| Harakahdaily |
| (Zulkefly kiri dan Dr Che Rusli kanan) Menurut pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, perbezaan ini berdasarkan kajian mendalam yang mereka buat terhadap kilang ini dan pengalaman yang dilalui oleh kilang seumpamanya seluruh dunia. Malam tadi, Dr Che Rusli, anggota parlimen Hulu Langat, seorang pakar atom yang pernah bertugas di Puspati dan pensyarah UKM memberikan wawancaranya dengan TV3 dan yakin kilang itu selamat. Namun, aktivis dan pimpinan PAS di peringkat kawasan Kuantan khasnya di Gebeng, tempat kilang itu sedang dibina membantah keras pembinaannya. Perbezaan ini disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai perbezaan pendapat teknikal yang tidak menjadi kesalahan kerana PAS menyatukan ahli-ahlinya dengan kesatuan aqidah melalui Islam. Ia juga melambangkan kesuburan kebebasan memberikan pandangan yang bukan menjadi tunjang kepada aqidah. Berikut adalah kenyataan penuh Zulkefly yang dihantar kepada Harakahdaily. Saya Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat ingin memberi kenyataan berhubungkait kenyataan Dr Che Rusli Che Mat dan Prof Ahmad Termizi di TV3 semalam dalam Buletin Utama TV3. Saya telah mengamati kenyataan kedua-dua tokoh tersebut dan sama sekali tidak berhasrat untuk mempertikaikan kaliber mereka sebagai Pakar Saintis Nuklear. Apa yang saya utarakan bahawa beberapa pandangan yang berbeza boleh dianggap sebagai medan untuk saya perjelaskan tentang Pendirian Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dan Badar (Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery)berkaitan Isu Kilang Rare Earth Refinery yang akan beroperasi Gebeng, Kuantan. Pendedahan mereka yang dipetik dari TV3 berkenaan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS adalah Loji Nuklear disangkal PAS. PAS tidak pernah mengakui bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu adalah Loji Nuklear, malah nama badan yang berjuang untuk menentang LYNAS itu adalah Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) di mana pekataan ‘refinery’ itu sendiri merujuk kepada KILANG. Memetik kenyataan Prof.Dr.Ahmad Termizi bahawa risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara dan risiko itu mesti berpadanan dengan manfaat jelas merupakan satu kenyataan yang tidak berasas malah dilihat seolah-olah cuba memperjudikan nasib penduduk setempat khususnya penduduk di sekitar Balok Kuantan di atas nama kemajuan teknologi dan ekonomi. Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan, ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya. Kami tahu banyak air sisa yang dikatakan ‘telah dirawat’ akan dilepaskan ke Sungai Balok yang diketahui umum sudah tercemar pada tahap 2 dan 3. Malah sehingga hari ini, penduduk setempat masih tidak dilibatkan di dalam menilai perancangan pengurusan sisa buangan milik LYNAS itu. Risiko dari Kilang LAMP milik LYNAS adalah sesuatu risiko yang tidak boleh dikompromi walaupun jika ada manfaatnya dari aspek ekonomi walaupun PAS ragu-ragu dengan manfaat ekonomi yang dimaksudkan. Pelepasan cukai perolehan selama 12 tahun kepada LYNAS adalah satu tindakan yang tidak menguntungkan negara. Risiko itu tidak boleh dikompromi dengan manfaat kerana pencemaran sisa radioaktif kepada alam sekitar tidak mampu dipulihkan dalam tempoh yang singkat malah dikenalpasti akan kekal sehingga tempoh yang lama iaitu puluhan tahun lamanya. Malah ancaman kepada kesihatan juga boleh berlaku seperti penyakit kanser dan lieukemia jika terdapat kebocoran dan kegagalan fungsi peralatan yang sedia ada sehingga menyebabkan pendedahan bahan-bahan beradioaktif kepada penduduk setempat. Laporan keretakan tangki simpanan serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti yang dipaparkan oleh New York Times (NYT) mengukuhkan lagi ketidakyakinan penduduk setempat kepada jaminan keselamatan yang acap kali diwawarkan oleh agensi yang berkenaan termasuk pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS sekali lagi menegaskan tahap dos sinaran yang dimaksudkan Prof. Dr. Ahmad Termizi hanyalah satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana membangkitkan kegusaran mereka terhadap aspek-aspek keselamatan termasuk potensi ancaman dari kilang LAMP milik LYNAS itu. Lebih-lebih lagi penglibatan pihak awam tidak dialu-alukan dari peringkat awal malah kelemahan aspek ini diakui oleh wakil MITI ketika kami bertemu mereka tempoh hari. Lebih-lebih lagi Kajian Alam Sekitar (PEIA) jelas tidak melibatkan pihak awam ketika itu walaupun Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) boleh digunapakai seolah-olah potensi pelbagai ancaman yang tidak sahaja terhad kepada pancaran radiasi tidak menjadi satu kepentingan dan keutamaan kepada penduduk setempat. Apakah risiko itu boleh dipadankan dengan manfaatnya?. PAS menyangkal kenyataan ini apabila ia melibatkan industri yang berisiko tinggi seperti ini. Insiden dari loji nuklear Fukushima boleh dirasai oleh beberapa negara yang beribu-ribu batu jauhnya. Tetapi kesan ini tidak dirujuk sebagai kesan radiasi sahaja tetapi lebih dirujuk kepada potensi penyebaran ‘radioactive particles’ atau ‘serbuk/habuk radioaktif’ yang boleh bergerak dan tersebar melalui air dan udara sehingga manusia yang menghidunya atau menelannya berpotensi sebagai ancaman kepada organ dalaman manusia. ‘External Radiation’ atau ‘Radiasi Luar’ bukan kerisauan utama penduduk setempat tetapi ‘Internal Radiation’ atau ‘Radiasi Dalaman’ itulah yang menjadi kegusaran utama penduduk setempat. Tahap pencemaran habuk yang sedia dari Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE) akan lebih parah dengan kehadiran kilang LAMP milik LYNAS itu. Pendedahan radiasi dalaman berkemungkinan tetap ada. Kenyataan yang mengatakan bahawa ketakutan orang ramai hanya merujuk kepada tahap radiasi sahaja juga tidak tepat kerana hakikatnya bukan tahap radiasi sahaja yang menjadi pertikaian penduduk setempat selama ini malah tahap radiasi yang dimaksudkan beliau yang mirip hanya kepada ‘external radiation’ atau ‘radiasi luar’ sahaja sebenarnya lebih menjurus kepada ancaman ‘internal radiation’ atau ‘radiasi dalaman’ seperti yang dimaksudkan di atas. Radiasi dalaman boleh menyumbang kepada kerosakan organ dalaman manusia. Kegusaran penduduk dan pandangan umum dari berbagai lapisan masyarakat adalah berdasarkan beberapa tindakan yang di lakukan oleh Lynas terlalu tergopoh-gapah untuk meneruskan operasi pembinaan tanpa mengambil pandangan penduduk dan rakyat khususnya di Kuantan serta kawasan yang berhampiran. Bagaimanakah keyakinan tinggi di kalangan penduduk setempat terhadap agensi penguatkuasa alam sekitar itu wujud jika pencemaran Sungai Balok sudah ditahap 2 dan 3? Adakah rakyat harus yakin akan kredibiliti agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk memantau kilang LAMP milik LYNAS jika Sungai Balok sendiri sudah gagal dipantau agensi kerajaan yang berkenaan. Adakah dengan semua ini, rakyat harus tetap yakin dengan kredibiliti agensi kerajaan yang berkaitan? Rakyatkah yang salah? PAS juga menyangkal bahawa isu LYNAS ini dibawa oleh PKR. Malah PAS sekali lagi tetap bertegas bahawa isu LYNAS adalah isu yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT dan telah lama disepakati. Rakyat Kuantan khususnya mempunyai sebab untuk takut akan kewujudan Kilang LAMP milik LYNAS. Kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu selamat bersandarkan laporan IAEA juga tidak tepat kerana penilaian panel pakar IAEA itu hanya bersandarkan tahap pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS yang pada ketika itu hanya ditahap 40 peratus sahaja malah Kilang itu masih belum beroperasi dan pengurusan sisa buangan juga tidak dinilai, bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu SELAMAT? Malah 11 cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel IAEA itu jelas menunjukkan bahawa polisi, piawaian dan prosedur yang sedia ada di Negara ini masih terbelakang berbanding piawaian antarabangsa. Jika Negara ini memenuhi piawaian antarabangsa, kenapa perlu ada 11 penambahbaikan itu?. Hakikatnya kehadiran Kilang LAMP milik LYNAS dibuat tanpa penglibatan pihak awam dan tidak menyeluruh. Malah kelemahan ini diakui panel IAEA itu dan wakil MITI sendiri. Adakah salah rakyat untuk beremosi apabila hanya diberitahu ketika pembinaan infrastruktur kilang sudah mencecah 40 peratus? Dan adakah fakta-fakta yang dibentangkan oleh wakil penduduk adalah semata-mata propaganda dan tidak berdasarkan ilmu? Termasuk tiada rujukan kepada pakar-pakar tertentu?. Rakyat tidak pernah beremosi kosong, malah emosi itu disertakan kajian yang menyeluruh dan bersandarkan rujukan-rujukan yang tertentu sehingga terbukti bahawa salah satu isu yang dibangkitkan wakil penduduk setempat berkenaan ketiadaan pelan pengurusan sisa buangan diakui oleh panel IAEA sendiri sebagai salah satu penambahbaikan yang perlu disediakan oleh pihak LYNAS dan AELB. Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas meyakinkan kerajaan sedangkan agensi-agensi yang berkenaanlah yang harus menyakinkan pihak kerajaan bahawa pelan pengurusan sisa buangan adalah satu kewajipan yang perlu ada. Bukankah rakyat yang berperanan sebagai majikan kepada agensi-agensi yang berkenaan melalui bayaran cukai pendapatan tahunan? Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar penduduk setempat? Zulkefly Mohamad Bin Omar Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat |
Showing posts with label SelamatBumi. Show all posts
Showing posts with label SelamatBumi. Show all posts
Thursday, August 25, 2011
Lynas: Pandangan berbeza dari Lajnah Alam Sekitar PAS
Label:
SelamatBumi
Wednesday, August 10, 2011
Lynas : Badar ambil tindakan undang-undang
| Helmi Ibrahim |
| Tindakan tersebut akan di buat menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat. (Pertukaran dokumen antara Lynas dan Lajnah Guaman PAS) Perkara tersebut di umumkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang juga Penasihat Badar, Haji Zulkefly Mohamad Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama dengan Lajnah Guaman dan Hak Asasi yang di ketuai oleh pengerusinya Haji Asmuni Awi berserta empat orang ahli jawatankuasanya. Menurut beliau setelah melalui beberapa siri perbincangan dan meniliti dengan mendalam isu yang di bawa oleh penduduk Balok dan kawasan sekitarnya melalui Badar, Lajnah Guaman bersetuju untuk mengambil kes tersebut dan bersama sama dengan Badar serta penduduk setempat bagi menghalang pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng. “Kita kini dalam proses akhir dan insya Allah akan menfailkan kes ini di mahkamah secepat mungkin,” ujar beliau lagi. Dalam perkembangan yang berkaitan, Pengarah Badar Andansura Rabu mengatakan tindakan mahkamah adalah jalan yang paling tepat dalam memperjuangkan nasib penduduk dan alam sekitar berhampiran dengan loji tersebut berdasarkan perkembangan semasa. Menurut beliau kerajaan negeri mahupun pusat memandang sepi saranan, teguran dan bantahan samada dari penduduk mahupun NGO yang prihatin. Bahkan saranan penambahbaikan yang di sarankan oleh panel yang di lantik oleh kerajaan sendiri iaitu IAEA tidak dihebahkan secara terbuka kepada orang ramai mengenai masalah yang dikenal pasti mahupun tempoh masa yang di berikan. “Walaupun kita tidak mengiktiraf panel IAEA tersebut di sebabkan keanggotaannya yang tidak menyeluruh dan skop kajiannya terlalu kecil dan tempoh masa yang terlalu singkat namun setidaknya kerajaan harus menerangkan secara terbuka kedapatan yang di perolehi oleh panel yang mereka sendiri lantik kepada rakyat. "Kunjungan panel tersebut di berikan liputan meluas dan kerajaan melalui media cetak dan elektronik tanpa membuang masa menghebohkan bahawa Lynas adalah selamat tanpa menerangkan sebelas isu yang di bangkitkan oleh panel tersebut,“ ujar beliau. Tambahnya lagi, kehadiran panel IAEA di saat pembinaan loji sudah mencapai tahap 40% siap dan penemuan sebelas kepincangan tersebut jelas menunjukkan nyawa dan alam sekitar di kompromi tanpa pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan. Lynas pula begitu cekap mengambil peluang di atas kelemahan kerajaan yang ada pada hari ini dan pantas memberi bayangan keuntungan berbilion yang bakal di raih mereka menyebabkan mungkin ada yang berpinar biji mata mendengar angka RM 4 - 8 bilion setahun sedangkan Lynas 100% milik asing dan 12 tahun di kecualikan cukai!. “Justeru itu kita merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil satu tindakan yang konkrit dan muktamad iaitu melalui tindakan perundangan melalui mahkamah. “Kita amat memahami tindakan ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dari semua yang terlibat baik dari segi masa, tenaga mahupun kewangan terutamanya bagi penduduk Balok dan sekitarnya namun kita sudah tiada pilihan lain. "Menyedari hakikat tersebut kami mengalu-alukan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan dari segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia kerana isu ini turut memberi kesan kepada seluruh negara tidak terhad kepada penduduk Balok sahaja. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang menentang loji Lynas ini. "Semoga semangat Ramadhan menguatkan lagi iltizam kita dalam memelihara nyawa dan alam sekitar tanahair tercinta ini. Sambutan hari kemerdekaan yang akan datang juga lebih bermakna sekiranya semua pihak meletakkan kepentingan negara tercinta melebihi kepentingan kapitalis asing,” ujar beliau. |
Label:
SelamatBumi
Monday, August 1, 2011
Hentikan Program Bio Bahanapi....
Oleh Vanitha Vasu
Beberapa kerajaan dunia diminta untuk menghapuskan polisi yang menyokong bio bahan api kerana ia menyebabkan peningkatan harga bahan makanan dunia. Demikian menurut laporan 10 agensi antarabangsa, termasuk Bank Sedunia dan Pertubuhan perdagangan Sedunia.Laporan ini menambahkan lagi lagi bantahan terhadap sasaran dan subsidi bio bahan api seperti di Eropah, Kanada, India dan Amerika Syarikat. “Jikalau harga minyak adalah tinggi dan nilai tanaman di pasaran tenaga melebihi pasaran makanan, maka hasil tanaman itu akan digunakan untuk menghasilkan bio bahan api. Ini akan meningkatkan harga makanan,” menurut laporan itu.
“Perubahan harga minyak boleh berlaku secara mendadak dan menyebabkan peningkatan harga makanan secara tidak menentu,” tambahan laporan itu lagi.
Laporan tersebut disediakan atas permintaan kumpulan 20 ekonomi utama.
Laporan tersebut menekankan ketidaktentuan harga makanan dan pertanian. Penulis laporan tersebut terdiri daripada pakar-pakar daripada Program Makanan Sedunia (World Food Programme), Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund), Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat (UN’s Food and Agriculture Organisation), dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (Organisation for Economic Cooperation and Development).
Perancis telah menangani ketidaktentuan harga makanan kerana ia menjadi keutamaan sidang Presiden G20 pada 2011 dan mengetuai usaha di Eropah untuk menghadapi spekulasi di pasaran komoditi, yang menyebabkan peningkatan harga makanan.
Menteri-Menteri Pertanian G20 akan bermesyuarat di Paris pada 22-23 Jun bagi membincangkan perkara dasar yang berkaitan dengan masalah ini, bermula dengan meningkatkan ketelusan pasaran hingga mewujudkan sekatan terhadap kedudukan-kedudukan spekulatif yang diambil oleh para peniaga di pasaran komoditi.
Perancis tidak meletakkan sasaran bio bahan api dalam Agenda G20 untuk pertanian, tetapi laporan itu mendesak supaya dasar itu dikaji semula.
Subsidi untuk menghasilkan bio bahan api generasi pertama telah menurunkan kosnya. Oleh sebab itu, pergantungan harga pertanian terhadap harga minyak turut meningkat.
Dasar-dasar seperti ini perlu dipertimbangkan kembali,” tambahnya. “Kerajaan G20 (hendak) menghapuskan peruntukan dalam dasar nasionalnya yang memberi subsidi (atau mandat) dalam pengeluaran dan penggunaan bio bahan api.”
