Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

CREDIT CARD ‘TORTURED’ CUSTOMER




















                 By: ROBERT POWELL
A JUDGE has accused MBNA of ‘torturing’ a customer with repeated phone calls demanding he pay his credit card bill. Robert Powell takes a closer look at the case. Paying credit card bills can often be torturous. But not paying them is usually worse.
It certainly was for one MBNA customer who was said to have been tortured by the lender after a dispute over his credit card bill ended in a court case.
A judge ruled that the borrower was ‘hounded’ by both MBNA and the debt collectors Link Financial in calls that were described as "a form of torture, oppressively frequent in amount and often without attribution to an identifiable number".
Ultimately, MBNA customer Keith Harrison had his debt of £20,270 written off by High Court judge Nicholas Chambers QC at Mold in north Wales.
But this judgement was not reached solely because of the frequent calls made to Mr Harrison...
Boom years
The court case was actually started by the borrower who contended that MBNA had never sent him the necessary terms and conditions when he applied for the account or when he was sent the card. MBNA said it would have done so but could not prove to the court that it did on this occasion.
As a result the judge ordered that the outstanding debt owed by Mr Harrison was to be written off. A total of £20,270.
MBNA's downfall in this case stems right back from the late noughties credit boom years when the bank sent out a mailshot to five million people advertising its Platinum credit card. Mr Harrison received one of these mailshots, applied for the card and was promptly accepted. But after getting into financial difficulties in 2007 he began to run up a large debt and stopped making any repayments.
MBNA argued that it continually tried to contact Mr Harrison to establish why repayments had stopped, but was ultimately unable to have ‘meaningful dialogue’ with its customer.
Rising interest rates and default charges quickly spiralled out of control on Mr Harrison's card before he entered into a court case with the bank over the apparent lack of any terms and conditions.
Be prepared
I do feel a degree of sympathy for MBNA in this case. After all, we all know how credit cards work if you borrow the money, you're going to have to pay it back at sometime, with interest. To coin an old phrase; buy the ticket take the ride.
But after looking through the hearing notes for this court case it seems that this dispute was less a battle between guilty and innocent and more a fight between the careless and careful.
Mr Harrison had photocopied, filed and annotated all the correspondence between himself and MBNA stretching right back to when he received the very first mailshot in 1998. It was this fact that helped the judge to decide that if MBNA had (as it claimed) sent through terms and conditions, Mr Harrison would certainly have kept them.
On the other side, MBNA's defence of the charges was littered with small, but important inaccuracies. A leaflet titled 'terms and conditions' did not contain sufficient information, important facts about repayments were inaccurate and the bank claimed to send a default notice to Mr Harrison business class when in fact it was sent second class.
The impression I get is that this case really could have gone either way, but it was Mr Harrison's organised and thorough manner that swung it and saw him walk away £20,270 better off.
So to help you fight back against the banks trying to pull a fast one, I'm going to go over a few common card rip-offs and explain how to avoid them:
Rate-jacking
Rate-jacking is when your lender ups the interest rate on your credit card sometimes by up to 10%. This can turn a previously competitively priced account into a major rip-off over night. But you can fight back!
New rules mean that credit card providers must give you 60 days to accept or reject rate hikes. If you reject them, you'll have to either pay off the whole balance in one lump sum or clear it within a 'reasonable period' at your existing rate. One way you can do this is to take out a 0% balance transfer card and cut the interest on your outstanding debt; Barclaycard is currently offering a whopping 18 months at 0% on balance transfers (2.9% fee).
It's also worth mentioning that credit card providers aren't allowed to up your APR within the first 12 months of the account opening unless they have specified otherwise in the terms and conditions. So make sure you check all the small print and keep a copy when you apply for any card!
Apply for a top 0% credit card
PPI mis-selling
The mis-selling of payment protection insurance (PPI) was the most frequent complaint made to the Financial Ombudsman Service in the second half of 2010. PPI is designed to cover loan, card and insurance payments in the case of sickness or unemployment and is no bad thing, if you need it that is! But for a while now, lenders have been sneaking in expensive PPI plans with loans and credit cards.
Fortunately, after a crackdown by the FSA, most firms now make it clear that PPI is optional and will offer refunds if a PPI plan has been mis-sold. But you should still be careful to check all the small print any time you take out a new card, loan or insurance policy to make sure the provider hasn't put in anything you didn't ask for.
Negative order of payment
The government actually banned the sneaky credit card trick, negative order of payment, earlier this year (where your cheapest debts are paid off first, leaving your most expensive debts to rack up interest). However, some banks including HSBC, MBNA, Lloyds and Virgin are still not completely playing ball.
What do you think?
Should Mr Harrison have had his debt wiped out by MBNA? Or was it right to 'hound' him with calls in order to recover its money?

Monday, February 14, 2011

Tamadun manusia tertua ditemui





LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.
Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.
Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.
Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.
MOKHTAR menunjukkan bengkel masyarakat paleolitik tertua yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak semalam.

Wednesday, February 9, 2011

Anggota Polis Malaysia Ganas?


