Tuesday, June 5, 2012

Cuba Teka, Sebab Apa?

Dua anggota panel siasatan BERSIH 3.0 berundur
  • Nigel Aw
 
Dua orang anggota panel siasatan perhimpunan BERSIH 3.0 mengundurkan diri daripada panel yang ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri itu.

Pengerusi panel berkenaan, Tun Hanif Omar berkata dua tokoh berkenaan ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Shim dan pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini Hanif berkata, Shim memberikan alasan kesihatan manakala Medan pula mempuyai perkara lain yang perlu diuruskan.

Keputusan untuk mengisi kekosongan itu akan dibuat kerajaan tidak lama lagi, katanya.

Individu lain yang menganggotai panel tersebut ialah pengasas kumpulan Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacob, penasihat undang-undang Media Chinese International (kumpulan Sin Chew) Liew Peng Chuan dan professor psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Ruszmi Ismail.

DAP: Anti 'ekonomi hijau' PM membimbangkan




DAP hari ini menyelar dasar ekonomi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa antitesis kepada teknologi hijau - keadaan apabila keuntungan diutamakan melebihi kesihatan awam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dengan membenarkan operasi loji tenaga nuklear, nadir bumi dan kompleks petrokimia, kerajaan meneruskan pembangunan ekonomi dengan menggadaikan persekitaran dan kesihatan rakyat.

penang bank negara forex scandal forum 030612 lim guan engLim (kanan) yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, BN gagal melaksanakan "ekonomi hijau" seperti ditafsirkan oleh Program Persekitaran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, perkara itu bertentangan dengan negara lain seperti Australia yang menolak menerima sisa daripada pusat pemprosesan nadir bumi dan tindakan Jerman terhadap loji nuklearnya.

Sebaliknya, kerajaan Malaysia meluluskan A$800 juta (RM2.4 billion) projek nadir bumi Lynas, RM60 juta kompleks petrokimia bersepadu di Pengerang dan dua loji nuklear bernilai RM15 bilion, tambah Lim.

"...jelas sekali BN lebih berminat terhadap kentungan daripada kebaikan kepada orang awam," kataya lagi.

Monday, June 4, 2012

Royalti dikaut, lebuh raya pula dipersenda



KOTA BHARU: “Sudahlah royalti minyak yang dikaut dari bumi Kelantan dinafikan hak, tiba-tiba usaha Kelantan mahu membina lebuh raya rakyat pula cuba diperkecilkan.

“Watak seperti Awang Adek bukan sahaja memperkecilkan niat baik kerajaan negeri bahkan sering melontar tohmahan berniat buruk,” kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar).

Kata beliau sewajarnya Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu merenung kembali apakah usaha yang dilakukannya untuk memastikan projek lebuh raya yang telah diluluskan sejak 1986 dilaksanakan di negerinya sendiri.

Beliau berkata, biar pun projek berkenaan tidak mudah dilaksanakan, namun tiada lagi pilihan yang ada setelah Kelantan dinafikan hak dalam tempoh begitu lama.

“Mengharapkan pemimpin Umno yang berjawatan menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh sekali, bahkan ada yang lebih berminat untuk mengisi akaun peribadi atas nama sumbangan kebajikan,” katanya di sini.

Baru-baru ini Datuk Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan disifatnya sebagai helah mengaut balak yang terdapat di sepanjang kawasan laluan dirancang.

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit langsung tidak mencerminkan sebagai seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri.

Menurutnya tidak sepatut beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan projek lebuh raya berkenaan bagi manfaat seluruh rakyat.

“Adalah lebih baik pemimpin Umno Kelantan menutup mulut daripada memperkecilkan projek lebuh raya rakyat kalau sekadar mengeluarkan kenyataan bersifat persepsi yang tidak membina,” ujarnya.

Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: “Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja  untuk perjuangan Islam,” tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka.

Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul.


Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini.

“Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk  seperti mereka juga.

“Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang.

“Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini,” ujarnya.

Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai  projek RM100,000 mereka belanja RM500,000.

Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat.

Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya".

Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

Staff Berita Semasa

Kemeseletan Ekonomi Greece Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?
Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.
Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.
Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?
Greece Bankrap Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya? Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.
  1. kehabisan tunai yang bakal dialami Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
  2. disebabkan Greece menggunakan matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati. Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka
Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.
  • Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
  • Jikalau di negara seperti di greece contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah ditetapkan
  • Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
  • Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
  • Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
  • Akhirnya, walaupun dibersihkan penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat penurunan mendadak jualan ubat mereka
  • Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lain yang akan terdesak untuk turut keluar sama.
“Tiada Keyakinan = Malapetaka”
Kegawatan Ekonomi Greece Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya? Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.
  • Sebagaimana diungkapkan kapitalis seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) mengatakan  kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi di sesebuah negara.
  • Jika itulah penanda ukur yang diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol ketika ini bukan asing lagi
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri. Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :
  1. Katakan hari esok Malaysia, Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
  2. Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
  3. Oleh sebab di bawah rejim matawang yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi susah hendak dilaksanakan.
  4. Apa yang Dr. Mahathir lakukan semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir  laksanakan tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang, kita tidak boleh menambat matawang.
  5. Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
  6. Ini semua antara dilema yang dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada “hancur”
Jadi, apa risikonya?
  1. Di pentas ekonomi dunia,  kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
  2. Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai
Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?
  • Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
  • Greece akan selamat untuk sementara. Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat
  • Akibat tumbangnya ekonomi Eropah, perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia, Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
  • Keadaan ini diburukkan dengan matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan digunakan di hampir seluruh Eropah.
  • Sekiranya Greece bertindak keluar dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak sebab akan menjadi tidak bernilai.
  • Pendukung utama Euro seperti Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
  • Duit fiat membawa makna sesuatu matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.
Greece Keluar Euro Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya? Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?
Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.
Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.
  • Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
  • Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
  • Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
  • Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
  • Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.
  • Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
  • Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.
Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……
  1. Greece dengan sikap “pemalasnya”
  2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
  3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah
Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya. Apa pandangan dan respon balas anda pula? Implikasi kepada dunia umumnya dan Malaysia amnya?

Merdeka Center: Populariti Najib jatuh ke 65%





Kepuasan terhadap prestasi Perdana Menteri Najib Razak telah menurun dari 69% pada Februari 2012 
kepada 65%, selepas perhimpunan BERSIH 3.0, menurut soal selidik yang dijalankan Merdeka Center,
baru-baru ini.  Bagaimanapun, hanya 48% daripada 1,019 responden berpuas hati terhadap prestasi kerajaan.

Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% .
Dalam satu kenyataan oleh Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, 70% daripada responden yang berusia 50 tahun ke atas berpuas hati dengan prestasi PM, tetapi ia hanya mencatat 61% yang berpuas hati dengan Najib (gambar kanan), di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah.

Seandainya dilihat dari nisbah kaum, 79% responden Melayu berpuas hati dengan Najib, dengan 19% tidak berpuas hati; 37% responden Cina berpuas hati, sementara 48% tidak berpuas hati dan 72% responden India berpuas hati, dengan 24% tidak berpuas hati.
Merdeka Center menganggap perhimpunan BERSIH 3.0 telah melonjakkan kepuasan pengundi Melayu terhadap
PM, dari 74% pada Februari kepada 79% sekarang.  Namun, kepuasan mereka terhadap kerajaan tidak
meningkat dengan nyata.  Walau bagaimanapun, sokongan yang diraih Najib di kalangan masyarakat
Cina jatuh mendadak sebanyak 19%, menghancurkan modal politik yang diusahakan Najib selepas perhimpunan
BERSIH 2.0.
Soal selidik ini dijalankan dari 10 hingga 18 Mei 2012, dengan panggilan telefon kepada 1,019 orang pengundi.  Nisbah
responden adalah 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India. 
Responden dipilih secara rambang mengikut etnik, gender
dan negeri.
Pertambahan 6% Cina yang marah dengan kerajaan
Soal selidik juga menunjukkan bahawa 48% responden
berpuas hati dengan prestasi kerajaan, pada masa yang
sama terdapat 34% yang tidak berpuas hati dan 7%
yang marah dengan kerajaan.

