Showing posts with label Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Pemikiran. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Scorpene, Altantuya, Inflasi: Tekanan untuk Najib berundur?

Chen Shaua Fui


Perbicaraan mahkamah berhubung kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia yang didakwa mempunyai gejala rasuah bakal berlangsung di Perancis.  Sekali lagi, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dihantui kes pembunuhan Altantuya, yang didakwa berkait rapat dengan pembelian kapal selam dengan bayaran komisen yang tinggi.
Kini, arus inflasi semakin menderas.  Model Ekonomi Baru pula sukar menampakkan keberkesanannya.  Najib (gambar kiri) berdepan dengan perebutan sumber dalam UMNO.  Sayap kanan dalam parti mungkin mengambil kesempatan untuk menekan agar Najib berundur - seandainya Najib gagal memulihkan keadaan, lebih-lebih lagi menjadi liabiliti dalam parti - berikutan skandal yang terpalit pada dirinya.  Untuk Najib, beliau berdepan dengan pelbagai rintangan - dalam pertimbangannya untuk mengumumkan pilihan raya umum awal sebagai strateginya membalas serangan.
Kes pembunuhan Altantuya
Berkali-kali PKR mengaitkan kes pembelian kapal selam dengan kes pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.  Ketiga-tiga orang tertuduh, Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa mempunyai hubungan dengan Najib.  Razak Baginda, adalah think tank untuk Najib; sementara Ketua Inspektor Azilah dan Koperal Sirul didakwa sebagai pengawal Najib.
Najib terpaksa menjawab isu ini setelah diserang bertalu-talu oleh Anwar Ibrahim dalam PRK Ijok pada tahun 2007.  Najib mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya, dan Kementerian Pertahanan membuat kenyataan bahawa wang bernilai 114.96 juta Euro (kira-kira RM535.8 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bukan "komisen", tetapi kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam tahun.  Syarikat Perimekar dimiliki isteri Razak Baginda (gambar kanan).
Selepas empat tahun, kes ini hampir melabuh tirai, dengan Razak Baginda dibebaskan, sementara Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati.  Kedua-dua tertuduh boleh membuat rayuan, namun perbicaraan belum berlangsung sebagaimana yang diketahui buat setakat ini.
Sebelum Najib mengorak langkahnya untuk menjadi PM, beliau dihujani tuduhan daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal, yang membuat akuan bersumpah untuk membabitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes Altantuya (gambar kiri).  RPK melarikan diri ke luar negeri, dan tampil di TV3 pada April 2011 - semasa pilihan raya negeri Sarawak - untuk menafikan bahawa dirinya yang membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah, sebaliknya hanya mendedahkan maklumat yang diterimanya dari sumber.  Bagaimana sekalipun pertikaian selanjutnya tentang "pengakuan" RPK ini, yang penting adalah Najib telah mendakwa bahawa nama dirinya "dibersihkan" lantaran daripada wawancara TV3 tersebut.
Sejauh manakah impak isu ini, yang dibangkitkan semula selepas empat tahun berlalu?
Perbicaraan bakal bermula di Perancis
Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel berkata kepada MerdekaReview, perbicaraan kes pembelian kapal selam ini akan bermula dalam tempoh sebulan dua akan datang mengikut prosedur mahkamah Perancis.  Lebih banyak maklumat dalaman yang terperinci bakal didedahkan pada ketika itu.
Cynthia (gambar kanan) menjelaskan bahawa buat masa kini rakyat gagal memperolehi dokumen-dokumen ini daripada kerajaan Malaysia lantaran daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA).  Namun, dokumen berkenaan boleh diperolehi daripada Perancis setelah perbicaraan mahkamah bermula, malah hakim boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa dirinya sedia memberi keterangan di mahkamah Perancis seandainya dibenarkan kabinet.  Bagaimanapun, Cynthia berkata mahkamah di Perancis tidak boleh mewajibkan kehadiran Menteri Malaysia di mahkamah kerana melibatkan isu kedaulatan negara.
Setakat ini belum diketahui apakah maklumat dalaman yang bakal didedahkan.  Namun demikian, PKR baru-baru ini mendakwa bahawa ada "pihak ketiga" yang menemani Razak Baginda dan Altantuya dalam lawatan mereka ke Macau.  Tanpa menamakan identiti "orang ketiga" itu, PKR mendesak Najib agar menunjukkan passportnya untuk membuktikan dirinya tidak terlibat.
Kita tidak lupa bahawa Najib pernah bersumpah atas nama Allah bahawa dirinya tidak kenal Altantuya - di depan kira-kira 900 orang pemimpin akar umbi UMNO, pada Julai 2008.  Seandainya apa-apa bahan bukti dalam mahkamah Perancis menunjukkan bahawa Najib mengenali Altantuya, maka beliau bakal berdepan dengan krisis integritinya.
Najib mungkin menjadi liabiliti UMNO
Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dalam UMNO, yang menentang hebat rancangan ekonomi tersebut.  Najib perlu menjelaskan bahawa ia sekadar "cadangan", selepas bahagian pertama MEB dikemukakan - memperlihatkan rintangan yang dihadapinya dalam parti.
Najib kini tersepit dalam dilema.  Politik naungan telah lama berakar umbi dalam UMNO.  Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan pendekatan perkauman yang ekstrem, pada masa yang sama "Najibnomics"-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara.  Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran - realitinya rakyat terus bergelut dalam suasana inflasi yang menekan.
Mereka yang menguasai sumber pada masa yang sama menggenggam kuasa.  Perebutan sumber bertambah rancak apabila sumber semakin berkurang.  Kenaikan tarif elektrik, pengurangan subsidi untuk bahan api, cukai perkhidmatan yang melonjak dari 5% hingga 6% - segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara semakin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut wang dari rakyat.
Zahid Hamidi berpaling tadah?
Kini, pergelutan dalam UMNO sendiri menjadi menarik.  Kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa dirinya bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah - dengan syarat dibenarkan kabinet - juga menarik.  Beliau meletakkan semua beban atas bahu Najib, sebagai Ketua Kabinet - untuk menentukan sama ada beliau boleh atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis.
Zahid (gambar kiri, kanan) dilihat sebagai "orang Najib" dalam pemilihan UMNO pada tahun 2009.  Menteri Pertahanan ini kelihatan telah meninggalkan kem Najib.  Perlu diingatkan, skandal kapal selam gagal selam, kecurian enjin jet - pendedahan ini memperlihatkan bahawa "ada pihak yang melepaskan khabar" - tentang skandal yang berlaku ketika Najib merangkap jawatan Menteri Pertahanan.
Baru-baru ini Zahid dikatakan calon yang bakal memainkan peranan "Muhyiddin Yassin" dalam usaha menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi - seandainya usaha baru diperlukan untuk menjatuhkan Najib Razak.  Ini kerana Najib berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-13, malah kuasa kerajaan negeri Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Cabaran buat Najib
Najib kini perlu berhati-hati untuk membuat percaturannya.  Soal selidik yang diumumkan Merdeka Center pada 4 Disember 2010 menunjukkan bahawa sejumlah 59% rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Najib membanteras rasuah.  Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah.  Apa yang menarik, seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam ini menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam amalan rasuah - maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur.
Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yang lebih selesa.  Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan - iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan "Kemelayuan"-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dalam UMNO.
Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya?  Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang - iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?
Saf pimpinan PAS yang baru lahir dari pemilihan mungkin menjadi faktor pertimbangan Najib.  Seandainya PRU diadakan tahun ini, mungkin PAS belum sempat mengatur langkahnya untuk bersedia.
Jikalau dilihat tarikh yang ada, bulan puasa bermula pada akhir Julai, dan masyarakat muslim bakal menyambut Hari Raya pada awal September.  Tempoh ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.  Jikalau PRU diadakan pada awal Julai, maka Najib perlu mengambil kira kemungkinan rakyat melepaskan kemarahan melalui undi lantaran kenaikan tarif elektrik.
Justeru itu, tempoh antara September hingga Oktober mungkin masa yang sesuai, kerana pantai Timur sering dilanda banjir mulai November.
Menurut pemimpin di akar umbi UMNO, mereka telah bersiap sedia 24 jam untuk PRU sejak dua, tiga bulan yang lalu.  Namun tarikh PRU ke-13 kekal menjadi teka-teki.
Untuk Najib, bukan senang untuk mencari satu tarikh yang menjamin kemenangan BN.  Kenaikan harga barang, ketegangan hubungan antara sekta dalam UMNO, saf pimpinan baru PAS yang menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat, cetusan isu perkauman dan agama yang mencungkil ketidakpuasan masyarakat... Sehingga bila "suasana baik" boleh dikekalkan dengan Program Transformasi yang direkacipta Najib?
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

