Tuesday, March 8, 2011

Neraca Mana Yang Dipakai?




Proses pilihan raya di Malaysia adil, kata Nazri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

NONEMenolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

"Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

"Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa pembangkang.

tengku razaleigh ku li interview 190309 04Terdahulu menjawab soalan asal Tengku Razaleigh, Mohamed Nazri berkata seramai 657,141 pengundi baru telah mendaftar sebagai pemilih sehingga suku ketiga tahun lalu.

Berdasarkan angka itu, jumlah pemilih berdaftar sehingga tempoh sama meningkat kepada 11,579,280 orang berbanding 10,922,139 semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008, katanya.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah pengundi baru yang paling tinggi dengan 130,097 orang, diikuti Johor (87,235), Perak (70,780), Sarawak (59,282), Kelantan (49,246), Terengganu (43,387) dan Kedah (39,396).

Pulau Pinang mencatat seramai 39,261 pengundi baru, Pahang (36,700), Sabah (29,876), Negeri Sembilan (26,503), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (21,574), Melaka (18,431), Perlis (3,062), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,721) dan Wilayah Persekutuan Labuan (590), katanya ketika menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

NONETengku Razaleigh bertanya berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan kerajaan bagi memastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftar sebagai pengundi. Beliau turut meminta pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding di luar bandar.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa berusaha untuk menggalakkan pendaftaran pemilih di kalangan warganegara yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai pemilih mendaftar sebagai pemilih.

NONE"Pendaftaran pemilih boleh dibuat sepanjang tahun. SPR menyediakan pelbagai saluran pendaftaran untuk memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih, menyemak maklumat pendaftaran dan memaklumkan SPR berhubung maklumat kematian pemilih," katanya.

Selain itu SPR juga melaksanakan program-program menghubungi untuk memberikan kemudahan pendaftaran melalui pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Pada tahun lepas sebanyak 5,929 program seperti itu dilaksanakan PPN, katanya.

- Bernama

Memoir Dr M muat dakwaan 'kisah seks' Anwar

Tun Dr.Mahathir nampaknya belum puas dan belum serik dengan pertuduhannya ke atas DS Anwar. Siri liwat ke 2 masih lagi di mahkamah, dan Dr.M telah mengeluarkan buku memoir dirinya yang mengaitkan cerita "sebenar" DS Anwar? Akan berpanjangan lagikah kes DS Anwar ini, jika ia menyaman balik Dr.M yang membuat tuduhan ke atasnya secara langsung dan tertulis? Apakah ianya akan selesai di dunia atau berpanjangan ke akhirat? Allah jualah yang Maha Mengetahui.....................

M Krishnamoorthy
Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

NONEIa diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.
Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.

Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar.

Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.

Empat gadis

Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.

anwar saiful bukhari azlan sodomy allegations 300608 desa damansara condominumMenulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Mahathir berkata beliau kemudian memanggil menteri besar dan ketua menteri Umno ke Sri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.

Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Malaya di zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor.

Kenyataan 4 Sasterawan Negara tentang kes Interlok

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein - di akhbar, majalah, di tv dan dunia siber.  Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya.  Akan tetapi yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutama partai politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya.
Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi.  Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.  Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum.  Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang.  Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara.
Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan.  Sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak selalu rapi dan cantik.  Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam.  Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya.  Malah pengarang-pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya.
 
Berlainan dengan dokumen rasmi, sastera menderetkan berbagai-bagai jenis , manusia - seperti yang dilihat pengarang dalam ruang kehidupannya - daripada wira hinggalah penjenayah, daripada ketua hinggalah pengikut buta, daripada ulama hinggalah orang berdosa, dan dari berbagai-bagai bangsa dan kaum.  Mereka semua kita temui dalam deretan kehidupan harian.  Sastera ialah ucapan dan ingatan bangsa, kerana yang terlukis di dalamnya ialah pemerian tentang bangsa itu.

Kami berpendapat bahawa sastera ada ruangnya sendiri dengan keseniannya yang khusus pula.  Kita harus membaca sastera sebagai sastera, dan bukan buku sejarah atau politik.  Membaca sastera ialah suatu proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan.  Proses ini penting untuk diri manusia sendiri kerana yang ditawarkan ialah berbagai-bagai jenis pengalaman buat pembacanya - dari yang lahiriah sampailah kepada sikap dan pendiriannya.  Semuanya dianggap sebagai cermin dan bayang makna kehidupan manusia.  Ramai daripada kita yang merasakan pelajar kita kurang mampu untuk menilai apa yang mereka baca.  Pada tahun 2011, dengan gunung maklumat di internet dan dunia cetakan, kami maklum bahawa mereka sudah lama dituntut dan dilatih untuk mempertimbangkan, memilih dan membuat kesimpulan sendiri.  Sesuatu fakta yang diubah dan dimetaforakan secara halus sekalipun di dalam karya sastera dan kenyataan dengan wajah sebenar akan tetap muncul dalam pelbagai medium yang lain.
Interlok ialah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latar dari 1910 hinggalah sebelum Merdeka.  Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.  Inilah tujuan pengarang.  Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan.
 
Kami tidak melihat masalah pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang.  Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum.  Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan.  Itulah tujuan terpenting pengarang.  Kami merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan.  Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar - hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya.
Benarkanlah penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu.  Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis, berfikir dan berpendirian.
Marilah kita, rakyat Malaysia, membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya darinya dapat kita kutip pemikiran dan kearifan sasterawan kita.

*Kenyataan bersama oleh empat orang Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh, Anwar Ridhwan, Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan.

SIAPA REMBAT TANAH TUDM?

INI BUKAN FITNAH


nota:
tanah tudm ini kena rembat oleh siapa?

kenapa tidak dibuka dan dibincang
untuk diketahui oleh orang ramai

macam mana tanah ini kena rembat?
siapa dibelakang projek rembat ini?

kalau semua terbuka dan telus
maka tidak ada tohmah fitnah
dan kahabra angin

yang menjadi fitnah dan tohmah
bila semuanya dilakukan secara menyorok

ini sama macam kes balai polis brickfeild
tetiba kosong - siapa rembattanah ini ?
siapa beri tanah polis pada cukong?
cukong mana dapat?


DEDAH RAHSIA PERTAHANAN NEGARA, GUGAT KREDIBILITI ATM
- meloya

Pendedahan maklumat berhubung keupayaan pertahanan negara akan menggugat kredibiliti negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mendedahkan aspek keselamatan dan rahsia negara kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya.

