Monday, December 24, 2012

Tahukah Anda Bagaimana Cara Wang Keluar dari Malaysia?

Pengubahan Wang? Persoalan-persoalan Di Australia Untuk Onn Mahmud, Saudara Taib – EKSKLUSIF!

sarawakreport
Dikehendaki untuk disoalsiasat? Saudara Taib yang juga rakaniaganya, Onn Mahmud
Rakaniaga kepada Ketua Menteri Taib Mahmud iaitu saudaranya sendiri Onn Mahmud telah melarikan diri dan bersembunyi tanpa menjawab beberapa persoalan di Sydney, di mana dia sekeluarga menghuni salah sebuah rumah paling pintar di bandaraya itu.
Dokumen-dokumen yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report itu menunjukkan bahawa Onn Mahmud telah memberikan maklumat-maklumat yang bercanggah kepada pihak-pihak berkuasa Australia dalam usahanya untuk mendapatkan visa perniagaan dan kemudiannya mengekspot hasil-hasil dari beberapa siri transaksi hartanah bernilai berjuta-juta dollar.
Maklumat-maklumat yang mengelirukan yang diberikan kepada pihak-pihak berkuasa Australia termasuk dakwaan bahawa mereka adalah syarikat asing, Ryan Park Limited, yang digunakan untuk menaja permohonan visanya, adalah sebenarnya “Syarikat Persendirian Australia” yang berdaftar di Australia.
Kami berjaya mendedahkan bahawa Onn Mahmud telah membeli dan menjual semula pelaburan bernilai beratus juta dollar di Sydney, menerusi sebuah jaringan syarikat-syarikat luar negara, beribupejabat di kepulauan Cayman dan diuruskan oleh sebuah bank Amerika yang terkenal, Merril Lynch, dari pejabat-pejabat mereka di Isle of Man.
Permohonan visa itu, yang dikemukakan oleh saudara Ketua Menteri itu kepada pihak-pihak berkuasa Australia, jelas menunjukkan bahawa Ryan Park dan rakan-rakaniaganya (yang kesemuanya dikendalikan sepenuhnya oleh Onn sendiri) memiliki aset-aset pelaburan di Australia bernilai melebihi A$50 juta.
Permohonan visa – melebihi A$50 juta dilaburkan oleh syarikat-syarikat Onn Mahmud di Sydney
Permohonan itu menjelaskan bahawa Onn memegang jawatan ‘Pengurus Am – Australia’ untuk syarikat-syarikat ini, bertindak selaku “pekerja tunggal”, yang “melaporkan terus kepada Pengarah-Pengarah”. Namun, Onn adalah merupakan pemilik mutlak ke atas syarikat-syarikatnya itu.
Namun, kami dapat membuktikan bahawa Onn Mahmud telah memberikan butir- butir yang palsu untuk mendapatkan Nombor Perniagaan Australia (ABN) untuk salah sebuah dari syarikat-syarikatnya, Ryan Park Limited, walaupun sebenarnya ianya tidak wujud dalam daftar Syarikat Australia (ASIC).
Syarikat Ryan Park Ltd digunakan untuk menaja permohonan visa untuk Onn Mahmud. Namun, ianya bukan Syarikat Persendirian Australia sebagaimana didaftarkan. Tiada bukti mengenai pengkopratannya dalam Daftar Syarikat Australia (ASIC).
Sebuah lagi syarikatnya, Ferncroft Ltd, didaftarkan sebagai “entiti lain bukan dikorporatkan”. Di bawah akta perniagaan Australia istilah ini seharusnya diguna-pakai pada sebarang persatuan yang melibatkan “sebilangan orang berkumpul untuk satu tujuan yang sama yang bersifat sebagai sebuah kelab, contohnya, kelab sukan, kelab sosial atau kesatuan sekerja”
Ferncroft Limited didaftarkan sebagai “Entiti Lain Bukan Dikorporatkan”.
Kesatuan sedemikian seharusnya memiliki “sifat-sifat sebagai sebuah kelab” yang mempunyai “keahlian kesatuan” dan “persiapan untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat berperlembagaan untuk ahli-ahlinya dan juga untuk melantik ahli-ahli ke jawatan-jawatan tertentu”. Maka, Sarawak Report ingin bertanya sama ada pendaftarannya adalah sesuai sebagai sebuah syarikat hartanah, yang membangunkan dan kemudian menjual sebuah blok pejabat di Elizabeth Street, di tengah-tengah Sydney untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.
Dua buah lagi syarikat yang dikendalikan oleh Onn (Golden Arrow dan Cherry Blossom) bukan didaftarkan dengan nombor-nombor Perniagaan Australian ABN untuk tujuan percukaian, walaupun permohonan visanya jelas menunjukkan bahawa syarikat-syarikat itu memiliki aset hartanah berjuta-juta dollar dalam bentuk dua buah hotel mewah.
Sebaliknya kami berjaya menjejaki empat buah syarikat ke kepulauan Caymen, di mana kesemuanya dikorporatkan sebagai syarikat “bukan pemastautin” pada masa permohonan visa (walaupun 3 buah darinya termasuk Ryan Park Ltd, kini telah dikeluarkan dari daftar).
Ryan Park telah ditubuhkan pada 1991, tetapi di Kepulauan Cayman bukannya di Australia
Blok rumah pangsa di Potts Point Sydney – dibeli oleh Onn Mahmud pada tahun 1991 menerusi Ryan Park Limited
Sifat luar biasa pada pendaftaran syarikat-syarikat Onn telah menarik perhatian pihak percukaian Australia, yang mengharapkan kesemua syarikatnya didaftarkan secara betul untuk tujuan percukaian.
Onn Mahmud telah memberikan cerita yang lain berkenaan Ryan Park Ltd, setelah syarikat itu membuat keuntungan dengan menjual sebuah blok rumah pangsa utama, Oakford Apartment, di salah sebuah kawasan pintar di Sydney, Wylde Street, di Potts Point.
Semasa memohon visa Onn telah merekodkan Ryan Park sebagai sebuah syarikat persendirian Australia dan mengemukakan rancangan perniagaan yang terperinci untuk membangunkan semula Oakford, dengan mewujudkan banyak pekerjaan juga.
Dia menambah, bahawa blok itu merupakan sebahagian dari portfolio hotel-hotel, pejabat-pejabat, rumah-rumah pangsa dan restoran-restoran yang disenaraikan sebagai sebahagian dari perniagaan yang lebih luas di Sydney, termasuk blok pejabat di No. 287 Elizabeth Street, The Boundary Hotel dan The Valentine Hotel di George Street.
Keuntungan A$11 juta dari hasil jualan semula hartanahnya
