Monday, June 27, 2011

Kuasa dan Keamanan


Oleh Mohamad Sabu
Merebut kekuasaan adalah satu perkara lumrah sejak wujudnya manusia di atas muka buhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4-IWFX1p8OG7n7Pwfm5vFyN_QNsmzvItotxQ5X6FsDARz0ZEGEHS2mGuTdm5T0Kqk0ThRFpkGRk_UnHxYxlJx7pDgGTZtBEvxUyQ9yka58XWkVavBnYAJqlMXZzqwFrL4H4zcfsrEM8A/s400/mat+sabu.jpgmi. Habil dan Qabil pertarungan antara golongan tauhid dan kemanusiaan dengan golongan kebendaan dan kepercayaan.Peperangan sering berlaku di sepanjang zaman, daripada generasi selepas Nabi Adam sehinggalah ke hari ini. 


Di antaranya kerana untuk mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melebarkan pengaruh kuasa. Manusia sering berbunuhan semata-mata untuk berkuasa dan mempertahankan kekuasaan dan juga merampas kuasa.
Peperangan berlaku semata-mata di atas nama mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melahirkan kuasa keegoan pihak yang berkuasa. Firaun melambangkan kuasanya sehingga menyama tarafkan dirinya sebagai tuhan. "Ana Rabbukumul A'ala" bermaksud Akulah Tuhan yang paling tinggi. Nabi-nabi yang dibekalkan dengan senjata keimanan mencabar kuasa Firaun dengan berbagai cara untuk menundukkan keegoan Firaun, samada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf dan beberapa Nabi dan Rasul yang lain menghadapi pihak yang berkuasa, samada melalui peperangan, penyeruan dakwah untuk menamatkan Hegamoni kuasa.
 
Ratusan tahun Rom dan Parsi berperang di antara tujuannya untuk memperlihatkan siapa yang lebih kuat dan siapa yang lebih berkuasa. Cina melalui Maharaja Tse Huang Tee membina tembok besar untuk menunjukkan kehebatan kuasa dan menghalang serangan pihak berkuasa yang lain. Negara-negara barat, negara-negara di Eropah bertarung peperangan demi peperangan untuk melebarkan sempadan kuasa, samada British, Perancis, German atau Rom. Brritish pernah membina angakatan laut yang paling kuat di dalam dunia untuk menyerang dan menguasai negara lain.
Di atas semangat Jihad Fi Sabilillah negara Islam Madinah berhadapan peperangan demi peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam. Perkembangan di dunia Islam tidak terkecuali, berperang dan diperangi untuk mempertahankan dan melebarkan pengaruh Islam dan negara Islam. Untuk mengambil alih kuasa di dalam negara, "State", kuasa diambil alih melalui pembunuhan ketua negara, pemberontakan dari pasukan bersenjata dan menghasut rakyat supaya menolak penguasa melalui pemberontakan umum dan digantikan dengan pemerintahan baru. Ianya sering berlaku di Afrika, Eropah, Asia Barat dan boleh dikatakan di seluruh negara dunia.
Jelmaan proses pilihanraya dan demokrasi adalah dilihat cara yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa. Barangkali cara demokrasi ini tidaklah sempurna tetapi ianya masih menjadi jalan yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa di dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa boleh berlaku dengan tidak ada tumpah darah dan kehilangan harta benda. Demokrasi diterima secara meluas oleh manusia di atas muka bumi ini terutama selepas perang dunia ke-2.
Suara majoriti rakyat menjadi kuasa penentu untuk memilih ketua negara dan pihak yang berkuasa. Dengan sistem demokrasi yang adil, pertumpahan darah untuk merebut kuasa dapat dielakkan. Kita dapat melihat selepas perang dunia ke-2 di negara-negara Eropah, kalau ada peperangan berlaku di luar negara mereka, tetapi peralihan kuasa di dalam negara mereka melalui suara rakyat terbanyak. Huru-hara dan peperangan sering berlaku di Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, Latin Amerika di antaranya demokrasi dan pilihanraya yang adil tidak berjalan di negara-negara rantau Afrika, Asia dan Latin Amerika.
Oleh itu, mana-mana pemerintah yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil untuk mengelak peperangan, kacau bilau, pemberontakan dan pergaduhan.
Sebab itulah rakyat Malaysia yang prihatin mahu pilihanraya yang adil dan bersih dijelmakan di negara ini demi untuk menjaga keamanan dan penerusan pembangunan dan kemanusiaan.

