Wednesday, October 17, 2012

Lagi Pasal Lembaga Tabung Haji!!!

Tabung Haji Perlu Disiasat Segera.

TABUNG Haji perlu disiasat segera. Jangan sampai Terantuk baru tengadah!

Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di atas. Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!

Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan! Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?

Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegupitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak? Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!

Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.  (IH/jalanpulang)