Chow cam anggota polis wanita dalam 30 saat

Pemilik kedai, Chow Soo Meng, yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis preman di Sungai Buloh minggu lalu, hari ini mengenalpasti anggota polis wanita yang didakwa mengambil wang RM20,000 dari beg tangannya.

Chow, 38, mengenalpasti anggota polis berkenaan dalam satu kawad cam di ibupejabat polis Petaling Jaya pada jam 12.05 tengahari tadi.

Pemilik kedai yang sedang mengandung lapan bulan itu ditemani ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Menurut Lim, Chow hanya mengambil masa 30 saat untuk mengenalpasti anggota polis wanita yang didakwa menggari dan mengambil wangnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Sabtu lalu, Chow telah mengenalpasti lima lagi anggota polis dalam satu kawad cam berasingan.

Polis nafi curi wang

Chow mendakwa polis telah mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan dari kedainya, serta menamparnya.

Dalam laporan polisnya, Chow mendakwa polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga karton minuman tin.

Polis Petaling Jaya menafikan anggotanya mengambil RM20,000 dan barangan lain seperti yang didakwa oleh Chow, tetapi mendakwa hanya RM15,900 dirampas untuk tujuan siasatan berhubung kemungkinan ia keuntungan haram.

Polis juga mengesahkan memotong besi jeriji pintu kedai Chow selepas dia enggan membukanya, dan sedang menyiasat dakwaan bahawa Chow ditampar.

Wednesday, February 2, 2011

Wanita Jadi Lelaki, Berkahwin Lelaki Jadi Wanita

 

DOMINIK SEJDA (kanan) dan Andrea Kajzarova dianggap pasangan paling pelik di dunia kerana kedua-duanya telah menukar jantina.

Pasangan paling pelik di dunia
PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.
Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.
Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.
Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.
Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita. - Agensi

Wednesday, December 29, 2010

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

money

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Sunday, December 26, 2010

Pendidikan Anak-anak Diniagakan!

Sekolah bermula, ibu bapa pening kepala

Sun, Dec 26, 2010

canvasOleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Perbelanjaan persekolahan untuk tahun 2011 yang dikatakan terdapat peningkatan berbanding tahun sebelumnya menggusarkan para ibu bapa khususnya bagi berpendapatan rendah.
Rata-rata ibu bapa di dua buah sekolah rendah dan menengah di  Damansara Damai   yang ditemui di perkarangan sekolah ketika membeli buku sekolah mengeluh apabila ditanya tentang perbelanjaan untuk memulakan persekolahan penggal 2011 berikutan peningkatan perbelanjaan persekolahan  berbanding tahun sudah.

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Salam, 38 tahun, berkata perbelanjaan buku sekolah untuk dua anak beliau yang bersekolah rendah dan seorang yang bersekolah menengah dianggarkan kira-kira RM700.
"Belanja untuk buku sekolah sahaja lebih kurang RM600 hingga RM700 tidak termasuk pakaian sekolah dan peralatan lain.   Mungkin saya terpaksa membeli dua kali sebab gaji saya kecil tak boleh nak beli semua sekaligus," kata beliau.
Beliau turut menunjukan senarai buku-buku untuk murid darjah lima dan  memberitahu terdapat pertambahan jumlah buku yang perlu dibeli yang terdapat di ruang senarai buku wajib dibeli yang dikeluarkan oleh pihak sekolah itu.
"Contohnya dalam senarai buku untuk murid darjah lima ini, tahun 2010 anak saya yang di darjah lima, jumlah keseluruhannya lebih kurang RM150 tetapi untuk tahun 2011 adiknya pula yang masuk darjah lima hampir  RM170.
"Itu semua jumlah buku yang diwajibkan beli.   Tetapi bila saya periksa buku-buku anak saya sewaktu penggal persekolahan berjalan tidak pula semua buku digunakan oleh guru yang mengajar.
"Sepatutnya buku-buku yang tidak digunakan oleh pihak sekolah diletakkan di bahagian ‘buku pilihan’ supaya ibu bapa boleh menggunakan budi bicara mereka sendiri untuk beri latihan di rumah atau mengikut kemampuan mereka,"  katanya yang mengaku memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
Sementara itu, Siti Mariam Ithnin, 40 tahun memberitahu, pemotongan yuran sekolah yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran tahun lalu tidak memberi banyak kesan kepada perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
"Walaupun Kementerian Pelajaran ada memberikan pemotongan yuran sekolah tapi jumlah potongan itu sangat kecil, kalau tak silap RM5.00 sahaja dan tak beri apa-apa kesan pun.
"Pada masa yang sama pula pihak sekolah mengenakan bermacam-macam yuran lain hinggakan yuran penyelenggaraan tandas.  Mungkin kalau ibu bapa yang berpendapatan tinggi tak terasa tapi bagaimana orang-orang seperti kami?," katanya lagi yang mempunyai anak bersekolah di darjah tiga,enam dan tingkatan tiga.  
Sementara itu, Nik Alimat, 34 tahun, pula mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang enggan menerima buku-buku latihan yang dibeli di luar sekolah hanya disebabkan perbezaan pada kulit buku yang tidak mempunyai logo Jabatan Pelajaran negeri.
"Sudahlah harga petrol dan barang-barang lain naik, belanja persekolahan juga bertambah.  Apa yang saya hairan ialah adanya buku-buku latihan tidak dibenarkan dibeli di luar yang harganya lebih murah cuma disebabkan sedikit perbezaan tertentu seperti logo kementerian di kulit buku.
"Ada kena-mengenakah atau sebarang kepentingankah pihak pejabat pelajaran dengan pihak pengeluar buku-buku ini sehingga mewajibkan buku-buku syarikat tertentu ini sahaja dibeli?
"Padahal orang seperti saya yang cuma kerja kilang dengan gaji rendah tentulah nak  berjimat dengan membeli yang buku yang lebih murahnya tapi isinya masih sama.  Lagipun buku-buku latihan memang banyak dijual di luar dengan harga lebih murah," ujar beliau.       (FMT)

