PATI : MAFIA POLITIK DI SABAH?
PATI paling kebal
undang-undang, Arsad Alwi masih lagi bertugas di SMK Balung serta menerima gaji
penuh walaupun namanya telah disahkan sebagai tidak wujud dalam sistem JPN.
Bahkan beliau semakin galak
mempersendakan undang-undang Malaysia setelah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berani mengambil sebarang tindakan
ke atasnya.
Slip gaji berikut
membuktikan Arsad Alwi masih menerima gaji dan masih lagi berkhidmat di SMK
Balung kerana tiada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan
memiliki IC Palsu setelah pemilik asal dan beberapa pihak membuat puluhan
laporan polis.
Kes Arsad ini menunjukkan satu
lagi kepincangan kerajaan BN dalam menguruskan isu pemalsuan dokumen sekalipun
RCI sudah dilancarkan dan pelbagai pihak telah memberikan keterangan.
Semoga insiden Tanduo
menjadi pengajaran kepada kerajaan yang selama ini cuai menjaga perbatasan
negara sekalipun pasukan keselamatan kita dilengkapi dengan persenjataan
canggih tetapi masih cuai menjaga kedaulatan negara sehingga mengorbankan jiwa
perajurit yang tidak berdosa.
Bolosnya 'Kedaulatan' ini akibat
daripada sikap tidak amanah mereka yang memberikan Mykad dan membuka pintu
seluasnya kepada PATI untuk masuk dan menjadi koloni yang kemudiannya menjadi
tapak pembiakan kegiatan keganasan di Sabah.
Lebih daripada itu, ramai
PATI yang mengklon kad pengenalan Anak Negeri Sabah dan hidup senang lenang di
atas penderitaan orang lain. Video ini adalah paparan sebenar penderitaan Anak
Negeri Sabah di ambang RCI yang semakin pudar. [Amaran : bahagian awal video
ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Video ini juga boleh ditonton dalam
bentuk kualiti HD]
(sabahkini )