Namun, 5 tahun kemudian Onn telah menjual semula hartanahnya itu pada harga A$15.5 juta dengan keuntungan sebanyak A$11 juta dari harga asalnya berjumlah A$4.5 juta. Di sini bank Merril Lynch di kepulauan Cayman telah menandatangani SD di Isle of Man, mendakwa bahawa Ryan Park Ltd adalah syarikat asing yang tidak berdaftar, yang tidak berniaga di Australia dan juga tidak mempunyai ARBN.
Bukan sebuah syarikat persendirian Australia. Keuntungan dari jualan hartanah di Sydney ini sedang ditahan oleh sebuah pejabat luar negara yang dikendalikan dari Isle of Man
Syurga setinggan. Blok di kawasan pintar ini kini terbiar. Kolam renangnya berbahaya dan tidak bertutup, pintu utamanya tidak dikawal dan tingkapnya renggang di tingkat bawah (foto Julai 2012).
Maka kami ingin mencadangkan kepada Onn untuk membetulkan rekod-rekod mengenai syarikat-syarikatnya dengan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Sebagai menambah rekod pada kami Onn Mahmud telah berhenti menjadi Pengarah di Valentine Hotel di George Street dalam tahun 2004, dengan menyerahkan jawatan itu kepada isterinya, Halimantan Abdul Ghani, yang mengendalikan perniagaan menerusi syarikat Donmastry.
No. 287 Elizabeth Street – blok pejabat utama di tengah-tengah Sydney yang dibeli oleh Onn kemudiannya dibangunkan semula oleh syarikatnya, Ferncroft Ltd, kemudian dijualnya semula
Dalam pada itu, Sarawak Report tertarik dengan jumlah pelaburan Onn Mahmud yang luar biasa besarnya di Australia, dengan membangkitkan persoalan bagaimana seorang saudara kepada Ketua Menteri mempunyai jutaan dollar untuk dilaburkan?
Dengan statusnya sebagai Orang Politik Yang Didedahkan (PEP) dari Malaysia, persoalan-persoalan ini seharusnya disiasat terlebih dahulu oleh bank-bank yang membantu perniagaannya, kerana sifat perniagaan itu adalah pengubahan wang haram.
Adakah persoalan itu akan mendedahkan bahawa Onn Mahmud adalah seorang peniaga yang beroperasi dengan bantuan kerajaan negerinya yang korup yang ditadbirurus oleh saudaranya sendiri?
Sebenarnya Sarawak Report pernah mendokumentasikan, selama beberapa tahun Onn Mahmud telah bertindak selaku rakaniaga yang ketara kepada Abdul Taib Mahmud, bekerja ditengah-tengah empayar perniagaan keluarga Taib.
Sebagai contoh, Onn adalah merupakan Pengarah pertama dalam syarikat Sakto milik keluarga Taib di Kanada, yang telah ditubuhkan menggunakan wang Taib sendiri dalam tahun 1983 sebagaimana didakwanya suatu masa dahulu. Dia juga bertindak selaku Pengarah pertama dalam syarikat Sakti di US. Pengarah-pengarah lain adalah anak-anak Taib, seorang lagi saudaranya Arip Mahmud dan pada kes Sakti, Taib sendiri!
The Valentine Hotel di George Street – sebuah lagi hotel milik Onn Mahmud yang dikendalikan secara rahsia dari Isle of Man
Yang lebih signifikan lagi, Onn bertindak selaku Pengarah urusan dan pemegang banyak saham dalam syarikat Taib di Sarawak, CMS, sebaik sahaja keluarga itu mengambilalih syarikat itu dalam tahun 1989 sehingga ianya diserahkan kepada kepengarahan anak-anak Taib dalam tahun 2004.
Dalam pada itu, Onn (dan isterinya) juga merupakan pemegang utama saham-saham dan bertindak selaku Pengarah dalam syarikatnya, Achi Jaya Sdn Bhd, yang mengendalikan syarikat Achipeligo milik Taib yang telah diberikan monopoli untuk mengeluarkan lesen-lesen mengangkut keluar kayu balak dari Sarawak.
Menurut sumber dalaman yang melaporkan kepada Sarawak Report monopoli itu bernilai US$2 billion setahun selama 30 tahun yang lalu, dalam bentuk wang sogokan. Dalam tahun 2007 pihak percukaian Jepun telah mendapati sejumlah beberapa juta yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat perkapalan tertentu kepada syarikat Regent Star milik Onn yang berpejabat di Hong Kong.
Sarawak Report telah memperolehi bukti-bukti seterusnya bahawa wang untuk membeli hartanah di Sydney untuk syarikat-syarikat Onn Mahmud telah dihantar oleh bank Merril Lynch dari Hong Kong menerusi cawangan mereka di Singapura.
Kami juga difahamkan bahawa keseluruhan portfolio ini dikendalikan oleh bank utama US ini (kini telah diambilalih oleh Bank of America) dibawah amanah yang ditubuhkan di Isle of Man, yang mengendalikan jaringan syarikat di kepulauan Cayman. Dengan pelupusan syarikat-syarikat yang lain, amanah ini dipercayai telah dikendalikan menerusi syarikat yang masih beroperasi, Golden Arrow Limited.
Makanan Malaysia, dikendalikan oleh isteri Onn Mahmud di hotel butiknya di Sydney – The Valentine Hotel di George Street
Ini merupakan sebahagian dari siri-siri amanah luar negara Taib, yang kami kenalpasti sebagai dijaga oleh khidmat nomininya yang diuruskan oleh bank-bank antarabangsa yang berprestasi tinggi.
Ianya merupakan suatu urusan yang diatur sebegitu rupa untuk menjaga kerahsiaan identiti Onn sebagai pengendali mutlak semua wang itu yang disalurkan menerusi Australia setelah beberapa siri transaksi hartanah yang amat lumayan itu.
Kegagalan kerajaan Malaysia untuk mengekang masalah rasuahnya, tidak melepaskan bank-bank antarabangsa seperti Merril Lynch dari peraturan mereka sendiri dan juga undang-undang Amerika dalam kegiatan haram membantu dalam pengubahan wang, sebagaimana dilakukan oleh bank UBS yang kini disiasat kerana membantu pengubahan wang yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Kami ingin mencabar Bank of America untuk memberikan kami maklumat mengenai apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Merril Lynch dalam mempastikan bahawa ratusan juta dollar yang disembunyikan oleh Onn yang mereka uruskan di Isle of man itu bukannya keuntungan dari wang yang diubah secara haram hasil sogokan pembalakan haram di Sarawak?
Anda ingin mengekspot kesemuanya? Mohon lesen dari saudara saya Onn terlebih dahulu

