Showing posts with label Selamatkan1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Selamatkan1Malaysia. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara





 Neo Chee Hua

 
Najib Razak yang belum genap dua tahun menyandang jawatan Perdana Menteri berkemungkinan besar berdepan dengan kemelut ekonomi dunia untuk kali kedua.  Seandainya dugaan ini menjadi realiti, maka "suasana feel good" yang diwujudkan Najib melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) mungkin akan melenyap dalam sekelip mata.  Untuk Najib, ia mungkin persimpangan yang penting dalam kemuncak hayat politiknya.  Ini kerana ia bakal menentukan sama ada "mitos Najib" akan dilanjutkan atau menuju kehancuran.

Dewasa ini, krisis ekonomi yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah dijangka membayangi masa depan ekonomi Malaysia.  Pasaran saham dunia jatuh merudum.  Sejumlah RM90 bilion nilai pasaran saham di Bursa lenyap dalam tempoh antara 1 hingga 9 Ogos - suasana feel good yang diusahakan Najib dua tahun yang lalu ranap begitu sahaja.

Kini, ramai yang mula resah sama ada Malaysia mampu menghadapi krisis ekonomi dunia yang bakal melanda.  Menurut satu laporan Standard and Poor's baru-baru ini, seandainya satu lagi kemelut kewangan global tercetus, maka ia akan memberi kesan yang lebih ketara terhadap rantau Asia, berbanding tahun 2008 - terutamanya negara yang terlalu bergantung kepada pasaran asing dan masih dalam proses memperbaiki angka defisit bajetnya berikutan kemelut ekonomi yang lalu.  Malaysia antara nama negara yang disebut sebagai negara Asia yang dipertikaikan kemampuannya untuk berdepan dengan krisis ekonomi baru.

Angka defisit

Kemelut kewangan pada tahun 2008 mengakibatkan ekonomi Malaysia merudum, dan kerajaan terpaksa mengemukakan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion.  Ia menjurus kepada peningkatan defisit dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7% pada tahun 2009.

Walaupun kerajaan Najib (gambar kiri) cuba menurunkannya daripada 7% kepada 5.6% pada tahun 2010, malah berharap untuk menurunkannya kepada 5.4% pada tahun 2011, namun ia tetap satu jarak yang jauh berbanding keadaan kewangan negara sebelum kemelut kewangan (tahun 2007).

Statistik rasmi menunjukkan bahawa angka defisit Malaysia pada tahun 2007 hanya 2.7%.  Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan perlu menunggu sehingga tahun 2015 untuk menurunkan angka defisit kepada paras 2.8%.  Malah, ia berlaku dengan syarat meluaskan sumber pendapatan (kutipan cukai) dan berhemah dalam perbelanjaan (potongan subsidi) - untuk mencapai matlamat ini.

Jikalau dikupas dari beberapa sudut, kerajaan Najib bukan sahaja gagal mengembalikan angka defisit ke paras 2.7% dalam tempoh lima tahun ini, malah keadaan mungkin menjadi lebih parah - sekurang-kurangnya kekal pada paras 5% atau ke atas.

Rekod perbelanjaan operasi

Pertama, adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, bahawa rekod kerajaan dalam displin kewangan adalah amat teruk.  Rekod 10 tahun kebelakangan menunjukkan bahawa lebihan kos perbelanjaan operasi berlaku setiap tahun.
Tahun Perbelanjaan (Belanjawan) Perbelanjaan sebenar Lebihan kos
Perbezaan (%)
2001
60.7bilion
63.8bilion
3.1bilion
+5.1%
2002
65.3bilion
68.7bilion
3.4bilion
+5.2%
2003
71.7bilion
75.2bilion
3.5bilion
+4.9%
2004
80.0bilion
91.3bilion
11.3bilion
+14.1%
2005
89.0bilion
97.7bilion
8.7bilion
+9.8%
2006
101.2bilion
107.8bilion
6.6bilion
+6.5%
2007
117.0bilion
123.1bilion
6.1bilion
+5.2%
2008
128.8bilion
153.4bilion
22.2bilion
+17.2%
2009
154.2bilion
157.1bilion
6.0bilion
+3.9%
2010
138.3bilion
152.2bilion
13.9bilion
+10.1%
*2011
162.8bilion
*176.0bilion
13.2 bilion
+8.1%
2012
(*Sehingga musim pertama 2011)
Keadaan ini tidak diperbaiki, sebaliknya lebih ketara selepas Najib menyandang jawatan PM pada tahun 2009.  Misalnya, perbelanjaan operasi sebenar kerajaan Najib mencatat RM152.2 bilion pada tahun 2010, mencatat lebihan sejumlah RM13.9 bilion dari anggaran Belanjawan 2010 (RM138.3 bilion), atau bersamaan lebihan 10.1%.

