Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Rasa Tidak Sedap Hati Pada Najib ............ Second Layer Kecewa!

mso
Menjelang tengah malam ini sekurang-kurangnya dua maklumat mengenai kedudukan dan masa depan politik Najib Razak yang masuk ke dalam telinga dan kepala saya sungguh kurang menyenangkan. Entahlah kenapa terjadi demikian pula. Hampir serentak pula maklumat ini saya perolehi. Kerana sumber yang menyampaikan sangat boleh dipecayai dan tidak mudah untuk menyangka ianya satu provokasi menjadikan saya tetanya-tanya sendiri, apa jadi dengan Najib?

Saya merasakan ia benar dan sangat boleh diyakini. Isu nya bukan soal cincing permata berlian bernilai RM24 juta. Saya tidak berminat pun untuk bercakap soal cincing. Bagi saya apalah nak hairankan sangat dengan cicing permata berlian sebesar kepala lutut budak baru lahir.

RM24 juta apalah sangat kepada orang kaya. Selalunya orang miskin dan papa saja mempersoalkan dan rasa pelik dengan cincing semahal itu. Bagi orang kaya atau ada hubungan dengan orang kaya dan ada kuasa boleh bertindak ia tidak sedikitpun menghairankan.

Usahkan cincing berharga RM24 juta, lebih mahal dari itu pun mampu dan boleh dimilikinya. Bukan saja arnab sebesar betis, arnab sebesar kerbau pun boleh dibelinya. Kita tidak pun perlu mengeluarkan wang sendiri atau korek dari tabung Tabung Haji, tidak perlu, kalau kita ada kuasa dan mempunyai pengaruh ia boleh didapati dengan cara lain. Misalnya ada orang yang tolong belikan untuk kita sebagai hadiah.

Jadi isu yang hendak saya selongkarkan ini ianya bukan masalah cincing permata belian yang sebesar kepala lutut yang kalut diperkatakan oleh sesetengah orang hari ini.

Ianya masalah lain. Bersangkutan dengan pentadbiran dan kepimpinan Najib. Mengenai keupayaan Najib untuk mencapai keberhasilan sebagai PM. Elok saya dedahkan agar ia menjadi pengetahuan Najib. Mudah-mudahan dengan beliau tahu perkara ini beliau bertindak lekas. Kalau nasib baik tindakan itu boleh membendung masalah yang akan menimpa dirinya bagi memperpanjangkan masanya sebagai PM.

Pertama, ialah mengenai kajian yang dibuat oleh sebuah NGO yang terdiri daripada bekas-bekas ahli Parlimen Malaysia yang menunjukkan kedudukan Najib khasnya dan UBN waktu ini tidak begitu baik. Dalam mesyurat ahli badan itu semalam, orang penting masing-masing menyatakan kebimbangan kepada kedudukan UBN. Masing-masing tidak yakin yang UBN akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-1.

Rasa tidak yakin ini banyak dan bercampur-campur. Salah satu ialah sokongan orang Cina yang semakin kuat kepada Pakatan Rakyat. Dalam masa sama orang India yang sebelu ini nampak memperlahankan jeritan mereka menentang kerajaan, sudah memalingkan muka semula kepada Pakatan Rakyat.

Lantaran itu perkembangan ini menyebabkan mereka tidak yakin Najib mampu mempertahankan legasi kekuasaan UBN. Kepimpinan Najib yang pada mulanya dilihat ada kekuatan sedikit berbanding dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ternyata meleset.

Sehari ke sehari Najib semakin lemah dan tidak mampu membuktikan keupayaannya selaku pemimpin nombor satu negara ini. Selain itu Najib juga dibelit dengan masalah-masalah lain yang menjejaskan dirinya sebagai PM. Segala macam slogan laungan dan ikrar yang dilapazkan sebagai menggambarkan Najib hebat, menurut sumber itu ia hanya palsu semata-mata. Semuanya dilakukan dengan da baksis dan bukan ikhls yang keluar dari hati nurani rakyat.

Lantaran itu sesuatu hendak dilakukan oleh Najib. Paling berat kata NGO itu sekiranya Najib gagal memulihkan diri dan maruah kepimpinannya dalam masa terdekat Najib perlu berhenti sekiranya Umno dan BN hendak diselamatkan. Kalau tindakan drastik ini tidak dibuat UBN akan bermasalah besar. Mereka juga merumuskan sambutan atau pun tepuk sorak yang diberikan kepada Najib kinibukan asli tetapi ia adalah rakaman yang akan dimainkan ke mana saja Najib turun.

Perkara ini khabarnya serius. Ia disuarakan sendiri oleh individu-individu yang berpengaruh dalam kerajaan malah satu masa dulu merekalah menjadi penasihat kepada bekas PM. Pandangan dan juga analisis yang dibuat oleh mereka ini sebelum ini hampir semua menjadi kenyataan. Misalnya mereka pernah meramalkan yang UBN akan kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum lalu, ternyata tepat.

Menurut sumber itu beliau sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh NGO berkenaan. Katanya NGO itu akan menemui Najib dalam masa terdekat dan akan memberi kata dua. Sekiranya Najib enggan mematuhi Ngo itu akan mengambil tindakan yang bakal merosakkan kredibiliti Najib sebagai PM. Kegagalan Najih membaikpulih imenya dan menjadi UBN menang akan membawa kepada tuntutan supaya Najib berundur!

Saya tanya bebeapa kali sumber itu adakah ini ada kena mengena dengan cincing permata berlian sebesar kepada lutu, jawabnya tidak.

Perkara kedua ialah mengenai rasa kurang selesa pendokong Najib yang dikenali dengan pasukan second layer - barisan kedua yang menjadi pesukan pertahanan kepada Najib. Second layer ini berfungsi menjadi menjaga dan mengawal pengaruh Najib di negeri-negeri. Pasukan ini betindak menjadi pemantau, double chek terhadap apa-apa menenai perkembangan dan kedudukan Najib. Dalam masa sama ia menjadi penasihat kepada politik Najib dan mengatur strategi politiknya.

