Showing posts with label Politik/Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Politik/Ekonomi. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Bank Abu Dhabi jual pegangan RHB, dapat lesen baru




March 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) akan menjual 25 peratus pegangan dalam RHB Bank memandangkan Bank Negara Malaysia bakal mengeluarkan lesen perbankan kepada National Bank of Abu Dhabi.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider,  Abu Dhabi tidak dibenar memegang ekuiti dalam dua bank tempatan dan oleh itu, ia telah memutuskan untuk menjual pegangan dalam RHM yang nilainya dianggarkan RM4.2 bilion.
Reuters melaporkan, ADCB telah melantik Goldman Sachs untuk menjual pegangan itu selepas menyenaraipendekkan tiga hingga empat bank.
“Abu Dhabi hanya boleh pegang satu lesen. ADCB bersedia melepaskan pegangan dalam RHB sebab mereka tidak bersetuju dengan gaya pengurusan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
ADCB membeli satu perempat pegangan RHB, pemilik RHB Capital pada RM3.9 bilion atau RM7.20 sesaham pada pertengahan 2008.
Cakap-cakap pasaran menyebut, bank kedua terbesar di Malaysia CIMB sedang mempertimbang untuk menggabungkan dengan RHB apabila pegangan ADCB selesai dijual.
Bagaimanapun penggabungan CIMB dan RHB kemungkinan hanya akan menjadi perkara terakhir untuk diputuskan kerana langkah itu akan membawa kepada kehilangan peluang pekerjaan, yang pastinya menjadi perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang meletakkan sasaran mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baru dalam satu dekad akan datang.
Pemberhentian pekerja dalam sektor perbankan boleh menjejaskan sokongan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan menjelang pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut tahun ini.
Turut menjadi perhatian ialah kemungkinan penggabungan dengan CIMB, yang diterajui adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak, kemungkinan akan menjadikannya terlalu besar selepas mengalami pertumbuhan luar biasa sepanjang satu dekad lalu.

Monday, February 7, 2011

Harap Zahid Dapat Jawab!

Why does it cost US$328 million or RM1 billion to build patrol boats in Malaysia?

Raja Petra Kamarudin
Govt allocates RM6 billion for 6 patrol vessels
(Bernama) - The Government has agreed to allocate RM6 billion to build six second-generation patrol vessels for the Royal Malaysian Navy, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (photograph above) said.
The construction of the ships will boost the economy while benefiting 632 vendor companies, he told reporters here yesterday after a briefing on the project.
“Thus, we will ensure that at least RM2 billion of the allocation will benefit these vendor companies, which are strategic partners of Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd,” he added.
Ahmad Zahid said that he would monitor the progress of the project, due to start next year, and ensure that all concerned benefit from it and that there was no delay in paying the vendors.
He said that Boustead Naval Shipyard had constructed several new generation vessels for the navy and shown itself to be on par with other ship builders in the world.
***************************************
East Timor paid US$28 million for the 175-tonne Shanghai class boats
East Timor is acquiring two navy patrol boats from South Korea (picture above) as the country moves further out of Australia's sphere of military influence.
The acquisition, which has not been publicly announced, comes after the country bought two 43-metre Chinese patrol boats, which strained relations between Australia and the government in Dili earlier this year.
East Timor's marine police unit is also moving to purchase nine smaller boats, adding to its fleet of three, the marine police commander, Lino Saldanha, told journalists in Dili.
When the Chinese patrol boats were launched in June, Ian Storey, a regional defence expert at the Institute of South-East Asian Studies in Singapore, said Dili wanted to ''demonstrate to Canberra that it has other choices when it comes to defence partners''.
East Timor paid US$28 million for the 1960s-designed, 175-tonne Shanghai class boats.
***************************************
The 154-foot Sentinel-class Fast Response Cutter: Price US$41 million
The 154-foot Sentinel-class Fast Response Cutter will be a key component of the Coast Guard’s recapitalised fleet. It will be capable of speeds in excess of 28 knots and feature a cutter boat stern ramp launch and recovery system. Its armament includes one stabilized, remotely-operated 25mm chain gun and four crew-served 0.50 caliber machine guns. It will have a crew capacity of 23 people and will be able to perform independently for a minimum of five days at sea and be underway for 2,500 hours per year.
***************************************
The Clyde River class patrol boats: Price £30 million or US$48 million
Specifications
Displacement: 1,854 tonnes full load
Length Overall:  81.5m (265 feet)
Length waterline:  73.6m
Beam: 13.6m (46 feet)
Draught - 3.8m (11.5 feet)
Speed: 19 knots full load (21kts sprint)
Endurance: 21-day endurance,
Range: 5,500 nm at 12 knots
Engineering:  Main Engines 2 X 12V RK270 Rushton Marine Diesels Rated at 4125kw at 1000 RPM;
Bow Thruster: 280 kw; Stern Thruster: 185 kw; 3 Main Generators: 250 kw; 1 Emergency Generator: 170 kw
Guns: 1 x 30mm, 4 x GMPG
Sensors: Terma Scanter 4100 air and surface surveillance radar
Complement: 36 (6 officers, 9 SR, 21 JR), accommodation for 58
Aviation: Flight Deck Arrangements sufficient size to take for a Lynx, Sea King and Merlin Helicopters