“Jika didedahkan pelbagai implikasi akan timbul termasuk menjejaskan kredibiliti negara dan ATM. Apa saja maklumat berkenaan kesiapsiagaan pertahanan adalah rahsia negara yang sepatutnya disimpan dan tidak dibincangkan, lebih-lebih lagi dibocorkan kepada pihak luar.

“Menjaga kerahsian negara adalah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau mengulas rencana tulisan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dalam Utusan Malaysia semalam yang bertajuk ‘Rahsia negara tanggungjawab bersama.’

Azizan berkata, pendedahan maklumat berhubung keupayaan dan rancangan aset-aset pertahanan negara sewenang-wenangnya, tanpa ada kesedaran tentang implikasi negatif terhadap kewibawaan ATM dan kemampuan pertahanan negara pada masa hadapan, tidak sepatutnya berlaku.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI CAKAP CAKAP BANGANG…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU NAK JAGA KESELAMATAN NEGARA KENAPA LANTIK APCO JADI PENASEHAT KERAJAAN…. kah kah kah..

kah kah kah…APCO INI AJEN ZIONIS…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERTAHAN KAN NEGARA KENAPA JUAL TANAH KTM DI SINGAPURA… kah kah kah…

kah kah kah…. AMERIKA ADA SECEBIS TANAH DI CUBA… TAK JUAL PUN PADA CASTRO…. kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAK BUAT KEM TENTERA DI TANAH MELAYU DI SINGAPURA... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM AMERIKA BUAT KEM TENTERA DI GUANTANAMO BAY DI CUBA... kah kah kah

kah kah kah…KALAU NAK PERTAHAN KAN NEGARA…KENAPA REMBAT LAPANGAN TERBANG TUDM DI SUNGAI BESI…. kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN KAH INI LAPANGAN TERBANG UNTUK POLIS DAN TENTERA…. kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN KAH POLIS DAN TENTERA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA?.... kah kah kah

kah kah kah…KENAPA BERI TANAH INI PADA CUKONG TAIK TERJULUT JULUR…kah kah kah..

kah kah kah…BANYAK PEGAWAI TUDM BENGANG DAN MARAH…. kah kah kah..

kah kah kah…INI KERJA SIAPA?... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAK TIMBULKAN ISU INI?...kah kah kah...

kah kah kah...ISU GADAIKAN TANAH STRATEJIK UNTUK CUKONG?... kah kah kah

TT

Petanda Baik Buat Anwar??


Hakim tolak tiga barangan sebagai bukti
Hafiz Yatim
Malaysiakini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.
"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.
Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima dan memerintahkan barang-barang berkenaan diketepikan.
Ketiga-tiga barang berkenaan diperoleh daripada lokap bahagian jenayah berat ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.

Anwar ditahan di lokap itu semalaman sehari sebelumnya.
Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.
Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

KES IMAHIT BUKTIKAN KEBODOHAN ADUN SABAH?



















SIMPAN....Siapakah yang bertanggung jawab menjadikan Hutan Simpan sedangkan penduduk kampung terlebih dahulu mengusahakan tanah berkenaan. Siapa mangsakan siapa?

