Showing posts with label Sosial/Politik. Show all posts
Showing posts with label Sosial/Politik. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Durian FM: Radio Internet Alternatif Buat Anak Muda Malaysia......

DJ "terpancung" kembali dengan Durian FM

Lim Hong Siang

 
Pengacara rancangan "Say Hi to Malaysia" yang "dipancung" pada Ogos 2010, Jamaluddin Ibrahim kini kembali ke ruang udara melalui saluran internet, dengan DurianFM.com.  Stesen radio yang berpengkalan di laman internet ini menyasarkan audien berbilang kaum, dengan tiga bahasa pengantar, iaitu bahasa Cina, Inggeris dan Malaysia.
Ketika DurianFM.com dilancarkan pada jam 3.08 petang, Jamaluddin Ibrahim (gambar kanan) menyifatkan ia sebagai detik yang terharu, sambil merakamkan penghargaannya kepada mereka yang menjayakan radio internet ini.  "Akhirnya kita berjaya menubuhkan stesen radio internet ini," beliau berjanji untuk mempromosi kebebasan bersuara menerusi saluran ini.
Berkata kepada wartawan selepas upacara perlancaran, pengasas DurianFM.com Jamaluddin Ibrahim menjelaskan bahawa nama "durian" dipilih kerana  sifat tempatannya (local), lebih-lebih lagi bunyinya hampir sama ketika diungkapkan dalam pelbagai bahasa.
Berbeza dengan stesen radio tradisional, stesen radio internet memerlukan kos yang lebih rendah.  Jamaluddin menambah, penubuhan radio internet tidak memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC), lantas membenarkan ruang bersuara tanpa tapisan dan sekatan, selaras dengan slogannya, "Tiada Tapisan, Tiada Sekatan".
Apabila ditanya sama ada beliau berdepan dengan "tekanan politik" sepanjang penubuhan radio internet ini, Jamaluddin Ibrahim berkata, "Tiada, tiada.  Setakat ini tiada.  Saya berharap tiada (tekanan) pada masa depan, memandangkan penubuhan radio sedemikian adalah dibenarkan di bawah undang-undang."
Beliau memilih 8 Mac sebagai tarikh perlancaran radio internet ini untuk memperingati "tsunami politik" yang berlaku tiga tahun lalu.  Untuk Jamaluddin Ibrahim, 8 Mac adalah tanda di mana rakyat bangkit untuk menggunakan hak mereka, dan beliau berharap ia diteruskan.  Jamaluddin juga berharap agar ruang ini digunakan sebagai platform untuk perdebatan pandangan daripada latar belakang politik yang berbeza.
Radio internet ini dilancarkan oleh speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bersama EXCO Kanan Selangor Teresa Kok dari DAP.  Turut hadir untuk memeriahkan upacara perlancaran termasuklah Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim (gambar atas, kiri), Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim, EXCO Selangor Elizabeth Wong, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin, dan wakil daripada MCA, selain aktivis sosial seperti Hishamuddin Rais.
Ketika diundang sebagai tetamu untuk rancangan tadi, Teng Chang Khim diminta untuk mengaitkan kebebasan dengan durian.  Sambil berseloroh beliau berkata, "Durian bagaikan kebebasan.  Kamu mungkin tercedera, dan berdarah seandainya tidak tahu cara untuk membuka durian.  Kita perlu tahu cara untuk membuka durian, supaya kita mampu menikmati buahnya (kebebasan) tanpa berdarah"
Ruang semakin sempit dalam media elektronik
Sebelum ini, Jamaluddin Ibrahim terpaksa digugurkan dari rancangan call-in pada pagi 19 Ogos 2010, berikutan "tekanan politik" yang kononnya datang daripada majikannya, iaitu MCA.  Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC).
Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.
Antara kejadian yang berlaku dalam media elektronik pada ketika itu termasuklah perletakan jawatan penerbit rancangan NTV7, Joshua Wong sebagai protes kerana self-censorship yang keterlaluan.  Chou Z Lam, penerbit rancangan yang dihentikan RTM sebelum tempoh perkhidmatan tamat mengikut kontrak, dan Tan Ean Nee yang tidak diperbaharui kontraknya oleh RTM.
Kejadian bersiri ini dibaca sebagai tekanan terhadap media elektronik, yang semakin sempit ruang kebebasannya.  Satu gerakan bergelar "1 Muted Malaysia" telah diadakan, dengan aktiviti perarakan dan forumnya, sebagai usaha untuk menyedarkan orang awam terhadap pencabulan kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan PM keenam, Najib Razak.

Tuesday, March 8, 2011

Kenyataan 4 Sasterawan Negara tentang kes Interlok

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein - di akhbar, majalah, di tv dan dunia siber.  Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya.  Akan tetapi yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutama partai politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya.
Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi.  Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.  Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum.  Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang.  Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara.
Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan.  Sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak selalu rapi dan cantik.  Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam.  Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya.  Malah pengarang-pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya.
 
Berlainan dengan dokumen rasmi, sastera menderetkan berbagai-bagai jenis , manusia - seperti yang dilihat pengarang dalam ruang kehidupannya - daripada wira hinggalah penjenayah, daripada ketua hinggalah pengikut buta, daripada ulama hinggalah orang berdosa, dan dari berbagai-bagai bangsa dan kaum.  Mereka semua kita temui dalam deretan kehidupan harian.  Sastera ialah ucapan dan ingatan bangsa, kerana yang terlukis di dalamnya ialah pemerian tentang bangsa itu.

Kami berpendapat bahawa sastera ada ruangnya sendiri dengan keseniannya yang khusus pula.  Kita harus membaca sastera sebagai sastera, dan bukan buku sejarah atau politik.  Membaca sastera ialah suatu proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan.  Proses ini penting untuk diri manusia sendiri kerana yang ditawarkan ialah berbagai-bagai jenis pengalaman buat pembacanya - dari yang lahiriah sampailah kepada sikap dan pendiriannya.  Semuanya dianggap sebagai cermin dan bayang makna kehidupan manusia.  Ramai daripada kita yang merasakan pelajar kita kurang mampu untuk menilai apa yang mereka baca.  Pada tahun 2011, dengan gunung maklumat di internet dan dunia cetakan, kami maklum bahawa mereka sudah lama dituntut dan dilatih untuk mempertimbangkan, memilih dan membuat kesimpulan sendiri.  Sesuatu fakta yang diubah dan dimetaforakan secara halus sekalipun di dalam karya sastera dan kenyataan dengan wajah sebenar akan tetap muncul dalam pelbagai medium yang lain.
Interlok ialah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latar dari 1910 hinggalah sebelum Merdeka.  Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.  Inilah tujuan pengarang.  Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan.
 