Sunday, December 23, 2012

Ternyata, Junk Food Ada Antibiotiknya

Minggu, 23 Desember 2012 12:26 wib

Galih Setiono - Okezone
detail berita
Fried chicken (Foto: Google)
JUNK FOOD memang selalu digemari oleh masyarakat. Tetapi tahukah Anda, ternyata di dalamnya terdapat sejumlah antibiotik?

Makanan cepat saji atau lebih dikenal dengan istilah junk food selalu menjadi favorit bagi setiap orang. Selain memiliki rasa yang enak, junk food mudah didapatkan. Terlebih saat ini ada sistem delivery, kita tidak perlu repot-repot pergi ke restoran. Dengan memesan lewat telefon, makanan tersebut akan langsung diantar ke rumah. Tetapi, makanan cepat saji ini memiliki kandungan makanan yang dapat merusak tubuh.

Sebagaimana dilansir Reuters, peneliti asal China menemukan kandungan sejumlah antibiotik di dalam ayam goreng, makanan cepat saji merek tertentu. Delapan dari 19 contoh yang dijadikan sampel penjualan, diteliti labolatorium pada 2010 dan 2011 lalu. Di tahun selanjutnya, ditemukan terdapat kandungan antibiotik yang tinggi dalam ayam goreng tersebut. Hal ini dikatakan oleh Food Shanghai and Drug Administration (SFDA) di China, melalui sebuah situs di internet belum lama ini.