Oleh: MUTALIB M.D
KEPUTUSAN Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wong Dak Wah yang mengenepikan penghakiman bersalah yang dibuat oleh Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin di Tenom pada 12 Februari 2010 terhadap enam anak negeri Sabah yang dituduh menceroboh Hutan Simpan Ulu Tomani, Tenom; membuktikan semua Adun di Sabah sejak 1963 adalah ‘dungu, mementingkan diri sendiri, buta undang-undang, tidak berjiwa pembela dan penjajah minda paling kejam dalam sejarah kemerdekaan di negara bekas tanah jajahan British.’
Sebagai penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah mereka sewajarnya tahu bahawa dari segi prinsip, penentuan hak ‘Tanah Adat’ bukanlah di bawah bidang kuasa Ketua Menteri Sabah atau Tuan Yang Di Pertua Negeri Sabah; sebaliknya kuasa Mahkamah Tinggi, setelah disahkan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).
BALAK....Penduduk kampung di larang mengambil kayu api tetapi pembalak haram bebas mencuri kayu balak di kawasan hutan simpan.
Ketua Menteri dan TYT hanya mempunyai kuasa ‘sementara’ yang bukan Legislatif di atas tanah Negeri (termasuk Hutan Simpan) namun tidak mempunyai sebarang Locus Standi terhadap ‘Tanah Adat’ yang diusahakan ‘Anak Negeri Sabah’ kerana Tanah Adat boleh berada di mana sahaja, termasuk di atas Tanah Negeri dan Hutan Simpan.
Kejayaan Anak Negeri Sabah dalam beberapa kes tuntutan termasuk kes ulung di Hutan Simpan ini, membuktikan bahawa Hak Tanah Adat tidak boleh dihakis oleh sebarang kuasa politik dan menjadi asas utama yang dijamin oleh Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan.
Malangnya, sekalipun PPHT tahu bahawa hanya mereka yang berkuasa untuk menentusahkan bahawa sesuatu tanah itu ‘Tanah Adat’ atau sebaliknya, dibelenggu oleh karenah birokrasi dan menukarkannya dalam bentuk peluang membuat wang!
Dalam banyak kes, PPHT hanya berpeluk tubuh di bilik berhawa dingin dan membiarkan ‘Taukey Cina’ atau Syarikat Konglomerat ‘mengeroyok’ Anak Negeri Sabah dan ‘berkenduri’ Tanah Adat sesama mereka dan menghalau Anak Negeri Sabah daripada Hutan Simpan dan tanah pusaka yang diusahakan nenek moyang mereka sebelum ini.
Natijahnya, Anak Negeri Sabah sama nasib dengan Anak Negeri Sulu, di Selatan Filipina yang bukan sahaja kehilangan tanah tumpah darah mereka, malah kehilangan kerajaan dan negara; sehingga akhirnya mendapat suaka politik di Sabah ekoran kesilapan waris Sultan Sulu yang menyerahkan tuntutan mereka ke atas Sabah kepada Kerajaan Filipina, sedangkan Sulu adalah negara Merdeka!
Kesilapan waris Sultan Sulu ini menyebabkan Sulu berada di bawah jajahan takluk Filipina dan terus menjadi ‘Pusat Pelupusan Etnik’ di Asia Tenggara sehinggakan semua rakyat Sulu terpaksa menggunakan bukan sahaja matawang, malah Pasport Filipina dan tidak mempunyai autonomi dalam segala bidang, termasuk politik dan ekonomi.
Dalam kebanyakan kes, Kerajaan Filipina tidak mengaku warga Sulu sebagai rakyat Filipina sehingga mereka terpaksa ‘dipenjarakan’ lebih lama di semua Pusat Tahanan Sementara yang diwujudkan Kerajaan Persekutuan; malangnya warga Malaysia terpaksa menyara makan minum mereka selama di Pusat Tahanan Sementara dan kos penghantaran balik.
Berbalik kepada Anak Negeri Sabah yang sebelum ini telah lama bertapak dan berdaulat di Tanah Adat, termasuk hutan rimba yang telah menjadi mangsa politik pemerintah kerana di’revoke’ beberapa kali daripada Hutan Simpan kepada Kawasan Tadahan Air dan kepada Tanah Kerajaan dan diwartakan semula sebagai Hutan Simpan.
Keadaan ini menyebabkan banyak tanah milik ‘Anak Negeri’ dan ‘Tanah Adat’; ada yang telah dikeluarkan geran hak milik, masih termasuk di dalam Hutan Simpan yang diwartakan secara mutlak pada 1984; menjelang kejatuhan Kerajaan Berjaya, namun Kerajaan PBS yang memerintah selama lebih 9 tahun; disifatkan sebagai ‘Parti Berdosa Sabah’ kerana tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Anak Negeri yang terperangkap di dalam Hutan Simpan; terutama yang disimpan untuk Kroni oleh beberapa kerajaan selepasnya, termasuk BN yang mengamalkan ‘Konsep Madu 3’ pada 1994 sehingga 2003.
KIBAR... Penduduk Kampung Sumambu mengibarkan bendera Sabah untuk membuktikan bahawa mereka berhak tinggal di situ sekalipun kerajaan secara curang mewartakan tanah mereka yang bergeran sebagai Hutan Simpan.
Antara ‘Tanah Anak Negeri’ yang telah dikeluarkan geran hakmilik tetapi masih berada di dalam Hutan Simpan termasuklah di perkampungan di Kawasan Mount Pock dan Tanjung Nagus di Semporna dan Kampung Sumambu di Tenom.
TANDA....Amaran ini telah dipasang oleh Anak Negeri Sabah tetapi kenapa Jabatan Hutan tidak nampak bahawa kawasan tersebut adalah tanah Adat (NCR)?
Teramat malang sekali, nasib ‘Anak Negeri’ di Semporna kerana ‘Tanah Adat’ yang diusahakan oleh nenek moyang mereka telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Sabah dan diserahkan kepada Anak Syarikat Saham Sabah Berhad iaitu Warisan Jaya Makmur melalui kelulusan ‘Permit Menduduki’ (OP) selama 25 tahun mulai 2006.
Bermaruahkah Kerajaan Negeri merampas ‘Tanah Adat’ yang telah diusahakan sejak lebih 200 tahun dan menyerahkan kepada syarikat yang hanya mengambil untung atas angin di atas keringat, air mata dan darah rakyat yang tumpah di atas tanah sekangkang kera; apatah lagi Warisan Jaya Makmur melantik kontraktor untuk memungut buah kelapa sawit dan menyelenggara ladang yang sebelum ini diusahakan dengan tulang empat kerat ‘Anak Negeri Sabah’.
Namun agak menghairankan kerana BN menang besar di Semporna (Sulabayan, Senallang dan Bugaya) sekalipun kesemua Adun seolah bersubahat dengan ‘Penjenayah Anak Negeri’ dan ada yang mempunyai tanah di dalam kawasan berkenaan; seolah-olah BN menggunakan ‘Fixed Deposit’ pada pilihanraya umum 2008 ekoran kemarahan rakyat tempatan yang teraniaya?
Mungkin agak mengejutkan kerana ‘Environmentalis Ulung Sabah’ Datuk Sam Mannan sanggup ‘membakar jambatan’ demi Anak Negeri Sabah dengan berjumpa Perdana Menteri, ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir (Tun) dan membantah sekeras-kerasnya projek penanaman kelapa sawit di kawasan ‘Benta Wawasan’; namun kini setelah menjadi Pengarah Hutan, semakin hilang arah.
PEACE...."Peace Bro, Jangan Marah!" kata Sam Mannan (Kanan) kepada Rubin Balang sambil diperhatikan oleh Musa yang ditentang keras Sam berhubung Benta Wawasan.