Komen: Suatu masa dulu, semua buku-buku abang kakak boleh dipakai dan diwariskan kepada adik-adik dan sanak saudara, sampai terbuka dan berbulu kulit buku, sekarang beli dan buang tiap tahun walaupun masih baru dan tidak pernah digunakan, tidak lagi dapat diturunkan kepada adik-adik, semua ini kerana dasar perniagaan kerajaan yang dibebankan ke atas bahu rakyat, tajuk dan jenis buku bertukar setiap tahun!!!

Monday, December 20, 2010

Berlari dalam Hujan Ribut

Empat ratus tahun sebelum masehi, di Itali ada seorang pemuda bernama Peter, yang karena telah melanggar aturan dari raja zalim, maka dia harus dihukum gantung sampai mati.
Karena dia adalah seorang anak yang berbakti, dia memohon kepada raja zalim agar mengizinkan dia pulang ke rumah untuk mengatakan selamat tinggal kepada kedua orang tuanya, tetapi permohonannya ini ditolak oleh raja zalim itu.
Dalam keadaan darurat itu, seorang teman Peter yang bernama Darmond tampil dengan berani, bersedia menggantikan Peter untuk sementara sebagai sandaran.
Hari untuk melaksanakan hukuman telah tiba, waktu itu sedang turun hujan lebat, akan tetapi masih belum ada khabar berita dari Peter. Semua orang metertawakan kebodohan Darmond, yang begitu bodohnya dan telah menggunakan nyawa untuk menjamin persahabatan.
Waktu pelaksanaan hukuman bagi Darmond semakin dekat, orang-orang dengan tegang mengamati peristiwa yang bakal terjadi. Ketika tali gantung akan dijeratkan ke leher Darmond, semua penonton yang berada di sekeliling menahan nafas mereka.
Mendadak dari arah kejauhan terdengar suara teriakan Peter, dan terlihat bayangan tubuh Peter yang sedang berlari di dalam hujan ribut.
“Tunggu sebentar! Tunggu sebentar! Saya sudah kembali! Saya sudah kembali!” Dia melangkah naik ke panggung tempat pelaksanaan hukuman, selanjutnya dia dan Darmond saling berpelukan dengan penuh kehangatan.
Kedua mata Peter berlinangan air mata sedang mulutnya bergumam mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Darmond, serta menyatakan selamat berpisah untuk selamanya dengan sahabat karibnya itu.
Saat itu, hujan turun semakin lebat, semua orang yang menonton di sekeliling sana turut meneteskan air mata karena terharu, dan di luar dugaan tiba-tiba terdengar seorang anak muda yang menangis tersedu-sedan.
Para penonton pada waktu itu secara serempak berteriak dengan keras, “Ampuni dia! Ampuni dia! Demi suatu kepercayaan yang telah mempertaruhkan hidup mati, juga demi ketulusan dan keagungan persahabatan mereka.”
Hati Baginda Raja akhirnya juga luluh dan ikut tersentuh dengan apa yang dilihatnya. Dengan menyimpang dari kebiasaannya, kali ini baginda raja telah memberikan pengampunan khusus kepada Peter, serta memberi pernyataan kepada rakyat, “Saya ingin mempertaruhkan segala apa yang saya miliki untuk dapat berkenalan dengan teman yang seperti ini!”
Apa yang disebut sahabat sehidup semati? Peter telah menggunakan ‘berlari dalam hujan ribut’ memberikan penjelasan yang paling bagus. Telah mengabaikan masalah hidup dan mati, ia telah memandang kesetiaan dan kepercayaan lebih penting dari pada nyawanya sendiri.
Di dalam ujian antara hidup dan mati, Peter sebagai manusia biasa telah melakukan suatu tindakan yang agung. Dia telah menggunakan ketulusan dan kesetiaannya mencuci bersih ‘kekotoran’ yang sering bercokol di dalam jiwa setiap manusia.
Orang-orang sering mengatakan ‘kehidupan ini bagaikan panggung sandiwara’. Karenanya, mereka lalu menggunakan ungkapan ini sebagai alasan untuk ‘bersandiwara dalam hidup’. Yang pada akhirnya mahu tidak mahu harus mengeluh ‘sebuah sandiwara adalah sebuah mimpi’ (tanpa ada yang boleh dibawa pergi).
Bagi mereka yang selalu mengingkari janji dan pernah berkhianat kepada teman, tindakan Peter yang berlari dalam hujan badai ini benar-benar akan mengingatkan mereka betapa kuatnya ego mereka selama ini.
Pemuda ditempa dari api, sudah seharusnya hidup dengan gagah berani, santai tanpa beban. Jika Anda telah membuat janji, maka seharusnya ‘berlari dalam hujan ribut’ (berusaha sekuat tenaga tanpa memikirkan diri sendiri lagi) untuk menepati janji yang telah Anda buat, jika tidak, maka Anda bukanlah seorang pria yang sejati.
Dalam suatu ujian negara, ada sebuah karya tulis dari seorang peserta yang mendapatkan angka sempurna. Karangannya berjudul ‘Kematian dari kuda Chi Tu (kuda tunggangan Guan Yu)’. Peserta ini menggunakan kuda tunggangan Guan Yu yang bernama Chi Tu sebagai perumpamaan dari ‘kesetiaan’.
Dalam karangannya disebutkan kuda Chi Tu mati demi kesetiaannya terhadap majikannya. Manusia bisa hi-dup karena adanya kesetiaan dan kepercayaan. Mungkin kalimat ini patut kita renungi secara mendalam.
Dia juga menulis, haiwan saja boleh berbuat demikian, mengapa manusia tidak merasa malu jika tidak boleh bertindak demikian? Kalimat ini sungguh membuat orang tersentak. Prinsip yang difahami oleh haiwan, manusia seharusnya lebih mengerti?
Kehidupan manusia hanya sekali, kebenaran dan kepalsuan semuanya ditampakkan di dalam kehidupan yang berlangsung singkat dan hanya sekali ini. Tidak ada benda apa pun yang lebih agung bersih daripada suatu kesetiaan dan kepercayaan yang sejati.
Melihat makin merajarelanya nafsu dan keinginan manusia untuk mendapatkan material, dalam sanubari sungguh memerlukan suatu keaslian yang murni. Setelah melewati beberapa kali peristiwa sedih dalam masalah kasih, perasaan hati sempat menjadi tandus bagai gurun.
Kisah tersebut di atas telah menyentuh hati, juga telah membuat kita memiliki pengertian yang lebih mendalam tentang kesetiaan dan kepercayaan yang terkandung dalam suatu persahabatan. (Erabaru)

