Showing posts with label Politik/Ekonomi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik/Ekonomi Malaysia. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

GLC Paling Menguntungkan di Malaysia!

INI SATU INDUSTRI

nota:
saman telah menjadi satu industri
yang sedang berkembang
industri ini adalah satu cara untuk
gerombolan merampas duit titik peluh
rakyat - macam cukai GST

saman ini juga cara dapat duit
bayangkan kalau salah
letak kereta kena saman - dan bertahun
tak bayar - puki mak apa - ini bukan jenayah
tak rosak apa pun -

kalau kereta tak ada cukai jalan
ini bukan nak membantu tuan punya kereta
ini sebagai paksaan untuk membeli cukai jalan
kalau kereta tak ada insuran
pergi maposlaaa... ini tipu helah syarikat
insuran memaksa kita beli insuran

kenapa beli gula pasir tak dipaksa kena insuran?
ini juga bahaya - kena kencing manis?

jangan ketawa tentang gula pasir ini
di india masa penjajah bristish menjajah
garam kena cukai

cukai dan insuran ini adalah peninggalan
british - yang jual insuran ini awal dului adalah
ialah syarikat milik british

dulu radio kena lesen
tapi pada tahun 1990 parti keadilan nasional
mahu lupuskan lesen radio dalam manifesto
akhirnya lesen radio tak ada

nota:
berapa bilion syarikat insuran but duit?
berapa banyak tuan kereta yang terlibat dalam kemalangan
semua ini adalah perancangan licik untuk ambil duit
orang ramai

BAYAR SEKARANG!!!-meloya

PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SAH… INI CARA KEAJAAN CUKAI RAKYAT…. kah kah kah…

kah kah kah… GUNA SAMAN EKOR….SATU CARA MERAMPOAS DUIT RAKYAT…. kah kah kah..

woit… OPPPS…. HAMPIR LUPA…. NAK BAGI TAHU…. kah kah kah..

kah kah kah…DI MESIR PUN MUBARAK GUNA SAMAN EKOR… kah kah akh…

kah kah kah…BUKAN UNTUK KERETA TAPI UNTUK RUMAH SEWA…. kah kah kah..

nota:
kalau di senarai hitamkan
bermakna apa?
bermakna lebih separuh warga negara ini penjenayah?

kenapa tidak disenarai hitamkan yang betul betul penjenayah?
kenapa tak senarai hitamkam
vincent tan? towkay judi?
anak lim goh tong? towkay judi
ananda krisnan? towkay judi

nampaknya rakyat biasa di cukai
towkay judi dijulang tinggi
cakap rakyat didahulukan
ini towkay judi di dahulukan

nota:
nak tahu apa jdi milik ananda?
beli kertas dan cakar untuk lihat number


MANIFESTO PILIHANRAYA

pakatan rakyat wajib memasukan
hal saman ini dalam manifesto pilihanraya:

jika pakatan berkuasa semua saman di lupuskan!!!

jika ini dlam manifesti jamin dapat undi banyak

(tukartiub)

Tuesday, February 22, 2011


Siapa terima 1.5 bilion saham khas Bumiputra
Harakahdaily   
PETALING JAYA, 22 Feb: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.
Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.
Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.
“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).
Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.
Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.
Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.
Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.
Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.
Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.
Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.
“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.
“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.
Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.
Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.
“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.

Saturday, February 19, 2011

MARI KITA BERTARUH!

YANG INI FIRST CLASS

nota:
yang ini cukup cekap
buat road block
tengah lebuh raya
tengah bulan
terbaik untuk cari
duit saku kah kah kah


POLIS SIASAT KES BANK TIPU RM19 JUTA :KPN - meloya

Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata, pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.

"Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.

"Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..MARI KITA BERTARUH… kah kah kah

1 – tak akan jadi kes apa-apa?

2 – tidak ada yang akan didakwa?

3 – jamin ini kerja syarikat kroni

4 – jamin ini syarikat bumiputera

5 - lepas ini satu habuk pun taraaak cerita lagi

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

(TT)

Bank Ditipu RM19 Juta Oleh Syarikat Pembekal Alat Ganti MiG-29N

Semalam, kecoh pula pasal kisah bank ditipu oleh syarikat pembekal yang mengaku membekal alat ganti MiG-29N di Malaysia. Sana sini orang bercerita mengenainya.Berikut di bawah adalah kenyataan mengenai kes ini.
KUALA LUMPUR: Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA
Kami hairan sungguh macamana bank ni boleh kena tipu.Bukan sedikit.RM 19 juta.Nampak sesuatu yang pelik dalam kes ini.Seperti ada yang tidak kena.Kita sendiri tahu bahawa prosedur pinjaman bank memang sangatlah ketat. Alangkan nak pinjam RM 2000 pun bermaca-macam dokumen bank mintak, telefon sana-sini mintak pengesahan dan sebagainya, inikan pula pinjaman bernilai RM 19 juta!

Di antara kesilapan bank yang kami faham berdasarkan kenyataan akhbar di atas adalah disebabkan tidak memeriksa premis perniagaan.Ini juga sesuatu yang mustahil dan kecuaian seperti ini sememangnya sukar untuk dipercayai.Kita sendiri pun tahu, nilai pinjaman sebanyak itu memestikan pegawai bank untuk memeriksa dahulu kewujudan perniagaan serta premis di mana mereka menjalankan perniagaan.
Dengan kertas kerja lagi, dan pelbagai lagi syarat-syarat yang ketat,bukan mudah untuk buat pinjaman.Kalau dah ikut pun syarat pun, belum tentu bank akan luluskan juga.Pelbagai alasan yang akan dicari untuk menidakkan pinjaman.Terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil.
Di mana silapnya pihak bank dalam meluluskan pinjaman bernilai tinggi ini? Kami pasti sebenarnya ia melibatkan ramai pihak yang bersekongkol sama dalam menjalankan penipuan. Mustahil ianya diluluskan tanpa melibatkan “kabel” yang kuat. Pastinya ada penglibatan “jerung-jerung” yang perkasa.
Buat masa ini, kes ini masih lagi dalam siasatan Polis dan kami yakin, pasti ada cerita menarik dalam kes ini. Apa komen anda mengenai kisah bank ditipu RM 19 juta ini?(BeritaSemasa).

Tuesday, February 8, 2011

PERKASA rampas MBE, kata anggota NEAC

Aidila Razak
Bantahan keras Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ke atas fasa pertama Model Baru Ekonomi (MBE) menyaksikan fasa kedua dikurangkan.

NONEAnggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof ketika mendedahkan perkara itu berkata PERKASA dan kumpulan pelampau kanan yang lain begitu lantang menolak perlupusan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera untuk digantikan dengan peluang sama rata.

"(Cadangan ini) dibelasah dan dicerut oleh kumpulan sayap kanan yang diketuai oleh PERKASA. Mereka mahu membakar fasa satu (MBE).

"...PERKASA berkata kita tidak mempunyai roh Melayu,” katanya.

Bercakap pada forum anjuran badan pemikir, Ideas di Kuala Lumpur, Zainal Aznam berkata mematuhi tuntutan kumpulan kanan itu membuktikan jemaah menteri telah gagal dalam ujian mengenai pembaharuan.

"Ini adalah ujian litmus bagi kerajaan daan pada masa ini, saya terpaksa berkata tiada kemampuan atau keyakinan politik untuk berbuat demikian,” katanya.

Pelantikan Isa Samad - buruk untuk pasaran




Aidila Razak
Pelantikan bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan, Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal.(malaysiakini)