Sam Mannan telah menjadi ‘Gergaji Dua Mata’ yang memotong tiang rumah dan tanaman yang diusahakan Anak Negeri Sabah di kawasan Tanah Adat dengan mendakwa kawasan tersebut sebagai Hutan Simpan; apatah lagi tindakan ‘Barbarian’ tersebut disokong oleh hampir kesemua Adun yang bersidang di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Hanya segelintir yang menentang tindakan ‘Ganas’ Sam Manan, iaitu ‘Pahlawan Murut’ yang digelar ‘Wira UMNO Tenom’, Datuk Rubin Balang yang berani menuding jari terhadap Pengarah Hutan ketika sidang Dewan Undangan Negeri Sabah sedang berlangsung.
Rubin terlalu marah kerana telah bekerja keras membawa pembangunan ke kampung Tradisi di Rundum, namun diperdaya oleh Sam Mannan yang hanya membenarkan pembinaan Jalan Raya ke Kawasan Hutan Simpan tersebut, namun menghalang pembekalan elektrik dan air bersih dengan alasan dangkal bahawa kampung berkenaan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan.
GERAN....Pengerusi JKKK Kampung Sumambu menunjukkan geran tanah yang mereka miliki sedangkan kawasan tersebut masih terletak dalam hutan simpan.
Mujur Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi, bijak berkuntau dan berjaya ‘menyumpit’ keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang meluluskan pembinaan Sistem Elektrik Solar yang menggunakan bateri mesra alam, Lithium Polymer bagi menyejukkan hati rakyat Murut; yang selama ini merasa tertindas dan dianak tirikan oleh Kerajaan BN akibat tindak tanduk Sam Mannan.
Dengan keputusan kes yang memihak kepada Rambilin, Ikeh Lantai dan terkini Andawan Ansapi dan lima rakannya; maka maruah Orang Asal di Sabah yang tercemar dan dimalukan oleh Kerajaan BN sejak 1994, mula terbela di Mahkamah Undang-Undang; yang sebelum ini dinafikan hak mutlak ke atas ‘Tanah Adat’ dengan beberapa pindaan Ordinan Tanah Sabah dan Enakmen Hutan yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah.
RAYU...Jika kanak-kanak sekolah terpaksa turun gelanggang merayu ehsan kerajaan, di manakah maruah kerajaan yang memerintah kerana tidak mendengar rintihan nenek moyang dan ibu bapa mereka selama ini?
Berikut penghakiman yang dilakukan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wong Dak Wah yang ‘berdakwah’ secara halus di mahkamah dengan mengiktiraf hak Anak Negeri Sabah ke atas ‘Tanah Adat’; melalui konsep berasaskan ‘Sejarah’ sebagai membuktikan wujudnya ‘Reformasi Undang-Undang’ dan bukannya Undang-Undang bertulis yang digunapakai selama ini.
Jurisdiction: MALAYSIA
IN THE HIGH COURT IN SABAH & SARAWAK
AT KOTA KINABALU
Parties:
1stAppellant: Andawan Bin Ansapi
2nd Appellant: Barani B. Ambisi
3rd Appellant: Ansanam @ Azman B. Yapau
4th Appellant: Johndy B. Kawar
5th Appellant: Stanley B. Boyor
6th Appellant: Sarim B. Arus
Respondent: Public Prosecutor
File Number: K41-128 OF 2010
Issues: 1. Can Native Customary Rights exist on Forest Reserve?
2. If so, has the prosecution proved its case beyond reasonable doubt under the Forest Enactment 1968?
Hearing Dates: 17th & 18th February 2011
Date of Decision: 4th March 2011
Judge: HONOURABLE JUSTICE DAVID WONG DAK WAH
Representation: For Appellants: Mr. Ram Singh with Mr. Fulton Mark Sitiwin Messrs Ram Singh Harbans & Co. Kota Kinabalu, Sabah.
For Respondent: DPP Mohd. Zairi Zainal Abidin, Federal Attorney General Chambers, Kota Kinabalu, Sabah.
RULING
Proceeding:
This is an appeal by the appellants against the conviction and sentence meted out by the Magistrate’s Court at Tenom on 12.11.2010. The appellants were charged under section 20(1)(b)(iii) and 20(1)(c)(i) of the Forest Enactment 1968 which respectively reads as follows:
20 (1) Unless expressly authorized by or under the provisions of the Enactment-
(b) any person who –
(iii) cultivates any land or clears or digs up any land for cultivation or for any other purpose, in any Forest Reserve shall be guilty of an offence.
20 (c) any person who –
(i) enters any part of a Forest Reserve which has been closed by or under the rules Shall be guilty of an offence and liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both such fine and imprisonment.
Background facts:
MEMBURU.....Kata orang Murut ini, "Orang Murut memang mahir memburu. Nenak moyang kamipun memburu. Tetapi kini kami diburu.
The appellants had cultivated an area of land (land) within the Kuala Tomani Forest Reserve (KT Forest Reserve) without any express authority granted under any provision of the Forest Enactment. They were arrested and charged in court for offences set out above. After a full trial, the Magistrate found that the appellants did not have any authority to occupy the land in the KT Forest Reserve and consequently convicted them. The appellants in their defence had contended that they have native customary rights to be on the KT Forest Reserve and produced historical evidence to support their claim. The Magistrate however held as follows:
‘However the native cannot claim customary right pertaining land gazetted as forest reserve. This is obvious and clear’.
By that ruling, the Magistrate did not address her mind on whether the appellants could have authority to be on the land by virtue of their native customary rights. The Learned Magistrate also failed to determine whether the appellants did in fact possess native customary rights on the land.
SEMPADAN....Sempadan tanah adat kampung Imahit ini telah dipasang dan diperbaharui setiap masa sejak ratusan tahun lalu.
Issues:
Having read the record of appeal and heard submissions from counsel, in my view these are the determinative issues:
1. Is the Magistrate correct in law to conclude that native customary rights cannot be claimed in a Forest Reserve?
2. If the Magistrate is wrong, what is the consequence of her finding in respect of this appeal?
Issue 1:
Is the Magistrate correct to conclude that native customary rights cannot be claimed in a Forest Reserve?
To recap, in her ruling the Magistrate said it is ‘obvious and clear’ that no native customary rights can be claimed in a Forest Reserve which incidentally prior to the gazetting by the government is State Land (see section 5 Sabah Forest Enactment 1968). I fully understand the manner in which the Magistrate came to her conclusion as the sections which the appellants were charged with specifically speak of ‘express authority given by and under the provisions of the Forest Enactment’. However and with respect to both the prosecution and the Magistrate, notice should have been taken of the appellants’ claim of native customary rights when it was flagged before them.