Wednesday, December 15, 2010

Lagi Pasal Utusan Melayu...Siapakah Yang Menghilangkan Matapelajaran Tulisan dan Bacaan Melayu Jawi Di Sekolah?

 Utusan Melayu
"Dikuburkan Tanpa Nisan Batu"

Sebenarnya ada dua surat khabar Utusan Melayu dan kisah-kisah mereka mulai di Singapura.

Mohd Eunos Abdullah, seorang mantan kepala kantor pos, yang diterbitkan pertama Utusan Melayu dengan bantuan Methodist Publishing House di mana ia mempelopori gaya editorial yang terbuka.
Ketika orang-orang Melayu  di Kallang diminta oleh pihak berkuasa penjajah untuk berpindah ke membuat jalan bagi Lapangan Terbang Singapura, Eunos menggunakan pengaruhnya sebagai Hakim Perdamaian untuk memperoleh untuk penempatan  mereka di Kaki Bukit dan Tanjung Irau.
Kemudian, ketika Eunos bersama rakan yang cebur diri dalam separuh politik  Kesatuan Melayu menubuhkan sebuah surat khabar pada tahun 1939, mereka menamakan Utusan Melayu selepas beliau yang mengasaskan kertas kerjanya.

Early Days
Sejarah Silam Utusan Melayu
Dengan RM12, 290 yang dikumpul daripada Kerabat Di Raja Melayu, pengusaha atau usahawan  kecil, guru dan petani - Utusan Melayu dirasmikan pada 29 Mei, 1939. Ada saingan lain yang disebut Surat Khabar Bahasa Melayu;  Warta Malaya tetapi Melayu tempatan dipandang sebagai surat khabar "Arab"  yang berbentuk dengan tulisan Jawi.  Ramai tuhmahan daripada penjajah memperlekahkan Utusan Melayu Jawi dikatakan tulisan arab dan menjadi perli atau gelak ketawa mereka. Itu daripada ini "Arab" surat khabar, (yang saya temukan lucu kata penulis inggeris] Pengarang pertama Utusan Melayu ialah Abdul Rahim Kajai.



Jika anda boleh mampir di kantor sempit Utusan itu kembali kemudian, anda akan bertemu Kajai bekerja di sana dari matahari terbit sampai matahari terbenam, hanya mengenakan singlet.
Tidak ada hawa dingin, maaf! Jika anda menunggu untuk sementara waktu, anda juga akan bertemu pembantu Kajai berumur 16-tahun Ismail A. Samad. Kerja Samad perlu pergi ke mahkamah, rumah sakit dan kantor polis untuk mengumpul berita. Kemudian ia kembali ke kantor untuk menulis cerita-ceritanya hanya akan ditolak oleh Kajai - sampai ia menguasai asas-asas kewartawanan. Samad perlu belajar cepat sebab ...

Keadaan tidak membenarkan Kajai untuk tetap tinggal lebih lama dengan Utusan Melayu, pendudukan Jepun dipaksa untuk menukar dengan surat khabar sebelum perang lainnya menjadi kertas Jepun "Berita Malai". Saat sedang bekerja di bawah Malai Kajai Membawa Berita kesedihan dimana beliau jatuh sakit dan dia meninggal pada tahun 1943.


Selepas perang, Yusof Ishak, salah satu pengasas Utusan (kemudian Presiden Singapura) menghidupkan semula Surat Khabar dan menggajikan Samad sebagai pembantunya. Namun, Ishak adalah seorang jurnalis yang veteren buta huruf dalam Bahasa Melayu! (buta Jawi)  Jadi Samad yang masih muda berusia dua puluhan harus menjalankan tugas mengeluarkan surat khabar Utusan Melayu.

Editor Siapa Spoke Up For The Cause
Bayangkan diri anda menjadi tawanan selama 3 tahun dengan tuduhan menjadi seorang pengkianat atau subversif. Kemudian Inggeris memutuskan untuk melepaskan beliau dengan syarat bahawa beliau kena berkurung di rumah 6:00 petang-6:00 pagi setiap hari beliau kena patuh perintah berkurung ini daripada pihak berkuasa penjajah?
Tidak Samad. Ia mengusir polis yang datang untuk menyemak dia! Entah bagaimana ini bekerja dan mengikut Samad, kerajaan Inggeris "berpura-pura tidak nampak kondisi tidak ada di tempat pertama" ... untuk menyelamatkan muka (atau maruah penjajah).


Yang pada tahun 1953, selepas Samad dipenjarakan disebabkan beliau mengkritik pihak berkuasa penjajah menangani kes Hertogh Maria.


Itu adalah masa ketika Pada ketika ini pihak polis tempatan, pekerja pos, juru tulis dan guru dengan sukarela memberikan sumbangan berita untuk Utusan Melayu dengan ini  sedikit sebanyak telah  membentuk semacam "rangkaian perisikan" yang dapat menyaingi pihak berkuasa penjajah.





Mereka juga masa lalu yang indah ketika seorang pengarang atau editor berpengalaman sebagai Samad, terlepas dari beban pengeditan biasa, yang dilakukan kewartawanan lokakarya pada hari libur juga.
Selepas kemerdekaan Malaya, Ishak pindah akhbar ke Kuala Lumpur. Samad tidak dimasukkan dalam langkah besar. Sebaliknya, Ishak ditugaskan kepadanya untuk menjadi corespondent di Indonesia. Rupanya, hal ini untuk menghindari ketidaksenangan menimbulkan mendiang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dengan sesiapa Samad sering tidak bersetuju.
Akibatnya, karier Samad dengan Utusan berakhir pada takat ini. Setelah diri 8-bulan dikenakan pengasingan ke Indonesia, ironisnya, disambungkan Inggeris Straits Times menawarinya pekerjaan untuk mengedit kertas bahasa melayu baru Berita Harian. Sejak saat itu Samad menulis semula sejarah Berita Harian tapi itu cerita lain ...
Sementara itu, Utusan Melayu terus bertindak sebagai jurucakap orang di bawah Bahasa Melayu Said Zahari, yang mengambil alih kedudukan Samad. Aku merasa Tunku harus kami sudah kesal kerana masih ada seseorang di sekitar untuk mengkritik kerajaan selepas menyingkirkan Samad. Kata itu terutama vokal tentang Malayan baru kecenderungan kerajaan untuk melindungi kepentingan Inggeris yang bertentangan dengan kepentingan Melayu.


Cara membuatnya diam? Muat di atas kertas, tentu saja!


Tidak ada akhbar selama 91 hari


Pada tahun 1961, Said memimpin Utusan Melayu kakitangan untuk mogok untuk memprotes merampas UMNO. Pemogokan berlangsung untuk 91 hari. Terus terang saya tidak bisa membayangkan bagaimana orang-orang ini menemukan cara lain pendapatan untuk makan sendiri dan keluarga mereka selama tempoh ini.

Ada dakwaan bahawa serangan itu bermotifkan politik untuk menyokong sayap kiri-parti politik yang Said ditolak.

Inilah yang Aliran Said berkata: "Para Utusan mogok adalah titik balik dalam pembangunan kewartawanan Melayu dan juga sebagai titik balik bagi kebebasan akhbar di negeri kerana tidak pernah ada perjuangan untuk kebebasan akhbar hingga 1961. Hal ini tentu saja tidak diberi publisiti dan orang-orang yang benar tidak tahu banyak tentang hal ini kerana terhad kepada ofnewspaper bulatan kecil orang-orang yang tahu tentang hal ini tetapi tidak berani menulis atau tidak bisa menulis tentang itu. Dan bahkan di kalangan masyarakat bahasa melayu, hanya sebahagian kecil daripada orang memahami alasannya. "

Kata membayar harga untuk bercakap keluar. Tunku dilarang dia daripada memasuki Malaya. Kembali di negara Singapura, Said ditahan tanpa bicara sebagai tahanan politik selama 17 tahun lama selepas dilantik sebagai ketua parti pembangkang. Itu tidak sampai 1989 ia dibenarkan masuk ke Malaysia lagi.