Selain itu, beberapa peneliti lain juga melakukan penyelidikan terkait kasus tersebut. Kamera CCTV dalam penyelidikan tersebut terlihat bahwa ayam yang dibuat untuk bahan makanan cepat saji itu diberi makan menggunakan obat dan disuntik semacam anti-virus dan peningkat hormon agar ayam dapat tumbuh dengan cepat tanpa menunggu waktu lama.

Dari penemuan SFDA ini, ternyata membuat turunnya penjualan ayam goreng. Penjualan saham makanan cepat saji mengalami perosotan yang cukup signifikan. Pemilik saham makanan cepat saji tersebut merasa dirinya telah dirugikan dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh SFDA.
(tty)

Video karamah mujahidin Suriah, dua orang yang syahid mengeluarkan bau harum meski telah dikuburkan beberapa hari sebelumnya

http://arrahmah.com/read/2012/12/23/25625-video-karamah-mujahidin-suriah-dua-orang-yang-syahid-mengeluarkan-bau-harum-meski-telah-dikuburkan-beberapa-hari-sebelumnya.html

Muhib Al-Majdi

DARA'A (Arrahmah.com) – Allah memuliakan para mujahid yang gugur di medan jihad dengan banyak kemuliaan di dunia sebelum kemuliaan di akhirat. Di antara karamah yang sering dialami oleh para syuhada' adalah keluarnya bau minyak wangi yang sangat harum dari jasad mereka meski telah meninggal sejak waktu yang cukup lama.
Situs berita Islam Asy-Syam melaporkan penduduk desa Tariq Sad, kota Balad, propinsi Dara'a membongkar kembali kuburan darurat dua warga yang syahid, Anas Musalimah dan Walid 'Ayash. Keduanya gugur oleh bombardir militer rezim Suriah di desa itu. Akibat gencarnya bombardir dan sulitnya proses evakuasi, kedua syahid itu dikuburkan secara darurat di halaman rumah seorang warga.
Setelah bombardir agak mereda, beberapa hari kemudian penduduk desa membongkar kuburan darurat itu guna memindahkan kedua syahid ke pemakaman umum pada Kamis (20/12/2012). Warga desa membongkar kembali kuburan keduanya dengan cangkul dan sekop. Saat kedua jenazah diangkat, bau minyak wangi tercium sangat harum oleh seluruh warga dan wartawan yang mengikuti proses pembongkaran makam.
"Para syuhada' ini masih hidup dan suci dalam kuburan mereka. Bau minyak misk tercium sangat harum dari jenazah mereka," lapor wartawan situs Asy-Syam yang meliput langsung proses pembongkaran makam kedua syahid tersebut.
"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, justru mereka adalah orang-orang yang hidup di sisi Rabb mereka dan mereka senantiasa dikaruniai rizki." (QS. Ali Imran [3]: 169)
"Kuburan mengeluarkan minyak wangi yang sangat harum. Seakan-akan keduanya baru gugur beberapa menit yang lalu." komentar wartawan tersebut.
"Allahu akbar, kemuliaan hanya milik Allah semata," seru warga yang sangat terharu atas kejadian tersebut. Jasad kedua syahid masih utuh dan lemas seakan-akan belum mati.
(muhib almajdi/arrahmah.com)

Masa Semakin Hampir Buat Islam!



'PEMBEBASAN' DAMSYIK OLEH CUCU CICIT KHALID IBNIL WALID R.A


ringkasan TERKINI: 23/12/12

فضيحة حزب الله . اذا سقط الاسد لن يبقى لنا الا اسرائيل

" JIKA ASSAD TUMBANG KAMI TIADA PILIHAN SELAIN BERSAMA ISRAEL! "


Gemparr!!

Dalam satu wawancara di stesen TV al- Manar bersama Shubhi At -Thufaili - ulama / pengasas gerakan Hizbola di Lubnan...beliau dengan berani dan berterus terang telah menyatakan bahawa jika rejim Basyar Assad tumbang di Syria..Hizbola hanya punya 2 pilihan...sama ada akan berdamai dgn kerajaan 'baru' Syria nanti....ataupun bersama dgn Israel dlm menghadapi kerajaan baru 'pejuang' tersebut....!!

Pengacara: Apa yang akan dilakukan oleh Hizbola dan kaum Syiah jika rejim Basyar Assad ini tumbang?

Thufaili: skrg ini kami kaum Syiah baik di Syria, Lubnan mendapat persenjataan dan bantuan dari luar (Iran dsb), tapi besok keadaan ini akan berubah sebaliknya, ketika itu kami pula yang akan diserang... maka ketika itu kami mempunyai 2 pilihan, sama ada berdamai dengan kaum Sunni (Syria) atau kami akan bersekutu dengan Israel...."