Menulis ‘kebenaran’ di Malaysia

Peluang menyertai “Writers Unlimited Tour” di Kuala Lumpur pada 10-12 Jun 2011 memberi saya pelbagai pengalaman, ilmu dan kisah menarik untuk didokumentasikan. Apatah lagi apabila berpeluang bertemu dan bertukar pandangan bersama beberapa pengarang dari luar negara.
Walaupun kami hanya bertemu bagi kali pertama pada 10 Jun di Universiti Taylor’s bagi sesi bacaan dan perbincangan, saya merasakan seperti sudah mengenali Abeer Soliman, Rodaan Al Galidi, Gunduz Vassaf, Maaza Mengiste dan Dipika Mukherjee sejak sekian lama.
Manakala kemesraan, keintiman dan persefahaman bersama-sama tokoh tempatan seperti Dain Said, Kee Thuan Chye, Chuah Guat Eng, Bernice Chauly, Amir Muhammad dan Umapagan Ampikaipakan semakin meningkat.
Dipika yang mengajar di Universiti Pengajian Antarabangsa Shanghai pada mulanya bimbang memikirkan reaksi terhadap petikan novel “Thunder Demons” yang dibacakannya pada sesi diskusi panel di The Annexe Gallery, Pasar Seni pada 11 Jun.
Novel berkenaan yang ditulis berdasarkan kisah sebuah keluarga kaum India di Malaysia termasuk dalam senarai panjang Man Asian Literary Prize 2009 dan akan diterbitkan di India oleh Gyaana Books pada Julai ini.