Dia pernah Memiliki dan Memandu Kereta Sendiri!




Ini adalah salah satu karakter unik dari Utusan Melayu yang menarik perhatian saya. Ishak Haji Muhammad adalah wartawan terkemuka lain yang digunakan untuk bekerja dengan Kajai di bawah Utusan dan Berita Malai. Orang Jepun menyebutnya "Isako" yang kemudian menjadi terkenal "Pak Sako".
Dia adalah seorang hakim kelas ketiga. Dia meninggalkan pekerjaannya dan menoleh ke penuh masa menulis untuk memprotes melawan (ketuanan) Inggeris master. Maksud saya adalah ... ia bukan "negara sepupu" yang belum pernah melihat kereta di sepanjang hidupnya.


Memegang pekerjaan di Pak Sako Utusan berarti harus ke kantor Percetakan Surat Khabar (press) di Kuala Lumpur. Namun, pria ini lebih suka menempel ke kota asalnya di Hulu Langat di sebuah rumah hanya dilengkapi dengan keperluan asas. Untuk bolak-balik ke sana kemari KL, beliau menggunakan pengangkutan awam.


Beliau mempunyai Fiat untuk tempoh singkat ketika ia dipindahkan ke Rembau. Bahkan pada waktu itu adalah sopir yang bersopir dia sekitar. Tebak kenapa dia membeli kereta itu? Ia bertemu dengan seorang  penjual (salesman) kereta besar ...

Dari Harian untuk Mingguan


Tapi ... anda mungkin garuk kepala dan bertanya, "Saya rasa saya tidak pernah melihat tulisan ini untuk dijual." Yah ... itu masih tersedia di bawah nama baru - Utusan Melayu Mingguan.


Akibat penurunan penjualan, itu menjadi sebuah akhbar mingguan pada tahun 2003. Pada hari terakhir sebagai harian, pusingan jualan (sirkulasi) 7.300  salinan (copies) itu bahkan lebih rendah daripada yang sudah muflis Utusan Zaman 7.550 salinan, Begitulah Surat Khabar Jawi lain.

"Orang Melayu kurang kesedaran terhadap sejarah, Adat resam. (tradisi) dan sumbangan yang tidak ternilai institusi seperti Akhbar Utusan Melayu." Perkataan Datuk Johan Jaaffar sedih mengenai transformasi. (Dia adalah ex-editor-in-chief daripada Utusan Group). Dalam bahasa Inggeris, bererti Bahasa Melayu orang tidak menyedari sejarah yang tak ternilai, tradisi dan sumbangan daripada agensi seperti Utusan Melayu.

Jelas, penerbit menghargai nilainya Utusan Melayu Mingguan kerana masih sedang dicetak sebagai satu-satunya kertas Jawi di Malaysia, meskipun itu membuat rugi, wang-bijaksana.


Dalam Kumpulan Utusan website rasmi, kertas digambarkan sebagai "pokok bagi banyak warga senior ... Masih biasa dinikmati oleh banyak pembaca terutamanya dari Utara, Timur dan Selatan kawasan. Walaupun sirkulasi tetap lebih kecil dibandingkan dengan surat khabar lain diterbitkan oleh Kumpulan Utusan , ia berusaha untuk tetap berkualiti quality tabloid, baik dalam hal newsworthiness dan pencetakan standard. "



Dikuburkan Tanpa Tombstone

Terus terang saya tidak mengerti mengapa bahawa pernyataan darn masih diposting pada website Utusan Malaysia Utusan Melayu selepas berhenti terbit pada Januari 2006, dan mengapa kematian itu bahkan tidak diiktiraf. Atau adakah ini sebuah refleksi mengenai masa depan Jawi?
________________________________________

Rujukan:
1. www.rmaf.org.ph
2. infopedia.nlb.gov.sg
3. Bahasa Melayu moden Sastera di Singapura, Mohd Raman Daud.


English to Malay translation

Samad Ismail

Oleh Nor-AFIDAH Abd Rahman ditulis pada 2002/10/10
National Library Board Singapore

Tuesday, December 14, 2010

Ladang Felda dipenuhi babi hutan


Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 14 Dis: Dakwaan Felda sebagai agensi pembangunan tanah yang terbaik, disangkal kerana masih wujud banyak kelemahan dan kegagalan agensi tersebut terutama dalam pelaksanaan tanam semula.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan beliau menemui bukti kegagalan Felda yang sudah tentu amat merugikan peneroka yang menyerahkan ladang kepada agensi berkenaan.

Menurut Mazlan, bukti yang ditemuinya di Felda Chiku 1 dan Felda Prasu amat memeranjatkanya dan tidak menyangka Felda yang didakwa sebagai agensi terbaik di dunia melakukan kerja penanaman semula seteruk itu.
(Gambar: Mazlan menunjukkan gambar sebagai bukti ladang Felda yang penuh dengan semak samun ketika beliau membuat tinjauan)
“Bukti yang saya temui itu amat memeranjatkan kerana tidak menyangka  Felda mendakwa agensi terbaik dalam kerja perladangan tetapi gagal melakukan penanaman semula terbaik malah merugikan peneroka.

