Tuesday, March 8, 2011

Antara peminta sedekah di Kuching dan Rolls Royce Taib Mahmud

Petikan sarawakreport.org
Semasa Taib Mahmud yang telah menggunakan perhimpunan BN-nya (yang diadakan di bangunan baru Borneo Convention Centre Kuching, yang telah beliau biaya, bina dan uruskan secara korup) untuk membidas “para pembohong dan pengecut”, yang telah dengan berani mengkritik berulang-kali akan dasar-dasar ‘kemajuan dan pembangunannya’, Sarawak Report juga berpeluang memperolehi rakaman-rakaman petikan temubual dan juga gambar-gambar.


Gambar-gambar dan rakaman-rakaman yang kami terima menunjukkan kegiatan-kegiatan harian para pegutip sampah yang bergantung hidup pada pusat kitar semula di tempat letak kereta Borneo Development Corporation (BDC) milik beliau! Kegiatan-kegiatan seperti itu dapat kita tontoni setiap hari yang hanya 150 meter jaraknya dari pejabat setiausaha politiknya, Abdul Karim Hamza, yang juga menikmati pekerjaan sebagai Pengerusi BDC itu.

Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia dengan kependudukannya yang rendah. Berbilion-bilion ringgit telah diperolehi dari hutan dan sumber minyak dan kesemua kekayaan ini telah dicerminkan di dalam rumah-rumah mewah milik keluarga Taib dan juga rakan-rakan niaga mereka. Namun, adalah jelas perkongsian kekayaan ini dengan rakyatnya bukanlah sebahagian dari dasar ‘kemajuan dan pembangunan’, di mana Taib secara lantangnya enggan memohon maaf.
Kami mendapati kebanyakan pengutip sampah ini, yang menunggu kehadiran pemandu-pemandu kenderaan yang akan datang untuk menghantar sampah mereka untuk dikitarkan semula di kemudahan berkenaan, datangnya dari Skim Penempatan Semula Stampin – yang mana mereka pernah dijanjikan masa depan yang cerah oleh BN, tetapi seperti kebiasaannya, janji-janji itu tidak pernah (dan tidak akan) menjadi kenyataan.
Di kawasan Skim Penempatan Semula itu sebuah plot tanah yang kecil berharga RM10,000 dan jika seseorang penduduk tidak dapat membayar balik harganya, maka dia tidak akan diberikan geran ke atas tanah itu, walaupun dia juga terpaksa mencari sumber lain untuk membina sebuah rumah.
Kawasan berpaya berkenaan perlu ditambak tanah agar ianya menjadi sesuai untuk membina rumah, dan ini memerlukan RM8,000 lagi, yang membuatkan proses mendiami penempatan semula lebih sukar untuk dicapai. Kebanyakan penduduk ini adalah bergaji rendah, atau langsung tanpa gaji dan berharapan tipis untuk melangsaikan bayaran balik.
Semasa Ketua Menteri meneruskan lebih banyak pemusnahan ke atas negeri ini untuk projek perindustrian meganya di bawah program ‘pembangunan’ SCORE, seramai setengah juta orang tempatan mengalami ancaman ditempatkan semula, dan mereka sepatutnya menilai laporan ini yang dibentangkan di sini.
Very important person? Memanglah masalah ini nampak kecil, remeh dan kurang penting, yang telah membelengu ribuan orang tempatan yang telah ditempatkan semula untuk memberi ruang kepada ‘pembangunan’, tetapi Taib Mahmud tetap tidak mempedulikan itu semua, dan beliau terus kelihatan gah ketika tiba di pusat perhimpunan BCCK itu dengan kereta mewahnya, Rolls Royce.
Tambahan pula anak beliau, Rahman Taib, seorang ahli politik, yang pernah diwar-war untuk menjadi pengganti beliau, tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan itu kerana diketahui sibuk bermain luncur salji (seperti yang diposnya di dalam laman sosial Facebooknya). Namun Sarawak Report merasakan mereka harus melaporkan kisah-kisah kesengsaraan hidup para pengutip sampah, lebih-lebih lagi sepanjang minggu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini.
Semua orang terlibat  – kaum wanita juga tak ketinggalan berhempas-pulas untuk menyara hidup

