Inilah dasar UMNO memperbodohkan rakyat dan mengugut rakyat sehingga rakyat nampak bodoh
dan seperti bodoh seakan zaman 60an. Bermain politik kampong.
Harta rakyat dianggapkan harta UMNO. Harta negara dianggap harta kerajaan UMNO. Inilah padahnya
kerana terlalu lama memerintah sehinggakan harta kerajaan dan negara dikatakan harta peribadi, harta UMNO,
harta BN???
Apakah rakyat tak tahu fikir?
Bukankah harta kerajaan adalah harta negara?
Harta negara adalah harta rakyat seluruhnya, yang dikenakan pelbagai cukai, denda, saman, levi, cukai perkhidmatan,
cukai ses, cukai import, cukai korporat, cukai pendapatan dan bermacam cukai lagi......apakah ini harta peribadi dan
pemerintah semasa?
Sekali-kali tidak, ia harta negara, harta rakyat dan warga seluruhnya. Cuma diberikan amanah oleh rakyat yang
memangkahnya PRU setiap 5 tahun. Itu saja. Bukan pula menjadi hak sesiapa.
Bahkan bila dinamakan amanah, akan ditanya di mahkamah Rabbul Jalil, dari mana datang harta negara dan ke mana
ia dibelanjakan.....apakah sanggup TPM menjawabnya di mahkamah Allah di padang mahsyar?
Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno
Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.
"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.
Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.
Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.
Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.