“Satu masa dulu Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda menahan wang tabung tanam semula (TTS) kerana ada peneroka tanam sendiri beli barang lain dan ladang semak dipenuhi babi hutan. Sekarang saya nak tunjukkan, ladang Felda yang dipenuhi babi hutan,” jelasnya.

Mazlan berkata demikian dalam sidang medianya di sini baru-baru ini selepas pulang daripada melawat Felda berkenaan sesudah menerima aduan daripada peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula ladang mereka kepada Felda.

Dalam lawatan tersebut, Mazlan telah dibawa meninjau ladang kendalian Felda yang bermasalah itu termasuk belum ditanam, semak yang merimbun dan tanaman kelapa sawit yang terbantut kerana tiada pemuliharaan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, kegagalan berkenaan sudah tentu akan membebankan peneroka kerana kos sulaman menyebabkan jumlah hutang dan pinjaman sara hidup akan meningkat.

“Bagi Felda pula, peningkatan hutang peneroka tidak menimbulkan masalah kerana ia yang memberi hutang sebaliknya penerokalah yang akan menanggung hutang yang makin lama semakin tinggi kadar faedahnya sekalipun Felda gagal menjayakan penanaman semula itu.
(Gambar: Keadaan ladang tanam semula di bawah Felda yang tidak terurus)
“Apa yang dibimbangkan, mana-mana peneroka yang ladangnya gagal dimajukan Felda akan menanggung kos dan bunga hutang yang tinggi berbanding peneroka lain sedangkan peneroka berkenaan tidak mempunyai kuasa menuntut Felda menanggung kos kegagalan penanaman itu, “ katanya.

Menurut Mazlan lagi, melalui perjanjian Felda dengan peneroka, peneroka tidak mempunyai apa-apa hak di atas kelewatan Felda menjayakan penanaman semula. Malah, peneroka juga tidak diberi penyata kewangan pengurusan ladang mereka oleh Felda.(harakahdaily)

Monday, December 13, 2010

Pemuda Bangkit: NUMS dan Kelahiran Semula Gerakan Mahasiswa

Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh | Dec 13, 2010
Berbeza dengan keadaan gerakan di Britain dan Filipina, Malaysia mengambil pendekatan berbeza dalam mengetengahkan masalah pelajar universiti dan pembelajaran.
Melalui National Union of Malaysian Students (NUMS) atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia, mereka mengambil pendekatan kreatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.
Di Toronto Kanada, pada November yang lalu, ribuan pelajar institusi pengajian tinggi telah berdemonstrasi kerana kenaikan yuran pengajian. 


