Kerajaan Ambil Kira Beban Rakyat Sebelum Buat Keputusan Mengenai Harga Minyak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil kira bebanan kepada rakyat dalam membuat apa jua keputusan berkenaan harga minyak Ron 95 yang pada masa ini tidak akan dinaikkan.
Harga Ron95 sekarang adalah RM1.90 se liter.
"Apa juga keputusan kita akan buat kita akan ambil kira bebanan kepada rakyat. Ini yang kita akan utamakan meskipun kita terpaksa mengeluarkan subsidi yang besar," kata Najib, yang juga Menteri kewangan, memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi UMNO di sini Jumaat.
Harga minyak mentah di pasaran dunia berada pada harga AS$112.60 setong pada Jumaat selepas mencapai A$120 semalam berikutan bekalan terganggu akibat krisis politik di Libya, salah satu negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec).
Kerajaan, katanya prihatin tentang soal belanja dan kos hidup rakyat yang perlu dikawal supaya "keadaan inflasi kita tidak meningkat lebih tinggi daripada apa yang dihadapi sekarang ini, yang masih dalam keadaan terkawal."
"Kita tidak mahu ini (inflasi) menjadi satu sungutan di kalangan rakyat," kata Najib, apabila ditanya mengenai bimbangan yang harga minyak akan dinaikkan seiring dengan kenaikan harga minyak dunia sebab pergolakan politik di Timur Tengah.
Indeks Harga Pengguna, yang merupakan ukuran inflasi, bagi Januari 2010 meningkat 2.4 peratus kepada 101.8 berbanding 99.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Beliau berkata bahawa kerajaan akan terus memantau keadaaan.
"Saya tidak boleh nak kata apa-apa dari segi masa akan datang (tetapi) buat masa ini kita tidak ada cadangan untuk menaikkan harga minyak," katanya.
Katanya kalau keadaan di timur tengah ini dapat reda cepat, harga pasaran dunia akan turun.
Bagi tahun ini, jumlah subsidi untuk harga minyak adalah RM10.3 bilion. - BERNAMA