Bio bahan api telah mencetuskan perdebatan yang sengit, tentang Makanan Vs Bio Bahan Api, semenjak. Harga makanan melonjak pada tahun 2007/08 yang mencetuskan rusuhan di beberapa negara-negara membangun.
Kumpulan Industri Etanol Amerika Syarikat mengatakan cara perdebatan ini dijalankan tidak secara adil dan seolah-olah melebih-lebihkan kesan bio bahan api terhadap harga makanan.
“Sebenarnya etanol mempunyai kesan yang minimum terhadap harga makanan. Faktor-faktor lain, seperti iklim, ketidakstabilan politik, kos tenaga dan spekulatif dalam pasaran komiditi memainkan peranan yang lebih besar,” menurut Stephanie Dreyer, jurucakap bagi Kumpulan Pertumbuhan Tenaga dalam maklum balasnya melalui e-mel
Bio bahan api juga dikategorikan di bawah pengawasan yang ketat untuk menggalakkan penanaman semula hutan, yang merupakan salah satu kesan sampingan, yang kadangkala jejak karbonnya lebih besar berbanding bahan bakar fosil.
Bio bahan api menyerap sebanyak 20 peratus tebu pada 2001-2009, 9 peratus minyak sayuran dan biji-bijian kasar dan 4 peratus daripada gula bit, kata laporan tersebut.
Ini tidak termasuk hasil sampingan bio bahan api yang boleh digunakan sebagai suplemen dalam makanan ternakan, yang mungkin dapat mengurangkan kesannya terhadap bekalan makanan.
Kini semua pihak mempunyai kebimbangan yang mendalam terhadap bio bahan api berbanding dengan masyarakat Eropah, yang telah menetapkan sasaran sebanyak 10 peratus bio bahan api pada tahun 2020 dengan mempertimbangkan kesan penggunaan tanah.
Cadangan lain dalam laporan itu adalah selari dengan cadangan yang telah ditimbulkan oleh Presiden G20 Perancis, yang melihat Perancis mendapat sokongan yang meluas termasuk inisiatif data pertanian secara global bagi meningkatkan ketelusan pasaran.
Begitu juga sokongan padu terhadap cadangan Perancis untuk membentuk penyelarasan dalan mengendalikan krisis makanan dan mewujudkan simpanan makanan untuk kecemasan, yang bertentangan dengan cadangan yang lebih berat, iaitu mewujudkan “Stok Penimbal”.— Reuters
Label:
SelamatBumi
Monday, July 4, 2011
Anti-Lynas group aiming to whip up support Down Under
Tashny Sukumaran
Save Malaysia Stop Lynas movement is taking its protest to Australia, hoping that the Australian people will support in stopping the rare earth plant from firing up.
Lynas Corp plans to ship the rare earth ore mined from Western Australia’s Mount Weld to the Gebeng plant in Kuantan.
The anti-Lynas movement will be in Australia from July 4 to 9. They will picketing in front of the Lynas headquarters, conduct a forum in Sydney to get the support of the Australians, and march to the Australian parliament in Canberra.
They are hoping to engage the locals there and convince them to apply pressure on the corporation.
“We are going to paint a big, clear picture about our concerns over the controversial Lynas plant in Kuantan and hopefully convince the Australians to back us,” said Steve Hang, head of communications for the movement.
“Together, people power can stop Lynas,” he said.
The Save Malaysia Stop Lynas movement has been strongly against the RM700-million rare earth refinery in Gebeng, voicing environmental and health concerns.
It has urged the government to halt the project before it irreparably harms the community and environment.
For a while, it looked like they had won when the government bowed to public pressure and called in a nine-man panel from the International Atomic Energy Agency (IAEA) to prepare a report on the site’s safety.
However, the report came back saying that if Lynas Corp followed eleven recommendations, they could resume working on the plant, which is 40% complete.
Lynas Corp is confident it will be able to fire up its controversial rare earth refinery in Gebeng by year-end, in spite of the freshly imposed conditions.
Rare earth metals, crucial to high-technology products such as Boeing airplanes, smart bombs, Apple’s iPhone and hybrid cars, have become increasingly vital.
Reports say the plant may earn RM8 billion for Lynas, but critics have questioned the real economic benefit of the project, pointing to the 12-year tax break the Australian company will enjoy.
The government expects Lynas to spend RM4 million a year, in addition to the RM700 million it has already poured into plant.
Label:
SelamatBumi
Sunday, July 3, 2011
Bangunan loji Lynas cacat teruk
FMT Staff
Pendedahan The New York Times ini amat membimbangkan dan maklumat ini boleh dipercayai kerana ia datangnya daripada para jurutera dan kontraktor loji.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pendedahan ini amat membimbangkan dan maklumat ini boleh dipercayai kerana ia datangnya daripada para jurutera dan kontraktor loji.
“Kerajaan Malaysia dan Lynas yang mempromosi projek ini mesti mendedahkan perkara sebenar kerana loji ini dijangka membawa kesan buruk radioaktif kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar,” desak beliau.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sejak dari mula lagi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh telah menimbulkan rasa prihatin beliau terhadap projek ini.
“Fuziah bersama rakyat Kuantan dan aktivis-aktivis dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia’ telah sekian lama berjuang dalam isu ini.
“Nampaknya perjuangan mereka selama ini membuahkan hasil walaupun mereka diugut dan diberi gambaran salah oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan bahawa loji itu selamat digunakan,” jelasnya.