Wednesday, June 1, 2011

MEMAHAMI GARIS POLITIK..........


BANGUN MELAWAN!
POLITIK DAN GARIS POLITIK

Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan gulungan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – gulungan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh - yang boleh di rujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.

Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis.

Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat.

Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.

Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Gulungan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas.

Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanl Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.

Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.

Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli.

Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Ditahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.

Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah ‘tagline’ untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas.

Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.

Akhbar Utusan Malaysia diaanggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.

Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu

Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.

Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.

Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam Suara Keadilan terkini
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-4045

Wednesday, May 11, 2011

Regional processing or trading refugees?




This new agreement may join the growing list of failed regional solutions


By Gerhard Hoffstaedter
There is much to celebrate between Australia and Malaysia; relations have been good between the two nations. The days of Mahathir’s vitriolic spats are over and closer co-operation between Canberra and Putrajaya continues to offer opportunities for trade and the education sector.
Closer co-operation, however, is most important for Australia’s border protection efforts, especially in curbing people smuggling through Southeast Asia, much of which transits through Malaysia.
In this vein Canberra has maintained a close relationship with Malaysia’s police and customs agencies in an effort to stop not just people smugglers, but also asylum seekers.
Travellers destined for Australia who pass through Kuala Lumpur already routinely have their passports checked by Malaysian officials as well as Australian federal police at their departure gates.
Canberra wishes to stop potential asylum seekers before they reach Australian soil. Thus, Kuala Lumpur International Airport has become part of an ever widening zone of extended border security that stretches through Southeast Asia and Melanesia to secure Australia from those seeking its protection.
That makes Malaysia an important ally for Australia, which has, for all intents and purposes, given up selling its East Timor processing centre to the region. Najib himself had expressed only careful support and presented himself as a co-operative force in the region for Australia.
With the deal announced this weekend by both Malaysia and Australia simultaneously Malaysia becomes the frontline partner in Australia’s and the region’s refugee crisis.
The agreement gives the Gillard government a political edge domestically as it directly addresses the Australian public’s wariness of the boats and people smugglers.
To address boat people, the government has long promised a humanitarian and regional solution that would deter people-smuggling and keep the boats at bay.
No desired impacts
Through the Bali Process Australia has built an alliance of partners to deter irregular movements of people throughout the region.
Indonesia was the latest partner to pass new legislation to curb people smuggling by imposing high fines and harsh punishments. Malaysia had done so in 2007 with its Anti-Trafficking in Persons (ATIP) Act 2007.
These laws have not had the desired impacts, in fact, more policing only makes life harsher for the thousands of asylum seekers trapped in limbo in Indonesia and Malaysia.
To further complicate things, Malaysia is neither a signatory to the 1951 Convention relating to the Status of Refugees nor the 1967 Protocol; it simply does not recognise refugees and for the past several years has not funded the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) working in Malaysia.
Indeed, the UNHCR has a difficult job in a country that does not legally recognise refugees. Its efforts are curtailed by capacity issues and fewer than half of the asylum seekers in Malaysia are thought to have entered the processing system of the UNHCR.
In terms of the proposed agreement, Gillard and Bowen were adamant that their scheme would make the product sold by people-smugglers, ‘freedom’, a bad deal, as intercepted asylum seekers on boats would be flown right back to Malaysia and enter the ‘end of the queue’.
Malaysia surely would not like to see itself as the end of the queue, for that would suggest that there exists a queue and that Malaysia and Indonesia are it. This ignores the majority of refugees in refugee camps in or surrounding conflict areas.
Costs factors
Moreover, many questions remain. What will happen to asylum seekers who are sent to Malaysia?
Gillard said they will not have special treatment for processing. However, considering that approximately 100,000 asylum seekers in Malaysia have not been processed by the UNHCR, what is to be done?
Many of those not processed are too poor to access the only UNHCR office in Kuala Lumpur, others do not have the relevant information available to them. UNHCR sometimes does field visits to process people in outlying areas, but again, many lack access.
Access costs money and Australia may have to respond to this inequality when it seeks a fair treatment for its intercepted asylum seekers.
Already the rationale of swapping 800 unprocessed asylum seekers for 4,000 registered refugees has been criticised by the opposition leader.
Indeed, while the increase in the humanitarian intake is to be applauded this new agreement may join the growing list of failed regional solutions.
In any case, it will sadly not be down to what Gillard called a potential boat person’s ‘rational human decision’ to not pay people smugglers if they face being sent to Malaysia. Desperation of many of those who have lived in Malaysia for up to 20 years trumps rationality.
Gerhard Hoffstaedter is a research fellow with La Trobe University’s Institute for Human Security and a co-founder of the Melbourne Free University Project. This article first appeared in New Mandala
.