Bahagian prolog novel itu menarik perhatian dan saya kagum dengan kemampuan Dipika mengadun fiksyen dan fakta berkaitan kisah pembunuhan seorang model Tibet di Shah Alam atas alasan politik.
“Saya yakin bahawa semuanya selamat dan tidak ada pihak yang tersilap mengaitkan hasil karya yang lahir daripada imaginasi saya sebagai 100 peratus fakta,” katanya mengenai novel itu yang dijadual dipasarkan di India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka.
Tema Writers Unlimited Tour adalah “Writing the Truth: Fact or Fiction?” Maka pemilihan novel “Thunder Demons” oleh Dipika memang kena pada tempatnya; sebagaimana kisah mengenai seorang tokoh politik yang dituduh mengadakan hubungan seks luar tabii dengan seekor lembu — dan kemudian seks normal dengan manusia — dalam karya Thuan Chye yang turut menghasilkan buku “March 8: Time for Real Change” (2010).
Sementara itu, Maaza, novelis kelahiran Ethiopia, mengakui bahawa memang khalayak dan penerbit mengharapkan beliau menghasilkan karya berkaitan dan berlatarkan negara asalnya itu.
“Apabila melihat nama saya sebagai seorang pengarang yang berasal dari Ethiopia, orang ramai, khususnya di Amerika Syarikat, menganggap serta mengharapkan saya menulis kisah-kisah yang ada kaitan rapat dengan tanah kelahiran saya serta pergolakan yang berlaku di sana,” katanya semasa kami berbual sambil menikmati teh tarik di sebuah restoran berdekatan Pasar Seni pada petang 11 Jun.
Pengarang novel “Beneath the Lion’s Gaze” (2010) itu mengakui bahawa novel sulungnya memenuhi kriteria berkenaan iaitu berkisar revolusi dan pergolakan di Ethiopia pada awal 1970-an.
“Saya menulis ‘Beneath the Lion’s Gaze’ bukan atas desakan, permintaan atau cadangan penerbit. Sebaliknya demi kepuasan diri serta keinginan merakamkan kisah yang berlaku di tanah kelahiran saya pada masa lalu.
“Saya mengutip pengalaman semasa kanak-kanak serta menambah dengan kisah yang saya dengar daripada ibu saya dan melakukan kajian mendalam bagi menghasilkan karya fiksyen ini yang banyak mengangkat fakta dan kejadian sebenar,” katanya.
Pengarang wanita berumur 40 tahun ini pernah tinggal di Nigeria dan Kenya sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau mengikuti pengajian penulisan kreatif di Universiti New York dan kini menjadi pensyarah di sana.
“Bagi saya, tidak adil untuk mengharapkan seorang penulis kreatif menghasilkan karya yang hanya berkaitan negara asal serta etniknya sendiri. Bagi seorang pengarang, tiada sebarang sempadan bagi daya kreativiti dan capaian bidang penulisannya,” katanya.
Menceritakan mengenai sambutan terhadap novel “Beneath the Lion’s Gaze”, Maaza berkata, penduduk Ethiopia turut gembira dengan kelahiran sebuah karya yang merakamkan kisah yang berlaku di negara mereka.
“Saya sering diundang membaca petikan novel ini di negara asal saya dan saya berpeluang mendengar pelbagai pengalaman yang diceritakan pula oleh mereka. Maka, novel ini membuka ruang untuk mengenang sejarah penting bagi negara Ethiopia.
“Malah, saya juga menerima e-mel daripada remaja perempuan dari Ethiopia yang meluahkan rasa gembira dan bangga melihat kejayaan saya dalam kerjaya dan bidang penulisan. Saya bersyukur kerana mampu menjadi contoh kepada mereka,” katanya yang berkarya menggunakan Bahasa Inggeris.
Abeer, pengarang dari Mesir pula menceritakan kecintaannya terhadap Bahasa Arab yang membantunya meluahkan emosi dan pandangan secara indah dan berkesan.
“Saya lahir, membesar dan belajar di pedalaman serta kurang terdedah pada Bahasa Inggeris. Hanya kemudian saya mempelajari bahasa itu dan kini amat gemar membaca karya-karya Bahasa Inggeris,” katanya.
Mengenai penulisannya pula, penulis “Diary of an Old Spinster” (2010) itu mengaku bahawa beliau menulis demi kepuasan diri kerana hanya selepas memuaskan tuntutan santapan minda sendiri, maka seseorang boleh memikirkan untuk menyajikannya kepada khalayak.
Abeer berhasrat membuka mata dan minda orang ramai, khususnya golongan lelaki di Mesir, yang sering memandang rendah terhadap kedudukan dan kemampuan golongan wanita.
“Mengikut perangkaan rasmi, pada tahun 2009, sekitar 2,700 wanita Mesir membunuh diri kerana tidak mampu berdepan dengan pelbagai masalah dan cemuhan semata-mata kerana mereka lahir sebagai wanita,” kata wanita berumur 34 tahun ini yang juga kolumnis di akhbar Baladna dan agen sastera bagi Noon Organisation.
Menurut Abeer, 54 peratus penduduk Mesir berada di bawah paras kemiskinan tegar dan beliau cuba membantu mereka menerusi penglibatannya dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Antara program yang kami atur adalah berkaitan memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai hak mereka, isu berkaitan penderaan seksual dan keganasan rumah tangga, serta mengajar seni kraf kepada golongan wanita untuk membina keyakinan dan kemampuan berdikari,” katanya.
Abeer turut menulis lakon layar dan terlibat dalam dunia kewartawanan. Selain itu, beliau kini sedang melakukan kajian dan kerja-kerja mengumpul maklumat bagi novel yang sedang diusahakannya.
“Menulis memberi saya peluang untuk memotivasi diri serta memotivasi orang lain, khususnya golongan wanita di Mesir. Sejak perubahan dalam politik dan kepimpinan negara baru-baru ini, golongan wanita — khususnya generasi muda — turut menyedari tanggungjawab dan peranan mereka dalam sama-sama menyumbang ke arah pembinaan negara bangsa yang diimpikan,” katanya.
Gunduz dari Turki secara penuh satira menyampaikan kritikan terhadap “kerajaan yang yang boleh disewa secara pakej lengkap”. Pasti sahaja penulis veteran ini berkongsi banyak ilmu bersama saya dan rakan-rakan penulis lain semasa dan selepas acara.
Penyair kelahiran Iraq, Rodaan yang kini tinggal di Belanda mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mampu melihat pelbagai perkara dalam kehidupan seharian dari sudut yang berbeza dan cukup mengasyikkan — selain melucukan!
Malah, keganasan perang dan pengalamannya menjadi pelarian selama 18 tahun diungkapkan secara penuh seni dan berjenaka sehingga beliau menjadi pengarang yang paling menonjol dan mendapat tempat dalam hati orang ramai sepanjang Writers Unlimited Tour.
Pengarang Malaysia juga tidak kurang “taring” mereka. Usaha berani Bernice mengatur acara ini menjadi satu lagi bukti nyata bahawa pengarang tempatan — tanpa mengira kaum dan bahasa — sama hebat dengan pengarang antarabangsa.
Masing-masing berjaya mengungkapkan fakta, kritikan, komen dan pandangan yang diadun dalam bentuk fiksyen menjadi faksyen. Terpulang kepada khalayak untuk menghayati dan memahami apa yang dimaksudkan melalui karya “nafas baru” seperti ini.

* Uthaya Sankar SB

BN Phobia Warna?

Dulu BN phobia warna hijau PAS, sekarang takut dengan warna kuning.....

BUKTI SAHIH BERSIH TEPAT



BAJU KUNING BUKTI YANG JELAS



nota:
apabila memakain kuning pun salah
maka jelas bahawa bersih dan 8 tuntutan
sedang mendapat sokongan orang ramai

gerombolan takut jila rakyat memakai
apa sahaja yang berbentuk kuning

NOTA:
tidak lama lagi warga kuning akandiharamkan

NOTA:
berkuninglah kamu terlebih dahulu
sebelum kamu di kuningkan kah kah kah




8 PENYOKONG PERHIMPUNAN HARAM DITAHAN DI AMPANG
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang, di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata semua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.