Kami tidak melihat masalah pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang.  Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum.  Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan.  Itulah tujuan terpenting pengarang.  Kami merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan.  Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar - hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya.
Benarkanlah penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu.  Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis, berfikir dan berpendirian.
Marilah kita, rakyat Malaysia, membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya darinya dapat kita kutip pemikiran dan kearifan sasterawan kita.

*Kenyataan bersama oleh empat orang Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh, Anwar Ridhwan, Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan.

Monday, March 7, 2011

Tayangan dokumentari yang dipinggirkan

Dokumentari yang mencerminkan kebenaran masyarakat merupakan spesies filem yang diancam pupus di Malaysia.  Genre filem jenis ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan penonton yang sentiasa mengharapkan unsur-unsur "hiburan", bahkan ia perlu juga mengharungi campur tangan daripada MSM dan tingkah-laku self-censorship oleh pihak media sendiri.
Pada bulan April 2004, penerbit acara Editor's Time dan Edisi Siasat NTV7 Joshua Wong Ngee Choong telah meletakkan jawatan sebagai petanda tidak setuju dengan self-censorship oleh pihak atasan NTV7.  Dalam bulan yang sama, penerbit Galeri Mandarin Nasional bagi TV2, RTM pula dipecat kerana membuat dan menyiarkan siri dokumentari tentang empangan Bakun.  Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa seriusnya sekatan atas dokumentari di Negara ini oleh akta-akta yang ketinggalan zaman dan bagaimana kebebasan terhadap informasi disekat oleh campur tangan politik dalam arena media.
Dalam keadaan yang terdesak sedemikian, sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan mengkritik sosial, dokumentari terpaksa menyelesaikan masalah kekurangan penonton dan begitu juga dengan masalah kongkongan media oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk mengenepikan "godaan" untuk memasukkan lebih banyak unsur-unsur hiburan ke dalam dokumentari, dan mengatasi rintangan self-censorship, untuk menayangkan dokumentari dipinggir media arus perdana.  Kami menggelar tayangan ini sebagai tayangan "yang Dipinggirkan" atau Exiled Documentary, tidak bermaksud kami mengundurkan diri dari tayangan untuk orang ramai, sebaliknya kami tidak ingin letakkan diri dalam zon yang selesa dan selamat yang selama ini hanya mampu ditawarkan di RTM dan stesen-stesen TV swasta, sebaliknya memilih untuk berhadapan dengan penonton secara terus, dan berhadapan dengan cabaran, risiko serta peluang yang jauh lebih besar.
Sebagai tayangan bagi pusingan yang pertama, kami akan menayangkan dokumentari Bakun Trilogy bahagian 1 dan 2, yang dibuat semula oleh bekas penerbit "Galeri Mandarin Nasional" Chou Z Lam, serta dokumentari "March Encircling" tentang perjuangan rakyat di kampung baru Rawang, yang dibuat oleh director dan producer VideoArt, Lai Kim Koon.  Tayangan tersebut akan diadakan di 13 tempat di pantai barat semenanjung Malaysia serta Singapura.  Tujuan utama tayangan ini adalah untuk membangkitkan semula isu kesan sosial empangan Bakun dan kabel elektrik Rawang, dan mendedahkan mereka kepada populasi di seluruh Malaysia.  Berikut adalah maklumat terperinci tentang tayangan ini:
Tajuk Aktiviti: Tayangan Dokumentari Yang Dipinggirkan
Objektif aktiviti:1.membantah kongkongan media
2.memperkenalkan documentari
3.membentuk masyarakat Civil
Para Penganjur: Peoples Documentary Foundation, Video Art Magazine, Malaysiakini
Penaja utama:Kumpulan wartawan dan penulis yang menyokong orang asli dan orang asal
Penganjur Setempat:KLSCAH Social Economic Committee, KL
New Era College Media Study Department, Kajang
Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh
Penang Chinese Town Hall, Penang
SUARAM Penang
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) , Perak
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban
Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri, Muar
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang
SUARAM Johore Bharu
Singaporeans For Democracy(SFD)
Tarikh Tayangan:8 March 2011 – 6 April 2011
Kandungan:
1.Tayangan Filem :a) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam (42 minit)
b) Bakun Trilogy: Episod 2 Ketidakadilan (47 minit)
c) Defend Our Homeland (60 minutes)
2.Sessi Q & A (20 minit)
3. Upacara Perasmian :Ceramah ( Tajuk : Documentari dan perubahan Sosial ) & Showing the
trailer
Dokumentari dan Perubahan Sosial (8 Mac 2011, 8.30pm, KLSCAH)Penceramah: Chou Z Lam (pengasas Peoples Documentary Foundation), Anna Har (Director KOMAS) dan Sylvia Lim (Pengasas & Ketua Pengarang Video Art Magazine )
MC: NTV7 Host -Tan Ley Teng
Person in Charge:1. Coordinator :Chou Z Lam & Sylvia Lim
2. Admin Secretary : Raymond Lim
Synopsis Filem
A) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam / 42 minit / 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatPada tahun 1998, Projek Bakun Hydro Electric di Sarawak mula memindahkan lebih kurang 9,500 orang asal secara paksa.  Namun begitu, ada sekumpulan daripada mereka yang enggan berpindah dan bertekad mempertahankan tanah dan kawasan Kediaman.  Pada bulan Oktober 2010, penakungan air empangan Bakun bermula, kawasan tanah adat orang asal seluas pulau Singapura dijangka akan ditenggelami dalam tempoh masa setengah tahun.
B) Bakun Trilogy: Episod 2-Ketidakadilan/47 minit/ 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatProjek empangan Bakun Hydro Electric yang kosnya RM 4.5 billion pernah tergendala dua kali akibat kemelesetan ekonomi.  Namun begitu, kerajaan Sarawak tidak mengendahkan permintaan orang asal yang dipengaruhi oleh projek tersebut dan memindahkan lebih kurang 9,500 penghuni di ulu Bakun ke kawasan penempatan semula di Asap Koyan.  Sehingga hari ini, kebanyakan daripada mereka masih tidak menerima pampasan yang sepenuhnya tentang rumah panjang lama, tanah adat dan tanaman di tempat asal.  Pendek kata, penghuni Sungai Asap hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan.
C) Mempertahankan kampong halaman kami / 60 minit / 2010 / Director Lai Kim Koon / HD Format
Perjuangan selama lima tahun oleh penghuni kampung Baru Rawang, Selangor, untuk mempertahankan kesihatan mereka daripada diancam oleh pembinaan kabel berkuasa tinggi.
Esok (17 Mac 2010) , Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan masuk ke dalam kampung baru Rawang untuk memusnahkan rumah-rumah.  Para penduduk kuathir bahawa TNB akan melakukan operasi pada larut malam, jadi, mereka menjaga mengikut giliran.  Kegiatan ini melibatkan lebih daripada 1000 orang, termasuk penduduk kampung dan sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan.
Pada masa yang sama, Chou Z Lam, penerbit bagi TV2, RTM pada ketika itu telah mendedahkan bahawa satu rancangan dokumentari bahasa Cina "Galeri Nasional Mandarin", yang dijangka akan menyiarkan isu tentang Rawang tersebut, terpaksa dibatalkan penyiarannya atas alasan sensitif.  Lebih kurang 80 orang telah mengadakan tunjuk perasaan di depan Kompleks Bangunan Jabatan Penyiaran (Kompleks Angkasapuri), untuk membantah pemecatan Chou Z Lam dan pembatalan penyiaran isu Rawang serta Bakun.  Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh 528 Media Action Group, Writers Alliance of Media Independence (WAMI) serta Centre of Independent Journalists (CIJ).
Dokumentari ini bukan sahaja merekodkan perjuangan penduduk kampung baru Rawang, bahkan juga memaparkan kongkongan terhadap kebebasan media dan kelemahan dasar penswastaan.
Jadual tayangan, sila rujuk:Blog: http://peoplesdocumentary.wordpress.com/
Facebook: Screening of Exiled Documentary
Email: huskytwist05@gmail.com