Monday, April 4, 2011

Seks, etika dan berita


Mustafa K Anuar 
Seks, seperti yang kita semua sedia maklum, adalah sesuatu yang menarik perhatian dan minat orang ramai kerana ianya menjanjikan "keseronokan" dan melayani kehendak ingin tahu (atau, dalam bahasa nakal, "kepo").  Dan minat khalayak ramai ini memuncak bila seks - lebih-lebih lagi jika aktiviti insani ini dilakukan di luar nikah - dikaitkan dengan orang ternama dan selebriti.
Itulah sebabnya seks menjadi salah satu kriteria yang digunakan oleh pemberita untuk mengenalpasti insiden atau isu yang boleh dijadikan berita.  Malah dalam keadaan di mana terdapat persaingan sengit antara organisasi media yang berpaksikan falsafah ekonomi kapitalis, seks telah dijadikan satu komoditi untuk diperdagangkan di dada akhbar khususnya, antara media lain, dalam usaha melonjakkan sirkulasi dan kadar periklanan akhbar berkenaan.
Bukan itu sahaja, sensasi seks juga boleh menjadi mainan politik.  Dan ini juga bermakna media boleh, dan telah, menjadi alat manipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, khususnya parti yang memerintah (yang ada kaitan rapat dengan media arus perdana dari segi pemilikan dan kawalan).  Ini terbukti lebih-lebih lagi dalam kes liwat pertama yang melibatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Dan dalam masyarakat yang dikatakan berpegang kuat kepada ajaran agama seperti Malaysia, seks rambang, "songsang" dan luar nikah menjadi kebimbangan dan juga cemuhan orang ramai.  Dan pelaporan media tentang kegiatan seks sedemikian rupa sudah tentunya meningkatkan lagi minat, kemarahan serta cemuhan umum itu.
Elak dipergunakan
Inilah konteks sosial yang luas yang harus kita ambil kira apabila kita memperkatakan perihal video seks yang didedahkan baru-baru ini oleh kumpulan trio yang menamakan dirinya "Datuk T".  (Akhirnya kita ketahui siapa mereka yang cuba sembunyi di belakang tabir yang bernama "Datuk T" itu.)
"Dedahan" ini dianggarkan bukan sahaja dapat menarik perhatian dan minat umum, malah bertujuan "menggegarkan" dunia politik tanah air serta mengundang cemuhan dan kemarahan orang ramai - ketika masyarakat sedang menyaksi ulangan kes rasuah dan pilihanraya negeri Sarawak, antara lain isu yang penting.
Dan dalam masa yang sama, watak-watak yang berkaitan dengan kegiatan seks dalam video itu juga dianggarkan mengundang kebimbangan dan kemarahan orang ramai.  Bersandarkan latar belakang sosial dan politik negara kita ini, wartawan yang melaporkan hal video seks ini sepatutnya secara prinsip bersikap berhati-hati dan akur kepada kod profesionalisme kerjaya wartawan yang sedia ada supaya dapat bersikap adil dan saksama dalam pemberitaannya - dan tidak terjerumus dalam kancah politik fitnah dan keji.
Panduan profesion ini adalah bertujuan untuk mengelakkan diri wartawan dari dipergunakan oleh pihak tertentu untuk agenda sempit mereka dengan semata-mata melaporkan apa yang diingini oleh pihak "Datuk T" itu tanpa wartawan menimbulkan persoalan mendalam dan kritis yang boleh menjawab kekeliruan dan kemusykilan yang mungkin ada dalam kalangan orang ramai tentang penayangan video seks itu.
Misalnya, wartawan sepatutnya bertanyakan dengan lebih kritis keadaan di mana video berkenaan diperolehi; kenapa pihak yang menayangkan video mahu bersikap lempar batu sorok tangan dengan menyorok identitinya (pada hari penayangan berlangsung); adakah secara kebetulan pendedahan video seks ini berhampiran dengan waktu pilihanraya Sarawak; kenapa wartawan yang diundang ke tayangan video itu tidak dibenarkan membawa laptop, telefon bimbit, pen dan lain-lain lagi; tidakkah melanggar undang-undang perbuatan menyebar dan menayangkan video lucah di ruang publik di Malaysia?
Dan jika "penganjur" tayangan video seks ini enggan menjawab sedemikian rupa, media harus menyatakan keengganannya untuk membolehkan audiens tahu keadaan sebenar ketika itu dan juga cuba membuat kesimpulan masing-masing.
Soalan-soalan seperti ini juga bermaksud untuk menentukan pemberitaan yang bakal dilakukan pada akhir insiden video seks ini bukanlah menjadi semata-mata satu penulisan berita yang berdasarkan satu PR exercise yang dikendalikan pihak yang berkenaan.
Sebut nama atau tidak?
"Datuk T" dalam kenyataan medianya terang-terang melempar tuduhan bahawa "aktor" dalam video seks itu adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim - walaupun ada dalam kalangan wartawan yang merasakan video itu tidak begitu jelas untuk menentukan yang lelaki itu adalah Anwar sendiri.  Dalam hal ini, media perlu melaporkan sepertimana yang diperkatakan oleh "Datuk T", kerana ia tidak memberi makna dengan menyelindung namanya di sebalik frasa "ketua pembangkang utama", tetapi pada masa yang sama memberi isyarat tersirat seperti "ahli politik yang sakit belakang" dan sebagainya.
Namun begitu, ada eloknya bagi media menggunakan ungkapan seperti "Anwar Ibrahim yang didakwa" sebagai orang terlibat dalam video seks tersebut.  Ini memberi gambaran bahawa beban membuktikan kesahihan dakwaan itu masih jatuh di bahu "Datuk T" atau pihak lain yang mewakili kepentingan "Datuk T".  Kuncinya, laporan wartawan harus membayangkan realiti itu selengkap mungkin - termasuk kemusykilan yang timbul sepanjang kejadian berkenaan berlangsung - agar audiensnya mampu membuat pertimbangan sama ada untuk mempercayai atau tidak tuduhan yang dilemparkan.
Dan seterusnya, sepertimana yang telah dilakukan kebanyakan wartawan, media harus mendapatkan respons dari orang yang didakwa terlibat dalam adegan seks itu, iaitu Anwar sendiri, atau sekurang-kurangnya pihak yang mewakili beliau.  Dan jika isterinya, Wan Azizah, dibabitkan pula, beliau juga perlu diberi peluang untuk respons. Prinsipnya ialah media harus bersikap adil kepada pihak tertuduh dengan memberi ruang jawab secukupnya.  Perlu diingatkan, ketangkasan dan sikap pihak tertuduh memberi maklum balas, turut menjadi salah satu kayu ukur kepada audiens untuk menilai sendiri - sejauh manakah benarnya tuduhan tersebut.
Dalam hal ini, pihak akhbar online perlu bersikap berhati-hati jika status bebas atau independence serta taraf kredibilitinya mahu dijaga dan dihargai.  Ia tidak boleh terikut- ikut dengan rentak tarian media arus perdana yang tidak begitu bebas dari segi ruang kewartawanannya.
Lagipun, akhbar online harus prihatin terhadap kemungkinan suatu usaha untuk memalingkan perhatian umum daripada isu yang lebih mencabar, seperti rasuah yang merebak, kenaikan harga barang, jurang antara si kaya dan si miskin, hubungan etnik dan agama yang meruncing, dan kekurangan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.  Ini bukanlah bermakna wartawan tidak perlu ambil peduli isu video seks ini, tetapi tidaklah perlu diheretkan perhatian media kepadanya pada jangkamasa yang panjang hingga mengabaikan keprihatinan umum terhadap isu serius yang dinyatakan di atas.
Sesungguhnya, membantu memalit maruah seseorang insan atau kelompok manusia secara sedar adalah sama beratnya seperti pihak media menyapu arang di mukanya hingga mengorbankan kredibilitinya di mata umum.
Kebebasan dan tanggungjawab akhbar di Malaysia semestinya melibatkan pemberitaan yang menjangkau isu atau elemen sensasi seperti video seks ini.
*Mustafa K Anuar ialah pembaca MerdekaReview dan pengkaji media tanah air.