Kami merasakan siasatan perlu kami jalankan ke atas para pengutip sampah, khasnya kaum wanita yang duduk sepanjang hari menunggu di tempat kitar semula di sekitar Kuching.
Nuratiqah binti Abdullah menceritakan kepada kami bahawa beliau yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia 8, 9 dan 15 tahun. Keluarganya menduduki kawasan penempatan semula itu tetapi tanpa lesen menduduki sementara (TOL). Lantaran itu dia tidak mendapat akses kepada keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air. Pada waktu malam pula, rumahnya hanya diterangi sebutir mentol yang dijana menggunakan bateri kenderaan.
Sebahagian rumahnya telah rosak akibat kebakaran 3 minggu lalu. Pakaian seragam sekolah anak-anaknya habis terbakar. Suaminya tiada pekerjaan dan kadang-kala menyertainya ti tempat kitar semula sampah. Bapa mertuanya yang uzur tinggal bersama mereka. Dia menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan.
Nanong binti Sidek berusia 37 tahun. Dia sekeluarga menduduki kawasan penempatan semula berkenaan. Tanggungannya adalah seorang anak lelaki 12 tahun dan seorang anak perempuan 9 tahun, yang telah melayakkannya menerima bantuan kebajikan untuk anak-anak sebanyak RM200 sebulan. Suaminya telah menceraikannya 4 tahun lalu.
Tiga sekeluarga ini tinggal bersama bapanya, yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah jantung. Pada mulanya Nanong bekerja sebagai pelayan di kedai kopi, tetapi dia terpaksa berhenti kerana tidak tahan dengan tengkingan majikannya. Dia telah mengutip sampah sejak 2008.
Kiat anak Resat berusia 69 tahun. Dia juga menduduki Kampung Stutong Baru yang merupakan sebahagian dari Skim Penempatan Semula Stampin itu. Skim penempatan itu mempunyai 1154 buah lot tanah kesemuanya. Pada mulanya Kiat bekerja di tapak-tapak binaan selama 6 tahun, tetapi sejak 4 tahun kebelakangan ini dia beralih kepada kerja mengutip sampah.
Suaminya bergerak menggunakan kerusi roda setelah diserang strok, di mana mereka sekeluarga menerima hanya RM60 sebulan selama 2 tahun sehingga dihentikan. Kiat mempunyai 5 orang anak dewasa; 3 anak lelakinya tiada pekerjaan yang tetap (salah seorang dari mereka adalah kaki botol), 2 orang anak perempuannya telahpun berumahtangga dan bekeluarga dan mampu menghulurkan bantuan yang kecil sahaja.
Berhampiran dengan pusat kitar semula berkenaan terdapat salah sebuah kawasan perumahan mewah di Kuching. Apartmen Village Grove milik Abu Bekir. Bekir adalah salah seorang anak Taib yang tinggal hanyalah 300 meter jauhnya dari situ, dan setiap hari Bekir akan melalui para pengutip sampah itu.
Kekayaan Abu Bekir yang mengkagumkan bukan sesuatu yang datang dari hasil usahanya dan titik peluh sendiri, kerana kekayaan itu datangnya dari pemberian secara tertutup kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi daripada bapanya.
Namun Taib jelas diketahui tidak berminat untuk bermurah-hati kepada kaum ibu dan wanita-wanita yang melalui hidup susah dalam skim penempatan semulanya itu. Mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang di luar kemampuan mereka bagi membolehkan mereka menduduki skim tersebut yang diiklankan oleh BN sebagai peluang yang baik untuk golongan yang miskin.
Betty anak Gelangyan berusia 22 tahun dan merupakan ‘ahli’ baru dalam kumpulan berkenaan. Dia juga datang dari Kampung Stutong Baru. Ibunya berusia 43 tahun sudah tidak mampu mencari nafkah kerana mengidap sawan, yang mana telah melayakkan keluarga itu menerima bantuan kebajikan sebanyak RM70 sebulan selama 2 tahun tetapi kini telah dihentikan.
Betty bekerja di sebuah kedai kopi dengan gaji RM400 sebulan untuk menyara keluarganya dan membiayai persekolahan adiknya yang berusia 19 tahun. Sebagai menambah pendapatannya Betty mengutip sampah di pusat kitar semula itu.
Menurut suatu sumber yang memberitahu kami, golongan wanita juga menukarkan barang-barang yang mereka kutip dengan bahan makanan seperti beras dari kawasan-kawasan berdekatan, atau dengan kedai-kedai runcit, walaupun ada juga barang-barang yang mereka kutip itu mereka simpan.
Kebanyakan dari mereka ini datang ke pusat kitaran semula BDC menggunakan bas, jaraknya sejaug 5 km dari Kampung Stutong Baru. Kami percaya, ini bukanlah ‘kemajuan dan pembangunan’ seperti yang dikatakan oleh Taib semasa beliau berucap semasa melancarkan ‘penentangan sehabis-habisan’ terhadap pihak pembangkang. Golongan pengutip sampah ini tetap mengharapkan pembahagian kekayaan sama-rata di seluruh Sarawak.
Hipni bin Bahdi, berusia 35 tahun, datang dari Kampung Tabuan Hilir. Dia mempunyai 4 orang anak; 12 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan yang bongsu, 3 tahun. Anaknya yang ketiga mengalami terencat akal. Akibat masalah berkenaan anak malang berusia 6 tahun itu meninggal dunia pada bulan April tahun lalu.
Hipni menerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan sebagai elaun anak-anaknya. Selain isterinya (34 tahun), Hipni juga menyara ibunya yang berusia 64 tahun dan saudaranya yang berusia 28 tahun yang mengidap penyakit jantung berlubang. Di sebelah malamnya Hipni menjual satay dengan pendapatan sekitar RM25 semalam. Selain mengutip sampah di pusat kitar semula di BDC Stampin, dia juga mengutip sampah di pusat-pusat kitar semula di 3 buah tempat yang lain kerana dia boelh menggunakan motosikalnya; Kenyalang, Tabuan Laru dan Batu 3.
Orang-orang yang kami laporkan di atas merupakan sebahagian kecil rakyat Sarawak yang tersisih dari 30 tahun arus ‘kemajuan dan pembangunan’ yang sering dilaung-laungkan oleh BN. Di Sarawak kini ada lebih kurang 10,000 penduduk setinggan dan ramai lagi yang menduduki skim-skim penempatan semula yang hilang tanah pusaka mereka bagi memberi laluan kepada ‘kemajuan dan pembangunan’. Hampir kesemua mereka kini merasakan bahawa hidup di kawasan penempatan semula amatlah tinggi kosnya dan sukar dan kerajaan pula menuntut perbelanjaan yang besar, tanpa menjanjikan pekerjaan untuk mereka bagi membiayai kehidupan di penempatan baru mereka itu.
Beginilah ertinya demokrasi!

Jika Taib sekali lagi dibenarkan kembali berkuasa dan mula melaksanakan SCORE, maka berpuluh-puluh ribu orang Sarawak akan berhadapan dengan nasib malang yang sedang dialami oleh golongan setinggan dan penduduk skim penempatan semula seperti yang kami laporkan di atas. Namun, kerana BN gagal mendaftarkan sepertiga dari orang-orang ini di kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu, maka orang-orang tersebut tidak berpeluang mengundi! !
Dalam salah satu intipati ucapannya Taib telah mengajuk kata hikmat demokrasi yang dipelopori oleh Abraham Lincoln, “Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat”. Sebenarnya, setiap orang Sarawak kini sedar, Sarawak diperintah oleh keluarga Taib dan untuk keluarga Taib dan orang lain tidak akan berpeluang bersama-sama mereka!

RM30 juta sebuah kereta perisai lebih mahal dari kereta kebal M1

Oleh: amkns

"Parlimen sedang bersidang sekarang. Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat tak nak bawa ke isu pembelian kereta perisai AV8 negara yang berharga RM30 juta sebuah yang melebihi harga kereta kebal paling canggih di dunia iaitu M1? Di bawah ini satu artikel yang begitu baik untuk di baca dari wartawan penganalisis ketenteraan.

Malangnya dalam Bahasa Melayu. Tolonglah editor laman web bebas atau Pakatan Rakyat terjemahkan agar rakyat lebih mudah faham.
Buat gambar dengan RM30 juta ni buat berapa rumah rakyat, boleh beri biasiswa kepada berapa pelajar Melayu, boleh beri pekerjaan kepada berapa ramai siswazah Melayu yang menganggur dan seterusnya. 

 
FOR RM30 MILLION A PIECE IT SHOULD BEAT THE M1! 
Written on March 7, 2011 – 10:05 pm |
by Marhalim Abas | 
SHAH ALAM: The statement below is self-explainatory. It is the confirmation of the contract for the AV8. As mentioned in the previous postings, the LOA for the AV8 signified the three mandatory Armed Forces projects for the RMK 10. As a reminder the other two projects are the SGPV/LCS and the Nuri Replacement Programme (Cougar procurement).  
AV8 with Sharpshooter turret The Cougar project has just started while the SGPV/LCS project will be signed, most probably, at Lima 2011 at the end of the year.
Again as I had mentioned I am wary of having the government ceiling budget for any project under negotiations as the final price had always been tracked the approved budget. In this case, the LOI was worth RM8 billion and the LOA (contract) is RM7.5 billion, a discount of RM500 million. Like the SGPV/LCS project I am still of the opinion that this the another Bridge Too Far for MAF. Seriously, of course the Army needs recapitalise its forces but spending RM7.5 billion for just 257 armoured fighting vehicles (AFV) is over the top for our defence budget.
Yes, the money spent will be spread out most probably within 10 years or even longer but we can guarantee we spent a billion ringgit a year for these vehicles. The rest of the Army remained in need of recapitalisation and more money is needed for operational and maintenance concerns.
Yes, there is even the chance of huge capital outlay in case a shooting war does take place on watch, no matter how remote it is. Yes, I know the AV8 is an AFV and it was never designed to fight an Abrams.
But for that price it should not only fight an Abrams it should tore it to pieces! I will not bore you with numbers but the rest of the 8×8 AFV cost around RM10 million each or cheaper (Western ones) while Russians and Chinese ones goes much, much cheaper. 
The Abrams I understand the argument on transfer technology and such but then again for RM30 million a piece everything on the AV8 should be designed in country and made locally. Instead it will have a Turkish body, a South African turret with gun and ATGW launcher, a German engine and French radios and electronics and assembled here. It was designed in the USA however, the country that bought an AFV from the Swiss, mind you. 
By the way, I have no idea how much is cost of the Singaporean 8X8 the Terrex. It may cost as much as our AV8. But with an annual budget of nearly US10 billion, of course it can afford to pay for it.  
Revised RMK10 tally (figures in bracket is actual contract price0Cougar RM1 billion (RM1.6 billion); SGPV/LCS RM3 billion (RM6 billion), AV8 RM2.5 billion (RM7.5 billion) A400M RM1 bilion (RM2.5 billion) DRB-HICOM BERHAD (“DRB-HICOM” OR “COMPANY”)ACCEPTANCE OF LETTER OF AWARD (“LOA”) FROM THE GOVERNMENT OF MALAYSIA TO DRB-HICOM DEFENCE TECHNOLOGIES SDN BHD (“DEFTECH”) IN RELATION TO THE MANUFACTURE, SUPPLY AND DELIVERY OF ARMOURED WHEELED VEHICLES 
Announcement Details/Table Section : 
Further to the announcement dated 20 April 2010, DRB-HICOM is pleased to announce that its wholly-owned subsidiary, DEFTECH had accepted the Letter of Award dated 23 February 2011 from the Government of Malaysia to design, develop, manufacture, commission, supply and delivery of two hundred and fifty seven (257) units of twelve (12) variants of the 8 x 8 Armoured Wheeled Vehicles (AWV) (“Contract”).
The Contract valued at RM7.55 billion is for a period of 7 years commencing from 2011. DEFTECH, via this Contract, will spur and enhance the growth of the Malaysian economy through an economic enhancement program which consists of transfer of advanced defence technologies from its technology partners and original equipment manufacturers (“OEM”), research & development and local vendors development. 
DEFTECH will also own its first intellectual property rights on armoured wheeled vehicle systems and sub-systems. Many new local OEMs will be created through direct and indirect foreign investments during the duration of the Contract and this will generate increased employment for the local defence industry. 
Close collaboration with its technology partners and principal OEMs will also enhance the capabilities and knowledge of not only DEFTECH’s employees but create a knowledgeable workforce for the local defence industry including acquiring competencies in project management, supply chain management particularly defence business processes as well as systems engineering, amongst others. 
The Contract will not have any material effect on the earnings, gearing and net assets of DRB-HICOM Group for the financial year ending 31 March 2011. However, the Contract will contribute positively to the future earnings of the Group. None of the Directors and/or substantial shareholders of DRB-HICOM and persons connected with them have any interest, direct or indirect, in the said Contract. 
This announcement is dated 7 March 2011. –Malaysian Defence 

Monday, March 7, 2011

Ibrahim: 'Mendung sudah berlalu bagi BN...Namun Ribut Petir Akan Berlaku'.....
Bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

NONEIni adalah penilaian ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengenai keadaan politik semasa, dan ia diperkuatkan lagi dengan kemenangan berganda BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau and Kerdau semalam.