Tuesday, March 1, 2011


Guan Eng Tak Patut : Tindakan biadap Kerajaan DAP buat Rakyat Penang dan Umno Marah ?



PULAU PINANG 1 MAC : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma kepada semua kakitangan kilang berkuatkuasa hari ini.


Ia ditawarkan menerusi program letak dan naik bas di bawah sistem bas ekpress transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST.


Perkhidmatan itu disediakan kepada sektor perkilangan yang memandu kereta sendiri.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak di atas Jambatan Pulau Pinang dalam masa sama ia mengurangkan beban kewangan dikalangan pekerja.


Perkhidmatan tersebut ditawarkan lima hari seminggu menerusi dua sesi iaitu pada 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang.


Sebanyak 16 buah bas dan 600 petak tempat letak kereta dengan cas seringgit disediakan. Lim Guan Eng ditemui selepas majlis pelancaran BEST di Seberang Jaya.

Wednesday, February 16, 2011

Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian

Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia.
KOTA KINABALU:  Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.
Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.
“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.
“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.
Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon.
“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit.
“Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut.
Mengadu sakit
Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.
“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” tegasnya.
Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.
“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.
Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.
Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.
Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.
“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor.
“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya.(FMT)

Sunday, February 13, 2011

Betul ke Mat Isa ni?


Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa.

Sukar untuk PAS dan Umno bersatu
Dalam ucapannya juga, Isa berkata, sukar untuk PAS dan Umno bersatu kerana jika kedua-duanya bersatupun Melayu tetap tidak akan bersatu.

"Kalau PAS dan Umno bersatu, tentu ada orang akan tubuh parti Melayu yang lain. Baru-baru ini parti Kita tubuh, lepas ini parti Kami pula," kata Isa disambut tepukan sorakan gemuruh peserta di dewan PWTC yang kebanyakannya adalah penyokong Umno itu.

Kita adalah parti yang dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan baru-baru ini.

"Jadi apa yang kita minta adalah, biarlah Umno dan PAS ini bersatu atas perkara-perkara yang disepakati untuk kepentingan orang Melayu...itu dah cukup," kata Isa.

Desakan untuk PAS bersatu dengan Umno menjadi vokal di kalangan peserta Simposium Dilema Melayu itu yang rata-rata pro Umno atau anak didik Umno di kampus seluruh negara itu.

Ia dianjurkan oleh bekas pelajar pro Aspirasi iaitu kumpulan pelajar yang pro Umno dalam kampus.

Mustafa ketika mengulas isu ini berkata, menjadi dasar PAS dan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara kepentingan bersama dan untuk keadilan.

"Kita dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk mempertahankan tiga perkara pokok dalam perlembagaan iaitu Islam agama rasmi persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

"Bahkan menjadi dasar PAS juga untuk bekerjasama dengan Umno untuk perkara-perkara kepentingan bersama atas prinsip keadilan," katanya.

Warga 1Malaysia?

Jalan mudah nak tampung hidup susah


Inilah realitinya yang berlaku di Malaysia hari ini. Kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi, terutama di kota-kota besar, benar-benar menghimpit kehidupan rakyat.

Namun, kerajaan 1Malaysia buat-buat tak tahu, malah tidak peduli untuk ambil tahu. Sikap mereka... pandai-pandai komerlah nak hidup. Najib, siap sarankan rakyat supaya ubah cara hidup. Ya... cara hidup kita mesti kita ubah. Mau tak mau... kita kena ubah. Kalau tak ubah.... kita yang susah!!

Keadaan bertambah teruk, terutama bagi para pelajar di Pusat-pusat Pengajian Tinggi, di ibu-ibu kota. Kesian mereka.... Untuk tidak menghampakan harapan orang tua di kampung yang ingin melihat mereka menggenggam segulung ijazah, maka mereka terpaksa akur dengan saranan Piem 1Malaysia. Suka atau tak suka.... demi survival hidup di ibu kota, mereka terpaksa ubah cara hidup mereka berdasarkan kemampuan yang mereka ada.

Jadi.... salah satu eset atau kemampuan yang mereka ada untuk dapatkan pulangan wang yang lumayan ialah tubuh badan mereka. Badan yang seksi... montok.... bergetah serta masih tegang, di sana sini... dijadikan umpan untuk mendapatkan mangsa yang boleh memberikan mereka wang untuk terus survive. Kekadang bukan mereka tak tahu dosa pahala atau halal haram, tetapi... kerana tipisnya iman di dada serta terpaksa.... maka mereka lakukan juga.

Itu saja cara mudah, terutama bagi pelajar wanita. Lantas... terjebaklah mereka dalam gejala berunsur seks. Body aku... aku punya pasallah. Janji aku dapat wang untuk menyara kehidupan aku di kota, yang serba serbi perlukan duit. Susah aku siapa tahu?? Derita aku siapa peduli??

Nak harapkan duit PTPTN?? Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi melambung, mana nak mencukupi. Ciput jer.... tak cukup!!

