Friday, January 28, 2011

Tazkirah ingatkan Mati: Bab 9

#MELAFAZKAN "LAILAHA ILLALLAH" KEPADA ORANG YANG BERADA DALAM DETIK-DETIK KEMATIANNYA.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Sa'id al-Khudri ra beliau berkata:

Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Ajarilah orang yang menghadapi kematian kalaimat "La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan selain Allah)."

Hal ini dianjurkan agar akhir perkataan orang yang mati adalah kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT dan ia mengakhiri hidupnya dengan bahagia,hingga ia masuk dalam kategori seperti yang disabdakan Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah "Tiada Tuhan selain Allah SWT" maka ia akan masuk syurga.

Bukankah saudara-saudara telah mengetahui bahawa dengan mengajarkan dan mendiktekkan syahadat kepada orang yang sakarat juga merupakan ucapan selamat datang untuknya, dan merupakan pertolongan kita untuknya dalam menghadapi syaitan yang muncul ketika sakarat untuk menghancurkan akidahnya,dan apabila orang yang sakarat tersebut telah mengatakannya sekali,maka talqinnya jangan diulangi kecuali setelah ia mengatakan kata-kata yang lain.

Abdullah bin al-Mubarak pernah berkata:"Ajarilah orang-orang yang sakarat untuk mengucapkan "tiada Tuhan selain Allah" apabila ia telah mengatakannya maka tinggalkanlah ia." Menurut beberapa ulama',hal itu kerana jika talqin itu diulang-ulang maka syaitan akan memberatkan lidahnya hingga orang yang sakarat tersebut tidak kuasa untuk mengucapkannya,hingga hal itu dikhuatirkan akan menjadi sebab akhir hidupnya menjadi buruk.

Al Husain bin Isa bercerita bahawa ketika Ibnu Mubarak menjelang wafat maka beliau meminta kepada al-Husain:"Ajarkan aku "la ilaha illa Allah" dan jangan ulangi kecuali setelah aku mengatakan kata-kata yang lain."

Hal itu kerana maksud dari talqin adalah agar di hati manusia tidak ada hal lain kecuali kesaksian "tiada Tuhan selain Allah" ketika ia meninggal. Kerana yang dinilai dan dilihat oleh Allah SWT adalah apa yang terdapat dan terlintas di dalam hati manusia,dan itulah yang menyebabkan seorang hamba akan selamat.

Sedangkan gerakan lidah hanyalah merupakan terjemahan dari apa yang ada di dalam hatinya,kalau tidak,maka ucapan "la ilaha illallah" di lidah seorang yang sakarat tidak akan ada gunanya.

Menurut para sebahagaian ulama' terdahulu,bahawa untuk seorang yang pintar dan 'alim,cukuplah disebutkan dan dibacakan baginya hadis tentang talqin.Hanya Allah SWT jugalah yang lebih mengetahui.

*****