Tuesday, March 1, 2011


AS halang Gaddafi akses aset RM90 bilion

WASHINGTON, 1 Mac — Amerika Syarikat telah membekukan aset bernilai AS$30 bilion (RM90 bilion) milik Libya di negaranya daripada diakses oleh Muammar Gaddafi dan keluarganya susulan keputusan Majlis Keselamatan hujung minggu.
David Cohen, pemangku setiausaha bagi risikan keganasan dan kewangan berkata ia merupakan jumlah yang terbanyak ditahan oleh pihaknya setakat ini.
Presiden Barack Obama menandatangani arahan eksekutif untuk membekukan aset Jumaat lalu sebagai langkah balas ke atas tindakan kekerasan diambil Muammar ke atas penunjuk perasaan sejak pertengahan bulan lalu.
Majlis Keselamatan meluluskan sekatan perjalanan dan membekukan aset Muammar dan anggota keluarga dan orang rapatnya hujung minggu lalu.
Dalam pada itu, laporan Reuters juga berkata, langkah buang negara juga akan menjadi salah satu opsyen bagi Muammar memenuhi permintaan antarabangsa yang mahukan beliau tidak lagi memimpin Libya.
Jurucakap White House Jay Carney berkata demikian ketika ditanya sama ada Amerika Syarikat akan mengaturkan langkah buang negara ke atas Muammar.
Amerika Syarikat dan sekutunya juga sedang mengadakan perbincangan untuk menguatkuasakan zon penerbangan di ruang udara Libya. — Reuters


Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

pas muktamar 55 husam musa 050609Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah programpolitik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

mahathir and malay people"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk SeriAnwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

azlanDengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.

Anwar: Faktor Leila Trabelsi, Suzanne terdapat di M'sia




                                                        
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysiajuga mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu, laporTV Selangor.

Persamaan yang dimaksudkan Anwar ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.

NONE"Leila Trabelsi ini orang menyampah lebih daripada Zine El Abidine Ben Ali. Isteri presiden ini orang menyampah lebih daripada suami dia. Saya tanya kenapa? Dia kata, sebab kalau kita tengok televisyen, Ben Ali, lepas itu Leila, lepas itu Ben Ali, lepas itu Leila, Leila, Leila. Hari ini rambut gaya macam ini, besok rambut sanggul sebelah ini, baju fesyen ini. 

"Orang panggil dia Leila Majnun, Majnun ini maksudnya gila. Gila harta, gila rupa, gila sanggul," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin pada makan malam anjuran Ranting PKR Taman Jati dengan kerjasama Cabang Tambun yang dihadiri hampir 1,000 orang, semalam.

Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila.

Suzanne katanya hanya seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat.

Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion dolar Amerika.

Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu.

Oleh yang demikian, Anwar mengingatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak supaya membuka ruang perubahan dan tidak bongkak dengan keamanan yang masih dinikmati di negara ini.

Walaupun berbeza daripada pelbagai aspek seperti budaya, ekonomi dan politik, namun, katanya persamaan tetap wujud.

"Mubarak selepas seminggu tercetusnya Tunisia, dia kata Tunisia bukan Mesir.Gaddafi dalam ucapannya dua hari lalu mengatakan, ini Libya bukan Mesir.

azlan“Datuk Seri Najib minggu lalu mengatakan ini Malaysia bukan Mesir. Kalau tanya sama sebagai ketua pembangkang yang digantung dari parlimen, saya pilih cara aman. Saya pilih cara pilihan raya, saya pilih cara perlembagaan.

"Sekarang saya mahu beri ingatan dan amaran kepada Najib, pastikan pilihan raya akan datang bebas dan adil, kalau tidak rakyat akan bangkit bantah. Apa yang kita minta? Kita cuma pilihan raya yang adil dan bersih. Apakah ini tuntutan kita. Ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sejak 1957," katanya lagi.

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

BN Ajar Rakyat Terima Rasuah?





BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentukrasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Monday, February 28, 2011

Tidak Rugi Tapi Tatak Untung Lhoooo.......


Proton Tidak Rugi - Tun Mahathir
SUBANG JAYA: Prestasi kewangan Proton Holdings Bhd dijangka bertambah baik di dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas selesai melaksanakan eksersais penstrukturan semula bahagian kereta sportnya, Lotus Group International Ltd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
"Proton tak rugi, dia untung, tapi keuntungan proton kurang kerana kerugian lotus." "Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Penasihat Proton kepada pemberita pada Forum Bioteknologi 2011 di sini, Isnin.
Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian pracukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami oleh bahagian kereta sportnya.
Perolehan bagi suku itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion.
Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group.
Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu.
Kumpulan itu mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh satu anak syarikat utama semasa suku ketiga.-BERNAMA

Cakap Mahu Bela Melayu!

Tun M memang khianati Melayu - Husam Musa

Tun Mahathir pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini. Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno ekoran isu DSAI. Kuasa Umno tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh Umno dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'.

Di Mana Nilai dan Maruah Kempen Politik Malaysia???



Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar
Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Sim Tong Him merlimau lewd photosBercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".
'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.



Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.
Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun' yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.
Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.
Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.
Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.
"Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.
"Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?"soalnya.
Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.
"Wallahu'alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka...," tambahnya.
Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.
Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.

Sunday, February 27, 2011

'Tidak mustahil Asia jejak Mesir jika rakyat ditekan'


Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika negara-negara itu terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu. 

pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speech“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,' kata Anwar.

Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.

Impak besar

“Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat,” kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja. 

azlanAnwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.

Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keseimbangan kuasa.

“Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi,” katanya Anwar.

Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau kelas pertengahan. 

NONE“Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” katanya lagi. 

Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri. 

Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara.
Badan kehakiman tercemar

“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” katanya.

NONEAnwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah. 

“Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi.

“Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” kata Anwar. 

Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz

Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.


Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.


NONE“Saya kira Perdana MenteriMalaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.


“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.


“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.


NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).
Bukan Islam


Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”


Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.


“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!


“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.


NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.


Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. 


“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?
“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”


NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.


“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
Palitkan getah kepada Ikhwan
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”


NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. 


“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.


“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget


Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.


Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.


Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.


najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 


“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.