Sebab itu..... dasar serta tindak-tanduk kerajaan dalam mengurus ekonomi negara telah memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat. Inilah cara para pelajar kita mengubah cara hidup mereka iaitu dengan menjadi pelacur, social escort, GRO dan mengoda lelaki yang berduit untuk dijadikan perempuan simpanan. Tak kira ler yang masih bujang ke, duda ke, hatta... laki orang sekali pun. Janji duit masyuk....

Walau pun, ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi berleluasanya gejala ini, namun.... kerajaan tidak dapat lari daripada bertanggung jawab dan dipersalahkan. Ini kerana, sikap kerajaan yang tidak prihatin terhadap penderitaan dan kesempitan hidup rakyat.

Tindakan kerajaan menarik balik sabsidi kepada rakyat serta menaikkan harga minyak ikut sesuka hati tanpa memikirkan kesan bebannya ke atas rakyat adalah satu tindakan yang membelakangkan kebajikan rakyat bukannya mendahulukan rakyat. Apa yang jelas... rakyat dahulu yang dibebankan dan terbeban.

Nak hidup dalam negara 1Malaysia yang diperintah oleh bapak-bapak jerung, yang gila kuasa, gila kaut kekayaan, pentingkan diri, yang tidak berhati perut dan yang busuk perut, memang syusyah. Syusyah..... syusyah sekali.

Jangan syusyah....syusyah.....!! Jom kita berubah. Ubah sikap. Ubah minda dan ubah pendidrian kita. Kita ubah kerajaan. Ha... ha... ha... Selamatkan diri kita, daripada jerung-jerung durjana itu.
 
A Mum Of Three Mohd

RUNGUS KAUM TERMISKIN DI MALAYSIA?


Oleh: PEJUANG MAYA RUNGUS

SEMENJAK kebangkitan rakyat di Mesir, kerajaan Malaysia telah berjaya membawa keluar seramai lebih 7,000 pelajar di Mesir. Sebagai seorang berketurunan Rungus, saya memandang perkara ini pada sudut yang berbeza.
Berdasarkan pengamatan peribadi saya, boleh disimpulkan hampir kesemua 7,000 pelajar tesebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tanpa bersikap prejudis dan racis, apa yang ingin saya katakan adalah satu realiti yang benar-benar terjadi di negara kita pada ketika ini.
Kalau ada yang marah, marahlah dengan parti memerintah. Kalau ingin marah, marahlah dengan pencuri, tetapi jangan marah kepada yang menangkap pencuri atau berusaha menangkap pencuri.
Sebagai lanjutan, seperti yang kita sedia maklum kerajaan Malaysia menghantar beribu-ribu pelajar keluar negara setiap tahun menggunakan dana rakyat/ kerajaan. Persoalannya setiap tahun, berapa orang yang berketurunan Rungus mendapat tawaran belajar di luar negara?
Saya tidak mengatakan untuk tahun ini, tapi saya ingin mengatakan untuk tempoh yang panjang iaitu ketika Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 dan seterusnya bergabung dengan Malaya, Singapura dan Sarawak untuk membentuk negara Persekutuan Malaysia sehingga ke hari ini (2011)
Dalam tempoh tersebut, berapakah pelajar yang berketurunan Rungus pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan bantuan penuh kerajaan? Saya berani katakan yang tidak sampai 100 orang pelajar yang berketurunan Rungus pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran keluar negara?
Apatahlagi sekarang ini, mahu mendapatkan pinjaman pun amat sukar kalau jika ingin sambung belajar ke IPT sehingga terpaksa meminjam dengan along berlesen (PTPTN) (orang Rungus boleh mengatakan selamat tinggal biasiswa)
Ini bukanlah isu yang ingin saya ketengahkan, tetapi yang paling menjadi persoalan saya ialah kedudukan masyarakat Rungus dalam susun lapis masyarakat Malaysia. Kita boleh meneliti perkara ini sejenak.
“Masyarakat Rungus adalah kaum yang termiskin di Malaysia,” kata Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah ketika melancarkan hari Perhutanan Sedunia di kampung Novusung, Matunggong Kudat Sabah pada tahun 1994.
“Masyarakat Rungus dan Sungai adalah yang paling miskin di Malaysia,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad ketika berucap pada Pembentangan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-Sembilan pada tahun 2003.
Memang benar, kaum Rungus dan Suluk adalah kaum termiskin di Sabah sebagaimana yang disahkan dalam laporan UNDP pada tahun 2010. Tetapi saya tidak begitu tertarik dengan kaum Suluk kerana kalau bumi Sabah meletup atau tenggelam, mereka senang-senang balik ke tanah asal mereka di Selatan Filipina.
Kalau orang Rungus, mana ada lagi tanah kita selain Sabah ini. Kalau Sabah meletup, maka tenggelam dan musnahlah kita bersama dengan satu-satunya tanah tumpah darah kita.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, kita dapat simpulkan bahawa nasib orang Rungus tidak pernah berubah semenjak merdeka. Dalam erti kata lain, Rungus adalah pemegang rekod termiskin dan tidak terpecahkan sehingga kini. Dalam hal ini, siapakah yang bertanggungjawab? Adakah orang Rungus itu sendiri ataupun dasar pemerintahan UMNO/BN yang begitu zalim dan kejam terhadap masyarakat Rungus?
Untuk menjadi masyarakat yang maju, kerajaan harus membina sistem yang lebih adil dan saksama, yakni memberi akses pendidikan yang adil dan terbuka kepada kaum Rungus serta memberi peluang ekonomi yang lebih baik.
Antara tindakan untuk mengelakkan Rungus tersisih ialah dengan mengirim lebih ramai pelajar Rungus keluar Negara untuk menimba ilmu dangan bantuan sepenuhnya dari kerajaan terutama ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, New Zealand dan sebagainya.
Dari sektor ekonomi, lihat sahaja Pekan Baru Matunggung yang boleh diibaratkan seperti rumput di jalan yang hidup segan, mati tidak mahu dengan sederet kedai setingkat, serta tapak tamu mingguan dengan suasana kotor dan busuk kerana sampah sarap di merata-rata tempat.
Untuk pengetahuan rakyat Sabah, semua pekan baru Daerah Kecil Matungong tidak ubah seperi ‘Bandar Koboi’ di Amerika 200 tahun yang lalu. Kalau pekan ini dimajukan dengan membina beberaapa lagi bangunan kedai, serta panubuhan beberapa pejabat agensi kerajaan seperti hospital, balai polis, balai bomba, pusat pegajian tinggi serta fasiliti lain seperti mini stadium, perpustakaan, kolam renang awam, bank dan sebagainya; sudah tentunya akan menyumbang kepada kerancakan aktiviti ekonomi dan seterusnya melonjakkan ekonomi kaum Rungus.
Dengan berlakunya lonjakan ini, maka masyarakat Rungus akan seiring dengan bangsa lain yang menikmati kemewahan dan kekayaan negara. Di saat itu Rungus boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat majmuk lain di Malaysia. Maka pembentukan negara Malaysia akhirnya bukan sesuatu yang tidak sia-sia bagi Sabah pada amnya dan kaum Rungus secara khususnya.
Tidak lupa juga akan kepentingan peluang pekerjaan dalam sektor awam. Terus terang kalau anda seorang Rungus dan bekerja dalam sektor kerajaan, anda memang seorang yang sangat bertuah.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dalam beribu-ribu permohonan setiap tahun, hanya beberapa ribu pemohon yang berketurunan Kadazandusunmurut (KDMR) dan menyifatkan kaum ini tidak berminat bekerja di sektor awam.
Siapa kata Rungus tidak berminat kerja di sektor awam? Sebenarnya mereka berminat tetapi bosan dan putus harapan. Mereka beranggapan bahawa hampir mustahil seorang Rungus boleh diterima bekerja di sektor awam, sama mustahilnya dengan pasukan bola sepak negara layak ke piala dunia.
Sebenarnya, buka sekadar tanggapan tetapi itulah realiti sebenar. Pemilihan dalam semua sektor amat berat sebelah dan tidak adil. Saya tidak bermaksud orang Rungus mahukan keistimewaan kepada orang Rungus semata-mata, tetapi layanlah permohonan kami seadilnya.
Mereka yang dahulunya datang ke sini yang ‘kepala mereka duluan masuk’ (terjun dan berenang ke pantai a.k.a PATI) kini anak-anak mereka berlumba-lumba masuk Universiti guna wang kerajaan dan ramai yang sudah menjawat jawatan tinggi kerajaan. Tetapi adakah pegawai Rungus bertaraf JUSA? Belum pernah dengarlah! Sedangkan wakil rakyat yang seorang itu pun, jawatan Pembantu Menteri pun tidak dapat!
Dahulu saya amat berasa malu untuk mengakui reliti ini, bahawa Rungus adalah kaum yang paling mundur dan melarat di Malaysia. Tetapi hari ini, saya sedar bahawa UMNO/BN lah yang patut berasa malu kerana lebih 40 tahun mereka tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat Rungus.
Selepas ini, adakah kerajaan UMNO/BN akan mengubah dasar dan memberi perhatian yang serius terhadap nasib orang Rungus? Atau adakah mereka terus memandang sepi dan terus meminggirkan kaum Rungus dari limpahan kemajuan dan kekayaan negara?
Akhir sekali, dengan layanan buruk, kejam dan zalim dari pemerintah UMNO/BN dan status sebagai pemegang rekod kaum termiskin di Malaysia, adakah masyarakat Rungus akan terus memilih untuk terus diperbodohkan dengan terus mengundi UMNO/BN pada pilihanraya umum akan datang? Atau masyarakat Rungus akan bertindak bijak dengan mengundi apa sahaja, asal bukan UMNO/BN (ABU)? sama-samalah kita tunggu dan lihat!.