(lihat minit - 0:43 -1:05)



akhirnya bau busuk kaum pelaknat semakin terdedah...maka tak hairanlah mengapa syekh Yusof al-Qardawi dll ulama arab muttakhir ini tanpa teragak2 menggelar gerakan syiah Hizbola sebagai HIZBUSSYAITAN....atas apa yg telah dan sedang mereka lakukan di Syria sejak hampir 2 tahun hingga skrg..

Jika pada 1985 dahulu mereka jugalah yg telah membunuh ribuan pelarian Sunni Palestin yg berada di khemah2 Palestin di bumi Lubnan..yg telah dilindungi dan ditutup rapat oleh rejim Israel! maka tidak hairanlah apa yg sedang dilakukan Hizbola terhadap masyarakat islam di Syria skrg dan di masa2 akan datang..!



TERKINI: 22-12-12

Komander Udara Israel SAHKAN Israel tidak bermusuh dgn rejim Nusairi !





Komander Tentera Udara iSRAEL , Emir Ashel menyatakan bahawa rejim Israel kini telah bersedia utk masuk campur di Syria jika terbukti kejatuhan Basyar kelak.

Ketika berucap di Base Tel Naval Nof, Emir menyatakan punca kebimbangan rejim Zionis saat ini slps kejatuhan Basyar nanti ialah naiknya golongan Islam d Syria... yg akan memberikan ancaman besar kpd rejim Israel...

Menurutnya rejim Zionis itu telah bersedia dengan segala persiapan yang secukupnya termasuk persenjataaan canggih dan sebagainya....kenyataan beliau ini adalah ulangan bagi apa yg telah disebut oleh perdana menteri Israel Netinyahu dua bulan lalu...

(dgn kenyataan ini terbukti lah KEPALSUAN apa yg didakwa oleh media pro syiah bahwa pihak Amerika/ barat lah yg mahu menjatuhkan rejim Syria konon kerana ia mengancam kepentingan Israel..sedang apa yg berlaku adalah sebaliknya!!

hakikatnya rakyat Syria yg telah sedar akan pembohongan rejim selama inilah yg mahu menjatuhkan rejim zalim tersebut... dan kini setelah lebih 40 tahun barulah mereka tahu bahwa rejim Assad ini tidak pernah bermusuh dgn Israel ...malah sebaliknya pula dlm diam2 menjadi 'PELINDUNG border' bagi rejim zionis tersebut.. inilah apa yg dinyatakan oleh pemimpin2 FSA sblm ini !
)




LAGI 200 TENTERA REJIM PALING TADAH, PEJUANG SERANG PENGAWAL ISTANA PRESIDEN


DAMSYIK: Satu tamparan hebat kpd tentera rejim Nusairi bilamana lebih 200 askar rejim yg mengawal di sekitar airport antarabangsa Damsyik telah isytihar sertai FSA setelah mereka diberi jaminan tidak diapa2kan oleh pejuang..manakala pejuang terus memujuk dan menawarkan kpd saki baki tentera rejim yg mengawal airport supaya segera sertai revolusi atau berhadapan kemungkinan mati dlm serbuan besar2an yg akan dilakukan FSA sedikit masa lagi..

saksikan betapa semangatnya bekas tentera rejim ini utk berjuang bersama FSA dlm menjatuhkan rejim yg selama ini telah menipu dan mengugut mereka dgn berbagai cara..:




~ Satu pertempuran sengit telah tercetus sejak malam tadi di sekitar bukit Qasiyyoun yg berada tidak berapa jauh dari Istana Presiden..di mana pejuang telah bertindak menyerang pos pengawal 105' yg terdapat di situ dan pertempuran dilaporkan masih terjadi hingga saat ini..Tentera rejim yg terkejut dan panik dgn serangan tersebut telah bertindak melepaskan ratusan tembakan mortar/ roket ke arah pejuang..





~ Dalam perkembangan lain pula al-Balad News melaporkan kini presiden Syria Basyar Assad dan pegawai2 serta kaum kerabatnya yg terdekat sudah dlm persiapan terakhir utk pergi ke Lattakia bandar pesisiran laut Meditranian yg akan menjadi kubu terakhirnya.

Namun tidak dapat dipastikan apakah Basyar kini masih di istananya di Damsyik atau sudah pun ke Lattakia...sumber tersebut juga menyatakan Basyar dipercayai akan membawa bersamanya senjata2 pemusnah dan kimia sebagai senjata terakhirnya dlm menyelamatkan diri dan pengikutnya dari kemaraan FSA sepertimana yg pernah dilaporkan sblm ini..

