Monday, May 28, 2012

3 punca rakyat Amerika tidak bahagia

Data kajian daripada tahun 1985 sehingga tahun 2005 menunjukkan peratusan rakyat Amerika yang puas hati dengan kehidupan mereka telah menurun sebanyak 30%. Peratusan mereka yang merasakan amat tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka pula telah meningkat sebanyak 50%.
Antara punca yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah tersebut adalah:

  1. Perhubungan yang semakin longgar antara keluarga dan juga kawan.
  2. Penurunan penglibatan orang ramai terhadap aktiviti kemasyarakatan.
  3. Berkurangnya tahap kepercayaan orang ramai terhadap institusi politik.
laporannya ada di sini
Aku rasa negara kita juga sedang mengalami situasi yang sama sepertimana yang rakyat Amerika alami. Perhubungan antara keluarga dan lebih-lebih lagi antara kawan-kawan semakin longgar. Ini mungkin ada kena mengena dengan penggunaan teknologi yang berlebihan dan juga ketagihan penggunaan media sosial.(blogwartashubhi)