Mendung telah berlalu, begitulah katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, dengan merujuk kepada rangkaian kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sehingga kini.

Beliau percaya, satu sebabnya ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehilangan penampilannya di kalangan pengundi.

"Ia bukan lagi persoalan sama ada Anwar akan (menawan) Putrajaya atau tidak. Persoalannya ialah sama ada BN akan memperolehi semula majoriti dua pertiganya dan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan, malahan mungkin merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang" katanya.

Ibrahim berkata keadaan semakin bagus bagi BN, terutama jika ia boleh mengelak isu-isu yang boleh membakar hati rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barangan keperluan “walaupun ia satu fenomena global”.

“Saya percaya jika BN boleh menangani isu-isu ini dengan baik, ia boleh mendapatkan semula sokongan," katanya, sambil berkata, ia adalah penilaiannya dari kaca mata ahli parlimen Bebas.

Ibrahim antara antara mereka yang dibawa oleh BN untuk berkempen bagi gabungan itu semasa pilihan raya kecil Merlimau and Kerdau, yang menyaksikan kekalahan dua calon PAS yang bertanding di kedua-dua DUN tersebut.


Belakangkan demokrasi umpama bom jangka
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 7 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya ‘dia mahu kerasi’ sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di Negara ini.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.

Langkah ini dianggap sama dengan kes seorang bekas pegawai polis yang membuat kenyataan hemat diri mempertikaikan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu tetapi tiba-tiba keesokannya menukar balik kenyataannya itu.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil,”ujarnya.

Keputusan 2-0: BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk

 
 

ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.
Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda “tsunami politik” pada 8 Mac 2008.
Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.
Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.
Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.
Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.
Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.
Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.
BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.
Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.
Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.
Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu. 
BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.
Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.
Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.
Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.
Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.
Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

“Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.
“Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.
“Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.
“Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.
Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.
“PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.
“Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.
“Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS,” katanya.
Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.
Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.
“Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti,” katanya.
Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.
Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.
“Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.
“Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN,” katanya.
Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.
“PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN,” katanya.
Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN.
“Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN.
“Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat,” katanya.
Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka.
“Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka.
“Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN,” katanya.
Melihat kepada perubahan yang berlaku ini, adakah PAS masih mampu untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.
Seorang perayu undi PAS menggantung gambar calon Yuhaizat Abdullah bagi menarik perhatian pengundi di pekarangan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jasin, semalam. — Foto Bernama
Menurut penganalisis politik Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN.

Kuburkan Revolusi Jasmin:
BN kembali yakin berdepan PRU


Barisan Nasional berjaya membuktikan kepada pembangkang, bahawa benih Jasmin yang ditaburkan sepanjang dua pilihan raya kecil serentak ini, iaitu Merlimau dan Kerdau tidak berbunga.  Meskipun keputusan PRK ini menyuntik keyakinan kepada BN untuk menghadapi PRU akan datang, namun pengkaji politik menjangkakan bahawa kebarangkalian PRU diadakan lebih awal tidaklah tinggi.
Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Phoon Wing Keong berkata, dari kaca mata BN, kemenangan kedua-dua PRK ini adalah penting, dalam konteks gelombang "Revolusi Jasmin" di Timur Tengah yang sedang mengombak.  Perdana Menteri bersama Timbalannya telah cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa fenomena "Jasmin" tidak menular di Malaysia.
Dengan kemenangan besar BN di kedua-dua kawasan pengundian yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam, UMNO boleh menyampaikan satu mesej kepada dunia Islam - berbeza dengan negara Timur Tengah yang sedang mengalami "fenomena Jasmin", UMNO-BN adalah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyatnya untuk terus berkuasa.
Bagaimanapun, Phoon Wing Keong (gambar kiri) menganggap kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau adalah sesuatu yang dijangkakan.  Ini kerana kawasan Selatan adalah kubu tradisional UMNO pada asalnya, dan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar sekadar membuktikan bahawa kuasa UMNO atau BN tidak tergoyah di kubu tradisionalnya.
Seorang lagi pengkaji politik, Wong Chin Huat berkata, sesungguhnya kemenangan secara besar-besaran dalam PRK serentak ini menunjukkan bahawa BN telah mengembalikan kuasanya di kubu tradisionalnya, tetapi ia kekal satu tanda soal sama ada gelombang BN ini bakal membadai kawasan bukan kubu tradisionalnya.  Soalan ini hanya terjawab seandainya berlakunya satu PRK di "kawasan berisiko tinggi" untuk BN.
Selain itu, walaupun BN menang di tiga kawasan campuran, iaitu Kerdau, Ayer Merbau, dan Merlimau Pasir yang mana nisbah pengundi Cina-nya berada dalam lingkungan 23.8% hingga 48.9%, namun Wong Chin Huat menganggap keputusan ini tidak cukup untuk menunjukkan bahawa undi Cina telah kembali kepada BN.  Ini kerana pengundi Cina bukan majoriti mutlak di kawasan pengundian tersebut, dan perlu dibandingkan dengan pengundi Melayu jikalau penilaian dibuat.
PR gagal pertahankan satu pertiga dalam parlimen?
Kedua-dua Wong Chin Huat dan Phoon Wing Keong menganggap kemungkinan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan PRU ke-13 dengan lebih awal, iaitu diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, adalah rendah.
Wong Chin Huat (gambar kiri) tidak menolak kemungkinan bahawa PRU ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, berikutan kemenangan besar BN dalam kedua-dua PRK ini, namun beliau menganggap adalah lebih mungkin PRU diasingkan dengan pilihan raya negeri Sarawak, jika dilihat kepada sikap Najib yang lebih berhati-hati.
Phoon Wing Keong pula percaya bahawa kerajaan BN tidak akan membubarkan parlimen secara tergesa-gesa, sebaliknya akan memerhatikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, sebelum memberi kata dua untuk PRU ke-13.  Beliau menjangkakan bahawa PRU paling mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan.
Menurut Wong Chin Huat ketika dihubungi MerdekaReview, seandainya PR gagal menunjukkan prestasi yang terserlah dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, maka ia mungkin melunturkan semangat PR, lantas memberi kesan langsung terhadap prestasinya dalam PRU.
Jikalau PR hanya menang 11 atau 12 kerusi, atau gagal memperolehi 20 atau lebih kerusi yang cukup untuk menggerunkan BN, maka "PR gagal pertahankan kerusi satu pertiga parlimen" bakal menjadi realiti, ramal Wong Chin Huat.  Sebaliknya, PR hanya mampu mengubah senario, sehingga BN tersudut pada kedudukan bertahan, seandainya menunjukkan pretasi yang cemerlang dalam pilihan raya negeri di Sarawak.
Jurang melebar antara bandar dengan desa
Di samping itu, menurut pengamatan Phoon Wing Keong, wujudnya jurang perbezaan politik antara kawasan desa dengan bandar yang ketara, dari apa yang diperlihatkan dalam keputusan PRK Merlimau dan Kerdau.  Malah, jurang ini semakin melebar.
"PRK Tenang, hinggalah dua PRK ini, memperlihatkan bahawa pembangkang hanya meraih sokongan di kawasan bandar, namun ia seolah-olah gagal melakukan apa-apa (sebagaimana di bandar) apabila tiba di kawasan desa.  Sebaliknya, BN mendapat sokongan di kawasan kampung, tetapi gagal menembusi kawasan bandar," kata Phoon Wing Keong.
Phoon menambah, minda pengundi di kawasan desa lebih konservatif dan berorientasikan kepentingan.  Jadi, BN boleh memberi kesan dengan peruntukan, memainkan isu negara Islam atau isu perkauman; sebaliknya, isu yang lebih makro seperti keadilan, kesaksamaan, kebebasan bersuara dan sebagainya, sukar memberi kesan di tempatan.
Walaupun BN berjaya membebaskan diri dari situasi yang merudum - zaman pasca 8 Mac 2008, dan kini menyerang kawasan bandar dengan sokongan yang ada di kawasan desa.  Namun, senario sedemikian akan membataskan transformasi kerajaan BN, analisa Phoon.
"UMNO boleh menjadikan kubu di kawasan desa sebagai pengkalannya untuk menyekat kawasan bandar.  Namun senario ini pasti akan membataskan usaha transformasi kerajaan.  Ini kerana UMNO perlu mengambil kira keperluan penduduk kampung, dan mungkin terpaksa menggugurkan sesetengah dasar transformasi kerajaan," katanya.
*Tulisan ini diterjemah dan disunting daripada teks asal.