TANGKAP.... Amat malang anak negeri Sabah ditangkap di kawasan 'Tanah Adat' oleh Jabatan Hutan. Siapa yang tidak beradat?
The legal status of native customary rights in this country in my view is well established. The well known case of Nor Anak Nyawai & Ors v. Borneo Pulp Plantation s/b & Ors [2001] 2 CLJ 769 had held that customary law is a practice by the habit of the people and not the dictate of the written law; and legislation has neither abolished nor extinguished native customary rights. The learned Judge there further states that ‘if the present generation can prove that they are practicing which historians described as having been practiced 200 years ago, then that is sufficient proof that such native customary rights had been practiced 200 years ago’. The learned Judge’s view is upheld by the Federal Court decision in Superintendent of Lands & Surveys Miri Division and Government of Sarawak v Madeli bin Salleh (2007) 6 CLJ 509. Arifin Zakaria FCJ (as he then was, now CJM), in delivering the judgment of the court said:
[21] The learned State Attorney General vehemently contended that Adong and Nor Anak Nyawai should not be followed because they were decisions rooted upon the Australian case of Mabo (No. 2), an authority for the proposition that the common law of Australia which recognizes a form of ‘native titles’ and the Canadian case of Calder v. AG of British Columbia which held that the “common law categorically recognized native rights over land”.
[22] With respect, we are of the view that the proposition of law as enunciated in these two cases reflected the common law position with regard to native titles throughout the Commonwealth. And it was held by Brennan J, Mason CJ and McHugh J, concurring, in Mabo (No. 2) that by the common law, the Crown may acquire a radical title or ultimate title to the land but the Crown did not thereby acquire absolute beneficial ownership of the land. The Crown’s right or interest is subject to any native rights over such land. They adopted the view of the Privy Council in Amodu Tijani v.
Secretary, Southern Nigeria [1921] 2 AC 399, where the Privy Council in an appeal from the Supreme Court of Nigeria held that the radical title to land held by the White Cap Chiefs of Lagos is in the Crown, but a full usufructuary title vests in a chief on behalf of the community of which he is head. That usufructuary title was not affected by the cession to the British Crown in 1861; the system of Crown grants must be regarded as having been introduced mainly, if not exclusively, for conveyancing purposes. At p. 407 Viscount Haldane observed:
In the light afforded by the narrative, it is not admissible to conclude the Crown is generally speaking entitled to the beneficial ownership of the land as having so passed to the Crown as to displace any presumptive title of the natives. In the case of Oduntan Onisiwo v. Attorney-General of Southern Nigeria (2) decided by the Supreme Court of the colony in 1912, Osbourne CJ laid down as regards the effect of the cession of 1861, that he was of the opinion that “the ownership rights of private landowners, including the families of the Idejos, were left entirely unimpaired, and as freely exercisable after the Cession as before,’ In this view their Lordships concur. A mere change in sovereignty is not to be presumed as meant to disturb rights of private owners; and the general terms of a cession are prima facie to be construed accordingly. The introduction of the system of Crown grants which was made subsequently must be regarded as having been brought about mainly, if not exclusively, for conveyancing purposes, and not with a view to altering substantive titles already existing. No doubt questions of difficulty may arise in individual instances as to the effect in law of the terms of particular documents. But when the broad question is raised as to what is meant by the provision in the Public Lands Ordinance of 1903, that where the lands to be taken are the property of a native community, the head chief may sell and convey it, the answer must be that he is to convey a full native title of usufruct, and that adequate compensation for what is so conveyed must be awarded for distribution among the members of the community entitled, for apportionment as the Native Council of the District, with the sanction of the Governor, may determine. The chief is only the agent through whom the transaction is to take place, and he is to be dealt with as representing not only his own but the other interests affected.
The decision of the Federal Court was applied by Linton Albert J in Haji Abdillah bin Haji Abdul Hamid v ACLR of Semporna and Sabah State Government (T21-58-2006) and I also had no hesitation to follow in my recent judgement in Sipadan Dive Centre Sdn Bhd & Ors v The State Governemnt of the State of Sabah 2010 1 LNS 1218. I have in the case of Agi Anak Bungkong (BIC K 541899), Beluka Anak Agi (BIC K 0089647) and Charlie Anak Agan (BIC K 818301) [Suing on behalf of themselves and all other proprietors, occupiers, holders and claimants of native customary rights land at Longhouse communities of Selezu, Setulai and Sepadok of Sebauh District, Bintulu, Sarawak] v Ladang Sawit Bintulu Sdn Bhd, Lembaga Tabung Haji , Semai Mekar Sdn Bhd, Superintendent of Lands and Surveys Department, Bintulu Division and Government of State of Sarawak (2010) 1 LNS 114 said this on what native customary rights entail:
“Let me also add that natives are the original inhabitants of the country and to treat claims for NCR by looking at it only from the point of ownership of the lands by the natives is not entirely correct. These claims should be looked at with the concept that the natives are part of the land as are the trees, mountains, hills, animals, fishes and rivers. My basis for saying this is simple. Prior to the arrival of white settlement there was no system of land ownership as we have now.
PROTES....Dunia menyaksikan Anak Negeri Sabah terpaksa mengadakan Tunjuk Perasaan secara aman untuk meraih simpati mahkamah dan hakim?
There was no food processing factory then and they survived by foraging the land. The fruits on the wild trees, the fishes in the river, the wild boars and other animals on the land are their food for survival. It is not insignificant in this country that they are known as ‘bumiputras’. It is my view that this concept must be kept at the forefront of our minds when dealing with native claims to lands.”
It has also been said ‘native customary rights’ equates to ‘right to life’ under Article 5 of the Federal Constitution.
In the circumstance, I hold that the Magistrate was wrong in saying native customary rights cannot be established in a Forest Reserve. With that I now move to the next issue.
Issue 2:
If the Magistrate is wrong, what is the consequence of her finding in respect of this appeal?
Had the Magistrate recognized the fact that the appellants could lay claim to native customary rights in a forest reserve; the trial would have taken a different but the correct course. The Federal Court decision in Madeli dictates that one must read section 20(1)(b)(iii) and 20(1)(c)(i)of the Forest Enactment subject to the rights of the appellants to claim native customary rights. What that entails is simply that the word ‘authority’ in the above mentioned sections of the Forest Enactment 1968 cannot be limited to authority under the provisions of the Forest Enactment. In short, if the appellants possess native customary rights to the land, they have the authority to be on the land to cultivate and do other things which their ‘adat’ allows them to do.
