Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.
Sehingga sekarang pokok
ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living
sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".
Sedikit sejarah mengenainya...
Ketika Rasulullah صلى
الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna
Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh
di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda صلى الله
عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak
menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
Seorang paderi yang
melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya
pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata:
"Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
Pohon ini terletak di
tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi
geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita
tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa
saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib
Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu
sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi
akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan
saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke
Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama
di atas.
~ Lihatlah sampai hari
ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang
kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya
dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
Dan di dalam foto ini
juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى
الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Rasulullah صلى الله عليه وسلم-
pernah berada di situ.
Wallahhualam...
Sumber suatuperjalananmaya.com