Antaranya, 3% Melayu, 13% Cina dan 17% India
marah dengan kerajaan.  Malah, responden yang
berusia dari 41 hingga 50 tahun paling marah
dengan kerajaan, dengan kira-kira 10%.  39%
daripada responden berusia 31 hingga 40 tahun tidak berpuas hati dengan kerajaan - paling tinggi jika
dibandingkan dengan lapisan umur yang lain.

Menurut soal selidik pada Februari 2012, 48% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan; 35% tidak
berpuas hati dan 8% marah dengan prestasi kerajaan.  Di kalangan responden Cina, 7% marah dengan
prestasi kerajaan.  Dengan kata lain, seandainya dibandingkan dua soal selidik antara Februari dengan
Mei, responden Cina yang marah dengan prestasi kerajaan bertambah 6%.  Sementara responden India
yang marah dengan kerajaan bertambah mendadak sebanyak 15%, dari 2% pada Februari, kepada 17%
pada Mei.
Jikalau dibandingkan dengan hasil soal selidik pada Februari 2012, golongan berpendapatan rendah (pendapatan isi keluarga kurang daripada RM1500) sangat berpuas hati dengan Najib, iaitu 82%.  Golongan berpendapatan sederhana (dengan pendapatan isi keluarga antara RM3000 hingga RM5000) pula mencatat penurunan dari sokongannya terhadap Najib, iaitu daripada 68% kepada 50%.
Walaupun peratus kepuasan terhadap PM menurun sedikit secara keseluruhannya, namun responden yang berpendapatan kurang daripada RM1,500/ isi keluarga, telah meningkat sokongannya dari 78% pada Februari kepada 82%.  Sokongan responden Melayu pula meningkat dari 74% pada Februari kepada 79%.
Walau bagaimanapun, sokongan terhadap PM Najib menyaksikan penurunan untuk segmen-segmen pengundi yang utama:

Segmen pengundi
Februari
Mei
Perubahan
Pengundi Cina
56%
37%
-19%
Pengundi India
80%
72%
-8%
Pengundi bawah umur 30 tahun
64%
61%
-3%
Pengundi bawah umur 40 tahun
67%
65%
-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM1500- RM3000
71%
69%
-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM3000- RM5000
68%
50%
-18%

Sunday, June 3, 2012

Tentang Kopi....