PAKAI T SHIRT KUNING 5 ANGOTA AMK KAPAR PULA DITAHAN POLIS
– keadilan daily

KLANG: Lima anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0.

Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya.


NO DUA PEMUDA PKR DITAHAN DIPERCAYAI KERANA KEMEJA T-BERSIH
– minisder

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan polis Selangor kerana mengenakan kemeja-T Bersih 2.0 di Shah Alam malam ini.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh Khairul Anuar sendiri bahawa polis menahannya kerana memakai kemeja-T yang tertera perkataan Bersih 2.0.

“Saya baru sahaja cakap dengan Khairul (kira-kira 11.30 malam), dia memberitahu bahawa dia ditahan kerana kemeja -T menjelang pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam,” katanya ketika dihubungi.

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)
Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.
Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.
Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.
Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. (Gambar kiri)
Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.
Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.
Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

Zunar Kartunis:
TERKINI LAGI: 3 kaitangan Telekom ditangkap ketika mengedarkan Yellow Pages

Zunar Kartunis
TERKINI: Kota KemuNING diistihar kawasan larangan. Anda ada berita seumpamanya? Silakan

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


YANG INI LAGI TEROK



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Kes Loji Lynas Ke ICJ?

'Kita mungkin ke ICJ': J/K Selamatkan Malaysia
Jawatankuasa Selamatkan Malaysia mungkin menimbang untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam usahanya membantah pembinaan Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.
NONEPengerusinya, Tan Bun Teet (kanan) berkata, mereka berhasrat
menggerakkan langkah serampang dua mata membantah projek kontroversi tersebut, tetapi mengakui bahawa ICJ mungkin menjadi pilihan jika mereka gagal dalam di kedua-dua usaha berkenaan.
Langkah pertama mereka ialah kunjungan ke Australia oleh 12 ahli jawatankuasa tersebut dari 3 hingga 9 Julai untuk bertemua ahli parlimen, NGO alam sekitar dan parti-parti pembangkang negara tersebut, sementara menyerahkan kepada mereka - dan Lynas Corporation - memorandum Selamatkan Malaysia, membantah isu tersebut.
Langkah kedua ialah akan memulakan pertemuan antara Selamatkan Malaylsia dengan Majlis Peguam Malaysia pada 15 hingga 16 Julai untuk membincangkan rancangan untuk memfail injunksi mahkamah bagi menghentikan pelaksanaan projek RM700 juta itu
"Jika kunjungan ke Australia dan injunksi mahkamah itu gagal membawa hasil yang positif, kita mungkin perlu mempertimbang pergi ke ICJ," kata Tan selepas pertemuan knasional NGO untuk memberi taklimat ringkas kepada NGO lain mengenai potensi bahaya dari loji memproses nadir bumi itu.
Beliau berkata jika kes tersebut dibawa ke ICJ, mereka boleh berhujah bahawa ia merupakan "kes negara maju membuli negara dunia ketiga" untuk menerima industri yang mengakibatkan pencemaran teruk.

Sunday, June 26, 2011

BN Cuba Berselindung Di Sebalik Agong?

Bersih 2.0: Polis siasat MP Sg Siput, 29 lain mahu perangi Agong

GEORGE TOWN, 26 Jun — Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman.
Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.
Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.
Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.
Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.
Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.
Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.
Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.
Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.
Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.
Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara.

Dua mahasiswa sertai jelajah anti-Lynas ditahan polis


KUALA LUMPUR, 25 Jun – Dua mahasiswa yang menyertai Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng di Gebeng, Kuantan telah ditahan polis atas alasan yang tidak diketehui kira-kira pukul 2.15 petang tadi.
Dua mahasiswa itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abd Razab dan Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Nur Kamariyah Hamzah ditahan di pekarangan Masjid Taman Balok Makmur dan kini berada di Balai Polis Beserah.
Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng anjuran Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) merupakan satu inisiatif yang dilakukan kumpulan itu untuk memberi penerangan kepada masyarakat di kawasan itu berhubung kesan dan implikasi yang bakal diterima sekiranya projek loji pemprosesan nadir bumi diteruskan.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar, Sekretariat SMM Ahmad Shukri Kamarunddin berkata, pihaknya hanya diberitahu tangkapan itu dibuat “atas arahan pihak atasan.”
“Setakat ini selepas kami membuat jelajah berjumpa dengan masyarakat Gebeng dari rumah ke rumah untuk bersama mereka membantah usaha pembinaan loji nadir bumi, pihak polis telah buat provokasi dengan menahan dua mahasiswa.
“Alasan mereka ditahan masih belum diketahui, sebaliknya polis hanya beritahu ia arahan pihak atasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelas beliau, seramai 50 mahasiswa berada di Gebeng sejak pagi tadi untuk memberi penerangan kepada masyarakat.
Kesemua mereka diwakili persatuan mahasiswa masing-masing termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Pro Mahasiwa, Gamis dan SMM.
Selain program ziarah dan penerangan dari rumah ke rumah, beberapa program lain turut diadakan seperti  forum dan tinjauan sendiri ke  Lynas.
Jelajah itu diadakan bagi membantah projek loji pemprosesan nadir bumi oleh syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation.
Pemprosesan nadir bumi digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid.
Pembeli termasuk dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung kepada bahan mentah yang mana kini mereka bergantung sehingga 95 peratus bekalan dari China.
Cadangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan akan mejadikan ia sebagai pengeluar terbesar selepas China.