Pasukan ini diwujud untuk memastikan Najib berada dalam keadaan baik dan memberi maklumat tambahan kepada Najib. Pasukan second layer ini bukan terdiri dari pemimpin Umno yang kuat membodek, memberi maklumat menggembirakan Najib, sebaliknya bersikap kritis. Dalam kata lain pasukan ini bertindak sebagai pengkritik Najib.

Pasukan second layer ini diketui oleh seorang General yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno di PWTC yang menjadi penasihat politik Najib dan juga yang menggerak perang sraaf untuk Umno.

Akhir-akhir ini katanya pasukan ini sudah tidak senang dan betah lagi dengan sikap dan perkembangan diri Najib. Pandangan dan nasihat yang mereka berikan tidak lagi dipakai oleh Najib. Ini menyebabkan pasukan second layer ini kecewa dan mulai mual dengan Najib.

Maklumat ini diberikan oleh sumber lain bukan dari Ngo bekas-bekas ahli Parlimen BN tadi. Ia datang dari dalam ibu pejabat Umno sendiri. Menurut sumber itu tindakan ini akan diambil sehari dua ini. Katanya sekiranya Najib tidak mahu peduli atau menerima segala nasihat dan rumus dibuat oleh second layer ini, menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Mereka tidak lagi akan jadi badan pemantau dan pengawal politik Najib.

Nampaknya sehari ke sehari masalah dihadapi Najib semakin bertambah. Selain dari masalah yang ditimbulkan oleh isterinya baik berkaitan dengan cincing, soal queen control dan sebagainya ia juga turut di longgopi oleh masalah-masalah hilangan kepercayaan oleh para pengawal dan penasihatnya sendiri. Perkembangan ini semua menunjukkan Najib sedang dirundung masalah dan bermasalah.

Apakah dengan segala macam masalah yang melingukunginya kini Najib berani untuk membubarkan Parlimen? Atau beliau terpaksa membubar Parlimen untuk menghalalkan kelemahan beliau sebagai pemimpin? Hujan! [wm.kl.8:40 am 30/07/11]

Wednesday, March 30, 2011

Dakwaan video seks buat Anwar makin kukuh, tulis Wall Street Journal

Tidak disangka oleh perancang, perancang Yang Maha Besar Lebih Mengetahui!

 

Anwar berucap di Stadium Melawati, Shah Alam dua hari lepas. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal  hari ini.
Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.
“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.
“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.
Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.
Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.
Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.
Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.
Rabu lalu,  bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan
mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.
Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.
Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.
Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.

Tuesday, March 22, 2011

Antara Dosa dan Muslihat Dunia!


Jangan terlibat dengan qazaf
Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setiap pihak termasuk orang ramai di setiap peringkat diingatkan agar tidak mudah percaya dan membuat perhitungan terhadap sesuatu perkara, dengan hanya berdasarkan sesuatu perlakuan yang ditayangkan di dalam video.
Apatah lagi dengan keadaan terkini yang begitu maju dengan IT dan teknologi canggih, sehingga membolehkan watak-watak yang terdapat dalam video juga boleh ditipu dengan 'superimpose'.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika mengingatkan perkara itu berkata, demikianlah juga dengan tayangan video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu kepada para wartawan hari ini.
Menurut beliau, tayangan video itu ternyata begitu mengaibkan dan ia turut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak.
Katanya, antara persoalan yang boleh dikemukakan, sekiranya dalam Islam fitnah itu diharamkan, dalam Islam juga dilarang menuduh seseorang hanya berdasarkan perlakuannya yang ditayangkan di dalam video.
"Dalam masa yang sama, setiap pihak juga boleh bertanya, adakah tindakan pihak tertentu yang menayangkan video itu kepada golongan tertentu juga tidak termasuk dalam kategori aksi lucah?" katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang ternyata turut hairan dengan permainan kotor pihak tertentu sehingga sanggup menayangkan video tersebut berharap semua pihak berfikir lebih mendalam mengenai perkara itu.
Kepentingan orang ramai berfikir secara matang mengenainya selaras dengan pelbagai tindakan tidak bertanggung dari pihak Umno BN masa kini terhadap Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi untuk menghadapi pilihanrya negeri Sarawak.
Dalam masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dengan qazaf yang ternyata bertentangan dengan prinsip keadilan Islam.
"Itu semua perlu diperhitungkan sebelum apa-apa perhitungan dibuat sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.

'Jualan mega politik' sedang berlangsung


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan grand mega sale politik yang sudah pun berlangsung.
"Grand mega sale" merujuk kepada usaha BN membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendakwa BN sedang giat menjalankan usaha membeli ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk survival politik mereka.
"Kami memberi ingatan awal kepada rakyat Malaysia kerana kita sedang berhadapan dengan grand mega sale politik 2011 yang sudah pun bermula.
"Kita akan lihat bermula pilihan raya sarawak akan ramailah orang PAS, PKR dan DAP yang akan keluar parti dan dipertontonkan kepada masyarakat.
"Inilah yang kami maksudkan grand mega sale ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau secara sinis menyamakan ahli politik yang dibeli ini dengan "barangan yang tidak berkualiti dan luput tarikh.
"Kita ingatkan rakyat agar berhati-hati dengan grand mega sale ini kerana barangan yang dipasarkan akhirnya jika rakyat silap memilih ada barangan yang mempunyai kesan radio aktif yang boleh memudaratkan kesihatan. Ada barangan yang sudah luput tarikh," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sementara itu Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) pada sidang media sama mendakwa "grand mega sale politik" ini dirancang rapi oleh pihak tertentu.
"Ada kecenderungan yang dirancang  rapi untuk menjayakan grand mega sale politik ini.
"Apabila ada golongan berpendapatan rendah akan dirancang dalam kumpulan besar. Yang berpengaruh atau berpendapatan tinggi dalam kumpulan kecil.
Tambahnya, usaha ini telah bermula beberapa bulan lalu.
"Usaha ini telah bermula beberapa bulan yang lalu apabila di kawasan saya sendiri dikatakan ada 300 orang yang keluar parti walaupun hakikatnya tiga orang sahaja dan yang tak ada kena mengena dengan parti digunakan untuk menjayakan mega sale ini," katanya.