kopiDibalik kenikmatan minum kopi ternyata kopi baik untuk kesehatan kamu walaupun kopi mengandung kafein yang dapat menyebabkan kecemasan dan insomnia pada beberapa orang, namun kopi juga mengandung antioksidan yang lebih kuat daripada sumber lain inilah yang membuat kopi sangat baik untuk kesehatan nah kamu mau tahu manfaat minum kopi untuk kesehatan simak berikut ini
1. Kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes tipe 2
Banyak hasil penelitian yang telah menunjukkan bahwa, bagi peminum kopi tanpa gula, semakin sedikit kemungkinan akan mengembangkan diabetes tipe 2. Menurut sebuah hasil penelitian, wanita menopause yang minum setidaknya 4 cangkir kopi sehari memiliki risiko kurang dari setengah untuk mengembangkan diabetes tipe 2.
Bahkan, setiap cangkir tambahan diperkirakan mengurangi risiko diabetes tipe 2 sebesar 7 persen. Penelitian tersebut telah dilakukan oleh peneliti Australia di tahun 2009 dan telah diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine. Kopi diduga meningkatkan toleransi tubuh terhadap glukosa dengan mempercepat metabolisme dan meningkatkan toleransi insulin.
Konsumsi kopi meningkatkan kadar protein yang disebut hormon seks pengikat globulin (SHBG), yang tampaknya menawarkan perlindungan terhadap diabetes tipe 2 pada orang yang memiliki jenis tertentu dari mutasi genetik.
2. Kopi dapat melawan sel kanker
Telah ada bukti bahwa kopi dapat melindungi terhadap kanker tertentu, mungkin dengan meningkatkan perbaikan DNA. Beberapa studi telah menemukan hubungan terbalik antara konsumsi kopi dan risiko kanker hati.
Peneliti menemukan manfaat yang sama dari minum kopi dibandingkan bentuk lain dalam pencegahan kanker. Pada tahun 2011, tim Harvard menemukan bahwa perempuan yang minum beberapa cangkir kopi sehari memiliki risiko lebih rendah terkena kanker endometrium.
Studi lain pada tahun 2011 di Harvard melaporkan bahwa, untuk pria yang mengkonsumsi 6 cangkir kopi sehari, risiko kanker prostat mematikan sepenuhnya 60 persen lebih rendah, dan risiko dari setiap jenis kanker prostat adalah 20 persen lebih rendah.
Penelitian lain telah mengaitkan minum kopi dengan penurunan risiko kanker usus besar, kanker dubur, kanker mulut dan kanker kerongkongan. Kopi mengandung ratusan senyawa kimia, diantaranya senyawa antioksidan dan antiinflamasi yang dapat menurunkan penanda untuk proses kerusakan peradangan.
Senyawa antioksidan yang sangat aktif, misalnya methylpyridinium, ditemukan hampir secara eksklusif dalam kopi, karena proses pemanggangan biji kopi. Espresso memiliki 2-3 kali jumlah senyawa antikanker.
3. Kopi dapat menurunkan risiko demensia (pikun)
Para ilmuwan masih belum sepenuhnya memahami apa yang menyebabkan perubahan otak yang terkait dengan penyakit Alzheimer. Tetapi para ilmuwan belajar lebih banyak tentang faktor risiko demensia dan kebiasaan minum kopi hangat tampaknya dapat menurunkan risiko.
Orang yang mengonsumsi 3-5 cangkir kopi sehari 65 persen lebih rendah untuk mengembangkan demensia. Para peneliti percaya sifat antioksidan dari kopi dapat bekerja untuk mengurangi bentuk demensia vaskular. Minum kopi sudah dikenal melindungi terhadap diabetes tipe 2, penyakit kronis yang meningkatkan risiko demensia.
Penelitian pada hewan menunjukkan bahwa kafein dalam kopi dapat meningkatkan efisiensi penghalang darah otak, menggagalkan efek negatif dari kolesterol tinggi pada fungsi kognitif. Ada juga kemungkinan bahwa peminum kopi hanya memiliki lebih banyak energi dan bergerak lebih. Peneliti menunjukkan bahwa olahraga juga merupakan pelindung terhadap demensia.
4. Kopi melindungi dari penyakit Parkinson
Setidaknya untuk pria, tampaknya cukup jelas bahwa kopi membantu menurunkan kemungkinan berkembangnya penyakit Parkinson. Dibandingkan dengan abstain, orang-orang yang mengonsumsi 2-3 cangkir kopi berkafein sehari memiliki risiko 25 persen lebih rendah dari Parkinson.
Para peneliti tidak yakin mengenai mekanisme pelindung tersebut, atau bahkan apakah senyawa kafein cukup bermanfaat sebagai pelindung. Faktor genetika mungkin juga memainkan peran. Sebuah hasil studi menemukan bahwa, subyek yang melakukan beberapa jenis gen yang disebut GRIN2A menerima manfaat dari kopi pada saraf yang melawan Parkinson.
5. Kopi dapat menurunkan risiko depresi
Menurut sebuah hasil studi dengan mengonsumsi kopi dapat menurunkan risiko depresi. Para peneliti dari Harvard School of Public Health melaporkan bahwa, orang yang minum 4 cangkir kopi atau lebih per hari memiliki risiko 20 persen lebih rendah mengalami depresi. Orang yang mengonsumsi 2-3 cangkir sehari memiliki risiko sekitar 15 persen lebih rendah.
Ada juga beberapa bukti bahwa kopi melindungi terhadap depresi pada pria. Minum kopi dapat menyebabkan peningkatan jangka pendek untuk energi dan suasana hati. Kafein dalam kopi mungkin adalah zat yang menyebabkan efek tersebut. Para peneliti Harvard melihat penurunan serupa dalam depresi di antara orang yang minum minuman ringan berkafein.
Reseptor otak yang bereaksi terhadap kafein ditemukan di basal ganglia. Basal ganglia merupakan bagian otak dimana neurotransmitter penting untuk depresi terkonsentrasi. Stimulasi reseptor secara berulang dapat membantu melindungi terhadap perkembangan depresi.