Apa yang menarik, angka lebihan ini mencatat rekod lebihan kos kedua tertinggi sejak tahun 2001, dengan lebihan kos tertinggi, RM22.2 bilion pada tahun 2008.  Pada umumnya, jarak yang besar antara perbelanjaan sebenar dengan anggaran belanjawan wujud apabila berlaku kejadian yang besar dalam tahun tersebut, misalnya kemelesetan ekonomi, lonjakan inflasi, atau kebetulan berlangsungnya pilihan raya pada tahun itu - tahun 2008, menjelaskan segala-galanya.

Jikalau dibandingkan, tahun 2010 adalah tahun di mana ekonomi bangkit semula selepas keluar dari kemelut ekonomi dunia, pada masa yang sama tidak berdepan dengan krisis lonjakan harga makanan dan petroleum, bahkan bukan tahun pilihan raya.  Namun demikian, kos perbelanjaan operasi kerajaan Najib pula mencatat lebihan kos RM13.9 bilion, mengakibatkan defisit 5.6% pada tahun 2010, lebih tinggi dari anggarannya 5.3%.

Keadaan yang sama dilanjutkan hingga tahun 2011.  Kerajaan Najib membentangkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2011.  Ini mengakibatkan perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan mencatat RM176.0 bilion pada musim pertama 2011, 8.1% lebih tinggi daripada anggaran (RM162.8 bilion).

Lebih penting, antara perkara perbelanjaan tambahan yang dibentangkan, terdapat pula peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan dan perkara yang telah diumumkan, tetapi tidak dimasukkan ke dalam belanjawan asal kerana "tercicir", dan perlu ditambah melalui belanjawan tambahan (rang undang-undang pembekalan tambahan).  Ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib tidak merancang belanjawan dengan rapi, malah tidak berdisiplin dalam perancangan kewangannya.

Apa yang menarik, RM13.2 bilion ini sekadar untuk lebihan perbelanjaan operasi musim pertama.  Seandainya kerajaan Najib menbentangkan perbelanjaan tambahan dalam tempoh sembilan bulan yang akan datang, maka kos perbenjaan operasi yang sebenar mungkin akan memecah rekod yang dicatat pada tahun 2010. (Bahagian pertama, bersambung)
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas



Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevAntara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

NONEMenurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

NONEArtikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.

Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar




Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dituduh punya cincin berlian senilai 24 juta dollar AS.



DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.
Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.
Kontroversi Datin Rosmah
Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.
Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.
Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.
Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.
Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. (Iwan Santosa)
(kompas)

Saturday, August 20, 2011

Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas


 Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008 - dan Pakatan Rakyat berhasrat mengurangkan jumlah itu agar dana negara dapat diketepikan untuk "keutamaan negara yang lebih mendesak".

NONESehubungan itu, Pakatan pada sidang media hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

"Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

"Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong (di atas) hari ini.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.Tidak sihat

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

NONE“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 'Kesejahteraan Untuk Semua' di Kuala Lumpur hari ini.

Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lalu Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat,” katanya.

Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin.

Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.

Wednesday, August 17, 2011

Macam-macam Hal Lagi Timbul Pasal SPR dan JPN!

 Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud pula dikesan

Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam.

NONEPenemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan
beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud.

Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada 'Pengundi PAS Kedah'.

Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai '00 '. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod '00 'tidak wujud.

Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Semakan dengan portal JPN - yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka - menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.

Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

NONE3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kanan) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN.

Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah.

Saturday, August 13, 2011

Kebal Sungguh Walaupun Lesapkan Wang Negara?

Kes Tajuddin Ramli: GLC kecewa, dakwa penjelasan Nazri kelirukan



KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kecewa dengan langkah Datuk Seri Nazri Aziz menjustifikasikan campur tangan Putrajaya dalam kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli dan mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi maklumat-maklumat yang mengelirukan.
Satu sumber rapat dengan beberapa pihak yang dinamakan dalam kes saman dan saman balas melibatkan bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) menekankan bahawa Tajuddin telah kalah dalam kes saman RM13 bilion ke atas Danaharta pada 2009.
Beberapa dokumen yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukan Hakim Anatham Kasinather telah menganugerahkan RM589,143,205.57 kepada Danaharta, dua subsidiarinya dan empat pengarah urusan iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah pada 7 Disember 2009.
Hakim yang juga telah menolak saman balas RM13 bilion dibawa oleh Tajuddin (gambar) ke atas Danaharta dan agensi-agensinya pada 12 November 2009.
Sumber-sumber berkata, GLC dan pengarah-pengarah mereka terkilan dengan alasan-alasan yang diketengahkan oleh Nazri bahawa penyelesaian di luar mahkamah merupakan langkah terbaik untuk menyelamatkan berbilion ringgit di pihak kerajaan akibat kes saman.
“Nazri telah mengelirukan orang ramai apabila beliau berkata jumlah tuntutan oleh syarikat-syarikat ini ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit.
“Itu sebab saya berkata kita perlu duduk dan berbincang,” kata sumber itu.
Sumber itu juga menambah, dakwaan bahawa Tajuddin ada kuasa tawar-menawar dan GLC berada di kedudukan tidak memihak adalah sesuatu yang mengarut.
“Tajuddin yang berhutang dan Danaharta tidak berhutang apa-apa,” kata sumber itu sambil menambah, “jadi kalau begitu apa yang perlu dirundingkan?”
Semalam, Nazri memberitahu The Malaysian Insider, beliau telah menulis kepada kesemua GLC yang terbabit awal bulan ini agar menarik balik kes saman masing-masing bernilai RM2 bilion, mengambil masa untuk mencapai perjanjian “menang-menang” dan mengakhiri saga kewangan berpanjangan melibatkan Tajuddin, orang kepercayaan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nazri juga berkata, Tajuddin yang mempertahankan dirinya, ekoran kes saman dibawa MAS ke atas beliau disebabkan kerugian RM8 bilion dialami syarikat penerbangan nasional itu, telah membawa kes saman balas RM13 bilion.
“Jumlah tuntutan kami dibuat oleh syarikat-syarikat (GLC) ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit. Itu sebab kita kata kita perlu duduk dan berbincang,” kata beliau.
Dalam kenyataan petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, pihaknya mahu mencari penyelesaian positif dan tidak harus dianggap sebagai penyelesaian luar mahkamah.

Kebal dunia akhiratkah?

Thursday, August 11, 2011

Menteri Palanivel dan Macam-Macam Cerita..............


A Kadir Jasin
KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru saja  menambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.
Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.
Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.
Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.
Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP.
Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.
Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.
Malaysia Boleh Di Mana-Mana
Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?
Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.
Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.
Tukar-Menukar Harap Berjaya
MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.
Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.
Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.
Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.
Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.
Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.
Tak Sangka Bawa Angkara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.
Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.
Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.

Contoh Negeri BN yang Kaya Minyak?

Apa Dah Jadi : T'ganu rayu bina segera hospital baru di Dungun..janji RMK8, projek pitih ehsan he..he..!!!


Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak.

kt by election 070109 ahmad saidMenteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (kanan) berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana.

"Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa di Dungun semalam.

Ahmad berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

"Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

"Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini," katanya.

Harta Rakyat atau Harta Putrajaya???

Putrajaya arah GLC, Danaharta gugur kes saman Tajuddin Ramli


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.
The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.
“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.
Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.
Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hasfarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.
Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.
Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.
Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.
Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.
MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.
Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu, berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.
Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.
Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.
Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.
Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.
Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang.