At this juncture, we must be reminded that this is a criminal matter which requires the prosecution to bear the burden throughout the whole trial to prove every ingredients of the offence beyond reasonable doubt. What that means is this. At the end of the prosecution case, a prima facie case must be established before defence is called. Prima facie case is established when the court, after maximum evaluation of the prosecution evidence, is ready to convict the accused if he or she remains silent. In short, the standard of proof is beyond reasonable doubt. At the end of the defence, the court, again after maximum evaluation of the totality of the evidence, must determine whether there is reasonable doubt in the prosecution case and if so, the appellants are entitled to be discharged and acquitted.
What then are the ingredients in the offence which the appellants are charged with? As far as this appeal is concerned, the presence of the appellants in the KT Forest Reserve is not disputed. What is strongly disputed by the appellants is the prosecution’s allegation that they do not possess any form of authority to remain on the land. In view of my earlier conclusion and the fact that the appellants had during the prosecution case, through cross examination, led evidence that they had the right to remain on the land by virtue of their native customary rights, the pertinent question to be asked is this:
Have the prosecution proved that the appellants did not possess native customary rights in the land?
Since the prosecution carries the burden of proving the case in a criminal matter, the appellants cannot be found to be without authority to remain on the land unless the prosecution has successfully proved that they do not possess native customary rights. The basic ingredient of ‘authority’ in the context of this offence is intertwined with native customary rights. Hence the prosecution have a duty to investigate the claim of native customary rights of the appellants.
Unfortunately because of their understanding of the law, it is clear from the evidence led by the prosecution that they did not even attempt to prove that the appellants did not have any authority to remain on the land by virtue of the native customary rights claimed. That being the case, the consequence is simply that the appellants should have been discharged and acquitted at the end of the prosecution case.
Even if I am wrong in my view as to what should happen at the end of the prosecution case, it does not aid the prosecution and my reasons are these. I have read the evidence given by the appellants with care on their claim for native customary rights and since their evidence was not rebutted in any way, I have no doubt in my mind that at the end of the trial, the appellants have raised reasonable doubt in the prosecution’s case relating to the non-existence of authority to be on the land and hence should also at the end of the defence have been discharged and acquitted. For completeness, such evidences are these:
1. Burial grounds found in the vicinity of the land
The appellants have shown that the burial grounds found in the vicinity of the land belong to their ancestors and were in existence even before the forest reserve was gazetted. This can be seen from the examination-in-chief of the following witnesses:-
DW1- Andawan Bin Ansapi
Q: Cuba lihat IDD12,13,14,15,16,17,18,19. Secara spesifik apa ini?
A: Kuburan ‘beliau-beliau’ (nenek moyang).
Q: Di mana terdapat kuburan ni?
A: Di kg Imahit.
Q: Berapa jauh kuburan dengan tempat kejadian?
A: Jalan kaki tidak sampai 1 jam.
DW8- Ambise Bin Mantang
Q: Kamu dibesarkan di kg mahit, apa cara kehidupan kamu?
SUMPIT....Siapa yang patut disumpit kerana mengkhianati Anak Negeri Sabah?
A: Cara hidup di Imahit, buat ladang padi bukit. Hasil dari tanaman padi adalah kehidupan kami.
Q: Berapa lama berladang di Mahit?
A: Saya tidak tahu berapa puluh tahun.
Q: Seingat kamu di mahit, ingatkah ada kuburan di sana?
A: Memang kuburan-kuburan itu sudah sedia ada, bila suda besar, bila ada orang mati, saya pernah kebumikan orang2 yang mati.
DW11- Mohd. Sabli B. Shaffie @ Ambarog B. Sandulog
Q: Encik tahu adat kampong Mahit ini?
A: Tahu.
Q: Cuba lihat di peta hujung ni?
A: Ini tanda-tanda dikebumikan.
Q: Kaum?
A: Murut Tagol.
Q: Cuba beri sedikit keterangan tentang kuburan Murut Tagol mengikut lakaran ni?
A: Tanda-tanda ni cara buat lubang- ambil kulit kayu fintanong, taruh sebagai lapik dan ambil batang bamboo sebagai bakul, di tepi lubang. Nampak macam cantiklah.
Q: Mayat disimpan di mana?
A: Di tengah-tengah lubang.
Q: Ada simpan tanah dalam lubang tu?
A: Mayat dibaring dalam lubang- masuk dalam keranda, dimasuk di dalam, kemudian ambil kayu ikut ukuran lubang tu, isi kayu sehingga penuh, ambil lagi kulit kayu fintanong, tutup lagi dan baru ditimbus. Selepas ditimbus, kira-kira 2-3 tahun memang tidak tahan kayu pandai buruk, ia jatuh, itulah bekas ada lubang-lubang.
Q: Sebagai Ketua Kampung Kapulu yang dekat Mahit, agak-agak berapa tahun kuburan di Mahit tu?
A: Wujud Kapulu wujudlah Imahit- agak-agak tahun 1950-an.
Q: Keterangan encik, hutan simpan Kuala Tomani diwartakan pada 1984, adakah kuburan sebelum 1984?
A: Ada.
2. Evidence of fruit trees and crops cultivated by their ancestors on the land
There was also evidence of the existence of crops cultivated by the appellant’s ancestors on the land. The appellants have continued the practice initiated by their ancestors before the gazette came in 1984. This can be seen from the evidence of witnesses during the trial:-
DW1- Andawan Bin Ansapi
Q: Rujuk gambar-gambar-IDD1.
A: Ini pokok durian.
Q: Di mana tempat?
A: Kawasan Kg.Imahit.
Q: Dan IDD2-pokok langsat?
A: Ya.
Q: Apa kegunaan pokok langsat bagi orang Murut?
A: Durian dan langsat-sumber ekonomi kami.
Q: Adakah kamu walau bukan seorang pakar tahu berapa tahun pokok ni?
A: 40 tahun pun ada.
Q: Maksud kamu dalam 40 tahun, orang-orang kamu sudah berada di sana?
A: Sudah ada.
Q: Cuba lihat IDD 3,4,5,6,7,8,9,10,11-ini adalah gambar pokok-pokok, di mana dapat?
A: Imahit.
Q: Apa maksud ada pokok-pokok seperti ini?
A: Bagi kami, menandakan kampung itu jadi saksi di kemudian hari seperti sekarang ini.
Q: Berapa lama sudah tanaman ni?
A: 40 tahun.
Q: Pernah kamu atau kaum kamu tinggal di kawasan pokok buah-buahan ni?
A: Pernah tinggal.
DW3- Ansanam @ Azmain Bin Yapau
Q: Encik ada dengar andawan dan barani bagi keterangan. Ada encik mau tambah?
A: Ada mau tambah tentang pokok-pokok buah, pokok terutama durian memang betul ada di sana. Sejak 1977 saya kahwin isteri saya, memang milik mereka. Untuk kuatkan tanaman ini ditanam. Durian ini jika ditanam isinya tebal, sebab kita pilih.
Q: Kalau kita pergi ke tempat kejadian, boleh nampak pokok tu?
A: Boleh.
Q: Berapa besar/tinggi pokok tu?
A: Satu tangan tidak boleh (ukur). Tinggi 80 kaki lebih.
Q: Agak2 berapa tahun?
A: Tidak ingat. Memang nampak pokok tua.
Accordingly, I allow this appeal and set aside the order of the Magistrate. I also order that the fine imposed by the Magistrate returned to the appellants.
Order accordingly.
(JUSTICE DATUK DAVID WONG DAK WAH)
Judge
Notice: This copy of the Court's Reasons for Judgment is subject to formal revision