Menurut Anwar, sudah acap kali kerajaan Malaysia cuba memihak kepada syarikat baru dari Australia itu, yang menerima insentif 12 tahun bebas cukai, apabila berdepan rakyat yang menyuarakan kebimbangan mereka.
Ujar beliau, “melindungi kesan buruk radioaktif tidak seharusnya dilayan sebagai ‘bola politik’ dan sepatutnya isu ini disifatkan sebagai berkecuali (tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik).
“Dengan pendedahan laporan The New York Times itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada mereka yang tidak kenal penat lelah dalam memperjuangkan hak mereka,” katanya.
Sementara itu, ‘Save Malaysia’ yang menentang pembinaan loji Lynas mendakwa laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak lengkap dan menyeluruh kerana ia mereka tidak mengkaji cici-ciri alam sekitar di tapak loji.
Ketua ‘Save Malaysia’ Tan Bun Teet berkata, laporan yang disediakan oleh sembilan ahli IAEA itu tidak mengambilkira kedudukan semula jadi tapak berkenaan.
“Kaji selidik oleh kilang-kilang lain yang menduduki kawasan itu mendapati paras air tidak sampai satu meter dari permukaannya,” katanya.
Label:
SelamatBumi
Saturday, July 2, 2011
Lebih banyak kecacatan Lynas terdedah: PKR gesa wujudkan panel Pakar Kejuruteraan dan Kesihatan Awam
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bimbang dan ragu dengan liputan media The New York Times bahawa Lynas berhadapan dengan isu kejuruteraan dalam tangki simpanan, paip penghantar dan tapak kilang.
Menurut Ahli Jawatankuasa KEADILAN Pahang Lee Chean Chung (gambar kiri), kelemahan dan kecacatan kejuruteraan tersebut menunjukkan laporan yang disediakan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah kurang lengkap kerana tidak menilai projek ini secara menyeluruh dan hanya membuat pemeriksaan dari segi keselamatan radioaktif dan pengurusan sisa buangan radioaktif sahaja.
"Menurut New York Times, masalah yang dihadapi oleh Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng termasuk: Dinding 70 tangki takungan didapati mengalami rekahan struktur, ketirisan dan terkandung poket udara, paip tidak memenuhi ketetapan piawaian, tapak tidak dapat menebat air, dan sebagainya."
Antaranya, paip keluli yang digunakan merupakan keluli biasa yang tidak dapat menahan kehausan dan kehakisan; Tangki konkrit juga diperbuat oleh simen biasa dan bukan Konkrit Polimer lebih mahal yang bercampuran dengan bahan plastik; Tapak simen kilang tersebut juga tidak dilitupi oleh penebat plastik bagi menghalang air dan kelembapan.
Chean Chung menganggap kecacatan kejuruteraan tersebut membuktikan Panel Antarabangsa IAEA hanya merupakan sebuah badan kosmetik yang digunakan oleh kerajaan untuk menjalankan kerja perhubungan awam (PR) sahaja.
"Jurutera yang terlibat dalam projek Lynas turut berkata bahawa panel pakar tersebut tidak berpeluang meneliti struktur LAMP, malah diiring oleh pegawai Lynas sepanjang tempoh lawatan tapak. Di bawah ketidaktelusan ini, adakah Nicholas Curtis masih sanggup mengakui bahawa Lynas memenuhi kesemua standard antarabangsa?"
"Jurutera yang terlibat dalam projek Lynas turut berkata bahawa panel pakar tersebut tidak berpeluang meneliti struktur LAMP, malah diiring oleh pegawai Lynas sepanjang tempoh lawatan tapak. Di bawah ketidaktelusan ini, adakah Nicholas Curtis masih sanggup mengakui bahawa Lynas memenuhi kesemua standard antarabangsa?"
Selain itu, Chean Chung juga berpandangan bahawa bidang tugas (Terms of Reference) Panel Antarabangsa IAEA tidak dapat merangkumi kesemua aspek pembinaan, pengoperasian sehingga penutupannya, terutamanya dari segi risiko kejuruteraan, pengurusan sisa, kesihatan dan keselamatan awam.
"Panel tersebut masih menekankan bahawa tahap radioaktif adalah di bawah tahap keselamatan antarabangsa. Namun kita semua dimaklumkan bahawa tiada tahap yang dianggap 'selamat', malah kebahayaan sisa radioaktif secara kumulatif juga tidak diambil kira. Panel tersebut juga gagal memberikan pandangan daripada sudut kejuruteraan dan kesihatan awam."
"Panel tersebut masih menekankan bahawa tahap radioaktif adalah di bawah tahap keselamatan antarabangsa. Namun kita semua dimaklumkan bahawa tiada tahap yang dianggap 'selamat', malah kebahayaan sisa radioaktif secara kumulatif juga tidak diambil kira. Panel tersebut juga gagal memberikan pandangan daripada sudut kejuruteraan dan kesihatan awam."
Oleh yang demikian, Chean Chung menyeru agar menubuhkan Panel Pakar Penilaian Bebas (PPPB) Kejuruteraan dan Kesihatan Awam bagi menyempurnakan laporan kajian IAEA. Beliau juga mendesak supaya melibatkan pandangan orang ramai dan kumpulan bantahan Lynas sepanjang rundingan supaya hasil kajian benar-benar dapat mencerminkan risiko dan keadaan sebenar.
Rujukan:The Fear of a Toxic Rerunhttp://www.nytimes.com/2011/06/30/business/global/30rare.html
IAEA Report on Lynashttp://cheanchung.wordpress.com/2011/06/30/iaea-report-on-lynas/
*Kenyataan media oleh Lee Chean Chung selaku Ketua Ranting Air Putih dan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota PKR.