Friday, January 28, 2011

Ramon: Aliran keluar wang haram M'sia perlu disiasat


Terdapatnya keperluan untuk menyiasat dan mengambil tindakan pemulihan seandainya perlu, berhubung dengan laporan aliran keluar kewangan haram dari Malaysia, kata Pengerusi Pusat untuk Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam.

ramon navaratnam interview 071108 05Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Kita perlu tanya diri kita sendiri mengapa wang ini keluar," kata Ramon kepada pemberita di Persidangan ke-13 Tinjauan Strategik Malaysia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia, Datuk Nicholas Zefferys memberitahu pemberita yang Bank Negara Malaysia telahpun menetapkan peraturan pengubahan wang haram yang ketat.

"Malaysia mempunyai perlindungan kukuh terhadap pengubahan wang haram dalam sistem perbankan tradisional," kata beliau.
- Bernama

Thursday, December 30, 2010

Ermmm....Cuba Tilik Air Dalam Baldi

MAHFUZ LETAK JAWATAN PENGERUSI GLC KEDAH - mkini

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.
Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.


KOMENTAR TUKAT TIUB

semua tertanya tanya? apa ini ?
kenapa mahfuz letak jawatan?
inilah realpolitik

realpolitik ialah politik yang memandu ekonomi
tak sangkut paut dengan agama
tak sangkut paut dengan bangsa
tak sangkut paut dengan bahasa
fuluuuuuus
dollaaaaar
repeeeee
riyaaaaal
ringgit

inilah realpolitik

mahfuz seorang politikus yang jujur
telah meletakkan jawan kerana telah berlaku
satu penyelewengan yang amat besar dalam
pemberian tender untuk membuat projek :
KOLEJ INSANIAH KUALA KETIL

ini projek contoh yang akan membanggakan PAS dan Pakatan Rakyat.
projek kampus KOLEJ INSANIAH ini dianggarkan 300 juta ringgit
tender telah dibuka
enam syarikat telah melamar
tetiba sebuah syarikat lanun besar yang tidak masuk
tender telah di berikan projek ini.

siapa kanun ini ?

dibelakang lanun ini ialah mahafiraun

lanun ini ialah syed mokhtar

mahfuz yang jujur dan ikhlas telah meletakkan jawatan
kerana tidak bersetuju

AWAS !
anak anak muda besedia kerana penipuan
sedang berjalan bukan sahaja di kedah tetapi
di teranganu, kelantan dan selangor !

(TT)
Komen: Cuba bandingkan berita dari singapura di bawah!