Saturday, April 2, 2011

Ilmu, Akademik, Kuasa


Ngeow Chow Bing
Beberapa hari yang lalu, saya terbaca berita dalam akhbar bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali menerima ijazah kehormat ulung daripada Universiti Malaysia Perlis (Unimap).  Tidak lama sebelum ini, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menerima anugerah ijazah kehormat dari Universiti Limkokwing; sementara Perdana Menteri Najib Razak pula dianugerahi ijazah kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang oleh Universiti Monash.
Universiti dan Perdana Menteri di Malaysia amat berminat dengan gelaran "ijazah kehormat".  Setelah saya "google" di laman internet, senarai PM dan isteri/ibunya yang dianugerahkan ijazah kehormat adalah seperti berikut:
Najib: Universiti Meiji (2010), Universiti Monash (2011), Universiti Multimedia (2005)
Ibu Najib, Rahah Mohd Noah: Universiti Utara (2009)
Isteri Najib, Rosmah Mansor: Universiti Limkokwing (2011), UiTM (2009)
Abdullah Ahmad Badawi: Universiti Tun Hussein Onn (2010), National Islamic University of Indonesia (2006), Curtin University of Technology, Australia (2006), Universiti Islam Antarabangsa (2009), Universiti Utara (2009), Soka University Jepun (2009).
Isteri pertama Abdullah, Endon: Universiti Teknologi (2004)
Maklumat di atas adalah tidak lengkap.  Malah, pasangan suami isteri Mahathir Mohamad menerima anugerah yang tidak terbilang.  Siti Hasmah sahaja menerima 16 anugerah ijazah kehormat di dalam dan luar negeri sehingga tahun 2004.  Anugerah yang diperolehi Mahathir Mohamad semestinya lebih daripada itu.
Mengkaji pemikiran pemimpin
Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami apabila ahli politik berminat dengan ijazah kehormat.  Dari kaca mata rakyat jelata, mereka yang berkecimpung dalam politik semuanya orang yang tamakkan kuasa, bergelut untuk menghambat kepentingan masing-masing.  Maka, dengan gelaran ijazah kehormat, bunyinya lebih sedap - kedengaran lebih berpegetahuan dan tinggi reputasinya.  Namun, ia sesuatu yang menjelikkan apabila universiti berebut-rebut untuk mengkalungkan anugerah ijazah kehormat yang "beraneka" untuk memikat hati politikus.
Misalnya, Universiti Utara Malaysia menganugerahkan ijazah kehormat "Doktor Falsafah Demokrasi" kepada Abdullah Ahmad Badawi; dan Universiti Limkokwing pula menganugerahkan Doktor Kehormat Inovasi Pembangunan Insan (Transformational Leadership In Human Capacity Development) kepada Rosmah Mansor (gambar kiri) - gelaran-gelaran yang sememangnya tidak diketahui makna erti-nya.
Selain penganugerahan ijazah kehormat dan penamaan bangunan dengan nama ahli politik, universiti juga memikat hati politikus dengan menubuhkan institusi untuk mengkaji ahli politik tertentu.  Sesungguhnya, bukan sesuatu yang salah jikalau institusi tersebut digunakan untuk menyimpan persuratan, dokumen, maklumat bersejarah tentang ahli politik tersebut - untuk kajian akademik atau rekod sejarah, misalnya perpustakaan setiap presiden Amerika Syarikat.  Tetapi terdapat universiti yang kononnya mahu mengkaji "pemikiran" pemimpin politik tertentu, seolah-olah pemimpin tersebut adalah "raja daripada ahli falsafah" sebagaimana yang dikatakan Plato.  Saya dimaklumkan bahawa Univeristi Utara Malaysia telah menubuhkan Institut Pemikiran Mahathir.  Cuma, apakah hasil kajiannya?
Di Libya...
Satu artikel dalam majalah YaZhouZhouKan mengisahkan bagaimana Wuhan University di China pernah menganjurkan satu seminar "pemikiran Muammar Gaddafi", untuk mengkaji pemikiran dan prestasi akademik Gaddafi - yang kini sedang bertempur dan membedil rakyatnya.  Pada hakikatnya, Gaddafi amat berminat dalam bidang kajian pemikiran.
Sumber: Reuters
Gaddafi dan kerabatnya, terutama anaknya Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi, mempunyai rancangan perhubungan awam yang sangat rapi, berjaya menampilkan Libya sebagai negara di mana masyarakat sivilnya sedang membangkit, dan negara ini diurus tadbir dengan baik dan demokrasi.  Mereka mengajak ahli akademik yang terunggul dari negara Barat untuk bertemu dengan Gaddafi dan mengkaji pendemokrasian bersama Saif - melalui syarikat perhubungan awam di Amerika Syarikat dan "Tabung Gaddafi", NGO kononnya.
Sila merujuk senarai nama berikut:
David Held (Profesor di London School of Economics)
Benjamin Barber (Profesor di Rutgers University)
Joseph Nye (Profesor di Harvard Kennedy School)
Robert Putnam(Profesor di Havard University)
Anthony Giddens (Profesor di London School of Economics)
Francis Fukuyama (Profesor di Johns Hopkins University)
Nama-nama di atas adalah tokoh yang terkenal dalam bidang sosiologi.  Nama-nama besar ini agak kekok selepas tercetusnya revolusi Libya, kerana mereka pernah terlibat dalam projek perhubungan awam kerajaan Libya, menerima layanan dan perkhidmatan yang baik daripada kerajaan Libya.  Sesungguhnya, ianya bukanlah sesuatu yang tidak elok jika hanya pergi untuk memerhatikan sistem masyarakat di negara tersebut.  Bukan semua ahli akademik terperangkap dengan pembohongan kerajaan Libya.  Namun, terdapat juga ahli akademik yang berjaya dikaburi, misalnya Benjamin Barber, yang melihat sesetengah institusi rekaan kerajaan Libya sebagai percambahan demokrasi - lantas ia menjadi bahan sindiran apabila dilihat sekarang.
David Held adalah penyelia Saif (anak Gaddafi) dalam penulisan tesis untuk doktor falsafahnya.  Held yakin bahawa Saif adalah reformis yang bakal menerajui Libya untuk menuju ke arah demokrasi dan kebebasan.  Saif suka menggunakan teori dan konsep yang memikat hati Held, dan sangat disukai Held.  Kini, tokoh yang menghasilkan teori demokrasi ini seolah-olah dipermainkan diktator yang junior ini.
Sahabat Held, iaitu John Keane yang juga merupakan pengkaji teori, telah menulis sepucuk surat terbuka kepada Held pada minggu lalu, berjudul Libya, Intellectuals and Democracy.  Saya memetik salah satu perenggannya yang agak istimewa, berbunyi:
The fact is that scholars in our field were much sought after by its dictatorship; unusually, some of its officials seemed to like political thinkers, especially those with a long-standing interest in the subject of democracy. The point was confirmed by an important WikiLeak. It revealed how "leadership and management training" and mobilising intellectuals in other countries formed part of the regime’s velvet glove policy of clawing its way back from isolation – and doing so by nurturing what public relations industry people call reputation management.
Pengasas teori menjadi sebahagian daripada projek pengurusan reputasi regim diktator - sememangnya sesuatu yang cukup kreatif oleh Gaddafi, malah lebih celik daripada "satu" kerajaan yang suka menciplak slogan orang lain.  Untuk cendekiawan, sesungguhnya ia merupakan sindiran yang amat sinis!
*Ngeow Chow Bing ialah pengkaji politik dan kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting daripada teks asal yang disiarkan pada pada 29 Mac 2011.