~ Dar'aa / Busro: pertempuran hebat terus berlaku di pekan bersejarah ini antara pejuang dan tentera rejim/ sekutunya..manakala askar rejim telah memecahkan rumah2 penduduk utk memburu pejuang sementara pembunuhan rambang dilaporkan berlaku di beberapa tempat..pertempuran juga dilaporkan masih berlaku di serata pekan dan bandar2 di seluruh Syria hingga saat ini..

~ Sementara itu angka korban dan kecederaan terus meningkat di seluruh Syria akibat serangan barbarian dan tindakan kejam tentera rejim ..keadaan makin parah apabila tentera kini tidak lagi mahu menahan mana2 org/ tahanan malah sebaliknya terus membunuh mereka demi memudahkan kerja mereka..antara korban2 baru kekejaman rejim;













DAMSYIK: Ribuan warga kem2 Yarmouk dan Tadhamoun kini sudah mula keluar meninggalkan kediaman mereka menuju ke serata tempat di sekitar bandaraya Damsyik setelah keadaan semakin kritikal bilamana pertempuran antara tentera rejim dan pejuang semakin sengit dan merebak hingga ke kem Tadhamoun yg berada bersebelahan..

Malah ribuan warga kem yg terdiri dari org2 asal Palestin telah memenuhi sempadan border Lubnan utk masuk negara berkenaan setelah tidak punya tempat tinggal di Damsyik..Suasana begitu pilu bila mereka yg telah lama menjadi 'warga' Syria kini terpaksa keluar meninggalkan rumah kediaman mereka di tengah2 musim sejuk spt skrg..




Sementara itu hampir di seluruh kota2 lain termasuk Dar'aa, Hama, Aleppo, Homes, Idlib, Dair Zour....hinggalah ke pinggir Damsyik masih menyaksikan serangan dan pengeboman oleh saki baki tentera rejim terhadap warga kota dan pejuang...


Ratusan tembakan meriam, roket termasuk serangan oleh jet2 MiG rejim masih berlaku terhadap wililayah kaum sunni Lattakia, Zabdaani, Joubar, Daariya..al-Qadam DLL...manakala angka2 korban baru terus bertambah..sementara jumlah yg cedera pula lebih ramai..





ALEPPO: 3 Letupan bom yg begitu kuat telah menggegarkan kota Aleppo kira2 2 jam lalu..manakala beberapa pertempuran dilaporkan masih berlaku di beberapa pekan kecil pinggir bandar kedua terbesar ini..

HAMA: Pejuang semakin menghampiri matlamat utk menawan sepenuhnya bandar ini slps lebih 5 hari mereka menyerbu post2 rejim yg terdapat di sekitar pinggir bandar ini hingga ke ptg semalam yg menyaksikan satu pertempuran paling sengit antara pejuang dan askar rejim/ sekutunya di sekitar pinggir kota ini..

Beberapa post kawalan tentera rejim di pinggir Hama termasuk Hamamiyyat, kafar Zeeta, Halfaya kini sudah ditawan oleh Pejuang... !! Arahan oleh komander FSA kpd semua saf pejuang beberapa hari lepas agar bersedia utk menggempur dan menawan kota Hama dan mematuhi semua arahan yg diberikan..





Mayat syuhada' yg tak berubah/ rosak dan berbau harum!

Kubur 2 org syuhada' ini terpaksa digali semula atas sbb2 tertentu....setelah digali didapati mayat mereka sedikit pun tidak berubah (rosak)..walau sudah berbulan2 ditanam..malah darahnya masih menitis seolah2 mereka baru shj terbunuh...

bukan setakat itu.. semua yg hadhir mencium bau KASTURI yg begitu harum....

(kelebihan2 spt ini sudah lama disebut dalam hadith Nabi saw....kejadian spt ini juga banyak berlaku di Gazza, Afghanistan dll..)





Tanda-tanda Islam Akan Bangkit Dari Tidor!

" INILAH APA YG DILAKUKAN REJIM NUSAIRI DAN KAUM RAFIDHAH TERHADAP ABRIYA' DI NEGERI ANBIYA'..


































Thursday, December 20, 2012

Rakyat Malaysia Sebagai Tikus Makmal?

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas'

Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

NONEPeter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP)  - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan -  menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.


Lynas: Rakyat jadi tikus makmal

Zulkefly Mohamad Omar, 20 Dis 2012
Saya ingin memetik kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom(AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan (dari Malaysiakini -http://www.malaysiakini.com/news/217019) bahawa proses rawatan sisa buangan dari Kilang Lynas masih belum diuji dan kerana itu, AELB masih tidak dapat mengesahkan bahawa proses itu selamat dan boleh mengurangkan residu radioaktif kepada bahan yang rendah tahap radiasinya serta selamat untuk dihantar ke luar negara sebagai produk komersial.

Sesuatu yang janggal apabila ramai pihak mengakui bahawa proses kosultansi rakyat atau ‘public engagement’ dari peringkat awal projek Lynas ini dengan penduduk terdekat sangat lemah, Lesen Sementara Operasi (TOL) tetap diluluskan.