Sunday, March 20, 2011

Cabaran pilihan raya negeri Sarawak


A. Kadir Jasin

20 MAC — Ramai yang minta saya mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pada 19 Mac pengumuman dibuat bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 21 Mac.
Pada waktu ini, saya hanya boleh membuat analisis kasar dan rambang. Lagipun, politik Sarawak tidaklah semudah yang disangka. Malah dalam beberapa hal ia lebih rumit daripada politik nasional.
Buat permulaan, Barisan Nasional (BN) diwakili oleh BN negeri yang tidak membabitkan parti-parti utama BN dari Semenanjung. BN Sarawak adalah gabungan parti-parti bangsa dan suku kaum negeri itu.
Antara perkara yang boleh dan perlu dipertimbangkan adalah:
1. PRN ini akan menjadi penentu masa depan politik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Beliau sudah pun membayangkan yang beliau akan berundur selepas PRN;
2. PRN ini akan menjadi kayu pengukur kepada kemampuan BN untuk terus bergantung kepada Sarawak sebagai “penyelamat” di Parlimen. Kalau BN Sarawak dapat mengekalkan kedudukannya, BN pusat boleh terus bergantung kepada pengundi Sarawak untuk mengekalkan penguasaannya terhadap Dewan Rakyat.
(Dalam PRU 2008, BN Sarawak menyumbangkan 30 kerusi Parlimen dan Sabah 24 kerusi untuk menjadikan kerusi Parlimen BN 140.)
3. Faktor Abdul Taib akan memainkan peranan penting menentukan sama ada BN Sarawak akan terus mendapat sokongan atau tidak. Tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh beliau pasti akan dipergunakan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Rakyat.
4. Siapa akan menggantikan Abdul Taib juga penting. Dalam amalan sistem pecah dan perintahnya, Abdul Taib tidak memberi kata putus siapa bakal menggantikan beliau.
5. Kerana Abdul Taib memerintah begitu lama iaitu sejak 1981, kepemimpinan BN Sarawak menjadi tua dan ramai pemimpin berkaliber tersingkir atau bersara daripada politik. Kalau BN gagal mengemukakan pengganti yang meyakinkan bagi Abdul Taib dan menawarkan ramai calon muda, BN Sarawak akan mengalami masalah imej dan integriti, khasnya di kalangan pengundi muda.
6. Manakala rasisme menjadi semakin ketara di Semenanjung selepas PRU 2008, di Sarawak “nasionalisme” anak negeri juga memuncak akibat isu agama dan pemilikan tanah.
7. Isu-isu seperti Tanah Adat, dakwaan pencerobohan ke atas Tanah Adat oleh pembalak dan kontroversi mengenai penyebaran kitab Injil dalam bahasa Melayu serta tuntutan Gereja Roman Katolik ke atas kalimah Allah akan mempengaruhi pengundi.
8. Di kalangan orang Islam pun komitmen kepada BN Sarawak tidak padu lagi kerana persepsi bahawa mereka dipinggirkan atas dasar suku kaum dalam apa yang sering disebut Melanau-lawan-Melayu.
9. BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter.
10. Cabaran kepada PR pula adalah sama ada ia berani bertanding atau boleh bertanding atas platform yang sama, khasnya mengenai isu agama dan adat resam kerana ideologi mereka yang berlainan.
11. Namun PR berkemungkinan memperbaiki prestasinya di kawasan-kawasan bandar di mana ramai pengundi Cina dan di luar bandar di mana Iban/Dayak menjadi majoriti pengundi.
Berpandukan hal-hal di atas, maka buat masa ini saya hanya mampu dan berani memberikan “open verdict” kepada keputusan PRN Sarawak walaupun ia masih memihak kepada BN.

Saturday, March 12, 2011

‘Curi’ DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya

By Anwar Ibrahim Dari Keadilan Daily

Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini.
Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik.
“(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal.
“Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian.
Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol.
Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah.
Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka.
Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah.
“Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA,” kata Sankara.
Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan.

Wednesday, March 9, 2011


PRU 13: Bn Hilang Sokongan Melayu

KUALA LUMPUR: The Economist, majalah mingguan politik dan bisnes antarabangsa menjangkakan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, khususnya di kalangan pengundi muda dan golongan sederhana Melayu.
Melalui laporan yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit, majalah itu menyenaraikan kekecewaan golongan muda terhadap urustadbir negara yang dibelenggu skandal politik dan usaha Islamisasi secara kosmetik Umno sebagai punca kemerosotan.


“Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu yang bersikap sederhana, kecewa dengan skandal politik,” kata majalah itu.


Dalam laporan mingguan keluaran Disember, Umno mungkin masih mampu meraih undi di kawasan luar bandar, namun parti itu akan ditolak oleh golongan muda di kawasan bandar.


“Meskipun pengundi muda di luar bandar terus menyokong Umno, sejumlah besar pengundi Melayu yang berpelajaran, dan dari kelas pertengahan akan beralih daripada parti pembangkang,” kata laporan itu.


Golongan muda di bandar dijangka menolak Umno kerana kebanyakan mereka tergolong dalam kategori yang perlu membayar cukai pendapatan dan meluat dengan masalah rasuah serta ketirisan dalam pentadbiran Umno BN.


Beberapa siri peristiwa di peringkat nasional seperti pendakwaan Khir Toyo, peletakan jawatan Samy Vellu serta kenaikan harga barang bagi mengisi kantung BN mendorong banyak pihak meramalkan pilihan raya umum akan berlaku dalam Mac 2011.


Namun, majalah The Economist menjangka pilihan raya umum akan hanya diadakan sekitar Julai 20011, sebaik sahaja pilihan raya negeri Sarawak selesai.
“Kami masih percaya bahawa Najib akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas pilihan raya negeri Sarawak.


“Keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menjadi kayu ukur penting bagi BN sebagai kerajaan,” kata laporan itu lagi.

KOMEN:

Masa depan negara ini terletak di bahu orang-orang muda. Merekalah akan membersihkan segala kekotoran dan kejahatan yang diperbuat oleh UMNO selamanya.

Bila genarasi tua lupus, genarasi muda akan mengambilalih.
Revolusi JASMIN baru mulai disemai. Hasilnya akan nampak sekurang-kurangnya dua dekad dari sekarang.

Tuesday, March 8, 2011

Neraca Mana Yang Dipakai?