Konspirasi politik keji wajar dihukum


Lim Yew Chien
Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku.  Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya.  Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah.  Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya.  Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras".
Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan.  Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya.  Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah.
Mengapa simpati terhadap Anwar?
Identiti Datuk T sudah terdedah - sama ada orang yang berdendam, atau bertentangan pendirian dengan Anwar dari politik.  Apa yang diwar-warkan dalam kenyataan bahawa "mahu membongkar kemunafikan politikus" sebelum itu kini menjadi sesuatu yang tidak masuk akal.  Seandainya "kelemahan" musuh atau seteru dikuasai, maka ia akan dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan sabotaj yang maksima - tanpa belas kasihan dan rasa simpati.
Jikalau itulah keadaannya, maka apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin.  Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya.  Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar.
Tetapi Datuk T tidak berbuat demikian, sebaliknya menyiarkan video tersebut sekali sahaja.  Kemudian mereka mengugut agar Anwar meletakkan jawatan dengan sendiri, atau mereka akan mengedarkan kepada umum klip video tersebut.  Apa perlunya Datuk T untuk bermurah hati, tidak memusnahkan Anwar sekaligus, sebaliknya memberi peluang agar Anwar berundur sambil menjaga kehormatan dirinya?   Mungkin inilah jawapan yang rasional - Datuk T telah sedar sebermulanya, bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar.  Ia terlalu senang untuk dibongkarkan.  Maka pendekatan untuk memusnahkan Anwar sekaligus gagal mencapai tujuannya.
Sememangnya, klip video seks ini telah memberi impak berikutan "kerjasama" yang sungguh-sungguh dari media.  Semestinya Datuk T mahu memaksimakan kesan sabotajnya.  Jadi, dalam keadaan di mana mereka mahu memaksimakan impak tanpa bukti yang sah, maka nampaknya Datuk T hanya boleh menggunakan pendekatan yang sedia ada - biar media bertanggungjawab menyebarkan khabar, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan klip tersebut supaya segala penjelasan mahupun pembelaan diri boleh dilakukan dengan jelas dengan merujuk kepada bahan yang ada.
Media menjadi perkakas BN
Media yang asalnya menjadi perkakas Barisan Nasional semestinya tidak kisah untuk diperalatkan sepenuhnya.  Malah media ini tetap menghebohkannya walaupun konspirasi di sebalik klip video tersebut dibongkarkan secara beransur-ansur.  Fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan - inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain yang "waras".
Media arus perdana yang lain, mungkin kurang "niat jahat"-nya berbanding perkakas BN, dan telah berhenti untuk memainkan isu ini.  Namun, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah dipergunakan orang lain.  Anwar dan Pakatan Rakyat membalas serangan dengan menyasarkan teras tampuk kuasa negara, namun media arus perdana ini hanya mencuit pada kulit.  Ini adalah perbezaan terbesar antara media arus perdana dengan media internet.  Walaupun media internet juga melaporkan berita klip video ini, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan kesangsian dalam video tersebut.  Reaksi Pakatan Rakyat kemudiannya, teori konspirasi yang diketengahkan turut diberi liputan yang luas.
Media arus perdana mungkin menganggap "konspirasi politik" adalah spekulasi yang belum dikenalpasti, maka ia tidak wajar dihebohkan.  Persoalannya, bukankah ia juga tuduhan yang sarat dengan kesangsian untuk mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar?  Mengapa pula diheboh-hebohkan hal ini?  Bukankah ini ibarat peribahasa Cina, "Menteri dibenarkan untuk membakar dengan api, tapi rakyat jelata dilarang untuk menyalakan api sebagai lampu?"
Secara keseluruhannya, media arus perdana telah menjadi perkakas politik, malah adalah perkakas kepada politik yang keji dan jijik.  Media mungkin dipergunakan kerana kecuaian, maklumlah dalam masa yang suntuk, ditambah pula dengan percaturan Datuk T, maka ia bolehlah dimaafkan.  Tetapi seandainya tiada muhasabah kemudiannya, tidak memberi ruang kepada mangsa untuk menjawab, maka persoalannya - di manakah profesional dan etika wartawan dan editor?
PR mempersoalkan, mengapa Datuk T tidak diambil tindakan undang-undang selepas mengakui bahawa dirinya menayangkan video lucah?  Tiada pendakwaan setakat ini selepas polis menyoal siasat Datuk T.  Setelah suspek secara terbuka mengakui dirinya melakukan jenayah, apa lagi yang sukar untuk polis?  Tiada pendakwaan sehingga hari ini - bukankah ia sudah memadai untuk mengesyaki kewujudan konspirasi politik?
Siapa dalang di sebalik tabir?
Ada yang mendakwa cara pengendalian isu video seks ini adalah kasar, maka kemungkinan ia bukan didalangi pemerintah.  Namun, seandainya sasarannya dituju kepada komuniti konservatif yang hanya terdedah kepada media arus perdana, maka ia tetap memberi kesan - sama ada pendekatan ini kasar mahupun halus.  Lebih-lebih lagi, pelaksanaan konspirasi boleh di-"outsource"-kan.  Mana-mana politik yang berdarjat rendah boleh ditanggung pihak yang berkenaan.  Ia seolah-olah politik yang tidak memerlukan modal.
Politik jijik menyelubungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong.  Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyasarkan kerajaan PR, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim.  Jelas, BN mahu meyakini rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya.  Tetapi rakyat seharusnya berfikir, siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir?
Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13.  Ia memperingatkan rakyat bahawa pilihan raya adalah penghakiman terhadap politik yang jijik.  Jadi, pengundi bertanggungjawab untuk menghukum politik jijik ini dengan undinya dalam pilihan raya kali ini.
*Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 30 Mac 2011.