IAEA Report on Lynashttp://cheanchung.wordpress.com/2011/06/30/iaea-report-on-lynas/
*Kenyataan media oleh Lee Chean Chung selaku Ketua Ranting Air Putih dan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota PKR.
Label:
SelamatBumi
Monday, June 27, 2011
Funny Business in Hong Kong
Sarawak's timber has been shipped out over the past 30 years - has the money been shipped in to Taib-linked bank accounts?
MACC Investigators have a headache in store for them when they turn to Hong Kong, such is the tangled web of Taib family shareholdings.
However, delving into these business concerns will throw up some intriguing coincidences, as Sarawak Report’s own researches can already demonstrate.
We can also demonstrate how a number of Taib-linked companies are now owned or being managed out of the BVI by one of the Philippine’s top bankers Franciso C Sebastian, who started his career as a Financial Advisor in Hong Kong. We suggest that investigations in Hong Kong hold the key to tracing the early development of Taib’s international web of global investments as the profits from felling Sarawak’s rainforests escaped abroad.
The Shea Kin Kwok connection
The first job that needs doing is to interview Mr Shea Kin Kwok. Shea was long regarded as a mysterious businessman with several links to Taib family companies. However, Sarawak Report has now confirmed that he was in fact the paid secretary to Taib’s brother Onn Mahmud. His job was to manage Achi Jaya company affairs out of Hong Kong, in particular to control the Achi Jaya linked companies into which payments were being made.The Hong Kong Company Register shows a number of companies, including Regent Star listed under the ownership of Shea Kin Kwok and a fellow employee Kho Eng Beng
The links were glaring. Taib had put his brother Onn’s Achi Jaya Corporation in charge of issuing export licences for timber from Sarawak and another company Regent Star, run by Onn’s secretary, was receiving the kickbacks in Hong Kong.
Web of companies
Regent Star had been incorporated in 1983 (the same year Achi Jaya was set up by Onn in Sarawak). Regent Star was 50% owned by Shea and 50% by another employee, Kho Eng Beng and we have identified a number of other related Hong Kong companies owned and directed by the same pair: Grand Will Limited (incorporated 1984), Grand Shine Trading (incorporated 1983), Herolite investment (incorporated 1983), Natalite (incorporated 1983) and Wittaker Company Ltd (incorporated 1985). Shea also became listed as one of the major shareholders in Sarawak Oil Palm, a privatised State venture which inherited huge tracts of state lands.
Richfold - 4,998 shares for Onn and just 1 share for secretary Shea Kin Kwok!
So many coincidences
After the kickback scandal broke an awful lot of coincidences occurred. Grand Will Limited and Regent Star Company Ltd were both dissolved on the same day, 9th November 2007. On the other hand, Richfold stayed active for another few months, until it too was closed 9th May 2008.
Meanwhile, coincidentally, Grand Will and Regent Star had both re-opened on the very same day just a month later, under different Directors and Shareholders. Sarawak Report notes that also on that very same day, 21st December 2007, a brand new company was opened in Hong Kong called TESS Limited HK.
TESS Limited HK has a very similar name to TESS Investments (BVI), the company based at PO Box 438in the British Virgin Islands that has been funding Taib family investments in the UK through Ridgeford Properites Ltd.
TESS Investments BVI, the company that has been giving millions of pounds in interest free loans to Ridgeford Properties
Is the Astar Properties which has investments in the Taib family's Adelaide Hilton the same Astar Properites based in the BVI which started Ridgeford Properties in the UK?
CMS connection
It is worth pointing out yet another related coincidence, which is that the Taib family company CMS owns a trust Company which is also based at the very same PO Box 438 address in BVI as TESS Investments (BVI) and Astar Properties - an address managed by the trustee company Equity Trust.
Furthermore, at the risk of boggling readers’ minds with coincidences, we would further draw their attention to the ownership of the new Hong Kong company, TESS Limited HK, that we mentioned opened on the same day that Regent Star Limited and Grand Will Limited re-opened, 21st December 2007.
The registered shareholder of TESS Limited HK is a company called TOA Services (BVI). Our investigations show, however, that there is no actual company of that name in BVI. On the other hand, the address listed for the non-existent TOA Services (BVI) is the same PO Box 438address shared by CMS, TESS Investments and Astar Properties!
TESS Limited HK shares the same address as TESS Investments BVI, which funds Ridgeford Properties
Therefore, since Taib Mahmud is currently making statements and denials, Sarawak Report asks if he is prepared to categorically deny that there is any path or connection between money taken in by Richfold Investments Ltd in Hong Kong and money paid out to Ridgeford Properties Ltd in the United Kingdom via PO Box 438 BVI?
Is he also prepared to deny that the vast kickbacks handed to his brother Onn’s secretary through Regent Star Limited did not find its way into the sister company Richfold Investments, directly owned by Onn?
One of Ridgeford Properties' investments is this prestige building next to the Bank of England
Surely Taib’s dismissive denials can only increase suspicion over his guilt? If he was genuinely free from involvement and concerned about corruption he would long since have rushed to investigate the matter fully and openly (and also have resigned, which is the only honourable course after allowing such appalling graft to take place).
Other companies owned by Shea and a second tangled web that also leads to the BVI
Shea Kin Kwok was originally the Director and 50% Shareholder (once more together with Kho Eng Beng) of two separate Mahmud-linked companies, Grand Shine Trading and Herolite Investment Limited, which both hold 5% of the shares in Achi Jaya, Onn Mahmud’s vast shipping and plantation company. Likewise they owned a sister company Natalite. All of these companies are based in Hong Kong.
