Bershalawatlah
"Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan
sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya
menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah
s.a.w. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal
ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu
sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau
lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan
kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai
dengan sifat rububiyah (ketuhanan)-Nya. Ini baru satu sholawat, maka
bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu
sholawatmu ke hadrat Junjungan s.a.w. seperti keterangan hadits ?
Menurut Sayyidina Abu Hurairah r.a., Junjungan Rasulullah s.a.w.
bersabda:- "Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan
bersholawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika
engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir
kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. di setiap
waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan
perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah s.a.w."
- kalam Syaikh Ibnu `Athoillah as-Sakandari rahimullah