Saturday, February 12, 2011

Mahasiswa Malaysia Dilarang Bercakap...Supaya Otak Jadi Kenit!!

UM cuba ganggu sidang media mahasiswa
 
Abdul Rahim Sabri
Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

NONEInsiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.

NONESelain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.
Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.

Menurut seorang aktivis pro-M Sabri Jamaluddin mendakwa, seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadapnya dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.

NONEEkoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.
Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.
Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.
'Semua naik ke atas!'

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

NONEKumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.
Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.
Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

NONEBeberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.
Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.
Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.

Thursday, February 10, 2011

Habis Barang Ahmad Nisfu Kena Jual!!

Ketuanan Rembat : Peralatan balai raya hilang, exco S'gor salahkan BN

Anggota exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini menyalahkan pentadbiran BN terdahulu atas kehilangan peralatan dari pusat kegiatan orang ramai di seluruh negeri itu.

xavier jayakumar pc 190110 01Xavier (kiri) juga mendakwa, peralatan bernilai RM385,000 itu telah dilarikan oleh individu yang dikaitkan dengan Umno dan BN selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya, kehilangan itu dikesan melalui maklumat dari pejabat daerah dan tanah seluruh negeri itu, tidak termasuk Petaling, Sepang dan Sabak Bernam.

"Beberapa orang individu (atau) ahli UMNO (atau) BN setempat yang tidak bertanggungjawab di kampung-kampung berkenaan telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan pengetahuan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) ketika itu.

"Tapi malangnya mereka mengambil sikap tidak peduli ekoran pertukaran pentadbiran kerajaan negeri," kata pengerusi jawatankuasa tetap kerajaan prihatin negeri Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Antara peralatan yang dilaporkan hilang itu termasuk komputer, meja mesyuarat, sistem pembesar suara dan penghawa dingin, kata Xavier lagi.

"Kehilangan ini merupakan tindakan jenayah terhadap harta awam dan kerajaan negeri bercadang untuk membuat laporan polis di setiap daerah yang terlibat," katanya lagi.

Dari Atas Sampai Bawah Songlap!!!

Bisnes Baru : 700 Ribu Kondom Jepun Hilang di Malaysia..!!!

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Kondom pun ko kebas??? Ish3X..teruk pada penyamun tarbus ni??? Manalah pelabur tak nak lari... Hilang ke mana? Takkan nak guna sendiri? Boleh bahagi sebagai souvenir untuk pilihanraya tak? Pilihanraya dah dekat ni? Takkan nak cap dacing pulak kat kondom tu? Itu dah jadi projek kementerian Kesihatan. Bahagi kondom kepada pengidap aids dan penagih dadah agar tak merebak penyakit kepada orang lain.


Harga getah mahal sekarang. Kalau curi nak jual kat mana? Orang Malaysia tak pakai mana. Ke sekarang ni permintaan tinggi? Atau di Perak orang banyak guna? Ye lahh!!! Sekarang ni anak luar nikah merata-rata. Nak curi untuk eksport ke Negara lain tak munasabah. Takkan nak eksport ke Amerika atau Afrika. Tak padan saiz tu… Ke nak proses balik jadi getah sekerap untuk dijual? MB Perak patut cakna ni! Nanti lari pelabur kang. Rupanya Malaysia ni banyak kilang-kilang topi keledar ni yek... sebab tu harga getah naik harga???

Kepada yang menemui kondom-kondom ini harap lapurkan kepada Datuk Zambry. Takkan nak bagitau ke Tan Sri Harrusani pulak. Ni bukan kerja dia. Polis sekarang sibuk nak ke Merlimau dan Demo Mubarak kat Kuala Lumpur.

Maaf berita ini tak disiar di akhbar Malaysia. Malu beb. Berita ini dipetik dari harian Kompas. Macam-macam adaaa...

KUALA LUMPUR. 9 Feb 2011. Pihak Polis Malaysia sedang menyiasat hilangnya lebih dari 700.000 kondom ultra-tipis yang dihantar dari negara ini ke Jepun. Sagami Rubber Industries, pembuat kondom pertama Jepun, minggu lalu, mengatakan, kondom-kondom itu dimuat dalam satu peti dari sebuah kilang di Malaysia utara. Namun ketika peti itu dibuka di Tokyo, di dalamnya kosong dimana ratusan ribu kondom itu telah hilang. "Kami menangani hilangnya kondom itu dengan serius. Kami sedang menyelidiki kes tersebut," kata seorang jurucakap polis kepada AFP.

Sato Koji, manager kilang getah Sagami di bertempat di Perak, Malaysia, mengatakan, mereka telah melaporkan kes hilangnya kondom-kondom itu ke pihak polis. "Kami sedih dengan insiden tersebut. Ini kes pertama sejak kami memulakan produk di Malaysia sejak tahun 1997," katanya kepada AFP. Para pegawai di pejabat Sagami menyatakan kondom-kondom tersebut yang 14 peratus lebih tipis dari kondom-kondom yang beredar di pasaran dan bernilai US1.5 juta dollar untuk jualan pasaran Jepun.

Syarikat Forwading Agent yang mengurus penghantaran barangan mengatakan, barang kiriman dari Malaysia sering hilang dan banyak kes kekadang dilakukan oleh orang dalam. Menurut kata Ketua Pengiriman Barang melalui Udara Malaysia Walter Cullas.(rakyat marhaen)

Wednesday, February 9, 2011

Berakhirnya perjuangan Along Sega... Pribumi Sarawak

Pemimpin Penan yang terkenal di luar negara, Along Sega, menghembuskan nafas terakhirnya seminggu yang lalu. Namun pemergian pemimpin pribumi yang berusia sekitar 70an itu langsung tidak mendapat perhatian media arus perdana. Sebaliknya, Tahun Baru Cina yang mencuri tumpuan.

NONEHanya Malaysiakini sahaja yang membawa berita kematian pemimpin Penan yang paling dihormati dan dianggap berani dalam sejarah Sarawak.

Along adalah pelopor dalam perjuangan Penan yang menentang intrusi atau pencerobohan penebang balak di tanah pribumi itu sejak tiga dekad yang lalu.

Beliau berhujah secara lantang dan merayu bantuan negara antarabangsa untuk campurtangan menyelamatkan kediaman penduduk Penan dan Kelabit di Ulu Limbang, yang seringkali tertindas itu.

Along menjadi perhatian dunia, apabila beliau mendirikan sekatan pertama menghalang jalan pembalak bersama-sama penduduk Penan tempatan dan Kelabit dari Long Napir.

NONEBeliau juga dianggap sebagai mentor dan menjadi bapa angkat Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar Switzerland yang tinggal dengan masyarakat Penan selama lebih dari enam tahun.

Perjuangan Manser menegakkan hak masyarakat Penan menjadi duri dalam daging dan penghalang utama kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Manser kemudiannya dilaporkan tidak dapat dikesan di hutan Sarawak.

Monday, February 7, 2011

Who is the Pirate , Somalia Vs Nato EU USA Asia

Somali pirates’ detention extended

February 7, 2011
The seven Somali pirates caught by Malaysian forces have been remanded for another six days to give police more time to complete their investigations.
KUALA LUMPUR: The police have extended by six days a detention order against seven Somali pirates captured by Malaysian forces last month in a raid to free a hijacked oil tanker in the Gulf of Aden.
A police spokesman said that investigators need more time to complete their probe into the case, a historic bid by an Asian country to prosecute bandits operating off the coast of lawless Somalia.
“The extended detention is to enable police to complete their investigations,” a spokesman from police headquarters in the capital Kuala Lumpur said.
The seven have been held on remand in Malaysia since Jan 31 when they arrived on board the tanker MT Bunga Laurel, which was seized by pirates along with its crew of 23 on Jan 20.
The tanker was headed to Singapore with a cargo of lubricating oil worth more than US$10 million when high-seas bandits armed with AK-47 assault rifles boarded and took control of the ship.
Malaysian naval commandos from a vessel protecting shipping in the Gulf of Aden, along with a navy attack helicopter, responded to a distress call and captured the pirates after a brief firefight.
A day later, South Korean forces captured another five pirates in a separate raid and transported them back to the port city of Busan where they have been charged with robbery, hijacking and attempted murder.
Malaysia and South Korea could become the first Asian nations to prosecute Somali pirates, as affected countries move towards dealing with the piracy crisis off Somalia – which has surged in recent years – through legal action.
Malaysian Attorney-General Abdul Gani Patail has promised that the seven alleged pirates will be treated as in any other criminal case, with an investigation followed by a trial.
- AFP

Who is the Pirate , Somalia Vs Nato EU USA Asia

<object style="height: 390px; width: 640px"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/fwvdCO5120A?version=3"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/fwvdCO5120A?version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="390"></object>

Late PTPTN, Not So Good CNY

Oh Chin Eng  
ptptncnyFirst of all, I hope the beloved Prime Minister who has been graciously sending us Chinese New Year’s greeting through SMS and e-mail will seriously look into this matter.

I am third year Journalism student from Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar campus. The reason I write this letter is to express my distraught, sadness, and disappointment over the late loan by the government.

I am one of the recipients of the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN). Usually most of us  at UTAR will get the loan a month after the new semester begins. Our semester began on January 17 but until today, I haven’t got any cent from PTPTN. The same goes for other students from other courses.

This late payment of PTPTN loan seriously caused a lot of trouble to students from lower income families like me. It’s even more troublesome especially during this Chinese New Year festive season. I was not able to prepare much for Chinese New Year. I was left with no choice but to buy a new pair of clothes without any new undergarments.

Another major problem I’m facing now is the student bill is already out. I have to pay about RM6000 by this Friday, January 11. I will be fined RM10 per week for late payment. How am I going to pay the bill if I’m penniless? To rub salt to the wound, I am still in arrears in respect of hostel rentals. I have to buy new books for the new semester too.

Since the Chinese New Year came earlier, PTPTN should be given earlier to avoid problems to the students. Why did this problem occurr? Why didn't the relevant authorities take this into consideration? Is it a result of incompetence on the part of our public administration or is this problem technical? How can we survive without the release of funds from PTPTN? I do not wish to eat bread and instant noodles everyday.

I plead to the PTPTN and Ministry of Higher Education to listen and act on my difficulty as soon as possible. Thank you and salam 1Malaysia.

From Oh Chin Eng, a citizen who’s eligible to vote in the coming General Election.

(The views expressed above are entirely that of the author and does not reflect the opinion or endorsement of Malaysian Mirror)

Sunday, January 30, 2011

Tiga saman baru untuk Felda

Di Bera membabitkan 600 peneroka, Kertih Satu seramai 30 orang dan Felda Redong 35 orang.
LABIS: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan tiga saman baru terhadap pengurusan Felda berhubung penipuan terhadap mereka.
Tiga tanah rancangan Felda tersebut ialah Bera di Pahang, Kertih Satu, Terengganu dan Felda Redong di Johor.
“Di Bera membabitkan 600 peneroka, Kertih Satu seramai 30 orang dan Felda Redong 35 orang jika pengurusan Felda tidak menyelesaiikan mereka selepas pilihanraya kecil DUN Tenang,” kata presiden Anak Mazlan Aliman dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam sidang media tersebut Mazlan yang juga ahli jawatan kuasa (AJK) Pusat juga mengumumkan kejayaan peneroka Felda Raja Alias 2 di Negeri Sembilan mengenepikan saman injuksi oleh pengurusan Felda terhadap mereka (gambar).
Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datin Rosnaini Saub menolak permohonan pengurusan Felda untuk mengenepikan tuntutan 23 peneroka enggan menyerahkan tanah mereka untuk ditebang oleh kontraktor yang dilantik Felda.
“Peneroka menolak bayaran RM28,000 untuk tanah seluas 10 ekar tanaman getah mereka.
“Kerana peneroka berkenaan boleh mencari kontraktor lain yang boleh membayar lebih tinggi daripada itu, katanya.
Mazlan berkata kini telah ada kebangkitan di kalangan peneroka Felda untuk menuntut hak mereka.
Beliau juga mendakwa sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan masih tidak mahu berdebat mengenai isu Felda.(FMT)

Friday, January 28, 2011

Buat Makcik Pakcik Felda...Fikirlah masak-masak sebelum memangkah!

Pengurus Felda akui perjanjian serah ladang oleh peneroka longgar
Khairil Abdul Rahim   

 TEMERLOH, 27 Jan: Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimati setem dan tiada tarikh tamat.

Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.

Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.

Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.

“Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.

“Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda,” katanya.

Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.

Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.

Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.

Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.

Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.

“Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.

“Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang,” katanya.

Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.

Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.

Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90.

Thursday, January 27, 2011

‘PEMBUNUH BERLESEN’ DI SABAH?

 



















                                      BUNUH.... Tergamakkah kita membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa semata-mata kerana kecuaian kita?


Oleh: MUTALIB M.D
‘PEMBUNUH Berlesen’ telah menjadikan Sabah sebagai ‘Killing Fields’ dengan melonggokkan lebih empat hingga lima juta bateri ‘Lead Acid Plumbum’ (LAP) setahun sehingga Sabah tidak lagi selamat daripada pencemaran bahan karsiogenik akibat penggunaan Sistem Solar Hibrid menggunakan LAP.
“Kenapa Kerajaan Malaysia menggunakan teknologi 1860 untuk menyelesaikan masalah keruncingan tenaga elektrik di abad ke 21? Siapa dalang sebenar di sebalik pengenalan dan pemilihan resolusi menggunakan LAP untuk mengatasi masalah ini? Kenapa jadikan Sabah sebagai ‘Killing Fields’?” tanya Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.
Menurut Patrick, beliau dimaklumkan oleh Aktivis Alam Sekitar bahawa tidak ada pusat pelupusan LAP bateri di Sabah sehingga penjenayah alam sekitar membuang bahan cemar ini di sungai, tepi pantai atau di tanam di dalam tanah.
“Kita kesal kerana tidak ada Hospital di Sabah yang mempunyai kemudahan untuk merawat pesakit yang terkena keracunan ‘Lead Acid Plumbum’. Lebih malang lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan tidak ada sebarang kaedah untuk merawat penyakit (No Cure) yang berpunca daripada keracunan LAP setakat ini,” tegas Patrick yang menggesa Kerajaan Negeri Sabah mengharamkan segera penggunaan LAP di sekolah luar bandar yang menggunakan tenaga solar hibrid LAP..
Patrick kesal kerana keputusan ujian keracunan arsenik terutama bahan Plumbum (LAP) yang dijalankan oleh Pusat Racun Negara tidak didedahkan kepada umum sehingga rakyat Sabah tidak menyedari bahaya bahan beracun ini yang menyebabkan penyakit hilang ingatan, rendah IQ, radang hati, komplikasi jantung, kerosakan buah pinggang, kejang otot, Gout dan sebagainya.


BOM... Semua peralatan Sistem Solar Hibrid yang diletakkan di dalam bilik darjah SK Tambisan adalah Bom Jangka yang boleh membunuh pada bila-bila masa.
“Doktor hanya cuba rawat penyakit tetapi tidak merawat punca penyakit iaitu keracunan LAP yang semakin berleluasa di Sabah terutama di kalangan kanak-kanak sekolah di luar bandar,” tegas Patrick yang mendesak Jabatan Alam Sekitar menyelesaikan masalah yang mula menular Sabah secara serius sejak 1994.
Menurut Patrick, dalam satu laporan sulit yang tidak didedahkan kepada media yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara terhadap 435 orang kanak-kanak tadika daripada enam daerah di Pantai Barat Sabah mendapati majoriti mereka mengalami keracunan plumbum.
Daripada kajian tersebut mendapati kandungan plumbum di dalam darah kanak-kanak berkenaan amat tinggi; 6.9 % melebihi 10 mcg/dL; 20.7 % di antara 5 hingga 9.99 mcg/dL dan 72.4 % di antara 0-4.99 mcg/dL.
Tegas Patrick lagi, berdasarkan konsentrasi 10 mcg/dL, tiga daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran mengalami kadar pendedahan yang tinggi plumbum iaitu sehingga 18.8 mcg/dL.
“Jika kenderaan tidak lagi menggunakan plumbum dalam minyak, kenapa kerajaan paksa rakyat Sabah untuk menjadi bahan ujikaji syarikat pembekal sistem solar hibrid yang menggunakan LAP untuk mengaut keuntungan lebih RM15 billion?,” tanya Patrick yang turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaedah pemberian kontrak membekal sistem bekalan elektrik berkenaan yang tidak telus kerana diberikan kepada empat syarikat sahaja.
Sehubungan itu, Patrick menggesa agar Kerajaan Negeri Sabah tidak lepas tangan dan tidak menunggu rakyat Sabah menerima nasib seperti 163 orang (111 kanak-kanak) penduduk Dareta, Nigeria yang mati akibat keracunan plumbum Dareta, Nigeria .
“Saya tidak dapat tidur lena setelah menyaksikan video CNN kerana terbayang bagaimana nasib buruk yang akan menimpa kanak-kanak Sabah jika isu penting ini tidak di atasi, mungkin antaranya cucu saya,” kata Patrick yang ingin melancarkan kempen untuk mengharamkan penggunaan LAP di sekolah-sekolah seluruh Sabah; sekalipun terpaksa menggunakan mahkamah.