Concerns rise over Syed Mokhtar’s debt load


By The Malaysian Insider
Concerns are rising over the growing debt load in Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary’s companies now that the tycoon is expected to snap up the multi-billion ringgit tunnelling contract for the city’s RM36 billion train service and the Penang port.
Singapore’s Straits Times reported today that the Kedah-born businessman’s debts could be as high as RM25 billion, with RM21 billion itself incurred by his flagship MMC Corp although his officials claimed most of it is due to project financing.
“There are a host of corporate governance issues that plague his group and the chief among them is the rising debt load,” said one chief executive of a boutique financial consultancy.
“The fear is that his group could be the Renong of this decade,” said a senior politician from Umno, referring to the politically well-connected conglomerate headed by businessman Tan Sri Halim Saad.
Renong feasted on infrastructure projects dished out by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad’s government. But when the regional crisis hit in mid-1997, it was crippled by huge debts and was eventually bailed out with public funds.
The Singapore daily reported that in the past year Syed Mokhtar (picture) had emerged as “the single biggest beneficiary of state contracts and concessions worth billions of ringgit, making him Malaysia’s most favoured corporate son and the government’s partner of choice.”
But close associates of the lanky and reserved tycoon insist the debt concerns are misplaced and he is not biting off more than he can chew.
The newspaper said they acknowledged that the debt load of Syed Mokhtar’s corporate flagship, publicly-listed MMC Corp, which stands at just over RM21 billion, may appear high. But the lion’s share of the debt is project finance, a complex form of financing reserved for large-scale infrastructure projects where the debt is typically repaid from funds generated from the businesses.
“The debt load is manageable and is high because of the nature of the businesses the group is involved in,” said a senior corporate lieutenant of Syed Mokhtar, who insisted it can easily raise funds to finance future projects.
But some Kuala Lumpur-based bankers are not so sanguine, noting that the financial returns from many of the group’s assets — such as its power plants — are poor yielding, and that its ports, which are not performing well, could suffer should the global economy enter a slump.
The newspaper also said the shares of the listed companies in Syed Mokhtar’s corporate empire “do not seem to appeal to conservative foreign and domestic fund managers”.
Born to a family of traders with roots in Bokhara, in present-day Uzbekistan, Syed Mokhtar began his business career peddling Thai rice to the state governments in northern Malaysia before riding the boom on the stock market in the 1990s.
The capital from trading in stocks provided him with financial heft for his first major venture: the purchase of a port in Johor which today is the Port of Tanjung Pelepas.

Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

KPRU
Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.
PENGURUSAN KEWANGAN
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif.  Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).
Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.)  Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.
Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.)  Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.
Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)
Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.
Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009
Melaka dengan Pulau Pinang
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang.  Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta.  Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.
Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1.  Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.
Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).
Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya.  Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan.  Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)
Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka

PENTADBIRAN NEGERI
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri.  Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.  Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)
Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.
Kajian Kes: Isu Curi Pasir
Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor.  Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.
Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)
Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.
Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan.  Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.
Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang.  Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta.  Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Melaka dengan Pulau Pinang
Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang.  Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali.  Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat.  Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga.  Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang?  Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya.  Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta.  Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung?  Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )
PENDEMOKRASIAN
Johor/Pahang dengan Selangor
 
Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:
1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.
Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka.  Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat.  Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.
Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka.  Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional.  Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.
Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi.  Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan.  Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.
Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.
(merdekareview)

Tuesday, December 28, 2010

Malaysia Tidak Diyakini Pelabur Asing?


Pelabur kurang: Najib hanya sibuk pertahan kuasa
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketika para pelabur diingatkan supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sibuk dengan kepentingan sendiri untuk mempertahan kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Syarikat pengurusan dan penasihat kewangan tersohor, Bank of America Merrill Lynch baru-baru ini mengingatkan supaya dikurangkan pelaburan ke negara ini, suatu tanda yang jelas bahawa Najib tidak diyakini sebagai pengurus ekonomi yang boleh diharapkan yang sekaligus menjadi ancaman kepada ekonomi negara.
"Tetapi, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kerajaan Najib berusaha menangani perkara itu sebaliknya beliau hanya sibuk untuk mempropagandakan konsep 1Malaysia yang dilihat sebagai peniruan konsep One Israel termasuk membawa pemain import ke ke Jabatan Perdana Menteri, antaranya (ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, Datuk Seri Ahmad) Farid Ridzuan," kata beliau.
Najib, kata Mahfuz, ternyata lebih berminat mempertahankan kuasanya dengan memberi tumpuan kepada mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu setelah konsep itu gagal menarik perhatian rakyat.
"Sama seperti pelbagai hingar-bingar dan kebisingan Najib dalam bidang ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang gagal menarik minat pakar-pakar ekonomi dan para pelabur dan menyebabkan mereka diingatkan supaya mengurangkan pelaburan, apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu juga gagal menarik perhatian rakyat.
"Tindakan mengambil pemain import seperti Farid ke JPM amat jelas membuktikan Najib menggelabah dan Apco Worldwide pula gagal menjalankan kerjanya untuk mempromosikan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu walaupun lebih dari RM70 juta wang rakyat dibazirkan kepada firma milik Yahudi Zionis itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz bagaimanapun yakin Ahmad Farid tidak akan mampu mencapai keinginan Najib untuk mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu.
Konsep tersebut diharapkan oleh Najib dapat membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"1Malaysia yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu bukan TV hiburan yang penuh dengan pelbagai cerita menarik dan persembahan nyanyian yang mudah mengasyikkan orang ramai.
"Berapa banyak program yang sudah basi seperti Jom Heboh yang mahu dibuat oleh Ahmad Farid? Adakah setiap malam menjelang pilihan raya akan diisi dengan program Jom 1Malaysia pula?
"Benda-benda mengasyikkan seperti itu mungkin menarik minat muda mudi Melayu seperti yang berlaku dalam program-program Jom Heboh. Tetapi kaum lain yang semakin kecewa dengan api perkauman Umno tidak berminat pun dengan hiburan-hiburan seperti itu," katanya.
Ketika ditanya tentang desas-desus bahawa pihaknya sedang mempersiapkan pelbagai program untuk menghadapi "kempen cara Ahmad Farid" termasuk menggunakan kepakaran mereka yang pernah berkerja dengan orang kuat TV3 itu, Mahfuz enggan mengulas. (harakahdaily)