Taib proxy? Onn Mahmud was involved in numerous business dealings with the Taibs in the 1980s, but has since fallen out of favour
Interestingly, in 2004 a series of fiendish manoeuvres were embarked upon to remove these two companies from the formal ownership of Shea and Kho and to place them safely and anonymously in the hands of bankers, yet again in the tax free haven of the British Virgin Islands.
Our researches have traced how Grand Shine and Herolite were first taken over by the companies Yield Court and Citifull Company respectively. Yield Court in turn belonged to Cooperheat Overseas Services Ltd. All three of these companies are yet in turn owned by two shareholder companies called Bona Co Ltd and Fidico Ltd and every one of these five companies are managed by Intercorp Services, 11th Floor Dah Sing Life Building, 99 Voeux Rd, Hong Kong.
The shareholders of Bona Co and Fidico turn out to be yet another two companies called Penryn Ltd and Peckham Ltd (both incorporated 12th June 1984 and also managed by Intercorp Services).
Penryn Ltd is a shareholder of Peckam Ltd and Pekham Ltd is a shareholder of Penryn Ltd.
However, the other shareholder of both companies is yet another company Integrated Financial Services, which is again also based at the same office as Intercorp Services in Hong Kong.
Integrated Financial Services is in fact the owner of Intercorp and is therefore now the ultimate owner of Grand Shine and Herolite, which used to belong to Onn’s office managers and which still own a 10% share of Achi Jaya Holdings.
Francisco C Sebastian, Chairman of First Metro in the Philippines
By yet another coincidence of names, Integrated Financial Services also owned Richford Management Ltd, another Hong Kong Company. Sarawak Report would like to know whether Mr Sebastian has indeed bought up the Achi Jaya shares by this circuitous route, or was he just acting as an advisor and trustee for Onn Mahmud as he attempted to secretly move his shares out of the hands of his secretary and into a safe tax haven?
Time for transparency
Given the glaring potential for the abuse of political influence surrounding the roles and activities of the Achi Jaya Group of companies it is only correct that the Chief Minister and his family should be utterly transparent and open about such matters and answer the questions that Sarawak Report and others have been raising. Otherwise onlookers will be entitled to come to their own conclusions and demand that the MACC makes a full investigation into the Taib family business activities in Hong Kong.
Even if investigators are guaranteed a headache as they wade through the devious and complicated paths of company ownership.(SR)
Label:
SelamatBumi
Kes Loji Lynas Ke ICJ?
'Kita mungkin ke ICJ': J/K Selamatkan Malaysia
Jawatankuasa Selamatkan Malaysia mungkin menimbang untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam usahanya membantah pembinaan Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang. menggerakkan langkah serampang dua mata membantah projek kontroversi tersebut, tetapi mengakui bahawa ICJ mungkin menjadi pilihan jika mereka gagal dalam di kedua-dua usaha berkenaan.
Langkah pertama mereka ialah kunjungan ke Australia oleh 12 ahli jawatankuasa tersebut dari 3 hingga 9 Julai untuk bertemua ahli parlimen, NGO alam sekitar dan parti-parti pembangkang negara tersebut, sementara menyerahkan kepada mereka - dan Lynas Corporation - memorandum Selamatkan Malaysia, membantah isu tersebut.
Langkah kedua ialah akan memulakan pertemuan antara Selamatkan Malaylsia dengan Majlis Peguam Malaysia pada 15 hingga 16 Julai untuk membincangkan rancangan untuk memfail injunksi mahkamah bagi menghentikan pelaksanaan projek RM700 juta itu
"Jika kunjungan ke Australia dan injunksi mahkamah itu gagal membawa hasil yang positif, kita mungkin perlu mempertimbang pergi ke ICJ," kata Tan selepas pertemuan knasional NGO untuk memberi taklimat ringkas kepada NGO lain mengenai potensi bahaya dari loji memproses nadir bumi itu.
Beliau berkata jika kes tersebut dibawa ke ICJ, mereka boleh berhujah bahawa ia merupakan "kes negara maju membuli negara dunia ketiga" untuk menerima industri yang mengakibatkan pencemaran teruk.
Label:
SelamatBumi
Sunday, June 26, 2011
Dua mahasiswa sertai jelajah anti-Lynas ditahan polis
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
Dua mahasiswa itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abd Razab dan Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Nur Kamariyah Hamzah ditahan di pekarangan Masjid Taman Balok Makmur dan kini berada di Balai Polis Beserah.
Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng anjuran Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) merupakan satu inisiatif yang dilakukan kumpulan itu untuk memberi penerangan kepada masyarakat di kawasan itu berhubung kesan dan implikasi yang bakal diterima sekiranya projek loji pemprosesan nadir bumi diteruskan.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar, Sekretariat SMM Ahmad Shukri Kamarunddin berkata, pihaknya hanya diberitahu tangkapan itu dibuat “atas arahan pihak atasan.”
“Setakat ini selepas kami membuat jelajah berjumpa dengan masyarakat Gebeng dari rumah ke rumah untuk bersama mereka membantah usaha pembinaan loji nadir bumi, pihak polis telah buat provokasi dengan menahan dua mahasiswa.
“Alasan mereka ditahan masih belum diketahui, sebaliknya polis hanya beritahu ia arahan pihak atasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelas beliau, seramai 50 mahasiswa berada di Gebeng sejak pagi tadi untuk memberi penerangan kepada masyarakat.
Kesemua mereka diwakili persatuan mahasiswa masing-masing termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Pro Mahasiwa, Gamis dan SMM.
Selain program ziarah dan penerangan dari rumah ke rumah, beberapa program lain turut diadakan seperti forum dan tinjauan sendiri ke Lynas.
Jelajah itu diadakan bagi membantah projek loji pemprosesan nadir bumi oleh syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation.
