Monday, December 13, 2010

Ini Kisah Menteri Yang Pandai.......



Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Di petik dari akhbar pencacai paling celaka di dunia : Utusan Meloya.Taraf kehidupan paling tinggi dan mendesak berlaku di bandar2, terutamanya kepada rakyat yang tinggal di rumah2 pangsa (flat), Apartment dan juga rumah2 teres.

Ada ruang ke... untuk rakyat menanam sayur...??? Rakyat yang hidup di kampung2 pun ramai yang tak ada tanah lebihan untuk berkebun... inikan pula yang tinggal di bandar...

Jadi di mana logiknya saranan menteri bangang yang menggunakan ayat "Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA.... bla..bla..bla..". Itulah jadahnya kalau pengundi memilih pemimpin yang bercakap guna kepala lutut dari menggunakan kepala hotak yang ada. Tapi setahu gua menteri penipu ni mana ada otak... bangang nak mampus...

Apa kata kalau semua menteri2 bangang 1Malaysia nih sedekahkan tanah2 diorang yang ada di sana, sini dan sinun yang berekar-ekar dan berhektar-hektar yang di miliki secara halal mahupun haram itu kepada rakyat untuk projek tanaman sayur... ada berani ka...???

Jadi... kalau nak menipu rakyat agak-agak laaa..., jangan perbodohkan rakyat sebagai mana Menteri2 bn memperbodohkan pengundi yang menyokong mereka selama ini... sebab diorang tu sememangnya bodoh... dah 50 tahun kena tipu dengan "Ketuanan Melayu" masih sokong dan sanggup di perbodohkan....

Ahhhh... memang penyokong2 umnoapco/bn nih... BODOH nak MAMPUS...!!!
(rakyatmarhaen)