Saturday, June 25, 2011

Satu lagi projek Rent-Seeking? RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan

Inilah salah satu lagi projek sakit kerajaan BN yang rakyat tidak tahu, dan memang tidak pernah ambil peduli, sedangkan rakyat yang menanggung akibat dari pembahagian harta negara sewenang-wenangnya......

Neo Chee Hua


Menurut laporan Business Times Singapura yang disiarkan pada 16 Jun 2011, CIMB Bank secara rasmi mengambil alih Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.  Ini kerana syarikat ini telah menghabiskan pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB, namun gagal menyempurnakan projek Asia Petroleum Hub, malah merancang untuk mengumpul RM2.0 bilion lagi untuk mengisi lubang hitam perbelanjaan.
Asia Petroleum Hub ialah satu projek mega yang mengambil tempat di Wilayah Pembangunan Iskandar, selatan Johor (berdekatan dengan Tanjung Pelepas).  Mengikut rancangan asal, projek bernilai RM1.4 bilion ini memiliki kemudahan pelabuhan pelbagai jenis - mampu mengendalikan kapal pelbagai skala, dengan bilangan 3,000 kapal setahun, dan 30 juta tan produk petroleum.
Dalam satu kenyataan pada Julai 2007 oleh Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, projek ini pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009.  Namun demikian, penyempurnaan projek berkenaan belum mencecah 65% sehingga hari ini, dan RM1.4 bilion telah habis digunakan.
Kos pembangunan Asia Petroleum Hub secara keseluruhannya bergantung kepada kemudahan yang ditawarkan CIMB.  Business Times memetik sumber dalaman bahawa CIMB menawarkan bridge loan selama tiga tahun, bernilai RM1.4 bilion kepada Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada tahun 2006.
Lebihan kos sekurang-kurangnya RM2 bilion
Sebagaimana yang diketahui, Asia Petroleum Hub Sdn Bhd telah mengeluarkan RM840 juta pada tahun 2009 untuk membayar kos perbelanjaan projek tersebut.  Tetapi, kos projek tersebut terus melonjak, mengakibatkan kosnya melebihi anggaran RM1.4 bilion sebelumnya.
Menurut sumber, sehingga penghujung tahun 2010, tunggakan perbelanjaan modal (accumulate capital expenditure) termasuk faedah pinjaman telah melebihi RM1.4 bilion, namun projeknya hanya siap sehingga 64%.  Oleh sebab modal yang dikumpulkan gagal untuk menampung perbelanjaan, maka Asia Petroleum Hub Sdn Bhd merancang untuk mencari pelabur agar RM2.0 bilion disuntik lagi untuk mengisi "lubang hitam" yang tidak berpenghujung.  Dengan kata lain, projek yang pada asalnya dianggarkan RM1.4 bilion kini telah mengalami lebihan kos sekurang-kurangnya 142% (atau bersamaan RM2.0 bilion)!
Pada dasarnya, adalah sesuatu yang lumrah apabila berlaku lebihan kos dalam projek pembangunan kerajaan, terutamanya GLCs atau mereka yang merentir (rent-seeking) kerana hubungan yang rapat dengan UMNO atau BN - adalah "pakar" dalam hal "lebihan kos".
Terlalu besar untuk gagal
Di bawah kerangka merentir ini, "kos yang tinggi" ini biasanya diselindungi dengan pelbagai projek pembangunan, disalurkan ke dalam poket parti politik, institusi, korporat dan individu tertentu, melalui pelbagai cara.  Ia adalah hasil daripada politik naungan (Political Patronage) yang diamalkan kerajaan UMNO-BN - menggunakan kerajaan atau institusi kewangan yang dikuasai kerajaan sebagai tiangnya untuk menyokong kepentingan ekonomi kroni.
Disebabkan sokongan kerajaan di sebalik tabir, maka perentir (rent-seeker) ini bersikap untuk membazir sewenang-wenangnya.  Terlalu besar untuk gagal (Too big to fail) - kerana mereka percaya bahawa kerajaan akan menghulurkan tangan agar projek itu diselamatkan pada akhirnya.  Dan sikap inilah yang menyebabkan kegagalan banyak projek mega pada akhirnya.
Projek Asia Petroleum Hub adalah permainan rent-seeking yang tebal dengan politik naungan, berlegar-legar di keliling mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.
Rent-Seeking dan politik naungan
Pemilik projek ini, iaitu Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada asalnya adalah syarikat yang dimiliki KIC Oil & Gas Group of Companies (KIC) dan Trek Perintis Sdn Bhd (yang dikawal UMNO).  KIC memegang 90% saham, dan 10% selebihnya dipegang Trek Perintis.
KIC adalah terminal service provider di Malaysia, diasaskan oleh Abdul Rashid Mohd Isa Al-Qadiry dan Faidzan Hassan Al-Qadiry, yang kini merupakan pemegang saham terbesar.  Trek Perintis pula adalah syarikat proksi UMNO yang dikuasai Abdul Azim Zabidi, Bendahari UMNO ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO.  Azim dilantik pada zaman Abdullah untuk mengurus harta di bawah UMNO.