Tayangan dokumentari yang dipinggirkan

Dokumentari yang mencerminkan kebenaran masyarakat merupakan spesies filem yang diancam pupus di Malaysia.  Genre filem jenis ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan penonton yang sentiasa mengharapkan unsur-unsur "hiburan", bahkan ia perlu juga mengharungi campur tangan daripada MSM dan tingkah-laku self-censorship oleh pihak media sendiri.
Pada bulan April 2004, penerbit acara Editor's Time dan Edisi Siasat NTV7 Joshua Wong Ngee Choong telah meletakkan jawatan sebagai petanda tidak setuju dengan self-censorship oleh pihak atasan NTV7.  Dalam bulan yang sama, penerbit Galeri Mandarin Nasional bagi TV2, RTM pula dipecat kerana membuat dan menyiarkan siri dokumentari tentang empangan Bakun.  Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa seriusnya sekatan atas dokumentari di Negara ini oleh akta-akta yang ketinggalan zaman dan bagaimana kebebasan terhadap informasi disekat oleh campur tangan politik dalam arena media.
Dalam keadaan yang terdesak sedemikian, sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan mengkritik sosial, dokumentari terpaksa menyelesaikan masalah kekurangan penonton dan begitu juga dengan masalah kongkongan media oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk mengenepikan "godaan" untuk memasukkan lebih banyak unsur-unsur hiburan ke dalam dokumentari, dan mengatasi rintangan self-censorship, untuk menayangkan dokumentari dipinggir media arus perdana.  Kami menggelar tayangan ini sebagai tayangan "yang Dipinggirkan" atau Exiled Documentary, tidak bermaksud kami mengundurkan diri dari tayangan untuk orang ramai, sebaliknya kami tidak ingin letakkan diri dalam zon yang selesa dan selamat yang selama ini hanya mampu ditawarkan di RTM dan stesen-stesen TV swasta, sebaliknya memilih untuk berhadapan dengan penonton secara terus, dan berhadapan dengan cabaran, risiko serta peluang yang jauh lebih besar.
Sebagai tayangan bagi pusingan yang pertama, kami akan menayangkan dokumentari Bakun Trilogy bahagian 1 dan 2, yang dibuat semula oleh bekas penerbit "Galeri Mandarin Nasional" Chou Z Lam, serta dokumentari "March Encircling" tentang perjuangan rakyat di kampung baru Rawang, yang dibuat oleh director dan producer VideoArt, Lai Kim Koon.  Tayangan tersebut akan diadakan di 13 tempat di pantai barat semenanjung Malaysia serta Singapura.  Tujuan utama tayangan ini adalah untuk membangkitkan semula isu kesan sosial empangan Bakun dan kabel elektrik Rawang, dan mendedahkan mereka kepada populasi di seluruh Malaysia.  Berikut adalah maklumat terperinci tentang tayangan ini:
Tajuk Aktiviti: Tayangan Dokumentari Yang Dipinggirkan
Objektif aktiviti:1.membantah kongkongan media
2.memperkenalkan documentari
3.membentuk masyarakat Civil
Para Penganjur: Peoples Documentary Foundation, Video Art Magazine, Malaysiakini
Penaja utama:Kumpulan wartawan dan penulis yang menyokong orang asli dan orang asal
Penganjur Setempat:KLSCAH Social Economic Committee, KL
New Era College Media Study Department, Kajang
Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh
Penang Chinese Town Hall, Penang
SUARAM Penang
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) , Perak
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban
Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri, Muar
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang
SUARAM Johore Bharu
Singaporeans For Democracy(SFD)
Tarikh Tayangan:8 March 2011 – 6 April 2011
Kandungan:
1.Tayangan Filem :a) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam (42 minit)
b) Bakun Trilogy: Episod 2 Ketidakadilan (47 minit)
c) Defend Our Homeland (60 minutes)
2.Sessi Q & A (20 minit)
3. Upacara Perasmian :Ceramah ( Tajuk : Documentari dan perubahan Sosial ) & Showing the
trailer
Dokumentari dan Perubahan Sosial (8 Mac 2011, 8.30pm, KLSCAH)Penceramah: Chou Z Lam (pengasas Peoples Documentary Foundation), Anna Har (Director KOMAS) dan Sylvia Lim (Pengasas & Ketua Pengarang Video Art Magazine )
MC: NTV7 Host -Tan Ley Teng
Person in Charge:1. Coordinator :Chou Z Lam & Sylvia Lim
2. Admin Secretary : Raymond Lim
Synopsis Filem
A) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam / 42 minit / 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatPada tahun 1998, Projek Bakun Hydro Electric di Sarawak mula memindahkan lebih kurang 9,500 orang asal secara paksa.  Namun begitu, ada sekumpulan daripada mereka yang enggan berpindah dan bertekad mempertahankan tanah dan kawasan Kediaman.  Pada bulan Oktober 2010, penakungan air empangan Bakun bermula, kawasan tanah adat orang asal seluas pulau Singapura dijangka akan ditenggelami dalam tempoh masa setengah tahun.
B) Bakun Trilogy: Episod 2-Ketidakadilan/47 minit/ 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatProjek empangan Bakun Hydro Electric yang kosnya RM 4.5 billion pernah tergendala dua kali akibat kemelesetan ekonomi.  Namun begitu, kerajaan Sarawak tidak mengendahkan permintaan orang asal yang dipengaruhi oleh projek tersebut dan memindahkan lebih kurang 9,500 penghuni di ulu Bakun ke kawasan penempatan semula di Asap Koyan.  Sehingga hari ini, kebanyakan daripada mereka masih tidak menerima pampasan yang sepenuhnya tentang rumah panjang lama, tanah adat dan tanaman di tempat asal.  Pendek kata, penghuni Sungai Asap hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan.
C) Mempertahankan kampong halaman kami / 60 minit / 2010 / Director Lai Kim Koon / HD Format
Perjuangan selama lima tahun oleh penghuni kampung Baru Rawang, Selangor, untuk mempertahankan kesihatan mereka daripada diancam oleh pembinaan kabel berkuasa tinggi.
Esok (17 Mac 2010) , Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan masuk ke dalam kampung baru Rawang untuk memusnahkan rumah-rumah.  Para penduduk kuathir bahawa TNB akan melakukan operasi pada larut malam, jadi, mereka menjaga mengikut giliran.  Kegiatan ini melibatkan lebih daripada 1000 orang, termasuk penduduk kampung dan sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan.
Pada masa yang sama, Chou Z Lam, penerbit bagi TV2, RTM pada ketika itu telah mendedahkan bahawa satu rancangan dokumentari bahasa Cina "Galeri Nasional Mandarin", yang dijangka akan menyiarkan isu tentang Rawang tersebut, terpaksa dibatalkan penyiarannya atas alasan sensitif.  Lebih kurang 80 orang telah mengadakan tunjuk perasaan di depan Kompleks Bangunan Jabatan Penyiaran (Kompleks Angkasapuri), untuk membantah pemecatan Chou Z Lam dan pembatalan penyiaran isu Rawang serta Bakun.  Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh 528 Media Action Group, Writers Alliance of Media Independence (WAMI) serta Centre of Independent Journalists (CIJ).
Dokumentari ini bukan sahaja merekodkan perjuangan penduduk kampung baru Rawang, bahkan juga memaparkan kongkongan terhadap kebebasan media dan kelemahan dasar penswastaan.
Jadual tayangan, sila rujuk:Blog: http://peoplesdocumentary.wordpress.com/
Facebook: Screening of Exiled Documentary
Email: huskytwist05@gmail.com

