Menurut stesen anti ketua menteri Sarawak yang berpangkalan di London itu, Peter John Jaban - yang menggunakan nama Papa Orang Utan - "ditahan, diambil gambar dan difotokopi dokumennya sebelum diiring ke kapal terbang".
"Kami sedang menunggu maklumat kenapa beliau ditahan," kata stesen itu dalam kenyataannya hari ini.
Peter ketika ditahan sedang bercuti dan merancang pulang ke Sarawak bagi menemui anggota keluarga dan merayakan Hari Gawai.