Abdullah Ahmad Badawi menjadi Penaung Amanah Al-Wariseen, tabung amanah yang digerakkan Kumpulan KIC.  Pada masa yang sama, Reezal Merican Naina Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, juga bekas Setiausaha Politik Abdullah, adalah nama yang muncul dalam lembaga pengarah tabung amanah tersebut.
Rombakan struktur saham
Namun, menurut laporan New Straits Times pada 14 September 2007, selepas satu rombakan struktur saham, pegangan saham KIC dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd berkurang dari 90% kepada 40%, dan saham pegangan Trek Perintis telah bertambah dari 10% kepada 20%.
Pada masa yang sama, dua syarikat iaitu Seaport Terminal Sdn Bhd dan Teori Selatan Sdn Bhd bangkit untuk menjadi pemegang saham Asia Petroleum Hub, masing-masing memegang 35% dan 5% saham.  Seaport Terminal Sdn Bhd dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar kiri), usahawan terkenal yang sering dikaitkan dengan UMNO, sementara Teori Selatan pula adalah sebuah syarikat persendirian yang dikawal oleh Tunku Ibrahim Ismail (Sultan Johor sekarang) yang pada ketika itu Tunku Mahkota.
Pendek kata, Kumpulan KIC telah mengagihkan 50% saham pegangannya dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd kepada istana Johor, UMNO dan Syed Mokhtar yang berhubungan rapat dengan UMNO.
Hubungan kontaktor dengan UMNO
Di samping itu, maklumat menunjukkan bahawa kontraktor yang menerima projek ini tidak kurang datang dari mereka yang berhubungan rapat dengan UMNO.  Senarai kontraktor seperti berikut, ZAQ Construction Sdn Bhd, Mott MacDonald Sdn Bhd, Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd, Muhibbah Engineering Bhd dan Qi-PMC Sdn Bhd.
Asia Petroleum Hub Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek ini, dan ZAQ Construction Sdn Bhd adalah Managing Contractor, bertanggungjawab untuk melantik dan mengagihkan projek kepada sub-kontraktor.  Bos dan Pengarah ZAQ Construction ialah Zainal Rafique, adik beradik kepada Zamani Rafique, iaitu seorang lagi Pengarah.  Seorang lagi adik-beradik mereka, Zulkifly Rafique adalah pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners - antara orang rapat Perdana Menteri Najib Razak.  Najib merombak semula harta parti dan memasukkannya di bawah Temasek Padu, dan melantik Zulkifly untuk menjaga syarikat ini.
Qi-PMC Sdn Bhd dan ZAQ Construction mempunyai struktur pegangan saham yang sama, dan Zamani sebagai Pengarah ZAQ Construction, juga salah seorang pengarah Qi-PMC.  Apa yang menarik, Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan ketika zaman Abdullah menyandang jawatan PM, adalah adik beradik Zulkifly.  Zulhasnan juga dilihat sebagai orang rapat Abdullah Ahmad Badawi (gambar kanan).
Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd dan Muhibbah Engineering Bhd adalah sub-kontraktor dalam projek ini.  Antaranya, Kencana Petroleum adalah syarikat tersenarai yang dimiliki Mokhzani Mahathir, anak kepada mantan PM Mahathir Mohamad.
Sub-kontraktor menjadi mangsa
Jika dilihat kepada perkembangan akhir projek Asia Petroleum Hub, tidak kurang sub-kontaktor yang menjadi mangsa kepada skandal kewangan projek ini.  Antaranya, Muhibbah Engineering Bhd memaklumkan kepada Reuters baru-baru ini, bahawa hutang setinggi RM370.8 juta masih belum dibayar kepada syarikatnya, sehingga akhir tahun 2010.
Selain itu, Nam Fatt Corporation Bhd juga menyaman ZAQ Construction melalui tribunal dan menuntut agar ZAQ membayar hutangnya.  Sebagaimana yang diketahui, ZAQ memberi dua kontrak kepada Nam Fatt Corporation Bhd, yang jumlahnya bernilai RM550.3 juta.  Menurut kenyataan Nam Fatt Corp. Bhd, ZAQ belum menjelaskan hutang sejumlah kira-kira RM39 juta sehingga akhir tahun 2010, dan Nam Fatt menuntut pampasan RM65.86 juta daripada ZAQ Construction.
RM1.4 bilion hilang entah ke mana?
Menurut jumlah hutang yang didakwa dua sub-kontraktor di atas, projek Asia Petroleum Hub ini sekurang-kurangnya memikul hutang RM400 juta (tidak termasuk pampasan kerugian kontaktor).  Mengapa satu projek yang mendapat pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB gagal menjelaskan hutang RM400 juta?
Kini, adalah menjadi satu tanda soal, sama ada RM1.4 bilion yang pada asalnya digunakan untuk menampung kos pembinaan - dihabiskan kerana lonjakan kos, atau disalurkan ke dalam poket rent-seeker?
Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan.  Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan.  Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 21 Jun 2011.