Dilema kaum India di Malaysia

Di tengah-tengah kehangatan kontroversi novel Interlok, penulis mengajak kita melihat isu lebih besar berhubung kaum minoriti ini.
Siapa sangka, kontroversi yang muncul berikutan langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan novel Interlok edisi murid (2010) sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) tetap membawa kesan positif, walau sekecil mana pun.
Pertama, kaum India yang dilabel pihak tertentu sebagai tidak meminati ‘sastera Melayu’ kini sudah berani tampil meneliti, memperkatakan, berhujah dan mengkritik sebuah novel karya seorang Sasterawan Negara secara ilmiah, akademik dan intelektual.
Kedua, semangat kesatuan semakin terserlah dalam kalangan kaum India tanpa batas ideologi politik, latar pendidikan, latar profesion dan kedudukan dalam masyarakat. Perkembangan ini pasti merisaukan mana-mana pihak yang mahu kaum India terus berpecah!
Ketiga, timbul semangat menimba ilmu dan memperkasa pengetahuan untuk menangkis segala fitnah, tohmahan, kritikan dan kenyataan berbaur perkauman yang dilontarkan pihak tertentu sejak tercetusnya kontroversi ini. Ilmu menjadi benteng paling kuat bagi manusia yang beriman. Ilmu jugalah yang mampu membawa mobiliti sosial dalam kalangan kaum minoriti ini.
Bayangkan! Bermula dengan hanya mempersoalkan perkataan ‘paria’ dan ‘kasta’ dalam novel Interlok edisi murid yang menyentuh sensitiviti kaum India, masyarakat itu sudah sampai ke tahap mampu berhujah secara berani untuk membuktikan bahawa watak Maniam dalam novel itu bukan daripada golongan ‘paria’.
Kaum India juga semakin berani bersuara lantang mempersoalkan pelbagai kesalahan fakta mengenai budaya India dan agama Hindu dalam novel berkenaan. Untuk mampu bersuara, pasti sahaja perlu ada kesedaran, ilmu, fakta dan keberanian sejati.
Selepas diasak, diperlekeh, dipersenda dan dibuli pihak tertentu yang ghairah mengangkat novel Untouchable (1935) karya Mulk Raj Anand untuk menegakkan benang yang basah, kaum minoriti ini secara keseluruhan sudah ada kesedaran bahawa selagi satu pihak berdiam diri daripada bersuara menuntut hak, selagi itulah pihak lain akan terus menggunakan pelbagai cara dan taktik kotor untuk menindas dan menafikan hak yang sah di sisi undang-undang.
Bagi memungkinkan kelompok yang ditindas itu bersuara, tentu perlu ada maklumat dan fakta intelektual yang bakal menyokong segala hujah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertentu yang sudah terbukti hanya melalak di pentas terbuka tanpa sedikit pun sedar bahawa novel Interlok edisi asal sudah pun melalui proses penyuntingan sebelum dijadikan teks Komsas.
Cabaran awal yang terpaksa ‘ditanggung’ oleh kaum India adalah membuktikan hakikat itu kepada kelompok tertentu yang berjuang bermati-matian tidak membenarkan walau sepatah perkataan yang ditulis Datuk Abdullah Hussain diubah dalam novel berkenaan.
Koleksi paling komprensif
Sejak Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) memikul tugas dan tanggungjawab melakukan kajian teliti dan tuntas terhadap pelbagai edisi novel Interlok (khasnya edisi 1996, 2003, 2005 dan 2010), saya sendiri berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam keadaan biasa, mungkin sahaja tidak timbul keperluan, ruang dan peluang untuk saya bertemu masyarakat pelbagai kaum daripada pelbagai latar pendidikan, umur, pekerjaan, ideologi politik dan taraf sosial untuk sama-sama berkongsi maklumat dan ilmu ke arah memperkasa diri bagi menghadapi cabaran dan asakan.
Pada masa sama, suatu khazanah bernilai yang sebelum ini terlepas dari pandangan masyarakat, mula kembali menggamit perhatian. Dalam usaha memperkaya ilmu dan mengumpul maklumat terperinci mengenai realiti kaum India di Malaysia sejak lebih 150 tahun lalu, Kavyan merujuk pelbagai sumber premier dan sekunder.
Namun, rupa-rupanya kebanyakan maklumat yang diperlukan itu sebenarnya sudah sedia terkumpul kemas dan diterbitkan dalam bentuk buku pada Mei 2009. Saya pula hanya mendapat tahu mengenai kewujudan buku itu pada 1 Februari 2011.
Selepas berpeluang membaca buku The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia (Edisi Kedua, Jun 2010), saya berani mengatakan bahawa buku ini adalah koleksi paling komprensif mengenai kaum India di negara ini sejak ratusan tahun dahulu.
Buku ini terhasil daripada kajian dan pengumpulan bahan/data selama hampir 17 tahun oleh Janakey Raman Manickam berkaitan isu sosial, ekonomi, pendidikan dan politik kaum India di Malaysia.
Janakey Raman bukan seorang pensyarah universiti atau memegang ijazah Kedoktoran. Namun, pengalaman beliau selama lebih 35 tahun sebagai aktivis sosial menjadikan beliau seorang ‘pakar’ dalam bidang yang diperkatakan.
Buku setebal 400 halaman ini terbahagi kepada 10 bab serta memuatkan hampir 200 foto nadir yang membantu pemahaman umum mengenai segala cabaran, perjuangan, masalah, penderitaan dan dilema yang dialami kaum India dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara sehingga ke tahap serta kedudukan Malaysia seperti yang dapat kita perhatikan pada hari ini.
Percayalah apabila saya katakan bahawa buku ini adalah teks yang wajib dibaca setiap individu kaum India di Malaysia untuk memahami sejarah silam serta membantu memantapkan perjuangan mempertahankan hak dan jati diri di tanah air tercinta ini.
Sejarah silam nenek-moyang
Buku ini juga teks wajib bagi setiap individu ‘Bukan Kaum India’ yang berminat memahami suatu kaum minoriti yang sebenarnya menitiskan peluh dan darah serta berkorban tenaga dan nyawa demi membangunkan negara ini sejak ratusan tahun dahulu.
Bagi generasi muda kaum India, inilah buku paling lengkap yang mampu membantu anda mengenal sejarah silam nenek-moyang yang datang ke negara ini untuk memulakan hidup baru.
Malah, sepanjang novel Interlok edisi murid menjadi teks Komsas (2011-2020), buku ini wajar dijadikan teks iringan untuk membantu guru dan pelajar lebih memahami kisah ‘Keluarga Maniam’.
Tentu sahaja segala fakta yang terkandung dalam The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia tidak terdapat dalam buku-buku Sejarah yang digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi negara kita.
Bukan lagi suatu rahsia bahawa pelbagai fakta dan realiti berhubung kaum India dan Cina sudah ‘hilang’ daripada lipatan sejarah negara dan ‘terpadam’ daripada halaman buku teks Sejarah di sekolah. Realiti sosial, fakta dan sejarah kedua-dua kaum itu nampaknya hanya seperti yang terpapar dalam novel Interlok edisi murid!
Buku Janakey Raman yang diterbitkan Nationwide Human Development and Research Centre memberi sinar harapan bahawa generasi muda kaum India khasnya dan Bangsa Malaysia amnya, masih berpeluang mengetahui pelbagai fakta dan sejarah yang cuba disembunyikan ‘tangan-tangan halus’ dan dinafikan pihak tertentu demi kepentingan peribadi.
Mungkin agak keterlaluan untuk melontarkan cadangan supaya orang ramai segera mendapatkan buku ini sebelum ada usaha dan desakan berbaur hasutan untuk menarik balik buku ini dari pasaran. Namun, bukankah segalanya mungkin di negara bertuah ini?