Proses pilihan raya di Malaysia adil, kata Nazri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

NONEMenolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

"Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

"Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa pembangkang.

tengku razaleigh ku li interview 190309 04Terdahulu menjawab soalan asal Tengku Razaleigh, Mohamed Nazri berkata seramai 657,141 pengundi baru telah mendaftar sebagai pemilih sehingga suku ketiga tahun lalu.

Berdasarkan angka itu, jumlah pemilih berdaftar sehingga tempoh sama meningkat kepada 11,579,280 orang berbanding 10,922,139 semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008, katanya.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah pengundi baru yang paling tinggi dengan 130,097 orang, diikuti Johor (87,235), Perak (70,780), Sarawak (59,282), Kelantan (49,246), Terengganu (43,387) dan Kedah (39,396).

Pulau Pinang mencatat seramai 39,261 pengundi baru, Pahang (36,700), Sabah (29,876), Negeri Sembilan (26,503), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (21,574), Melaka (18,431), Perlis (3,062), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,721) dan Wilayah Persekutuan Labuan (590), katanya ketika menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

NONETengku Razaleigh bertanya berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan kerajaan bagi memastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftar sebagai pengundi. Beliau turut meminta pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding di luar bandar.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa berusaha untuk menggalakkan pendaftaran pemilih di kalangan warganegara yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai pemilih mendaftar sebagai pemilih.

NONE"Pendaftaran pemilih boleh dibuat sepanjang tahun. SPR menyediakan pelbagai saluran pendaftaran untuk memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih, menyemak maklumat pendaftaran dan memaklumkan SPR berhubung maklumat kematian pemilih," katanya.

Selain itu SPR juga melaksanakan program-program menghubungi untuk memberikan kemudahan pendaftaran melalui pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Pada tahun lepas sebanyak 5,929 program seperti itu dilaksanakan PPN, katanya.

- Bernama

Memoir Dr M muat dakwaan 'kisah seks' Anwar

Tun Dr.Mahathir nampaknya belum puas dan belum serik dengan pertuduhannya ke atas DS Anwar. Siri liwat ke 2 masih lagi di mahkamah, dan Dr.M telah mengeluarkan buku memoir dirinya yang mengaitkan cerita "sebenar" DS Anwar? Akan berpanjangan lagikah kes DS Anwar ini, jika ia menyaman balik Dr.M yang membuat tuduhan ke atasnya secara langsung dan tertulis? Apakah ianya akan selesai di dunia atau berpanjangan ke akhirat? Allah jualah yang Maha Mengetahui.....................

M Krishnamoorthy
Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

NONEIa diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.
Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.

Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar.

Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.

Empat gadis

Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.

anwar saiful bukhari azlan sodomy allegations 300608 desa damansara condominumMenulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Mahathir berkata beliau kemudian memanggil menteri besar dan ketua menteri Umno ke Sri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.

Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Malaya di zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor.

Semua teguran ke atas Pakatan Rakyat dianggap jahat ...

Oleh NOBISHA
Seperti dijangkakan, Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43. Tahniah kepada BN dan juga calon-calon berkenaan.


Dalam proses demokrasi, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi yang kalah, usah cipta alasan untuk menjustifikasi kekalahan tersebut. Muhasabah dan perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Sejak mara bergaya dalam pilihanraya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai UMNO atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau.

Maka, ramai yang memilih untuk terus menegur Barisan Nasional yang dilihat sebagai lebih reseptif kepada kritikan. Malah, Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan zaman kerajaan (dalam konteks ini merujuk kepada kepimpinan BN) tahu semuanya sudah berakhir; maka pemimpin harus mendengar pendapat rakyat. Dalam beberapa ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, Najib banyak mengingatkan perwakilan UMNO untuk mendengar suara rakyat dan membuang tabiat buruk yang menyebabkan parti dan pemimpin BN ditolak dalam pilihanraya umum lepas. Hal yang sama disebutkan berulangkali dalam Konvensyen BN.

Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "Saya sanggup berubah." Yang ramai ialah pemimpin politik yang mendongak kepala ke langit dan tak boleh ditegur langsung. Pemimpin politik "semua orang salah, saya seorang saja yang betul" memang ramai.

Sepanjang lebih lima tahun saya menulis blog ini, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian - termasuklah beberapa orang Timbalan Menteri - telah memanggil saya bagi mendengar kritikan kepada UMNO. Walaupun ada yang merah muka apabila saya bercakap, namun saya fikir mereka hargai kritikan ikhlas saya terhadap parti itu.

Atas perubahan inilah, maka saya fikir pengundi di Kerdau dan Merlimau memberikan sokongan yang besar kepada BN. Tentunya, saya tidak menafikan ada faktor-faktor lain termasuklah kepimpinan parti itu yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Dalam keghairahan BN meraikan kemenangan di kedua-dua pilihanraya itu, saya fikir parti itu belum lagi melepasi paras "bahaya". Sementara orang lain mengucapkan tahniah, biarlah saya memberikan ingatan kepada BN bahawa adalah menjadi satu kesilapan yang besar sekiranya ia merasakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau itu sudah cukup membuktikan ia mampu menang besar dalam PRU13 nanti.

Sekiranya BN ingin kembali mendapat dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang, maka ia harus melakukan perkara-perkara berikut:

Pertama, tentukan momentum kemenangan di Galas, Batu Sapi dan Hulu Selangor yang kemudiannya dimantapkan dengan Tenang, Merlimau dan Kerdau diteruskan dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya meramalkan pembangkang Sarawak akan menang sebanyak 13 daripada 71 kerusi DUN Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya BN Sarawak dapat membuktikan saya salah dan kemenangan pembangkang tidak sampai 10 kerusi, maka itu adalah petanda yang baik bagi BN dalam menilai sokongan rakyat.

Kedua, menambahkan peratusan sokongan Melayu kepada sebanyak 10% dari tahap sokongan sekarang, Cina dan India di antara 15% hingga 20% lagi bagi semua kawasan, termasuklah kawasan bandar. BN tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar semata-mata. Ia juga harus menang di kawasan-kawasan bandar untuk memperolehi legitimasi memerintah. Sementara sokongan pengundi Melayu penting, namun BN tidak boleh bergantung kepada undi satu bangsa saja untuk berkuasa.