Monday, March 28, 2011

Memoir Mahathir: Ketebalan ada, ketinggian kurang

Tan Lee Ooi
 
Selain dibongkarkan media bahawa wujudnya kesilapan dari segi fakta sejarah, memoir Mahathir Mohamad turut mengandungi kesalahan tatabahasa.  Namun demikian, kesalahan ini sekadar disebabkan kurang jitunya ingatan, kononnya, dan kesilapan dalam proses penyuntingan.  Nampaknya pembaca akan dikecewakan, seandainya ingin memperolehi hikmah daripada mulut ahli politik veteran yang memerintah Malaysia untuk sekian lama.
Kesilapan terbesar dalam memoir Mahathir adalah pemahaman dan pentafsirannya terhadap Malaysia yang masih tersinggah di zaman lalu.  Tiada apa-apa yang baru dalam 800 muka surat memoir itu, selain mengulangi pandangannya selama ini, dan membela diri dalam dendam yang timbul - sama ada yang berlaku dahulu atau yang terkini.
Apa yang mencungkil kesangsian ramai adalah, kepada siapa memoir ini ditulis?  Sememangnya ia agak "politik" apabila memilih syarikat penerbitan bernama MPH.  Jelas, hanya kumpulan syarikat penerbit ini mampu membawa memoir ini kepada pembaca aliran bahasa Inggeris yang lebih ramai, melihat kepada syarikat penerbit yang sedia ada di Malaysia.
Apa yang paling diambil berat penulis adalah penilaian sejarah dirinya.  Apa yang diambil berat memoir Mahathir bukanlah masa depan Malaysia, tetapi bagaimana orang melihat tingkahlakunya yang lalu.  Memoir ini bukanlah cetusan hikmah, menjadikan politik negara lebih maju dan bersatu-padu di kalangan kaum selepas ditatapi rakyat.  Mahathir tidak kisah apa yang berlaku pada masa akan datang, tetapi beliau mahukan masa depan berkembang sebagaimana masa silam.  Mungkin dari kaca mata beliau, zaman pemerintahannya adalah zaman Malaysia yang paling gemilang untuk selama-lamanya dalam sejarah.  Kestabilan politik Malaysia hanya boleh dikekalkan apabila generasi selepasnya menyokong dan mendukung pandangan beliau.
Yakin BN mentadbir selama-lamanya
Memoir bermula dari detik beliau menyandang jawatan Perdana Menteri, dan babak seterusnya mengulas bagaimana dirinya berbangga sebagai seorang Melayu.  Beliau berkata, walaupun ayahnya memiliki darah keturunan India, namun asal usul nenek moyangnya sudah gagal dikenalpasti - dari bahagian mana di negara India.  Paling penting, darah keturunan Indianya sudah tidak bermakna.  Ini kerana beliau telah menjadi Melayu, dan bukan lagi India dari apa-apa aspek pun.  Jelas, titik pusingan ini ditentukan politik.  Strategi yang paling tepat adalah mengiktiraf Melayu, apabila berkecimpung dalam politik - dalam konteks "Melayu adalah tuan tanahair" ini.
Bagaimana kestabilan Malaysia boleh dikekalkan?  Jawabnya, mengekalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan meneruskan afirmatif terhadap bumiputera.  Bumiputera perlu menyokong UMNO, dan rakyat perlu menyokong BN selama-lamanya.  Dari kaca mata Mahathir, sistem demokrasi adalah pilihan raya diadakan setiap beberapa tahun, namun, BN perlu kekal berkuasa selama-lamanya.  Mahathir tidak faham bahawa BN perlu mengubah mentaliti mereka seiring dengan langkah perubahan senario, dan menerima pertukaran kerajaan di bawah sistem demokrasi yang normal.
Dalam memoirnya, Mahathir juga mengkritik Melayu kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh, malah tamak.  Mereka dikatakan tidak melaksanakan projek yang diagihkan kerajaan kepadanya, tetapi menyerahkan projek tersebut kepada orang lain.  Seterusnya, pihak yang melaksanakan projek ini perlu menggunakan bahan yang paling murah untuk menyiapkan projek.  Ia berakhir dengan kebocoran atau keruntuhan bangunan.  Mahathir tetap menganggap dasar ini adalah betul - kerana anaknya menjadi kaya lantaran terlindung dan mendapat projek sebegini daripada kerajaan.
Menurut Mahathir, Melayu harus dihargai kerana bermurah hati untuk membenarkan bukan Melayu supaya tinggal di Tanah Melayu.  Sebelum kedatangan penjajah, Melayu berniaga di bandar.  Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah buktinya.  Selepas kedatangan penjajah, Melayu terpaksa berundur ke dalam kawasan kampung, hanya boleh bekerja sebagai petani dan nelayan.  Jadi bukan melayu yang mendapat hak sivil tidak boleh membuat tuntutan yang bukan-bukan.  Pandangan ini konsisten sejak dahulu.
Cerita "romantik"
Tahukah anda mengapa matematik orang Cina baik?  Menurut pengamatan Mahathir, ketika beliau pergi ke kedai runcit zaman kanak-kanaknya, beliau mendapati anak taukeh kedai runcit sering mengira hutang dengan mencongak sahaja.  Lama-kelamaan, matematik anak orang Cina menjadi cemerlang.  Mungkin beliau secara sengaja mengabaikan hakikat bahawa ramai anak orang Cina bukan anak taukeh kedai runcit, malah ramai juga anak Cina yang penguasaan matematik mereka tidak baik.  Tetapi pemahaman dari kerangka perkaumannya menyimpulkan bahawa semua orang Cina adalah anak kedai runcit, dan matematik mereka baik-baik belaka.
Mengapa media Barat tidak layak untuk mengkritik Mahathir?  Ini berkaitan dengan sejarah.  Ketika zaman penjajahan, penjajah British juga memperlekehkan demokrasi.  Misalnya, penjajah British menggunakan taktik yang kotor untuk mengambil alih semua negeri di Semenanjung, dan kemudian tidak mengamalkan sistem demokrasi yang sebenarnya.  Malah, populasi di bawah paras kemiskinan mencecah 70% ketika zaman kemerdekaan.  Kerajaan Melayulah yang berjaya membangunkan Malaysia kemudiannya.
Terdapat satu cerita yang dilihat agak "dibuat-buat" dalam memoir Mahathir.  Beliau membaca banyak buku sepanjang hayatnya, tetapi terdapat sebuah buku yang gagal dihabiskannya, iaitu sebuah buku sejarah yang mengisahkan pengembaraan orang Yahudi.  Beliau mendakwa buku tersebut sangat membosankan (so dull), menjadi satu-satunya buku yang gagal dihabiskannya.  Beliau mahu menjadi Melayu, malah mahu menjadi seorang muslim.  Sejarah Yahudi semestinya jemu untuknya.  Ini ulasan yang amat "politik".
Terdapat satu cerita romantik yang "dibuat-buat".  Beliau mengenali teman wanita dari Kuala Lumpur ketika belajar di Singapura.  Beliau memandu sebuah kereta yang lapuk dari Singapura ke Kuala Lumpur.  Perjalanannya tunggang-tonggek.  Kadang-kala bumbung keretanya tertanggal, dan teman wanitanya perlu menyokongnya dengan tangan.  Jadi, beliau memutuskan untuk membina lebuhraya Utara-Selatan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Kertebatasan
Memoir ini mungkin membantu politikus BN untuk memanjat lebih tinggi dalam pentas politik.  Untuk politikus BN, mesej yang cuba disampaikan memoir ini adalah, pertimbangan politik mengatasi segala-galanya.  Keputusan Mahathir lebih mengutamakan pertimbangan politik, daripada untuk mengekalkan kesempurnaan sistem.  Beliau membebaskan ektremis perkauman, Harun, kerana enggan menyinggung sekta dalam parti yang menyokong Harun, ketika beliau baru menerajui tampuk pimpinan kerajaan.  Dan beliau menganggap Hussien Onn terpaksa mengundur kerana tidak menyedari hikmah politik sedemikian.
Banyak prejudis, dan keangkuhan yang besar diri muncul dari mukasurat ke mukasurat.  Saya tercari-cari, apakah benda yang bernilai dari memoir ini untuk generasi muda Malaysia?  Nampaknya hanya ulangan Mahathir yang kita kenali dari media, tiada makna selain itu.  Sebaliknya, prejudis perkauman masih disemai.  Kata terakhir dari pemimpin yang pernah mentadbir Malaysia untuk sekian lama adalah untuk memecah-belahkan negara ini.  Nampaknya memoir ini hanya memiliki ketebalan, tetapi kurang ketinggian.
Mahathir yang berusia 86 tahun masih enggan memaafkan peristiwa silam.  Ketebalan lebih 800 mukasurat sarat dengan rekod dendam, dan bukan menjadi pedoman agar orang menuju ke arah yang baik.  Memoir yang bagaikan batu-bata ini gagal melangkaui senario politik Malaysia yang lama.  Berdepan dengan pengalaman zaman itu, generasi muda Malaysia mungkin perlu lebih kreatif dari segi politik, untuk memusnahkan tembok 800 mukasurat yang membatasi politik Malaysia.
*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Tuesday, March 22, 2011

Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan


Ooi Heng
Siapa Datuk T?  Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia.  Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra".
Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh.  Tidak!  Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah.
Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka.  Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor.  Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh.
Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang.  Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC.  Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M.
Kebetulankah?  Yalah, ini kan bumi 2Malaysia.  Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan.  Segala-galanya hanyalah kebetulan.  Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi.  Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka.
Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC.  Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri.  Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya.  Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini.
Politik seks yang rendah maruah rohnya
Kalau sebelum ini yang dihebohkan media adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan insan bergelar DSAI meskipun wujud juga spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya, kini yang dihebohkan media ialah dakwaan skandal seks seorang lelaki yang sakit tulang belakang yang gagah beraksi seks.  Sukar hendak diimaginasikan tetapi dipaksakan imaginasi sebegitu rupa oleh politik seks sebegitu rendah maruah rohnya.
Sementara itu, kedengaran "jualan mega politik" sedang berlangsung.  Bunyinya, jangan lagi kau terpedaya dengan insan bergelar DSAI.  "Agenda reform" tidak bersamaan dengan DSAI, malahan juga tidak bersamaan dengan Pakatan Rakyat.  Jangan kau lupakan atau gagalkan "agenda reform" kerana seorang insan bergelar DSAI.  Biar kami perkenalkan kau dengan pemimpin tersohor 2Malaysia yang mandi saban hari dengan "agenda reform" bukan "agenda seks"!
Meskipun bapa Mongolia masih menanti-nanti jawapan pembunuhan anaknya, jangan kau terpedaya dengan dakwaan pembangkang.  Percayalah kami yang berkeliaran ke sana ke sini dengan "agenda reform tulen", tidak sama dengan agenda tidak tulen pembangkang, kononnya.
Begitulah cerita si penglipur lara.  Setakat ini sahaja ceritanya.  Baik aku balik kepada bicara politik otak durianku secara serius.
Politik persepsi
Dalam konteks politik persepsi mencorakkan permainan politik negara, rakyat sekali lagi disuapkan dengan politik seks.  Sesungguhnya, kalau sarjana politik ingin mengkaji dan menganalisi kekuatan Pakatan Rakyat dan cabarannya terhadap pemerintahan rejim UMNO-Barisan Nasional (BN), telitilah politik seks selama berdekad lamanya semenjak zaman reformasi.  Apabila politik kotor mensasarkan watak tertentu, dan bahawa "agenda reform" juga dibawa oleh Perdana Menteri bumi 2Malaysia, implikasi tsunami politik nampaknya masih lagi mempengaruhi minda politikus bumi 2Malaysia sehingga segala percaturan politik disasarkan kepada politik seks dan politik persepsi.
Hal ini bermaksud, tsunami politik bukanlah suatu kebetulan seperti yang cuba dibentuk pandangan sedemikian oleh politikus UMNO-BN.  Impaknya masih dirasai hari ini tetapi dalam bentuk yang berlainan.  Segala politik kotor yang sedang dan bakal berlangsung dalam bumi 2Malaysia menjelang Pilihan raya negeri Dewan Undangan Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 akan memberi sebahagian daripada jawapannya.
Hegemoni
Untuk menjadikan perbincanganku lebih serius atau sekurang-kurangnya kelihatan serius tanpa dipengaruhi politik seks semasa, izinkan aku bangkitkan satu konsep politik - hegemoni - dan kongsikan pemahamanku dengan kalian yang mungkin masih asyik dengan babak-babak politik seks tidak bermaruah.
Hegemoni, satu konsep politik yang dipopularkan oleh teoritikus politik Itali Antonio Gramsci.  Pembentukan hegemoni diutamakan oleh rejim pemerintah untuk mengekalkan pemerintahan, kalau mungkin untuk selama-lamanya seperti yang diinginkan oleh rejim UMNO-BN. Pembentukan hegemoni tidak sekadar dilakukan melalui penggunaan kuasa paksaan tetapi juga melalui kuasa pujukan.
Namun, sama ada kuasa paksaan seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau kuasa pujukan seperti pengumuman satu per satu Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengekalkan tampuk pemerintahan untuk selama yang mungkin.
Untuk memungkinkan pengekalan rejim UMNO-BN, pembentukan persetujuan secara aktif dalam kalangan rakyat adalah penting dan akan dilakukan siang dan malam malahan tanpa segan silu taktiknya asalkan berkesan dalam mengekalkan hegemoni UMNO-BN atau untuk mengelakkan keretakan yang terlalu besar apabila berdepan dengan cabaran kuasa pembangkang yang terlalu kuat.