Terbukti bahawa TOL itu diluluskan dalam keadaan proses rawatan sisa buangan masih belum diuji selamat dan rakyat sekali lagi tidak dibawa berbincang mengenainya.

Ini lah yang saya katakan sebelum ini, penduduk terdekat khususnya di sekitar Balok yang majoritinya terdiri dari kalangan kaum Melayu termasuklah dari kalangan anggota tentera laut dan penguatkuasa APMM di sekitar 20 ribu orang seolah-olah ‘DITIKUS MAKMALKAN’ untuk menguji dan mengesahkan tahap keselamatan kilang Lynas itu.

Adakah jaminan pengawasan ketat dari AELB terhadap operasi Kilang itu memadai untuk menjamin tahap keselamatan dan kesihatan rakyat?.

Di manakah Pelan Tindakan Kecemasan(ERP) yang harus melibatkan tindakan bersama penduduk terdekat dan agensi penguatkuasa lain seperti BOMBA dan PDRM jika berlaku kemalangan atau kebocoran yang tidak terkawal dari Kilang itu?

Adakah konsep ‘TIKUS MAKMAL’ ini satu-satunya cara untuk mengesahkan tahap keselamatan Kilang itu? Jika Lynas mempunyai pengalaman yang luas dalam Industri Nadir Bumi ini, kenapa seluruh proses yang terlibat tidak diuji terlebih dahulu di negara asal mereka (Australia) sebelum TOL diluluskan?

Seharusnya, satu organisasi yang mengakui ‘berpengalaman luas’ dalam Industri Nadir Bumi telahpun mempunyai rekod prestasi yang tidak perlu dibuktikan tahap keselamatannya.

Kenapa ia masih perlu diuji? Kenapa kilang itu dijadikan MAKMAL UJIAN pula apabila jelas terdapat ramai penduduk di sekitarnya?

Dimanakah rasionalnya pendekatan yang berisiko tinggi ini?

Adakah pendekatan ini dibawa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk terdekat khususnya? Lebih-lebih lagi berkenaan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh LYNAS dan AELB serta persediaan yang perlu oleh penduduk terdekat?

Inilah yang saya katakan tidak ada kesungguhan untuk mendahulukan rakyat dalam soal ini. Momokan bahawa rakyat didahulukan hanya retorik murahan pihak tertentu.

Jelas, LYNAS DIDAHULUKAN, RAKYAT DIRADIOAKTIFKAN.

TOL harus dibatalkan!



(Penulis adalah Pengerusi NGO Green Clean World(GCW) dan Gabungan 80 NGO Solidariti Hijau)

Tuesday, December 18, 2012

Harap Mufti Dapat Jawab!

Amanat Haji Hadi: Amanat Mahathir bagaimana?

Ahmad Fadhli Shaari, 18 Dis 2012
1. Saya tertarik apabila membaca desakan beberapa orang ulama Umno yang mahu agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi yang didakwa disampaikan oleh beliau pada 7 April 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun lepas. Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik. Dengan tidak menafikan hormat saya kepada ilmu yang dimiliki oleh beliau, saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.

2. Apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi ialah ucapan biasa beliau di sebuah majlis ceramah pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Ia kemudiannya dicetak oleh individu perseorangan yang disebut sebagai amanat dan didakwa kemudiannya sebagai punca pemecahbelah umat Islam dan penyebab berlakunya solat dua imam di beberapa lokasi khususnya di Terengganu. Padahal sehingga sekarang tidak ada sebarang kajian terperinci yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

3. Perlu diingatkan bahawa isu ini telah berkali-kali dibangkitkan khususnya menjelang pilihanraya umum. Padahal jika disoroti sejarah, Abdul Hadi sendiri pernah bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2001 tentang isu amanat ini. Pada masa itu barangkali Pengerusi Ulama Muda Umno masih belum terlibat dengan politik atau sedang sibuk berprogram bersama-sama ahli PAS di Madinah. Sekitar bulan April tahun 2001 menyaksikan bagaimana isu 'Amanat' ini dimainkan secara besar-besaran dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Tuan Guru Abdul Hadi (pada masa itu Menteri Besar Terengganu) di kalangan pengundi Melayu. Akhirnya, apabila isu ini diperbesar-besarkan sekian lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan dikatakan telah bersetuju untuk bermuzarah, tiba-tiba pada 2 Mei 2001, Dr Ismail Ibrahim (pada masa itu sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) muncul di kaca televisyen membuat kenyataan bahawa muzakarah tersebut dibatalkan ekoran ia telah dipolitikkan oleh golongan-golongan tertentu. Soalnya, siapakah yang mempolitikkan isu ini?