Ketiga, membuang mentaliti "fixed deposit." Saya tidak percaya ada mana-mana negeri atau kawasan Parlimen / DUN yang merupakan "fixed deposit" kepada mana-mana parti politik. Saya pernah sebutkan sebelum ini bahawa pengundi sekarang - termasuklah di luar bandar - adalah merupakan pengundi nomad. Sokongan mereka berpindah-randah. Atas sebab itulah maka BN tidak harus memandang ringan serangan lawan walaupun di kawasan yang dianggap "putih." Sikap sedemikian akan hanya mengundang malapetaka.

Atas semangat itu, maka BN tidak boleh ambil mudah serangan lawan. Sikap BN sebelumnya - "tak apalah, pembangkang bukan boleh buat apa!" - harus dikikis. Saya melihat apabila Najib memberikan respon kepada "Buku Jingga," ia lahir dari sikap mengambil berat serangan lawan, walau bagaimana tidak signifikan sekali pun serangan tersebut. Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan kepada BN. Dalam politik persepsi, tohmahan yang tidak dijawab akan dianggap betul.

Keempat, meneruskan "transformasi politik" - khusus dalam soal pemilihan calon. Di Tenang, Merlimau dan Kerdau, ketiga-tiga calon BN adalah merupakan lepasan IPT, berumur di bawah 45 tahun dan merupakan bekas penjawat awam. Saya fikir calon muda, berpendidikan dan dari kalangan penjawat awam atau aktivis sosial lebih mudah diterima rakyat dan kurang kontroversi.

Di Kerdau, calon BN ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, di Merlimau hanya Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, manakala di Tenang, Azhar Ibrahim hanyalah ahli biasa UMNO. Ini bermaksud BN harus mampu melebarkan jaringan pemilihan calon kepada semua 3.5 juta orang ahlinya, dan tidak menghadkan pemilihan itu kepada hanya Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO, MCA, MIC dan Gerakan (sekadar menyebutkan beberapa nama parti komponen BN) saja. Najib telah menyebut bahawa penyandang jawatan dalam parti tidak semestinya menjadi calon.

Najib harus menyingkirkan pemimpin UMNO yang bertindak sebagai "war lord" yang menyebabkan parti itu disisih rakyat dalam PRU lalu. Ini termasuklah pemimpin yang menganggap mereka sajalah yang paling berkuasa di kawasan itu dan semua perkara yang hendak dilakukan mesti mendapat restu mereka. Cakap bergegar-gegar dan tepuk meja untuk memaksa orang mendengar pandangan. Pemimpin sebegini mungkin dianggap "hulubalang" di zaman Kesultanan Melaka dulu, tetapi hari ini rakyat ingin melihat pemimpin yang mampu melakukan "engagement" secara berterusan.

Berdasarkan "maklumat kedai kopi" yang diperolehi, khabarnya lima orang (dari keseluruhan 15 bahagian) Ketua UMNO Bahagian di Kedah tidak akan disenaraikan sebagai calon dalam PRU13 nanti. Sekiranya ini benar, maka ia memberikan peluang kepada muka-muka baru di negeri itu. Anda mungkin ingin tahu siapakah mereka itu. Ah, biarlah rahsia!

Sewaktu Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyebut akan menampilkan lebih ramai muka baru dan profesional sebagai calon. Desas-desus awal mengatakan seramai 10 orang calon PBB (dari 36 kerusi PBB) akan digugurkan. Melihat kepada senarai wakil rakyat sedia ada, saya sarankan agar PBB mencalonkan lebih ramai lagi anak muda - malah saya ingin menyarankan agar 15 calon PBB sedia ada digugurkan bagi memberikan laluan kepada mereka.

Dan, kelima, berikan tumpuan kepada pengukuhan parti-parti komponen BN. Selepas pilihanraya umum lalu, UMNO telah melaksanakan pelbagai proses transformasi parti itu. Ada perubahan, namun saya fikir bukan mudah untuk mengajar gajah menari. Sementara UMNO sedang melaksanakan kursus pengukuhan organisasi untuk sekitar 56,000 pemimpin akar umbi parti itu, saya masih belum melihat usaha sedemikian di kalangan parti-parti komponen yang lain. Sewajarnya parti-parti komponen BN juga melaksanakan hal yang sama memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir. Konvensyen BN bagus untuk membakar semangat, namun tidak cukup untuk memberikan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Sementara tidak salah untuk penyokong-penyokong BN merayakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau, namun saya fikir mereka harus membezakan antara pertempuran (battle) dan peperangan (war). Menang pertempuran tidak bermakna sekiranya BN tidak mampu menang peperangan!

Antara peminta sedekah di Kuching dan Rolls Royce Taib Mahmud

Petikan sarawakreport.org
Semasa Taib Mahmud yang telah menggunakan perhimpunan BN-nya (yang diadakan di bangunan baru Borneo Convention Centre Kuching, yang telah beliau biaya, bina dan uruskan secara korup) untuk membidas “para pembohong dan pengecut”, yang telah dengan berani mengkritik berulang-kali akan dasar-dasar ‘kemajuan dan pembangunannya’, Sarawak Report juga berpeluang memperolehi rakaman-rakaman petikan temubual dan juga gambar-gambar.


Gambar-gambar dan rakaman-rakaman yang kami terima menunjukkan kegiatan-kegiatan harian para pegutip sampah yang bergantung hidup pada pusat kitar semula di tempat letak kereta Borneo Development Corporation (BDC) milik beliau! Kegiatan-kegiatan seperti itu dapat kita tontoni setiap hari yang hanya 150 meter jaraknya dari pejabat setiausaha politiknya, Abdul Karim Hamza, yang juga menikmati pekerjaan sebagai Pengerusi BDC itu.

Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia dengan kependudukannya yang rendah. Berbilion-bilion ringgit telah diperolehi dari hutan dan sumber minyak dan kesemua kekayaan ini telah dicerminkan di dalam rumah-rumah mewah milik keluarga Taib dan juga rakan-rakan niaga mereka. Namun, adalah jelas perkongsian kekayaan ini dengan rakyatnya bukanlah sebahagian dari dasar ‘kemajuan dan pembangunan’, di mana Taib secara lantangnya enggan memohon maaf.
Kami mendapati kebanyakan pengutip sampah ini, yang menunggu kehadiran pemandu-pemandu kenderaan yang akan datang untuk menghantar sampah mereka untuk dikitarkan semula di kemudahan berkenaan, datangnya dari Skim Penempatan Semula Stampin – yang mana mereka pernah dijanjikan masa depan yang cerah oleh BN, tetapi seperti kebiasaannya, janji-janji itu tidak pernah (dan tidak akan) menjadi kenyataan.
Di kawasan Skim Penempatan Semula itu sebuah plot tanah yang kecil berharga RM10,000 dan jika seseorang penduduk tidak dapat membayar balik harganya, maka dia tidak akan diberikan geran ke atas tanah itu, walaupun dia juga terpaksa mencari sumber lain untuk membina sebuah rumah.
Kawasan berpaya berkenaan perlu ditambak tanah agar ianya menjadi sesuai untuk membina rumah, dan ini memerlukan RM8,000 lagi, yang membuatkan proses mendiami penempatan semula lebih sukar untuk dicapai. Kebanyakan penduduk ini adalah bergaji rendah, atau langsung tanpa gaji dan berharapan tipis untuk melangsaikan bayaran balik.
Semasa Ketua Menteri meneruskan lebih banyak pemusnahan ke atas negeri ini untuk projek perindustrian meganya di bawah program ‘pembangunan’ SCORE, seramai setengah juta orang tempatan mengalami ancaman ditempatkan semula, dan mereka sepatutnya menilai laporan ini yang dibentangkan di sini.
Very important person? Memanglah masalah ini nampak kecil, remeh dan kurang penting, yang telah membelengu ribuan orang tempatan yang telah ditempatkan semula untuk memberi ruang kepada ‘pembangunan’, tetapi Taib Mahmud tetap tidak mempedulikan itu semua, dan beliau terus kelihatan gah ketika tiba di pusat perhimpunan BCCK itu dengan kereta mewahnya, Rolls Royce.
Tambahan pula anak beliau, Rahman Taib, seorang ahli politik, yang pernah diwar-war untuk menjadi pengganti beliau, tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan itu kerana diketahui sibuk bermain luncur salji (seperti yang diposnya di dalam laman sosial Facebooknya). Namun Sarawak Report merasakan mereka harus melaporkan kisah-kisah kesengsaraan hidup para pengutip sampah, lebih-lebih lagi sepanjang minggu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini.
Semua orang terlibat  – kaum wanita juga tak ketinggalan berhempas-pulas untuk menyara hidup

Kami merasakan siasatan perlu kami jalankan ke atas para pengutip sampah, khasnya kaum wanita yang duduk sepanjang hari menunggu di tempat kitar semula di sekitar Kuching.
Nuratiqah binti Abdullah menceritakan kepada kami bahawa beliau yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia 8, 9 dan 15 tahun. Keluarganya menduduki kawasan penempatan semula itu tetapi tanpa lesen menduduki sementara (TOL). Lantaran itu dia tidak mendapat akses kepada keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air. Pada waktu malam pula, rumahnya hanya diterangi sebutir mentol yang dijana menggunakan bateri kenderaan.
Sebahagian rumahnya telah rosak akibat kebakaran 3 minggu lalu. Pakaian seragam sekolah anak-anaknya habis terbakar. Suaminya tiada pekerjaan dan kadang-kala menyertainya ti tempat kitar semula sampah. Bapa mertuanya yang uzur tinggal bersama mereka. Dia menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan.
Nanong binti Sidek berusia 37 tahun. Dia sekeluarga menduduki kawasan penempatan semula berkenaan. Tanggungannya adalah seorang anak lelaki 12 tahun dan seorang anak perempuan 9 tahun, yang telah melayakkannya menerima bantuan kebajikan untuk anak-anak sebanyak RM200 sebulan. Suaminya telah menceraikannya 4 tahun lalu.
Tiga sekeluarga ini tinggal bersama bapanya, yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah jantung. Pada mulanya Nanong bekerja sebagai pelayan di kedai kopi, tetapi dia terpaksa berhenti kerana tidak tahan dengan tengkingan majikannya. Dia telah mengutip sampah sejak 2008.
Kiat anak Resat berusia 69 tahun. Dia juga menduduki Kampung Stutong Baru yang merupakan sebahagian dari Skim Penempatan Semula Stampin itu. Skim penempatan itu mempunyai 1154 buah lot tanah kesemuanya. Pada mulanya Kiat bekerja di tapak-tapak binaan selama 6 tahun, tetapi sejak 4 tahun kebelakangan ini dia beralih kepada kerja mengutip sampah.
Suaminya bergerak menggunakan kerusi roda setelah diserang strok, di mana mereka sekeluarga menerima hanya RM60 sebulan selama 2 tahun sehingga dihentikan. Kiat mempunyai 5 orang anak dewasa; 3 anak lelakinya tiada pekerjaan yang tetap (salah seorang dari mereka adalah kaki botol), 2 orang anak perempuannya telahpun berumahtangga dan bekeluarga dan mampu menghulurkan bantuan yang kecil sahaja.
Berhampiran dengan pusat kitar semula berkenaan terdapat salah sebuah kawasan perumahan mewah di Kuching. Apartmen Village Grove milik Abu Bekir. Bekir adalah salah seorang anak Taib yang tinggal hanyalah 300 meter jauhnya dari situ, dan setiap hari Bekir akan melalui para pengutip sampah itu.
Kekayaan Abu Bekir yang mengkagumkan bukan sesuatu yang datang dari hasil usahanya dan titik peluh sendiri, kerana kekayaan itu datangnya dari pemberian secara tertutup kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi daripada bapanya.
Namun Taib jelas diketahui tidak berminat untuk bermurah-hati kepada kaum ibu dan wanita-wanita yang melalui hidup susah dalam skim penempatan semulanya itu. Mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang di luar kemampuan mereka bagi membolehkan mereka menduduki skim tersebut yang diiklankan oleh BN sebagai peluang yang baik untuk golongan yang miskin.
Betty anak Gelangyan berusia 22 tahun dan merupakan ‘ahli’ baru dalam kumpulan berkenaan. Dia juga datang dari Kampung Stutong Baru. Ibunya berusia 43 tahun sudah tidak mampu mencari nafkah kerana mengidap sawan, yang mana telah melayakkan keluarga itu menerima bantuan kebajikan sebanyak RM70 sebulan selama 2 tahun tetapi kini telah dihentikan.
Betty bekerja di sebuah kedai kopi dengan gaji RM400 sebulan untuk menyara keluarganya dan membiayai persekolahan adiknya yang berusia 19 tahun. Sebagai menambah pendapatannya Betty mengutip sampah di pusat kitar semula itu.
Menurut suatu sumber yang memberitahu kami, golongan wanita juga menukarkan barang-barang yang mereka kutip dengan bahan makanan seperti beras dari kawasan-kawasan berdekatan, atau dengan kedai-kedai runcit, walaupun ada juga barang-barang yang mereka kutip itu mereka simpan.
Kebanyakan dari mereka ini datang ke pusat kitaran semula BDC menggunakan bas, jaraknya sejaug 5 km dari Kampung Stutong Baru. Kami percaya, ini bukanlah ‘kemajuan dan pembangunan’ seperti yang dikatakan oleh Taib semasa beliau berucap semasa melancarkan ‘penentangan sehabis-habisan’ terhadap pihak pembangkang. Golongan pengutip sampah ini tetap mengharapkan pembahagian kekayaan sama-rata di seluruh Sarawak.
Hipni bin Bahdi, berusia 35 tahun, datang dari Kampung Tabuan Hilir. Dia mempunyai 4 orang anak; 12 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan yang bongsu, 3 tahun. Anaknya yang ketiga mengalami terencat akal. Akibat masalah berkenaan anak malang berusia 6 tahun itu meninggal dunia pada bulan April tahun lalu.
Hipni menerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan sebagai elaun anak-anaknya. Selain isterinya (34 tahun), Hipni juga menyara ibunya yang berusia 64 tahun dan saudaranya yang berusia 28 tahun yang mengidap penyakit jantung berlubang. Di sebelah malamnya Hipni menjual satay dengan pendapatan sekitar RM25 semalam. Selain mengutip sampah di pusat kitar semula di BDC Stampin, dia juga mengutip sampah di pusat-pusat kitar semula di 3 buah tempat yang lain kerana dia boelh menggunakan motosikalnya; Kenyalang, Tabuan Laru dan Batu 3.
Orang-orang yang kami laporkan di atas merupakan sebahagian kecil rakyat Sarawak yang tersisih dari 30 tahun arus ‘kemajuan dan pembangunan’ yang sering dilaung-laungkan oleh BN. Di Sarawak kini ada lebih kurang 10,000 penduduk setinggan dan ramai lagi yang menduduki skim-skim penempatan semula yang hilang tanah pusaka mereka bagi memberi laluan kepada ‘kemajuan dan pembangunan’. Hampir kesemua mereka kini merasakan bahawa hidup di kawasan penempatan semula amatlah tinggi kosnya dan sukar dan kerajaan pula menuntut perbelanjaan yang besar, tanpa menjanjikan pekerjaan untuk mereka bagi membiayai kehidupan di penempatan baru mereka itu.
Beginilah ertinya demokrasi!