Mahathir yang rasis: Antara Melayu dan Bukan-Melayu

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed sekadar melaga-lagakan sentimen perkauman, dan bukan berniat untuk mencungkil perbahasan atau pertembungan idea, apabila mengungkit sejarah "Semenanjung Tanah Melayu" sebagai peringatan kepada rakyat.  Apa yang ingin ditimbulkan adalah kemarahan antara kaum, bukannya cetusan minda.
Namun, mengapa pula komuniti bukan Melayu melenting dengan hujah Mahathir (gambar kiri) yang cetek lagi lucu ini?  Untuk pemimpin bersara ini merasakan dirinya "hilang relevan", kita harus bersikap dingin (bukan menekan) terhadap pandangan beliau.  Semakin riuh suara yang mempertikaikan Mahathir, maka semakin terujalah keghairahannya untuk terus meleter.  Lebih-lebih lagi, pernahkah kami merenungi, Melayu yang muak dengan Mahathir, mungkin tidak kurang bilangannya berbanding bukan Melayu?
Pandangan Mahathir mencungkil kemarahan bukan Melayu kerana fikirannya yang berpusatkan Melayu.  Namun, cuba kita tanya, adakah bukan Melayu tampil untuk menyanggah kenyataan Mahathir yang memperlekeh atau menyinggung Melayu sepanjang ini?  Pada dasarnya, tidak.
Dengan kata lain, Mahathir disanjung komuniti bukan Melayu kerana kegigihannya dalam pembangunan ekonomi; walaupun pada masa yang sama, beliau mencungkil kemarahan bukan Melayu kerana beliau sering mengingatkan kita bahawa tanah ini sebenarnya bukan milikan kita.  Namun, apabila Mahathir mengkritik komuniti Melayu dengan tegas, kita (bukan Melayu) hampir kesepian, kerana jauh dalam hati kita, kita mempercayai bahawa beliau agak jelas dengan masalah yang menimpa masyarakat Melayu.
Selepas tragedi "13 Mei" pada tahun 1969, dua buku yang tergempar diterbitkan dalam dunia wacana Melayu.  Satu daripadanya adalah Revolusi Mental oleh UMNO, dan satu lagi Dilema Melayu oleh Mahathir Mohamed.  Biarpun nilai akademik kedua-dua buah buku ini bukannya tinggi, namun ia agak popular kerana menggunakan bahasa yang mudah difahami, apatah lagi dalam suasana politik pada ketika itu.  Cenkiawan ketika itu, Allahyarham Syed Hussein Alatas yang gusar dengan keadaan sebegitu telah menerbitkan buku The Myth of The Lazy Native, yang lebih mendalam dan luas sudut pandangannya.
Sebagaimana yang dikatakan Syed Hussein Alatas, penjajah British, Sepanyol dan Belanda tidak berpuas hati dengan keengganan kaum asal di Semenanjung Melayu, Filipina dan Pulau Jawa untuk terlibat dalam sistem ekonomi penjajahan yang bersifat eksploitasi.  Lantas penjajah mengimport populasi buruh dari luar negeri, malah memperkembangkan teori bahawa "kaum asli adalah malas semulajadinya", sebagai asas teori mereka untuk mentadbir tanah jajahan.  Dalam konteks Semenanjung Melayu, komuniti Melayu yang terlebih dahulu bertapak di sini dan mendirikan sistem pentadbiran dan ekonominya itu disifatkan sebagai "malas", malah buruh Cina dan India pula digambarkan sebagai "rajin", dan "tahan lasak".
Prejudis terhadap kaum
Model pentadbiran sedemikian telah menyebabkan perpecahan yang ketara antara kelas dan kaum, sehingga gerakan anti-penjajahan gagal disatukan untuk satu jangka yang panjang.  Paling menyesalkan, dasar pecah dan perintah ini telah mewujudkan prejudis dan salah faham antara kaum, memperkukuh imej stereotaip bahawa Melayu itu malas, Cina itu tamak dan India itu kaki botol - tanpa meneliti faktor politik, sosial dan sejarahnya.  Setelah UMNO mengambil alih tampuk kerajaan atas persetujuan penjajah Bristish, MCA dan MIC pula menumpang kesempatan ini.  Dasar pecah dan perintah terus dimanipulasikan untuk memecah belahkan masyarakat - mungkin mencecah satu tahap di mana penjajah British turut terbeliak dan mengeluh kerana gagal menandinginya.
Mengapa tidak orang Cina merenungi, betulkan kita tekun-tekun belaka?  Jikalau begitu, apa kelayakan Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek) untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri?  Bagaimana pula Jho Low (Low Taek Jho) dan Ling Hee Leong (anak Ling Liong Sik) memiliki harta ratusan juta pada usia yang muda?  Dalam Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA pada tahun lalu, Ketua Eksekutif SP Setia Bhd, Liew Kee Sin (gambar kiri) secara terus-terang berkata, "Tak perlu kita tuding jari kepada DEB setiap kali.  Kita akan berjaya jika dapat lubang yang betul!" (maksud:menemui saluran yang betul)
Dari kaca mata Mahathir dan orang UMNO, inilah orang Cina yang "tipikal".  Namun demikian, apakah mereka mewakili semua komuniti Cina?
Pada hakikatnya, nelayan Melayu di tepi pantai Terengganu, Ah Soh yang menjual wantan mee di tepi jalan Kuala Lumpur, penoreh getah di ladang Kedah, sehinggalah kaum Penan yang menghadapi kesukaran di Sarawak, kesemuanya bergelut dalam hidup untuk sesuap nasi, sama-sama berdepan dengan risiko yang berbeza - tidak timbul soal siapa lebih rajin atau lebih malas daripada siapa.  Sesebuah masyarakat yang normal dan sihat seharusnya membenarkan kegiatan ekonomi yang berbeza, selagi aktiviti ekonomi tersebut tidak mengancam orang lain.  Ia harus dipilih secara bebas, dan bukannya menambah perpecahan dengan label-label yang dilontarkan.
Secara luaran, Mahathir adalah seorang ahli politik yang anti-penjajahan, tetapi dalamannya juga seorang self-colonial.  Beliau menerima sepenuhnya minda penjajah, maka beliau menyimpan prejudis terhadap kaum-kaum tertentu.  Dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya sebagai PM, beliau mewar-warkan untuk membentuk Melayu yang "berjaya", tetapi tidak pernah berani untuk menjelaskan kepada umum bagaimana anaknya menjadi peniaga yang "serba boleh".
Kemusnahan terhadap Melayu yang dicetus oleh Mahathir adalah lebih dahsyat daripada sesiapapun.  Apabila beliau menyindir dan mengkritik kaum Melayu, pernahkah kita (bukan Melayu) tampil untuk menyanggah kenyataannya?  Kalau tidak, kita tidak seharusnya melenting dengan sifat perkaumannya.  Kalau tidak, double standard namanya.

By : Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview

Semua teguran ke atas Pakatan Rakyat dianggap jahat ...

Oleh NOBISHA
Seperti dijangkakan, Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43. Tahniah kepada BN dan juga calon-calon berkenaan.


Dalam proses demokrasi, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi yang kalah, usah cipta alasan untuk menjustifikasi kekalahan tersebut. Muhasabah dan perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Sejak mara bergaya dalam pilihanraya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai UMNO atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau.

Maka, ramai yang memilih untuk terus menegur Barisan Nasional yang dilihat sebagai lebih reseptif kepada kritikan. Malah, Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan zaman kerajaan (dalam konteks ini merujuk kepada kepimpinan BN) tahu semuanya sudah berakhir; maka pemimpin harus mendengar pendapat rakyat. Dalam beberapa ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, Najib banyak mengingatkan perwakilan UMNO untuk mendengar suara rakyat dan membuang tabiat buruk yang menyebabkan parti dan pemimpin BN ditolak dalam pilihanraya umum lepas. Hal yang sama disebutkan berulangkali dalam Konvensyen BN.

Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "Saya sanggup berubah." Yang ramai ialah pemimpin politik yang mendongak kepala ke langit dan tak boleh ditegur langsung. Pemimpin politik "semua orang salah, saya seorang saja yang betul" memang ramai.