Mereka telah menuntut supaya yuran pengajian dihapuskan sama sekali.  Mereka telah menuntut Perdana Menteri Dalton McGuinty supaya memansuhkan yuran pengajian tinggi di seluruh Kanada.  Kebangkitan pelajar-pelajar di Toronto itu seolah-olah telah mencetuskan gelombang kebangkitan pelajar di seluruh dunia, khususnya di United Kingdom, Filipina dan juga Malaysia.
Mengikut jejak pelajar-pelajar di Toronto, ribuan pelajar di London, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi telah berdemonstrasi kerana kenaikan yuran pengajian mereka hampir tiga kali ganda.  Ketika demonstrasi tersebut berlaku beberapa pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan banyak kecederaan dan 43 tangkapan.  Dalam demonstrasi tersebut juga berlaku serangan ke atas kereta Putera Charles dan Camilla Duchess of Cornwall sewaktu dalam perjalanan ke Paladium London.  Walau bagaimanapun, parlimen Westminster meluluskan kenaikan yuran yang akan berkuatkuasa pada 2012.
Pelajar-pelajar universiti awam di Filipina pula telah berarak ke Dewan Senat pada 1 Disember yang lalu untuk membantah potongan peruntukan bajet bagi universiti-universiti dan kolej-kolej awam.  Di tanahair pula, pelajar-pelajar telah menunjukkan solidariti bersama rakyat Selangor dalam perhimpunan bantah penswastaan air Selangor yang berlaku di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember yang lalu.  Pelajar-pelajar kita juga telah berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada pihak Perdana Menteri berhubung isu kenaikan harga barangan di Malaysia.
NUMS yang ditubuhkan berbeza daripada pertubuhan atas nama yang sama yang pernah diharamkan pada tahun 1974.  Gerakan Mahasiswa Malaysia telah dihidupkan semula, apabila sekumpulan pelajar-pelajar yang terdiri daripada wakil-wakil daripada pelbagai universiti awam dan swasta telah membentuk satu jawatankuasa sementara untuk mendaftarkan ahli-ahli baru supaya pertubuhan itu dapat didaftarkan sebagai satu pertubuhan baru yang sah di sisi undang-undang.
Selaku jurucakap NUMS Baru, Amir Fared menyatakan bahawa mereka memilih untuk menghidupkan kembali semangat NUMS kerana nilai sejarah yang terdapat pada pertubuhan tersebut, sekali gus menarik minat orang muda untuk mempelajari sejarah negara.  Walau bagaimanapun, beliau menyatakan dengan tegas bahawa pendekatan yang akan diambil oleh NUMS Baru adalah sedikit berbeza dan tidak akan lari daripada ruang lingkup undang-undang yang sedia ada seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Idea ini tercetus hasil daripada kebangkitan pelajar-pelajar di London, namun NUMS tidak bercadang untuk melanggar mana-mana undang-undang yang berkuat-kuasa dengan mengadakan perhimpunan haram dan sebagainya.  Seperti Britain, Kanada dan Filipina, Malaysia juga sudah tidak yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang, politik tanah air terlalu cetek dan sering mempertikaikan perkara-perkara yang remeh sedangkan masalah dan kebajikan pelajar tidak pernah menjadi tumpuan.
Oleh itu, NUMS berhasrat menghimpunkan pelajar bagi mencari satu penyelesaian yang tidak memerlukan pergantungan kepada kerajaan mahupun mana-mana parti politik.  Mereka juga percaya golongan terpelajar di Malaysia mampu menguruskan masalah-masalah mereka sendiri tanpa campur tangan politik.
Melihat perkembangan ini, pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula berdikari dan berusaha demi kepentingan mereka bersama.  Mungkinkah pelajar-pelajar ini akan menjadi teladan kepada masyarakat bahawa penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat tidak semestinya diselesaikan oleh Kerajaan semata-mata?  Selama ini kita memandang rendah terhadap graduan-graduan kita, namun pada hari ini kita sudah boleh lihat perubahan dalam sikap pelajar-pelajar yang sudah mula menunjukkan kematangan dan kreativiti mereka dalam pembangunan negara.
Kami bersyukur, ada golongan pelajar di Malaysia yang tidak lagi mahu bergantung kepada kerajaan, dan tidak juga memilih untuk berdemonstrasi seperti pelajar-pelajar di London, sebaliknya berusaha untuk maju dalam ruang lingkup undang-undang yang tidak adil.  Namun keyakinan yang ditunjukkan seolah-olah mereka menyatakan bahawa tidak ada apa yang mampu menghalang kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka.  Mereka juga sanggup mengenepikan pengaruh dan kepentingan politik semata-mata untuk kepentingan mereka bersama.  Jika begini rentak perkembangan orang muda di Malaysia, kami percaya masa depan negara masih mempunyai harapan yang cerah.
*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.
(merdekareview)

Ini Kisah Menteri Yang Pandai.......



Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Di petik dari akhbar pencacai paling celaka di dunia : Utusan Meloya.Taraf kehidupan paling tinggi dan mendesak berlaku di bandar2, terutamanya kepada rakyat yang tinggal di rumah2 pangsa (flat), Apartment dan juga rumah2 teres.

Ada ruang ke... untuk rakyat menanam sayur...??? Rakyat yang hidup di kampung2 pun ramai yang tak ada tanah lebihan untuk berkebun... inikan pula yang tinggal di bandar...

Jadi di mana logiknya saranan menteri bangang yang menggunakan ayat "Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA.... bla..bla..bla..". Itulah jadahnya kalau pengundi memilih pemimpin yang bercakap guna kepala lutut dari menggunakan kepala hotak yang ada. Tapi setahu gua menteri penipu ni mana ada otak... bangang nak mampus...

Apa kata kalau semua menteri2 bangang 1Malaysia nih sedekahkan tanah2 diorang yang ada di sana, sini dan sinun yang berekar-ekar dan berhektar-hektar yang di miliki secara halal mahupun haram itu kepada rakyat untuk projek tanaman sayur... ada berani ka...???

Jadi... kalau nak menipu rakyat agak-agak laaa..., jangan perbodohkan rakyat sebagai mana Menteri2 bn memperbodohkan pengundi yang menyokong mereka selama ini... sebab diorang tu sememangnya bodoh... dah 50 tahun kena tipu dengan "Ketuanan Melayu" masih sokong dan sanggup di perbodohkan....

Ahhhh... memang penyokong2 umnoapco/bn nih... BODOH nak MAMPUS...!!!
(rakyatmarhaen)

Friday, December 10, 2010

2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan


Oleh Syed Mu'az Syed Putra

December 09, 2010
KUALA LUMPUR, 9 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir.
Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd.
Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan.
Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan.
“Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing.
“Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.
Tambah Dr Ma’amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana.
Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka.
“Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka.
“Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka.
“Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila,” katanya.
Dr Ma’amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu.
“Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja.
“Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini.
“Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara,” katanya.
Tambah Dr Ma’amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB).
(MalasiaInsider)
P/S: Untuk belajar dalam negara, tempat terhad. Dapat peluang belajar kat luar negara, duit sendiri tak cukup. Harapkan kerajaan, tiada biasiswa,pinjaman pun susah. Inilah nasib warga Malaysia. Kalau jadi anak menteri, wakil rakyat, orang kuat umno, pegawai tinggi putrajaya bolehlah jugak hantar anak luar negeri atau paling tidak bisa urus biasiswa melalui mara/jpa!