Ramai yang menyangkakan
bahawa Iran dan Syiah adalah golongan utama dalam membebaskan Palestin
dinafikan oleh seorang Doktor dalam ilmu hadis dari Gaza, Syeikh Dr.
Wael Alzard. Menurutnya, pembebasan masjidil Al Aqsa hanya dapat
dilakukan oleh Ahlussunah wal jama'ah.
"Kami memegang prinsip
sebagaimana disunnahkan oleh Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam dan
para sahabat bahawa yang boleh membebaskan masjid Al Aqsa adalah
Ahlussunah, itu sama sekali tidak ada keraguan," katanya kepada
Islampos.com, Rabu (17/7/2013) di Masjid Darussalam Indonesia.
Pensyarah ilmu hadis di
Gaza University for Applied Sciences ini mengakui Iran memang memberikan
bantuan ke Hamas. Tapi bantuan murni itu lahir dari tawaran Iran,
kerana Hamas tidak pernah meminta-minta bantuan.
Dari awal lagi, Hamas sudah menegaskan kepada Iran bantuan yang diberikan tidak boleh disertai dengan kepentingan tertentu.
"Urusan kita dengan Iran
hanyalah urusan politik yang sama sekali tidak memberi kesempatan untuk
menguubah fikrah dan akidah muslim Palestin," kata lelaki yang
mempunyai dua cucu ini.
Hal ini dapat dilihat
dari keyakinan muslim Palestin yang tidak lari sedikit pun dari
Ahlussunah wal jama'ah. Bahkan Palestin adalah satu-satunya negara yang
bebas Syiah.
"Silahkan buktikan di seluruh dunia ini, Palestin adalah satu-satunya negara yang tidak ada syiahnya," katanya.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب