Di Bera membabitkan 600 peneroka, Kertih Satu seramai 30 orang dan Felda Redong 35 orang.
LABIS: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan tiga saman baru terhadap pengurusan Felda berhubung penipuan terhadap mereka.Tiga tanah rancangan Felda tersebut ialah Bera di Pahang, Kertih Satu, Terengganu dan Felda Redong di Johor.
“Di Bera membabitkan 600 peneroka, Kertih Satu seramai 30 orang dan Felda Redong 35 orang jika pengurusan Felda tidak menyelesaiikan mereka selepas pilihanraya kecil DUN Tenang,” kata presiden Anak Mazlan Aliman dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam sidang media tersebut Mazlan yang juga ahli jawatan kuasa (AJK) Pusat juga mengumumkan kejayaan peneroka Felda Raja Alias 2 di Negeri Sembilan mengenepikan saman injuksi oleh pengurusan Felda terhadap mereka (gambar).
Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datin Rosnaini Saub menolak permohonan pengurusan Felda untuk mengenepikan tuntutan 23 peneroka enggan menyerahkan tanah mereka untuk ditebang oleh kontraktor yang dilantik Felda.
“Peneroka menolak bayaran RM28,000 untuk tanah seluas 10 ekar tanaman getah mereka.
“Kerana peneroka berkenaan boleh mencari kontraktor lain yang boleh membayar lebih tinggi daripada itu, katanya.
Mazlan berkata kini telah ada kebangkitan di kalangan peneroka Felda untuk menuntut hak mereka.
Beliau juga mendakwa sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan masih tidak mahu berdebat mengenai isu Felda.(FMT)