Wednesday, August 10, 2011

Abd.Aziz sebagai Jurucakap JPN?

Pengundi hantu: SPR tolak kepada JPN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.

NONEWalau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.

"Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dalam satu SMS.

Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN.

ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.

JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.

Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).

azlanDalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam.

"Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya.

Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu.

Pejuang Bangsa dan Ugama ...KONON!

Suatu dosa yang maha besar..kerana ia bukan sahaja melibatkan pemilihan pemimpin tetapi juga melibatkan keselamatan masa depan negara yang maha dahsyat demi kelangsungan hidup politik..............Sekarang mereka belum merasainya bahkan mungkin tidak sempat melihat kesannya, tetapi anak cucunya? Hanya kerana mahukan kemenangan politik tidak terlepas kepada orang lain, mereka sanggup menjual maruah diri, maruah bangsa dan tanahair. Orang dulu-dulu bermandi darah mempertahankan tanahair, tetapi mereka dengan mudah menggadaikannya asal saja dikelilingi kemewahan.......

 

LAGI BUKTI SPR TIPU

INI LAGI BUKTI JIKA TAK PERCAYA




nota:

nama ada pada kad mengundi
tapi nama hilang dalam kad
pengenalan kah kah kah







LAGI PENGUNDI BERTINDIH DIKESAN
- keadilan daily

Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan kewujudan beberapa lagi pengundi bertindih di parlimen itu.

Menurut Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, carian pihaknya mendapati terdapat beberapa individu yang mempunyai nama yang sama dalam daftar pemilih SPR.

“Ada beberapa individu mempunyai 1 kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan mengundi di dua parlimen yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau memberi contoh nama seperti SA’AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki no kad pengenalan lama iaitu 1479323.

Kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553. Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Contoh kedua, terdapat seorang wanita yang memiliki kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777, tetapi memiliki kad pengenalan baru berbeza iaitu 550620055800 dan 560620055412.

Beliau bernama SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN dan mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.

Contoh ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama 8370614 dan dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.

Contoh keempat melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Yang memilik kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847 dan dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.
Beliau mempunyai hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

NOTA:

penipuan demi penipuan
bukti semakin jelas
orang ramai semakin sedar
pru ke 13 ini pakatan rakyat akan menang besar

tetapi

walau pun dapat sokong besar
pakatan rakyat akan ditipu
apa yang kita baca diatas adalah
sebahagian dari proses penipuan itu

hasilnya

pakatan rakyat akan gagal di pru 13
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi gagal kerana ditipu

tak percaya?

tunggu dan lihat !

(TT) 

Tuesday, August 9, 2011

SPR Memang Mempunyai Sistem Yang Canggih!!!

SPR daftar Kg Baru pula sebagai pengundi
Lagi kepincangan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan.

NONEKali ini, menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Suhaizan (kanan) yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, - Kg Baru mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

NONENONE“Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?

“Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak dijawab oleh kerani SPR sahaja?” soal Suhaizan dalam satu kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mendakwa Pemuda PAS telah menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.
Tidak sah

Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.

NONENONE“Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

“Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini,” katanya.
Minggu lalu, SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.

Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

NONENamun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.
Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.
Terlalu singkat

Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.

voter registration campaign 110707 registration“Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.

“Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan,” katanya.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.

“Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

azlan“Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.

“Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR,” katanya lagi.

Wednesday, August 3, 2011

Najib, Taib dish out another international scandal for Malaysia

 
 