Friday, December 24, 2010

Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan

Isu Apco bukan hanya mengenai siapa yang mengilhamkan konsep 1Malaysia tetapi kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan sembrono kerajaan sebanyak RM77 juta untuk mengupah sebuah syarikat asing yang mempunyai rekod berkhidmat dengan sebuah regim penindas.

NONEKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel' yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

Dalam satu kenyataan, ketua umum PKR itu mendakwa "penglibatan mendalam" Apco dalam pentadbiran Najib merupakan "bukti sikap hipokrat Umno/BN" dalam melancarkan "propaganda tak henti-henti" untuk menggambarkan dirinya (Anwarnya) sebagai agen Yahudi.

Beliau bertanya mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan yang kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi.

Oleh kerana itu, katanya, sebahagian besar hujah beliau ketika membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat, adalah ditujukan kepada sikap hipokrasi dan kelalaian perdana menteri mengupah sebuah syarikat yang mempunyak reod rekod seperti Apco.





Komen: Bukan kerana nama APCO yang ditentang , walaupun perunding dari negara Islam(tidak terlibat dengan yahudi), tapi ia masih menggunakan duit rakyat semata-mata untuk memuaskan nafsu bagi menaikkan nama PM dan kerajaan di mata dunia..itu saja..

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat

Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

azlanKajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung 
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur. 

(malaysiakini)

Siapakah yang cuba dipermainkan Najib?

Fri, Dec 24, 2010

Staff MT











       tony pua teh tarik_250_220                             KUALA LUMPUR: Jika seseorang itu menerima gaji RM3,000sebulan, tanpa perlu menyara anak bini, hidup membujang dan tinggal bersama ibu bapa dan 
tiada pinjaman perumahan dan kereta yang perlu dibayar, kenaikan 20 sen untuk "teh tarik" tentu tidak 