Kalau Hanya Mencari Nama!

NGO Muslim tarik diri dari sertai Flotilla II
Ismail Hashim   
 SHAH ALAM, 24 Jun: Dewan Pemuda PAS menegaskan tidak akan menghantar wakil untuk menyertai Flotilla II dan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia.
Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, meski dipujuk oleh pihak terbabit untuk bersama dengan Flotilla II, namun Pemuda PAS enggan.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily petang ini, Riduan berkata, pihaknya akan membantu rakyat Palestin dalam bentuk lain dan tersendiri.
"Kami hanya enggan sertai flotilla II ini tetapi Pemuda PAS akan bantu melalui kaedah lain dan kami akan mengelak diri dari dimanipulasi oleh Umno BN.
"Banyak pihak menyifatkan misi kali ini cuba dikudatunggangi BN yang ingin mewajahkan mereka mesra Palestin sedangkan sudah RM154 juta mereka bayar pada APCO," tegasnya.
Beliau mengesahkan Ketua  Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi telah dihubungi oleh Pengerusi LL4G, Dr Noorazman Shamsudin melalui panggilan telefon, semalam.
Dalam pada itu, sehingga petang ini semua NGO Muslim yang merintis LL4G untuk menjayakan Flotilla II telah menarik diri.
Setelah Muslim Care Malaysia dan Cakna Palestin secara rasmi menarik diri pada 22 dan 23 Jun, dimaklumkan hari ini Public Campaign to Protect Palestine (PC2P) - Aman Palestine pula akan menarik diri secara rasmi.
Sementara itu ketika dihubungi, Pengerusi Haluan Palestin, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan mengesahkan Haluan Palestin tidak bertanggungjawab di atas apa-apa tindakan Noorazman kerana beliau  tidak mewakili Haluan dalam LL4G Malaysia ataupun Flotilla II.
Jelasnya, kepimpinan tertinggi Haluan telah membuat keputusan rasmi pada hujung April 2011 bahawa Haluan tidak menyertai LL4G Malaysia dan Flotilla II dan Noorazman juga telah dinasihatkan  tidak terlibat.
Menurut Dr Syed Muhamad, penglibatan Norazman dalam LL4G dan Flotilla sekarang ini adalah atas kapasiti individu dan bukan sebagai wakil Haluan.
Sementara itu, Muslim Care pula memaklumkan sedang membuat persiapan untuk misi bantuan ke Gaza melalui Rafah.
Misi ini kemungkinan akan turut disertai oleh Cakna Palestin dan NGO serta beberapa pihak lagi.

Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis.
“Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa.
“Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain.
“Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap,” tambah beliau.
Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000;  Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.
Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.
“Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun,” bidas Kit Siang.
Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.
Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.
“Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya ‘testimoni pakar’ dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar,” soal Kit Siang.
Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno.

Lynas: Kami mahu menyumbang, bukan rosakkan


Lynas Corporation Ltd, dari Australia, yang kini terjebak di dalam keadaan kontroversi berkaitan cadangan pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang, menyatakan ia mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti dan bukan dilihat sebagai datang ke negara ini dan merosakkannya.

Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis, yang tidak menjangka tentangan yang dihadapi lebih besar dari jangkaan, memberitahu Bernama bahawa beliau menyambut baik teguran membina oleh pihak yang bimbang mengenai isu itu kerana terdapat terlalu banyak penyebaran maklumat yang salah.