4. Saya melihat bahawa usaha Ulama Muda Umno ini lebih kepada mengalih isu yang sedang berlegar di kalangan mereka yang hakikatnya sedang diperhatikan satu persatu oleh rakyat. Adapun apabila ia disokong oleh beberapa orang mufti yang sudah dikenali sebagai pro-Umno, ia langsung tidak menjadi satu perkembangan yang menakjubkan. Mufti Perak sendiri yang masih belum hilang wangi di tangannya setelah menerima sendiri Anugerah PERKASA dari Datuk Ibrahim Ali tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk menghentam PAS habis-habisan.

5. Adapun pihak Ulama Muda Umno, saya kira lebih baik mereka menjawab isu TIADA JIHAD DI PALESTIN yang telah dinyatakan oleh seorang ustaz mereka di dalam salah kuliahnya. Ia tersebar di dalam media Youtube sehingga mengundang kritikan ramai pihak. Tidakkah ini lebih mengelirukan daripada membangkitkan isu lama yang tidak relevan? Atau lebih manis sekiranya tuduhan Doktor Sheikh Al-Qaradhawi yang dikatakan khawarij itu diperjelaskan dengan lebih terperinci agar Tokoh Maal Hijrah yang dinobatkan oleh kerajaan Malaysia itu sendiri tidak dicemari dengan tuduhan liar ini. Atau adakah lebih tepat jika disebut bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan anugerah kepada Tokoh Khawarij?

6. Lebih menarik lagi pula ialah salah seorang daripada Ahli Majlis Syura ILMU ialah Ustaz Rasul Dahri (rujuk : http://ilmuanmalaysia.com/tentang-kami/) yang mana buku-buku karangannya ada yang diharamkan kerana didapati menyebarkan mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah (rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0). Dalam keadaan ILMU terpalit dengan individu seperti ini, saya kira lebih baik Fathul Bari menumpukan perhatian kepada membersihkan tanggapan masyarakat terhadap ILMU terlebih dahulu.

7. Jika ucapan Abdul Hadi 30 tahun lepas yang disebut sebagai 'amanat' ini ingin ditarik balik, bagaimana pula dengan amanat Mahathir tentang hukum hudud yang mencetuskan kontroversi sedari dulu lagi. Tidakkah Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa 'apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?" Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa 'hukum rejam kepada penzina adalah primitif?' Banyak lagi koleksi ucapan ini jika ingin dijadikan sebagai amanat. Ini belum mengambil kira kenyataan-kenyataan terbaru beliau bahawa hudud tiada di dalam Al-Quran dan isu 'syaitan yang dikenali'. Jika semua ucapan ini disebut sebagai amanat, maka tidak bahayakah Amanat Mahathir kepada umat Islam?


8. Saya kira Amanat Mahathir yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya ini agak menarik untuk kita bincangkan...

OH! Negaraku...Benarkah?

malaysiakini

Aliran modal haram, M'sia di tempat ke-2 di dunia
Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

azlanBadan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).

azlanMenurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul
sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mempertikaikan angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.

Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain - Tax  Justice Network yang berpangkalan  di London - yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal.

 

 

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!

by Staff Berita Semasa
WSJ Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….
 Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..
Rasuah Malaysia 2012 Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia.
Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut dengan laporan berita  The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI).
Rasuah Malaysia Australia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Sumber Laporan Berita + Video : http://www.abc.net.au
Jikalau tidak masakan, berbangkitnya skandal skandal komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima “individu yang ada hubungan rapat peringkat tertinggi dengan pihak kerajaan” daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia serta merupakan broker bagi program senjata nuklear Pakistan.
Skandal ini sedang hangat di Australia apabila dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Ini hanya beberapa contoh sahaja….
Rasuah di Malaysia Najib Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!Jikalau sebelum ini, kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)! (KLIK SINI). Satu angka dan bebanan yang cukup besar kepada negara. Sedang akhbar utama di India contohnya menyamakan  ia dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….
Malangnya media arus perdana dilihat tidak begitu berminat untuk berkongsi laporan berita ini di media mereka. Mereka dilihat lebih suka menyiarkan iklan animasi dan iklan komersial yang mengatakan Malaysia akan memerangi rasuah.
Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk iklan sebegitu rupa. Persepsi rasuah & usaha untuk meyakinkan kalangan rakyat Malaysia di mana kerajaan “benar-benar” dilihat lebih berkesan jika janji yang dilontarkan disusuli dengan tindakan yang dilihat ada integriti, bukan setakat mencanang di seluruh pelusuk Malaysia semata.
Rasuah Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Terbaru, badan pemantau rasuah, Transparency International (TI)  meletakkan Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012 berdasarkan laporan The Wall Street Journal. Ini kerana……
  • 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah.
  • Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
  • Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah
Wall Street Journal Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Sumber : The Wall Street Journal

Video Laporan Berita Wall Street Journal : Malaysia Paling Tinggi Rasuah (Perniagaan) Di Dunia?


Apa respon balas anda pula?