: Berkenaan masalah di negeri Sabah, sangat menarik untuk dikupas.
Kalau kita semak semula pada tahun 1963 apabila berlakunya pembentukkan
negara Malaysia, terdapat satu jaminan oleh kerajaan Malaysia adalah
untuk menjamin kedaulatan negeri Sabah. Apa maksudnya di sini dengan
terma “kedaulatan Sabah” ?
Jaminan
kedaulatan negeri Sabah bererti tidak membiarkan orang asing masuk ke
Sabah. Kami pasti orang Sabah dan pembaca Berita Semasa terutamanya
sudah “masak” benar dengan masalah ini?
Soalan & Jawapan Mengenai Masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah?
Sumber : Hansard di Parlimen
Kami rasa orang sabah sendiri pun sudah sedia maklum, di mana peningkatan mendadak yang tinggal di Sabah ini adalah disebabkan
dengan kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah yang terlalu ramai
sehingga tidak mampu dikawal sehingga sekarang ini. Akibatnya:
- Pendatang tanpa izin di Sabah dilihat bukan sahaja mengambil alih bukan sahaja pekerjaan di kilang, di ladang, kereta api malahan peluang pendapatan di pasar-pasar di Sabah yang dikenali dengan pasar tamu, tamu mingguan. Akhirnya, orang tempat kita, rakyat Malaysia sendiri diusir begitu sahaja…Mereka pula yang menguasai. Okey, itu yang pertama.
- Keduanya, kalau disemak catatan dan fakta yang ada menunjukkan bahawa 80% daripada jenayah di Sabah disebabkan oleh pendatang tanpa izin atau secara sah di sana
- Ketiga, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan RM12 juta setiap tahun hanya untuk “catering for the illegal migrant”.
Yang
menariknya di sini. Ada kalangan pendatang asing tanpa izin daripada
Filipina contoh berani mengatakan kehidiran mereka di Sabah ibarat
seperti pulang ke rumah sahaja. Alasan yang mereka berikan, mudah sahaja
:“Filipina masih tuntut Sabah”.
Sudah……Negeri Sabah boleh dikatakan sangat dekat dengan Indonesia. Ada kawasan kalau nak masuk Sabah, cukup mudah. Contohnya :
- Kalau di Tawau, kalau di Pulau Sebatik sebenarnya tidak ada sempadan. Kalau kita berada di sebelah Indonesia, Pulau Sebatik, kita masuk sahaja ke sebelah Malaysia, kemudian ambil bot pergi ke Tawau.
Jadi
apabila kami yang asalnya daripada negeri di Semenajung Malaysia ini
mendengar & meneliti permasalahan di Sabah membuatkan kami
tertanya-tanya :
- Apa yang payah sangat sehingga mengambil masa yang begitu panjang untuk menangani masalah PATI di Sabah ini? Jadi, kenapa kerajaan ini. Malahan wakil Sabah di Parlimen sendiri pun acapkali membawa masalah di sana. Hasilnya?
- Tertubuhnya RCI. Itupun…..menjadi persoalan apabila RCI ini terlalu lambat diambil dan penubuhan ini ibarat “hangat-hangat tahi ayam sahaja“. Benarkah?
Walaubagaimanapun,
kami tetap meletakkan kepercayaan kepada pihak kerajaan untuk terus
menangani masalah lambakan pendatang asing di Sabah. Bukan apa negeri Sabah yang ada sekarang ini sudahlah miskin
walaupun hakikat pada asalnya adalah sebuah negeri yang cukup kaya
dengan sumber alam yang dilimpahkan di sana. Apabila ada lambakan pendatang tanpa izin di Sabah, sudah pasti keadaan akan menjadi bertambah teruk…..
Yang
menjadi mangsa siapa? Yang menerima kesannya siapa? Yang mahu
meneruskan kehidupan siapa? Berapa lama lagi mereka perlu berhadapan
dnegan masalah ini?