‘Janji Ditepati’ diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia?
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini. Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.
Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia Tenggara itu.
Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahwa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.
Lirik “Janji Ditepati” ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.
“Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,” kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.
“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.
“Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.
Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.
Klip video lagu “Janji Ditepati” dan “Serukan Namanya” telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular dikalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.
“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.
Lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things New”.
“Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”
Permintaan maaf terhadap Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang pejabat kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakkan harta seperti pada bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor dari Sumatera Utara dan gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara.
Kedua-dua negara mempunyai pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan.
Akan tetapi, melodi lagu “Janji Ditepati” dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six.
Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam.
Rais juga mengetahui kritikan ini apabila dia telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu dia tulis liriknya.
“Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari k bawah’ ada juga,” kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim.
Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi “Janji Ditepati” dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme.
“Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme,” kata pendidik musik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di tempat beli-belah yang popular, Pavllion.
Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 nota. Beliau bertambah lagi yang komposisi musik pop biasanya mempunyai 7 nota.
Menurutnya lagi, “Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada ‘Janji Ditepati’ ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini.”
Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk “Janji Ditepati” sedar akan persamaan yang ada dengan “Serukan Namanya” dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.
Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an.
Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, “Terang Boelan”, dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, “La Rosalie”, daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.
Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi diantara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.
“Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?” tanya beliau.
Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih “Janji Ditepati” sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka.
Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya.
Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa “segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup”.
“Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?” katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.(themalaysianinsider)