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
 
If Malaysians thought the yellow-dress snub from Queen Elizabeth and the Scorpenes-Altantuya scandals were bad enough, hold on. Prime Minister Najib Razak is going to outdo himself and plunge the country into another international disgrace.
This time, he will also take down with him some of the world’s most prestigious broadcasting networks, including CNBC, CNN and even BBC World. The fallout can be expected to be noisy and may even rival the phone-hacking scandal of Rupert Murdoch’s News International group in Britain.
In its latest posting,UK-based Sarawak Report spilled the beans on how Najib and other Malaysian leaders such as Sarawak Chief Minister Taib Mahmud spent millions of taxpayers' money to buy positive news coverage on the international circuit to improve their image.
Such a practise of slipping in content tantamount to paid-advertisments through the backdoor as independent editorial news is banned under UK and US broadcasting laws.
"As our story hits the headlines CNCB, CNN, BBC World and other carriers of FBC-made programmes will face some serious investigations by their licencing authorities, both in the UK (Ofcom) and in the United States (the Federal Communications Commission)," Clare Rewcastle-Brown, the editor of Sarawak Report, wrote in the posting entitled entitled Taib Paid Out $5 Million To Attack Sarawak Report! – International Expose.
Although, the broadcasting firms ultimately hold the legal responsibility for all the content they put out, make no mistake, no one is going to forget the Malaysian leaders who were so willing to stump out millions of taxpayers' money for an ego trip. Indeed, the Malaysian leaders are likely to be condemned for trying to deceive and lull the world into a false perception of themselves and their country in a bid to continue garnering support for their regimes and business projects.
"Media for hire? Unfortunate that we must confront these practices in international media and domestic media," was Opposition Leader Anwar Ibrahim's response to the news.
Najib reccomended FBC to Taib
Sarawak Report had exposed FBC Media, a TV production company which doubles as a “strategic communications” firm, for conducting an illicit scam over the past decade, secretly selling slots across a number of supposedly impartial TV news programmes to promote its international clients, including Najib,Taib, former premier Abdullah Badawi and palm oil conglomerate Sime Darby.
"The practice, which is designed to deceive hundreds of millions of TV viewers, has netted the company tens of millions of dollars, providing characters like Taib Mahmud with positive publicity on prime international TV shows.  It is all paid for, of course, by their own taxpayers, whom they are also seeking to dupe and impress," said Clare.
"Our evidence further shows that FBC Media are also linked to the vicious online blogging campaigns in the US which have defamed both Anwar Ibrahim and Sarawak Report over the past months [see Sarawak Reports Dirty Tricks Coverage]."
Proof of link to APCO
FBC Media’s ties with the controversial American PR company APCO are also "clearly proven", added Sarawak Report.  Official disclosure documents to the United States Government show that FBC Media has paid a total of $70,000 to APCO over the past two years to conduct a lobbying campaign in the United States on behalf of the Malaysian Government.
"Such lobbying is clearly just part of the services commissioned from FBC Media by BN’s political leaders. The production/Public Relations company cannot deny that the Malaysian government is also frequently featured across all its programmes," said Clare.
"According to our inside information, Najib suggested that Taib engage FBC Media for a similar campaign after the Chief Minister was seen to have suffered a publicity crisis, following revelations in Sarawak Report about his extensive corruption."
According to Clare, Taib is also paying FBC $5 million (RM15 million) a year to conduct an illegal global media campaign against Sarawak Report.
The reliance on flashy public relations

Indeed, the most glaring feature of Najib's two-year-odd tenure has been his reliance on flashy public relations. He has frequently been accused of being all form and no substance. His ability to ignore facts and reality have alarmed many Malaysians who wondered at 58-year old's 'Jekyll and Hyde responses.
At the Vatican recently, he spouted religious moderation and decried extremism to the Pope. On touching down in Kuala Lumpur, he immediately reverted to religious bigotry with comments that horrified the Christians here. Perhaps it is easier to understand now why his countryment often regard him as the proverbial 'Emperor who wasn't wearing any clothes'.
But sad to say, the joke is actually on the country. It will be Malaysia that will be made a laughing stock of and it will be taxpayers who will have to foot the huge bills. Official recortds show that between 2008-2009, a massive RM57.68 million was paid by the Prime Minister’s office to FBC Media to conduct a ”Global Strategic Communications Campaign” for the Malaysian government; RM29,337,650 was paid out in 2008 and RM28,350,000 in 2009.
A further RM42 million was spent in 2010 on “Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach”, according to the latest supplementary budget.
"No denial has been made by FBC Media or the Malaysian government about the contract. Neither have they attempted to deny the sums that are officially registered in the government budget,"said Clare.
- Malaysia Chronicle