Adalah dilaporkan bahawa kontroversi mengenai pembinaan kilang oksida nadir bumi bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Estet Perindustrian Gebeng, itu telah mencetuskan dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang membahayakan kesihatan orang ramai.

Curtis bersetuju bahawa Lynas gagal menyalurkan maklumat secara aktif kepada komuniti.

"Saya raya saya juga bertanggung jawab kerana tidak cukup menjelaskan kedudukan kami. Kami ingat kami telah melakukan yang mencukupi untuk meredakan tentangan dengan memberikan penjelasan kepada para pengawal aturan mengenai apa yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan kelulusan apabila obligasinya lebih daripada itu terhadap komuniti," katanya.

Katanya kerajaan telah bertindak secara bertangggung jawab dengan tidak bertolak ansur mengenai isu kesihatan dan keselamatan.

"Kami tidak mahu menyebabkan kerosakan terhadap komuniti. Kami mahu memastikan industri itu selamat. Kami tidak berkomunikasi secara berkesan di dalam isu itu," katanya.

Katanya urusan nadir bumi sebenar adalah sangat baik bagi masa depan kerana ia menjuruskan kepada pengeluaran bahan bagi penggunaan sains dan teknologi, yang termasuk teknologi hijau dan adalah industri yang baik bagi Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.

Adalah difahamkan bahawa nadir bumi adalah elemen utama di dalam bahan canggih di segi teknologi, di dalam pembuatan kepelbagaian produk yang meluas, yang termasuk pengubah pemangkin, turbin angin, bateri kereta hibrid, pemacu cakera, telefon mudah alih dan paparan skrin rata.

Sehubungan itu, urusannya yang sebenar mempunyai potensi yang besar untuk menjadi satu wadah bagi mewujudkan rantaian nilai masa depan bagi membina kluster industri bernilai tambah akan datang yang akan dibina di sini.

"Wujud peluang yang menerujakan bagi membina satu kluster industri berteknologi tinggi seperti automotif, elektronik yang selari dengan pelan 2020," kata Curtis.

Katanya Malaysia adalah satu tempat yang baik untuk datang melabur dan Gebeng mempunyai infrastruktur yang perlu bagi industri berat.

"Kami memilih untuk datang ke Malaysia. Kami telah membuat pilihan untuk mengkaji tapak di Australia dan juga tempat lain seperti China. Oleh kerana kami aktif dalam perniagaan global, kami memilih Malaysia kerana infrastrukturnya telah lengkap dibangunkan dan peraturannya adalah jelas," katanya.

Curtis berkata standard Malaysia dikenali sebagai paling ketat di dunia yang memerlukan satu lesen bagi sebarang bahan yang mempunyai sebarang paras radiasi.

Syarikat itu juga memilih untuk datang ke Malaysia walau pun mengetahui reaksi komunitinya terhadap insiden Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah pada awal 1990'an.

"Kami merasakan persekitaran pengawal atur mengetahui mengenai risiko dan paras profesional di sini adalah tinggi. Jadi, kami boleh menjelaskan secara berkesan dengan para pengawal atur. Kami juga mengetahui bahawa bahan kami secara fundamentalnya berbeza dengan yang di Bukit Merah," katanya.

Syarikat itu sebelum ini menekankan bahawa bahan mentah itu akan disumberkan dari Mount Weld di Australia tidak sama berbanding yang diproses di Bukit Merah.

Amang yang diproses di Bukit Merah mengandungi paras tinggi thorium, yang menjadi sumber radiasi, manakala Lynas menggunakan bahan mentah yang lazimnya mempunyai paras thorium yang rendah, iaitu 50 kali lebih rendah dari amang yang digunakan oleh ARE.

"Kami tidak mahu merosakkan komuniti. Kami mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti," kata Curtis, sambil memastikan bahawa aspek keselamatan sangat dititikberatkan oleh Lynas.

Lynas mengumumkan pada April bahawa pembinaan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah mencapai peringkat 40 peratus dan berada pada landasan disiapkan menjelang September 2011.

Bagaimana pun, kebimbangan orang ramai yang meluas mengenai keselamatan projek itu telah mendorong kepada pelantikan panel bebas pakar antarabangsa untuk menyemak semula kesemua aspek kesihatan dan keselamatan projek itu.

Panel pakar yang dilantik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah membuat lawatan tapak dari 29 Mei hingga 3 Jun dan laporannya akan dikemukakan kepada kerajaan menjelang akhir bulan ini.

Curtis berkata Lynas akan akur sepenuhnya dengan keputusan IAEA dan syarikat itu akan sentiasa menunjukkan bahawa ia bersikap jujur dengan apa yang telah dinyatakannya.

--Bernama