ANTIK... Teknologi Lead Acid diperkenalkan sejak 1860 lagi, namun Kerajaan Malaysia masih menggunakan kaedah kuno ini untuk membekalkan elektrik di luar bandar.

Dalam pada itu, mengikut kajian Sabahkini.net, 3 hingga 5 juta LAP dibekalkan ke Sabah dan Sarawak setiap tahun. Setiap bateri mengandungi 17 kilogram plumbum. Jika 4 juta bateri telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Sabah dan Sarawak, bermakna terdapat 68,000 tan plumbum setahun.
Dalam Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK-10), RM6.4 billion telah diperuntukkan untuk membekal elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak; sebahagian besarnya dibelanjakan untuk LAP.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun ketika dihubungi menjelaskan bahawa isu longgokan LAP di Sabah bukan di bawah jurisdiksi Kerajaan Negeri Sabah.
“Pelupusan bahan industri (termasuk bateri) adalah di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebuah agensi Kerajaan Persekutuan. Begitu juga dengan penguat- kuasaan,” ujar Masidi.
Pengarah JAS Sabah, Haji Ab Razak Manap ketika dihubungi menjelaskan pihaknya akan menjalankan siasatan dan mungkin menubuhkan unit khas untuk mengkaji dakwaan Sabahkini.net.
“Kami akan menjalankan penguatkuasaan dan mengambil tindakan di bawah undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh mengkompaun, mahkamah dan penjara serta minta pesalah membersihkan sisa tan tapak tercemar tersebut. Sila beri perincian lanjut dan kemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Sabah untuk memantapkan siasatan,” ujar Haji Abd Razak.
Bagaimanapun, Sabahkini.net tidak memberikan makluman balas sebaliknya menyiarkan kenyataan Patrick kerana pelakunya ialah empat kontraktor yang diberi kontrak membekalkan dan memasang sistem solar hibrid iaitu Ayuda Engineering, Konsortium Eagle, Misi Maju dan Zesnet; serta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Sabahkini.net sempat menemui Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup di pejabatnya di Putrajaya dan dimaklumkan bahawa pihaknya akan mengkaji pencemaran LAP di Sabah dan Sarawak.
“Kita mempelawa agar pihak berminat memohon lesen Pusat Pelupusan LAP dan kita sedia meluluskan lesen jika memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bagaimanapun Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan kajian lanjut dan melakukan pemantauan,” ujar Kurup sambil menggesa agar agensi kerajaan beralih kepada tekonologi hijau yang lebih selamat dan mesra alam.
Siasatan Sabahkini.net mendapati AYUDA telah menjalankan kerja pepasangan dan penyelenggaraan sistem Solar Hibrid LAP bagi sekolah berikut;
SK Minusuh, Telupid
SK Menanam, Telupid
SK Imbak, Telupid
SK Ulu Ansuan, Telupid
Manakala Konsortium Eagle pula menjalankan kerja bagi sekolah berikut;
SK Bergosong, Tawau
SK Umas-Umas, Tawau
SK Kalabakan, Tawau
SK Mentadak Baru, Tawau
SK Panglima Habibullah, Tawau
SK Sg Tongkang, Tawau
SK Ulu Kalabakan, Tawau
SK Bratian, Tawau
SK Wallace Bay, Tawau
SMK Umas-Umas, Tawau
SMK Kalabakan, Tawau
SMK Wallace Bay, Tawau
SK Semawang, Beluran
SK Perancangan, Beluran
SK Basai Baru, Beluran
SK Bukit Besi, Beluran
SK Nangoh, Beluran
SK Moynod, Beluran
SK Monopod, Beluran
SK Kiandongo, Beluran
SK Tambisan, Kinabatangan (Lahad Datu)
SK Sri Ganda, Kinabatangan
SK Sangau, Kinabatangan
SK Tanjung Manawali, Kudat
SK Pulau Tigabu, Kudat
SK Penontomon, Nabawan
SK Salarom, Nabawan
SK Kuala Salong, Nabawan
SK Lotong, Nabawan
SK Labang, Nabawan
SK Layon, Nabawan
SK Salinatan, Nabawan
SK Sasandukon, Nabawan
SK Kaingaran, Ranau
SK Kawiyan Sugut, Ranau
SK Mengkapoh, Ranau
SK Miruru, Ranau
SK Toboh, Ranau
SK Pababag, Semporna
SK Pulau Mabul, Semporna
SK Nukakatan, Tambunan
SK Tiong Wido, Tambunan
SK Tinompok Liwan, Tambunan
SK Sintuong-Tuong, Tambunan
SK Kironggu, Telupid
SK Rundum, Tenom
SK Kapulu, Tenom
SK Bonor, Keningau
SK Dalit, Keningau
SK Kalampun, Keningau
SK Inandung, Keningau
SK Lanas, Keningau
SK Mansiat, Keningau
SK Kuala Kahaba, Keningau
SK Sinaron Tengah, Keningau
SK Sinua, Keningau
SK Malaing, Keningau
SK Nandagan, Keningau
SK Binanon, Keningau
SK Pangas, Keningau
SK Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu
SK Tanjung Labian, Lahad Datu
SK Lok Buani, Lahad Datu
SK Bambangan, Sandakan
SK Nunuyan Laut, Sandakan
SK Pulau Timbang, Sandakan
SK Melinsau, Ranau
Manakala Misi Maju pula di sekolah berikut;
SK Pinawantai, Ranau
SK Togop Darat, Ranau
SK Tarawas, Ranau
SK Poring, Tuaran
Sementara itu ZESNET pula diberikan kontrak bagi sekolah berikut;
SK Paginatan, Ranau
SK Paus, Ranau
SK Tudan, Tuaran
Jika kajian yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara hanya melibatkan kanak-kanak Tadika di Pantai Barat Sabah, kini lebih 78 Sekolah di luar bandar Sabah yang telah dipasang Sistem Solar Hibrid LAP telah menjadi ‘Killing Fields’ yang terbesar di Malaysia!