Sepanjang lebih lima tahun saya menulis blog ini, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian - termasuklah beberapa orang Timbalan Menteri - telah memanggil saya bagi mendengar kritikan kepada UMNO. Walaupun ada yang merah muka apabila saya bercakap, namun saya fikir mereka hargai kritikan ikhlas saya terhadap parti itu.

Atas perubahan inilah, maka saya fikir pengundi di Kerdau dan Merlimau memberikan sokongan yang besar kepada BN. Tentunya, saya tidak menafikan ada faktor-faktor lain termasuklah kepimpinan parti itu yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Dalam keghairahan BN meraikan kemenangan di kedua-dua pilihanraya itu, saya fikir parti itu belum lagi melepasi paras "bahaya". Sementara orang lain mengucapkan tahniah, biarlah saya memberikan ingatan kepada BN bahawa adalah menjadi satu kesilapan yang besar sekiranya ia merasakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau itu sudah cukup membuktikan ia mampu menang besar dalam PRU13 nanti.

Sekiranya BN ingin kembali mendapat dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang, maka ia harus melakukan perkara-perkara berikut:

Pertama, tentukan momentum kemenangan di Galas, Batu Sapi dan Hulu Selangor yang kemudiannya dimantapkan dengan Tenang, Merlimau dan Kerdau diteruskan dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya meramalkan pembangkang Sarawak akan menang sebanyak 13 daripada 71 kerusi DUN Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya BN Sarawak dapat membuktikan saya salah dan kemenangan pembangkang tidak sampai 10 kerusi, maka itu adalah petanda yang baik bagi BN dalam menilai sokongan rakyat.

Kedua, menambahkan peratusan sokongan Melayu kepada sebanyak 10% dari tahap sokongan sekarang, Cina dan India di antara 15% hingga 20% lagi bagi semua kawasan, termasuklah kawasan bandar. BN tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar semata-mata. Ia juga harus menang di kawasan-kawasan bandar untuk memperolehi legitimasi memerintah. Sementara sokongan pengundi Melayu penting, namun BN tidak boleh bergantung kepada undi satu bangsa saja untuk berkuasa.

Ketiga, membuang mentaliti "fixed deposit." Saya tidak percaya ada mana-mana negeri atau kawasan Parlimen / DUN yang merupakan "fixed deposit" kepada mana-mana parti politik. Saya pernah sebutkan sebelum ini bahawa pengundi sekarang - termasuklah di luar bandar - adalah merupakan pengundi nomad. Sokongan mereka berpindah-randah. Atas sebab itulah maka BN tidak harus memandang ringan serangan lawan walaupun di kawasan yang dianggap "putih." Sikap sedemikian akan hanya mengundang malapetaka.

Atas semangat itu, maka BN tidak boleh ambil mudah serangan lawan. Sikap BN sebelumnya - "tak apalah, pembangkang bukan boleh buat apa!" - harus dikikis. Saya melihat apabila Najib memberikan respon kepada "Buku Jingga," ia lahir dari sikap mengambil berat serangan lawan, walau bagaimana tidak signifikan sekali pun serangan tersebut. Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan kepada BN. Dalam politik persepsi, tohmahan yang tidak dijawab akan dianggap betul.

Keempat, meneruskan "transformasi politik" - khusus dalam soal pemilihan calon. Di Tenang, Merlimau dan Kerdau, ketiga-tiga calon BN adalah merupakan lepasan IPT, berumur di bawah 45 tahun dan merupakan bekas penjawat awam. Saya fikir calon muda, berpendidikan dan dari kalangan penjawat awam atau aktivis sosial lebih mudah diterima rakyat dan kurang kontroversi.

Di Kerdau, calon BN ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, di Merlimau hanya Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, manakala di Tenang, Azhar Ibrahim hanyalah ahli biasa UMNO. Ini bermaksud BN harus mampu melebarkan jaringan pemilihan calon kepada semua 3.5 juta orang ahlinya, dan tidak menghadkan pemilihan itu kepada hanya Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO, MCA, MIC dan Gerakan (sekadar menyebutkan beberapa nama parti komponen BN) saja. Najib telah menyebut bahawa penyandang jawatan dalam parti tidak semestinya menjadi calon.

Najib harus menyingkirkan pemimpin UMNO yang bertindak sebagai "war lord" yang menyebabkan parti itu disisih rakyat dalam PRU lalu. Ini termasuklah pemimpin yang menganggap mereka sajalah yang paling berkuasa di kawasan itu dan semua perkara yang hendak dilakukan mesti mendapat restu mereka. Cakap bergegar-gegar dan tepuk meja untuk memaksa orang mendengar pandangan. Pemimpin sebegini mungkin dianggap "hulubalang" di zaman Kesultanan Melaka dulu, tetapi hari ini rakyat ingin melihat pemimpin yang mampu melakukan "engagement" secara berterusan.

Berdasarkan "maklumat kedai kopi" yang diperolehi, khabarnya lima orang (dari keseluruhan 15 bahagian) Ketua UMNO Bahagian di Kedah tidak akan disenaraikan sebagai calon dalam PRU13 nanti. Sekiranya ini benar, maka ia memberikan peluang kepada muka-muka baru di negeri itu. Anda mungkin ingin tahu siapakah mereka itu. Ah, biarlah rahsia!

Sewaktu Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyebut akan menampilkan lebih ramai muka baru dan profesional sebagai calon. Desas-desus awal mengatakan seramai 10 orang calon PBB (dari 36 kerusi PBB) akan digugurkan. Melihat kepada senarai wakil rakyat sedia ada, saya sarankan agar PBB mencalonkan lebih ramai lagi anak muda - malah saya ingin menyarankan agar 15 calon PBB sedia ada digugurkan bagi memberikan laluan kepada mereka.

Dan, kelima, berikan tumpuan kepada pengukuhan parti-parti komponen BN. Selepas pilihanraya umum lalu, UMNO telah melaksanakan pelbagai proses transformasi parti itu. Ada perubahan, namun saya fikir bukan mudah untuk mengajar gajah menari. Sementara UMNO sedang melaksanakan kursus pengukuhan organisasi untuk sekitar 56,000 pemimpin akar umbi parti itu, saya masih belum melihat usaha sedemikian di kalangan parti-parti komponen yang lain. Sewajarnya parti-parti komponen BN juga melaksanakan hal yang sama memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir. Konvensyen BN bagus untuk membakar semangat, namun tidak cukup untuk memberikan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Sementara tidak salah untuk penyokong-penyokong BN merayakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau, namun saya fikir mereka harus membezakan antara pertempuran (battle) dan peperangan (war). Menang pertempuran tidak bermakna sekiranya BN tidak mampu menang peperangan!