Pembentukan persetujuan secara aktif sedang dilakukan melalui manifestasi politik persepsi dan politik seks di bumi 2Malaysia.  Apabila terlalu banyak digunakan kuasa paksaan, masih khalayak umum akan rasa marah dan bangkit dengan demokrasi jalanan seperti yang disaksikan di negara-negara rantau Timur Tengah dan Afrika Timur.
Gabungan Najibnomics dan Mahathirisme
Percubaan menggunakan kuasa pujukan seperti slogan 1Malaysia pula berdepan dengan cabaran-cabaran kuat seperti isu kontroversi kitab Injil dalam bahasa Melayu.  Malahan persetujuan aktif yang ingin dibentuk berhubung kejayaan transformasi ekonomi Najib Razak juga berdepan dengan tamparan hebat apabila laporan Bank Amerika Merrill Lynch menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran paling tidak popular untuk kedua-dua "global emerging market" (GEM) dan pengurus dana Asia Pasifik sementara tinjauan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati bahawa rata-rata peniaga Cina tidak yakin dengan "agenda reform" ekonomi Najib!
Sementara itu, Buku Jingga kini semakin kuat impaknya dalam memperkasa kuasa counter-hegemoni yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat madani.  Jelas, kemuncak Najibnomics kini berdepan dengan jalan buntu.  Berhadapan dengan kegagalan bentuk-bentuk kuasa paksaan dan kuasa pujukan dalam membentuk persetujuan bahawa Kerajaan UMNO-BN benar-benar melakukan "agenda reform" di bawah pimpinan Najib, dan apabila terbukti bahawa manifestasi Najibnomics nampaknya tidak memberikan impak sebesar yang diharapkan untuk memperkasa strategi rejim -- UMNO-BN berhadapan dengan keretakan hegemoni yang terlalu besar dan kuasa counter-hegemoni yang semakin kuat, maka kini kembalilah manifestasi Mahathirisme yang menonjolkan politik seks secara liar.
Kini gabungan Najibnomics dan Mahathirisme juga mengambil tempat dalam konteks di mana pilihan raya negeri dan umum akan datang bakal menentukan masa depan negara.  Ia bukan untuk memaksa dan bukan untuk memujuk rakyat - menceritakan dengan panjang lebar apa yang baik dengan regim BN.  Ia cukup sekadar untuk memusnahkan keyakinan ramai terhadap pembangkang dan ketuanya.   Jangan kita terpedaya dengan politik persepsi bercorakkan seks yang keterlaluan sehingga melupakan erti sebenar tsunami politik 2008 - untuk membawa harapan baru kepada tanah air yang dicintai kau dan aku.
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Mahathir berhutang pada sejarah hidup sendiri


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Tun Mahathir Mohamad menjadi seorang tua yang berhutang pada sejarah hidupnya sendiri dan merasai penuh kekesalan dan kekecewaan.
Lantas, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar), bekas perdana menteri itu cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya melalui penulisannya.
Justeru, katanya di antara motif utama yang dapat disimpulkan dari tindakan Mahathir pada memoirnya kali ini adalah ingin mempengaruhi padangan umum (public opinion) terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini, tambahnya kerana tindakan pertamanya dulu semasa berkuasa untuk melumpuhkan Anwar telah gagal.
“Motif sebenarnya, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu.
“Cuma sebagai seorang Islam, kita mestilah meyakini bahawa segala apa saja tindak-tanduk yang kita lakukan sama ada dalam bentuk percakapan, penulisan dan sebagainya, semuanya akan dicatat oleh malaikat raqib dan atiq.
“Dari catatan itu kelak kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak,” ujarnya.
Justeru itu, kata beliau jika pada catatan ada unsur-unsur penipuan atau pembohongan maka kita akan menerima akibat azabnya daripada Allah di akhirat nanti.
“Mungkin beliau boleh membohongi ramai orang dan dirinya sendiri, tapi tiada siapa yang dapat membohongi Allah. Allah Maha Mengetahui.
“Tetapi apa yang perlu kita sedari juga bahawa sesuatu pembohongan itu walau dalam bentuk apa sekalipun akhirnya kebenaran akan datang,” ujarnya lagi.
Malah, menurutnya sejak di dunia lagi manusia tidak dapat menerima pembohongan.
Kebenaran itu, jelasnya adalah yang hakiki dan Allah tidak akan redha serta akan ada manusia yang berjuang untuk menegakkan kebenaran walaupun ia akan memakan masa yang lama.
Kata pepatah Inggeris, You can fool some people some times but not all people all the times – kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesuatu masa tapi tidak semua orang setiap masa.
 Sehubungan itu, katanya adalah amat malang sekali bagi seorang tokoh negarawan seperti Dr. Mahathir menulis memoirnya mempertikaikan sejarah.
Beliau berkata, Mahathir seolah-olah cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya dari kaca-matanya sendiri yang menjadikan memoirnya sangat kontroversial ataupun memang beliau sengaja mencari kontroversi.
“Dari kontroversi yang tercetus itu adalah amat malang sekali bagi beliau dalam usia lanjut melihat dan memikul persepsi buruk yang bertimpa-timpa pada hasil kerja buatnya yang terdahulu,” katanya.