MUNGKIN ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.
Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri
sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat
mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun,
disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama
Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu
permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.
Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan
itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah
sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun
untuk berdebat dengan rakan-rakan,
beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan
mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam. Semakin beliau
mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau
sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah
hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah
kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di
bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah
penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan
beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan
Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada
Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya
berserah kepada Allah. Keesokan harinya, ketika beliau menjalani
medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser.
Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu
juga, beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo
Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk
mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia
beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah. Banyak dugaan
yang beliau terima selepas
bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga
tercinta.
Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Melayukini.net: Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam,
malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri.
Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya
lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah
kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan
Allah SWT.Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
(Diangkat dari Melayukini.net)