Monday, May 28, 2012

Begini... Bila Non Muslim Berpurdah Di Finland

Seorang Wartawan Finland Menyamar Memakai Purdah ( Niqab@Burqa )
SEORANG perempuan memakai baju jubah hitam lengkap dengan purdahnya menjadi pusat perhatian pengunjung Mall Itäkeskus di kota Helsinki, bandar terbesar di negara Finland. Tidak seorang pun tahu bahawa wajah dibalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim tetapi seorang wartawan, non-Muslim, daripada surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia.
Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan pakaian Muslim lengkap dengan purdahnya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam. Bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya?

Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab. Begini, kisah beliau..

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang lelaki di sebuah kedai barang-barang etnik. Lelaki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tetapi dengan sikap acuh tak acuh seperti kebiasaannya. Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan Muslim.

A veil test made by a Helsingin Sanomat reporter in the Itäkeskus shopping mall on Wednesday demonstrated that covering the face is still rarely seen in Helsinki.

Tiba-tiba lelaki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya masa meminta maaf. Saat itu saya merasakan hal yang tidak pernah saya rasa sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.

Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Saya naik ke sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tidak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan penumpang. “Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.

Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.

Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar. Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan.

Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik perhatian orang ramai. “Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan untuk menutup bahagian mukanya.

Di Mall Itäkeskus, saya perhatikan ramai orang yang melihat saya dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik. Saya pun baru mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.

Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di Mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat mengucapkan “Assalamu’alaikum”.

Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang memakai pakaian Muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya.

Ketika itu saya tidak tahu apa artinya. Saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa sejahtera dan kesalamatan. Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi.

Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu. Beberapa jam selepas berjalan – jalan dengan memakai jubah dan purdah, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan.
Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika kamu pakai, kamu akan merasa damai.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • Kisah ini patut menjadi renungan di saat negara-negara Eropah beramai-ramai mula melarang jilbab dan purdah. 
  • Pengalaman wartawan ini membuktikan tidak perlu ada dasar larangan berpurdah atau bertudung, terutamanya di barat seperti yang dikuatkuasakan.
  • Kerana sikap 'Islamofobia' masyarakat Barat itu menunjukkan tdak terbukanya pemikiran mereka.
  • Malangnya pula di negara-negara umat Islam sendiri yang tiada 'Islamofobia' masih ada pemimpin-pemimpinnya yang  mengaku Islam masih memandang rendah dan menyindir wanitanya yang berpakaian begini.
(IH/DM/www.hs.fi)