terasa.
Bagaimana jika individu itu terpaksa menyara anak isteri, termasuk makan minum dan pakaian, 
insuran, kereta, pinjaman perumahan dan kredit kad untuk dibayar, adakah dia akan merasa perit?
Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2007 adalah lebih sedikit dari RM3,500 sebulan.  
Gaji bersih selepas ditolak potongan wajib mungkin pada paras RM3,100.
Setelah ditolak pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit, individu ini menjadi miskin mengikut 
garis kehidupan di bandar dan kenaikan 55% barangan keperluan harian sudah pasti 
membebankan ke atas perbelanjaan isi rumah.
Inilah apa yang sebenarnya berlaku sejak Januari 2010, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan 
juga Pengerusi Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.
Gula – barang pengguna utama
Harga gula putih, sama ada kita mempercayainya atau tidak, yang menjadi barang pengguna utama 
bagi setiap isi rumah, telah meningkat 55%.
Pada Julai, kerajaan melancarkan program kenaikan harga "5 dalam 1", menaikkan harga petrol 
RON95 dan RON97, diesel, gula putih dan gas cecair asli (LPG) termasuk gas masak sehingga 15.2%.
Pada 3 Disember lalu, tidak sampai lima bulan kemudian, mereka melancarkan beberapa siri 
kenaikan harga barang.
"Kali ini harga RON95 naik lima sen kepada RM1.90 seliter, diesel dengan lima sen seliter kepada 
RM1.80 dan LPG dengan lima sen kepada RM1.90 sekilo.  Gula sekarang pada paras RM2.10 sekilo.
"Malahan untuk gula putih, termasuk kenaikan 20 sen pada Januari selain dari kenaikan 25 sen dan 
20 sen pada Julai dan Disember, bermakna harganya telah meningkat lebih 55% tahun ini sahaja," kata Pua.
"Impak minima"?
Beliau berkata, Persatuan Kedai Kopi Kuala lumpur dan Selangor baru-baru ini menempelak dakwaan 
Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa kenaikan harga akan memberi "impak minima" kepada isi rumah 
di Malaysia.
Pada Julai, Pemandu, unit di Jabatan Perdana Menteri berkata harga baru "teh tarik" adalah di sekitar 
RM1.0155 setelah program rasionalisasi dan pemotongan subsidi petrol.
Mereka mengiklankannya dalam satu muka surat penuh iklan pada semua akhbar arus perdana.
"Tapi sebenarnya harga "teh tarik" dan "kopi susu" ialah RM1.20.  Kini dengan kenaikan 20 sen harga 
minuman akan naik lebih tinggi," katanya.
Menurut Pua, ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah yang digunakan dalam pengiraan yang 
melibatkan ekonomi kita dan pemahaman para pemimpin tentang kira-kira yang mudah.
"Ada pegawai di Pemandu yang gagal dalam mata pelajaran matematik. Pertama, terdapat percanggahan 
yang jelas dalam harga "the tarik" di antara kertas nota yang dikeluarkan pada Julai ialah RM1.00 
berbanding harga baru RM1.20 pada kertas nota pada Disember.
Mengenai perkara ini, kerajaan perlu jelaskan "misteri" kenaikan 20% pada harga asas di antara Julai 
dan Disember," katanya.
"Hidup di alam khayalan
Beliau mendakwa Barisan Nasional dan Pemandu "hidup di alam khayalan" mengenai kenaikan 
harga melibatkan kenaikan 1.55 sen atau malahan 1 sen.
"Saya telah mengeluarkan kenyataan pada Julai bahawa Pemandu harus "dipuji" kerana 
menerbitkan angka-angka yang salah itu, yang hanya sesuai dalam alam khayalan. Mereka gagal 
memahami dinamik pasaran berhubung harga barangan dan perkhidmatan.
"Untuk membuktikannya, semalam akhbar-akhbar Cina melaporkan Persatuan Kedai Kopi Kuala Lumpur 
dan Selangor mengumumkan cadangan untuk menaikkan harga semua jenis minuman sebanyak 
20 sen bermula 1 Januari 2011.
"Kopi susu dan harga susu akan dinaikkan dari RM1.20 kepada RM1.40 iaitu kenaikan harga sebanyak 
16.7%," kata Pua.
Beliau berkata, minuman kesukaan ramai "teh herba" akan dinaikkan dari RM1.10 kepada RM1.30 iaitu 
kenaikan harga sebanyak 18%.
Tetapi Pemandu mendakwa kenaikan harga "teh herba" hanya 1.2% sahaja, iaitu dari RM1.00 kepada RM1.012.
Putar belit data-data
"Malahan, dari setiap 70 item makanan dan minuman yang disenaraikan dalam kertas nota Rasionalisasi 
Subsidi, tidak ada barangan yang dijangka meningkat melebihi 1.9% selepas kenaikan semua harga 
barangan yang terbaru ini.
Lebih memalukan apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Tan Lian Hoe mendakwa kenaikan 10 sen dalam harga minuman adalah "lebih munasabah".
"Kenaikan 10 sen bermakna kenaikan 8.3% untuk "teh tarik" dan "kopi susu", 10 kali ganda lebih tinggi 
dari kenaikan 0.83% yang didakwa oleh Pemandu.
"Kerajaan seharusnya berhenti dari memutar-belit data-data ini yang hanya memperlihatkan kebodohan 
mereka dalam memahami angka-angka," kata Pua.
Komen: Pak Menteri dan kroni tak akan terasa keperitan hidup rakyat marhaen.