Jika Taib sekali lagi dibenarkan kembali berkuasa dan mula melaksanakan SCORE, maka berpuluh-puluh ribu orang Sarawak akan berhadapan dengan nasib malang yang sedang dialami oleh golongan setinggan dan penduduk skim penempatan semula seperti yang kami laporkan di atas. Namun, kerana BN gagal mendaftarkan sepertiga dari orang-orang ini di kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu, maka orang-orang tersebut tidak berpeluang mengundi! !
Dalam salah satu intipati ucapannya Taib telah mengajuk kata hikmat demokrasi yang dipelopori oleh Abraham Lincoln, “Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat”. Sebenarnya, setiap orang Sarawak kini sedar, Sarawak diperintah oleh keluarga Taib dan untuk keluarga Taib dan orang lain tidak akan berpeluang bersama-sama mereka!

Friday, March 4, 2011


Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya

Wong Chin Huat 

 
"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina.  Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun."  Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.
Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya.  Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina.  Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina."
Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP".  Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng".  Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu.
Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan
Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng".  UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China.  Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman.
Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik".
   
Lihat kepada kritikan Gerakan Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng, bahawa beliau terlalu menyebelahi Melayu, sehingga 90% daripada projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan kepada kontraktor bumiputera.  Ia memperlihatkan bahawa Lim Guan Eng sememangnya diserang dari kiri dan kanan, dan bukannya cakap tak serupa bikin.  Pada hakikatnya, usaha beliau seperti penubuhan "Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F", hinggalah pemberian RM100 kepada guru Kafa sempena sambutan Maulidur Rasul - menunjukkan bahawa beliau lebih prihatina terhadap masyarakat Melayu secara keseluruhannya, berbanding Koh Tsu Koon.
Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari?  Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalahmyBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008.
Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan.  Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya?
Pemimpin Melayu kurang terserlah
Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih!
Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam.  Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah.  Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.
Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam.  Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing.  Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India?  Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol?
Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO?  Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina?  Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri?
Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa
Pada hemat saya, mentaliti komuniti Cina dalam soal "wakil kaum" ini mungkin jauh lebih fleksible berbanding Melayu.  Selagi permintaan mereka disampaikan, komuniti Cina tidak begitu mementingkan sama ada wakil yang berdialog dengan Najib adalah MCA, Gerakan, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia, atau tycoon yang enggan terdedah identitinya.  Komuniti Cina tidak menuntut agar wakil mereka dalam kerajaan terikat kepada seseorang atau kumpulan tertentu.  MCA cuma mahu melanjutkan hayat politiknya apabila menyarankan pendekatan menonjolkan dirinya (high profile), namun ia bukan satu kemestian untuk mentadbir komuniti Cina.  Ramai lagi ketua pertubuhan Cina yang bergelaran "Tan Sri", "Dato", dan "Doctor" akan menawarkan diri untuk menjadi wakil komuniti Cina, seandainya MCA gagal berbuat demikian.
Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa.  Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami.  Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya?
Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman.  Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali?
     
Lim Guan Eng (gambar kanan) seorang yang bijak, namun orang bijak ada kalanya dikelirukan kebijakan dirinya.  Orang sebegini hanya mahu melakukan sesuatu, gagal melihat keperluan untuk orang lain "melakukan sesuatu", seandainya dirinya tidak melakukan sesuatu itu.
Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam?  Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya.  Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu.
*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.  Diterjemah dan disunting oleh Tey Hwey Gek dari teks asal yang disiarkan pada 23 Februari 2011.

Thursday, March 3, 2011

Bekas pekerja kaitkan Taib di video

Sebuah video yang memalitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini muncul dengan bekas pekerjanya sendiri mendakwa ketua menteri Sarawak itu memiliki kekayaan berbilion-bilion ringgit di benua Amerika Utara sahaja.

azlanDalam video 'mengenang Ross Boyert' yang disiarkan pada laman sesawang Sarawak Report (SR), Boyert - bekas ketua pegawai operasi syarikat milik Taib, Sakti International, Wallysons Inc dan dua lagi firma di Amerika yang memiliki hartanah bernilai US$80 - menentang ketua menteri itu.

Boyert juga mengesahkan Taib "adalah bos" Sakti International di Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan Sakto Corporation di Kanada.

"Taib adalah pemilik syarikat ini dan semua assetnya, " kata Boyert dalam dokumentari video 16-minit itu.

Wednesday, March 2, 2011

PAS dakwa Felda Plantation organisasi haram



Penampilan pertama kali NGO PAS dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau - Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - menggemparkan apabila mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan hanya oleh individu dan koperasi sahaja.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, perkara itu disebut dalam Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1).

"Adakah perdana menteri membaca hansard parlimen bertarikh 27 April 1960 dan apa isi ucapan bapa beliau ketika membentangkan penggubalan Akta GSA 1960?

"Adakah perdana menteri tahu bahawa Felda Plantation adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA yang mana status pemilikan hanya (untuk) individu (seksyen 7(2)) dan koperasi (seksyen 11(1) sahaja?" katanya.

Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor membuat dakwaan itu dalam sidang media harian PAS di markas induk parti itu di Kerdau pagi ini.

Semakin Ramai Rakyat Mula Sedar....

Prk Kerdau :Lepas Bob Lokman, Pak Jabit (Hantu Kak Limah) Sokong PAS!

Suasana pentas ceramah di Kerdau malam semalam.

Pak Jabit@Man Kadir turut berada di Kerdau untuk menyokong calon PAS.

Siapa pengerusi malam semalam?...ya Pak Jabit (dari filem Kak Limah Balik Rumah) bukan sahaja menjadi pengerusi, malah turut memberikan ucapan 'mukadimah' pada majlis malam semalam.


MAN KADIR bertugas sebagai ketua sekretariat untuk tiga rancangan felda di Dun Kerdau iaitu Jengka 22,23 dan 25.Beliau juga merupakan Setiausaha kerja biro masyarakat felda dan orang asli PKR Pusat.Beliau juga di kenali sebagai PAK JABIT dalam Filem Hantu Mak Limah Balik Kampung....


Prk Merlimau : Anwar bawa dokumen bukti hubungan Apco-Israel


Anwar menunjukkan dokumen yang membuktikan hubungan Apco-Israel

MERLIMAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.
Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.
“Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.
“Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.
“Ke-be-tu-lan,” sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.
Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.
Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia  hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.
Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.
Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.
Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.
Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
“Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia,” katanya.
Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.
Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.
Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.
Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.

Tuesday, March 1, 2011

Tanah NCR: Orang Asal dibenar cabar k'jaan S'wak



Sekumpulan wakil penduduk masyarakat orang Asal Sarawak berhimpun di hadapan Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka untuk mencabar kuasa kerajaan negeri Sarawak yang didakwa merampas tanah mereka.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh ketua rumah panjang Uma Laguieh. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera slogan "hak tanah adat = hak ke atas kehidupan."
Kumpulan tersebut berhimpun selama beberapa minit di situ sambil bergambar.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 April untuk mendengar hujah dari peguam mereka berhubung permohonan itu.

Hujah berkenaan adalah berhubung Perkara 5(3) dan Perkara 5(4) Kanun Tanah Negara yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi mengambil tanah adat (NCR) masyarakat orang Asal Sarawak itu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusannya membenarkan permohonan yang dibuat oleh dua puak Kayan, - Bato Bagan dan Jalang Paran.

Kumpulan orang Asal dari suku Kayan itu diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan Baru Bian.

Kerajaan negeri Sarawak yang dinamakan sebagai responden dalam kes ini pula diwakili Datuk JC Fong dan Marjana Adenan.

Sulaiman dalam hujahnya membangkitkan bahawa peruntukan dalam kanun tanah itu bersifat ultra vires kepada Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah berkenaan merupakan elemen penting dalam kes ini kerana hak ke atas tanah NCR itu dianggap sebahagian kepada hak ke atas kehidupan.

Tanah berkenaan kini telah ditenggelamkan oleh limpahan air akibat pembinaan empangan hidroelektrik Bakun.

Demonstrasi di London desak beku aset Taib



Kira-kira 20 orang, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

london protest against taib mahmud 5Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF),
di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London.

Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Clare adalah pengasas lamanweb Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Taib dan empayar perniagaannya di peringkat global.

Peter (kiri) adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah radio bebas bergelombang pendek yang dipancarkan dari London.

london protest against taib mahmud papa orang hutanIa memfokus kepada aktivis Sarawak dan masyarakat yang
mempertahankan hak ke atas tanah mereka dan menentang dakwaan salahguna kuasa oleh Taib.

Peserta demonstrasi tersebut membawa poster bertulis 'stop timber corruption in Sarawak" dan "freeze Taib assets".

Poster lain pula bertulis "Chief Minister of Sawarak - 30 years is enough!", "stop illegal logging on native lands" dan "respect natives' rights".
Demonstrasi yang serupa yang dianjurkan oleh BMF, turut diadakan di pusat bandar Ottawa, Kanada - di luar satu lagi syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib - Sakto Corporation.
Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya.

Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

pas muktamar 55 husam musa 050609Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah programpolitik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

mahathir and malay people"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk SeriAnwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

azlanDengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.