Uthaya Sankar SB adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Sunday, March 6, 2011

Kentut Lembu Sudah Mempunyai Nilai Pasaran!!!

Waduh…Kentut Sapi Kalengan Laku Keras


Kentut Sapi Kalengan
Liputan6.com, Bavaria: Aroma kentut sapi yang dikemas dengan aroma kayu dana jerami segar dalam kaleng laku keras di Jerman. Para “pecinta” memburu bau gas sapi itu sekadar mengobati rasa rindu pada kampung halaman.
Untuk menikmati bau khas pedesaan itu, pembeli kaleng berisi kentut itu adalah mendekatkan hidung pada lubang yang telah disediakan. Cukup dengan memutar sedikit demi sedikit tutupnya, maka Anda akan dapat menikmati aroma “segar” tersebut.
“Kami berharap dapat mengobati mereka yang rindu dengan suasana pedesaan. Mengingatkan mereka dengan rumah. Kami berencana untuk menciptakan aroma lain, seperti kuda, babi, jerami segar, dan pupuk kandang,” kata penciptanya, Daniela Dorrer.
Kentut kalengan itu dapat dipesan di situs www.stallduft.de dengan harga 5 Poundsterling atau sekitar Rp 71 ribu per kaleng.(metro/SHA)




GUBUK BURUK HADIAH DARI BN TENOM



SEDIH….Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan, sayang engkau tak turut bersamaku kawan. Banyak cerita yang mestinya kau saksikan, ditanah basah berlumpuran.
Oleh: MEDIA PKR TENOM
PROGRAM menemui rakyat di kampung Mosolog Tipoh di DUN Melalap telah dikunjungi oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman beliau telah melihat sendiri betapa daifnya seorang penduduk bernama Jumpoh@ Abd.Rashid.
Jumpoh tinggal di gubuk buruk berkenaan tanpa tiada diambil keperdulian oleh Wakil Rakyat BN yang selama ini beliau hidup menderita tinggal di gubuk buruk walaupun sudah 10 tahun beliau memohon rumah PPRT, tapi tidak ada seorang pun dari UMNO atau BN yang mahu membantu keluarga yang serba miskin ini.
NOSTALGIA….Di gubuk buruk ini penuh nostalgia, cerita si miskin papakedana.
"Orang yang rapat dengan YB (BN) atau Ketua-Ketua UMNO sahaja kebanyakan yang dapat rumah PPRT, padahal mereka kebanyakan keluarga YB mempunyai pendapatan yang lumayan kalau banding dengan kami yang mengharapkan bantuan Kerajaan BN," jelas Jumpoh merintih.
Halik memberitahu media, "Selain dari keperluan rakyat tempat tinggal di rumah PPRT, Kerajaan juga abaikan jalan jalan kampung yang tidak terurus dengan cekap oleh Kerajaan BN."
DERITA…Luahan hati dari seorang ahli UMNO diceritakan oleh penderita, mohon rumah PPRT tidak diendahkan, 10 tahun berlalu masa.
Bidas Halik lagi, Kerajaan kita kaya dengan hasil minyak tetapi rakyatnya masih hidup dalam tahap kemiskinan tegar. PM Najib membuat satu cogan kata ‘Rakyat didahulukan’ inikah bentuk rakyat didahulukan? Sedang rakyat yang kaya dengan hasil minyak masih lagi tinggal di gubuk-gubuk buruk?
"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah Malaysia dalam PRU13 nanti, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan tidak ada lagi rakyat Malaysia yang bergelar ‘miskin tegar’.
Kata Halik lagi, "Kita akan gunakan wang Kerajaan untuk membangun rakyatnya, segala hasil mahsul Negara setiap sen adalah hak rakyat dan rakyat perlu memilikinya."
"Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu rakyat untuk memberikan tanah bagi tanaman kelapa sawit, kita akan buat turnkey projek untuk meneroka hutan rimba negeri ini. Hasil dari kayu balak kita boleh jadikan modal untuk biayai tanaman kelapa sawit. Dalam tempoh 2 tahun rakyat akan dapat menikmati hasilnya tanpa hutang piutang," Halik jelaskan dengan penuh keazaman.