Pemprosesan nadir bumi digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid.
Pembeli termasuk dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung kepada bahan mentah yang mana kini mereka bergantung sehingga 95 peratus bekalan dari China.
Cadangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan akan mejadikan ia sebagai pengeluar terbesar selepas China.
Label:
SelamatBumi
Saturday, June 25, 2011
Lynas: Kami mahu menyumbang, bukan rosakkan
Lynas Corporation Ltd, dari Australia, yang kini terjebak di dalam keadaan kontroversi berkaitan cadangan pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang, menyatakan ia mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti dan bukan dilihat sebagai datang ke negara ini dan merosakkannya.
Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis, yang tidak menjangka tentangan yang dihadapi lebih besar dari jangkaan, memberitahu Bernama bahawa beliau menyambut baik teguran membina oleh pihak yang bimbang mengenai isu itu kerana terdapat terlalu banyak penyebaran maklumat yang salah.
Adalah dilaporkan bahawa kontroversi mengenai pembinaan kilang oksida nadir bumi bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Estet Perindustrian Gebeng, itu telah mencetuskan dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang membahayakan kesihatan orang ramai.
Curtis bersetuju bahawa Lynas gagal menyalurkan maklumat secara aktif kepada komuniti.
"Saya raya saya juga bertanggung jawab kerana tidak cukup menjelaskan kedudukan kami. Kami ingat kami telah melakukan yang mencukupi untuk meredakan tentangan dengan memberikan penjelasan kepada para pengawal aturan mengenai apa yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan kelulusan apabila obligasinya lebih daripada itu terhadap komuniti," katanya.
Katanya kerajaan telah bertindak secara bertangggung jawab dengan tidak bertolak ansur mengenai isu kesihatan dan keselamatan.
"Kami tidak mahu menyebabkan kerosakan terhadap komuniti. Kami mahu memastikan industri itu selamat. Kami tidak berkomunikasi secara berkesan di dalam isu itu," katanya.
Katanya urusan nadir bumi sebenar adalah sangat baik bagi masa depan kerana ia menjuruskan kepada pengeluaran bahan bagi penggunaan sains dan teknologi, yang termasuk teknologi hijau dan adalah industri yang baik bagi Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.
Adalah difahamkan bahawa nadir bumi adalah elemen utama di dalam bahan canggih di segi teknologi, di dalam pembuatan kepelbagaian produk yang meluas, yang termasuk pengubah pemangkin, turbin angin, bateri kereta hibrid, pemacu cakera, telefon mudah alih dan paparan skrin rata.
Sehubungan itu, urusannya yang sebenar mempunyai potensi yang besar untuk menjadi satu wadah bagi mewujudkan rantaian nilai masa depan bagi membina kluster industri bernilai tambah akan datang yang akan dibina di sini.
"Wujud peluang yang menerujakan bagi membina satu kluster industri berteknologi tinggi seperti automotif, elektronik yang selari dengan pelan 2020," kata Curtis.
Katanya Malaysia adalah satu tempat yang baik untuk datang melabur dan Gebeng mempunyai infrastruktur yang perlu bagi industri berat.
"Kami memilih untuk datang ke Malaysia. Kami telah membuat pilihan untuk mengkaji tapak di Australia dan juga tempat lain seperti China. Oleh kerana kami aktif dalam perniagaan global, kami memilih Malaysia kerana infrastrukturnya telah lengkap dibangunkan dan peraturannya adalah jelas," katanya.
Curtis berkata standard Malaysia dikenali sebagai paling ketat di dunia yang memerlukan satu lesen bagi sebarang bahan yang mempunyai sebarang paras radiasi.
Syarikat itu juga memilih untuk datang ke Malaysia walau pun mengetahui reaksi komunitinya terhadap insiden Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah pada awal 1990'an.
"Kami merasakan persekitaran pengawal atur mengetahui mengenai risiko dan paras profesional di sini adalah tinggi. Jadi, kami boleh menjelaskan secara berkesan dengan para pengawal atur. Kami juga mengetahui bahawa bahan kami secara fundamentalnya berbeza dengan yang di Bukit Merah," katanya.
Syarikat itu sebelum ini menekankan bahawa bahan mentah itu akan disumberkan dari Mount Weld di Australia tidak sama berbanding yang diproses di Bukit Merah.
Amang yang diproses di Bukit Merah mengandungi paras tinggi thorium, yang menjadi sumber radiasi, manakala Lynas menggunakan bahan mentah yang lazimnya mempunyai paras thorium yang rendah, iaitu 50 kali lebih rendah dari amang yang digunakan oleh ARE.
"Kami tidak mahu merosakkan komuniti. Kami mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti," kata Curtis, sambil memastikan bahawa aspek keselamatan sangat dititikberatkan oleh Lynas.
Lynas mengumumkan pada April bahawa pembinaan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah mencapai peringkat 40 peratus dan berada pada landasan disiapkan menjelang September 2011.
Bagaimana pun, kebimbangan orang ramai yang meluas mengenai keselamatan projek itu telah mendorong kepada pelantikan panel bebas pakar antarabangsa untuk menyemak semula kesemua aspek kesihatan dan keselamatan projek itu.
Panel pakar yang dilantik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah membuat lawatan tapak dari 29 Mei hingga 3 Jun dan laporannya akan dikemukakan kepada kerajaan menjelang akhir bulan ini.
Curtis berkata Lynas akan akur sepenuhnya dengan keputusan IAEA dan syarikat itu akan sentiasa menunjukkan bahawa ia bersikap jujur dengan apa yang telah dinyatakannya.
--Bernama
Label:
SelamatBumi
Subscribe to:
Posts (Atom)