Bunga Ini Mekar Setiap 3000 Tahun Sekali


Berapa lama waktu yang diperlukan bunga untuk mekar biasa paling lama selama satu tahun bunga baru mekar namun apa jadinya jika bunga baru mekar setiap 3000 tahun sekali pastinya akan butuh waktu yang sangat lama untuk melihat bunga itu untuk mekar.
Bunga bernama Udumbara Buddha,  mekar setiap 3.000 tahun, ditemukan di bawah mesin cuci di Gunung Lushan, Provinsi Jiangxi, Cina. Youtan Poluo atau bunga Udumbara, yang menurut legenda Buddha, hanya mekar setiap 3.000 tahun, memiliki ukuran sekita 1mm. Miao Wei, 50, sedang membersihkan ketika ia menemukan kumpulan bunga-bunga putih di bawah mesin cuci. Mula-mula ia berpikir benda yang berbentuk seperti batang itu hanyalah semacam telur cacing. Namun, hari berikutnya ia menemukan bahwa di atas benda yang menyerupai batang itu tumbuh bunga-bunga putih dan sangat wangi.

angsa Jepang menyebut bunga ini dengan sebutan Udonge. Udonge dalam bahasa Jepang (优 昙华) digunakan oleh Dogen Zenji untuk merujuk pada bunga pohon udumbara dalam kitab Shōbōgenzō (“Perbendaharaan Mata Dharma Sejati”). Dalam dua dekade terakhir, sebagian orang di dunia ini telah menemukan bunga yang diyakini sebagai bunga Udumbara. Bunga ini pertama kalinya ditemukan di Korea pada 1997. Kemudian muncul di China, Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Australia, Amerika, Indonesia. Bunga ini dapat tumbuh pada logam, kaca, tanaman dan patung-patung Buddha.

Para ahli mempercayai bahwa bunga tersebut adalah spesimen ajaib bunga Youtan Poluo, atau disebut Udumbara atau Udambara (dalam bahasa Sansekerta) yang berarti bunga yang menguntungkan dari surga.

(sumber forum.detik.com)

Manusia Menemui Qada' Qadar?

Kesuksesan ManusiaPasti kamu tidak menduga jika kesuksesan manusia telah di tentukan sejak manusia lahir di dunia ini. Para ilmuan melakukan penelitian tentang ini  telah menemukan bahawa tekad, sosialisasi, kendali diri dan rasa punya tujuan ada di dalam gen manusia. Buktinya, DNA manusia memiliki peran besar dalam mempengaruhi sifat-sifat ini dibanding pengaruh dari luar.
Secara keseluruhan, aspek kepribadian dapat membuat perbedaan antara keberhasilan dan kegagalan, kata para peneliti Universitas Edinburgh.
Hasil ini diketahui setelah melakukan penelitian pada orang kembar di mana hasilnya mengungkap, gen memang sangat berperan dalam gaya hidup dan kendali diri seperti dikutip DM.
“Sejak zaman Yunani kuno, orang berdebat soal sifat kehidupan yang baik dan sholeh. Ternyata, gen memiliki peran besar dalam mempengaruhi kesuksesan manusia,” kata profesor Timothy Bates dari universitas itu.
Selain itu, Bates juga mengatakan, kunci terpenting adalah, rasa untuk tujuan serta fokus untuk menciptakan perubahan.(palingseru)

Apa Maksud Mahathir Tak Sudah Menghentam Pak Lah!

BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor


KUALA LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menyeri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu. The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang.
Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini.
"Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar).
"Beliau masih percaya Abdullah adalah punca kelemahan BN," tegas sumber.
Ini adalah kali kedua pertemuan Dr Mahathir dengan kepimpinan Umno, dengan yang pertama di Umno Kedah pada 20 Mei. Di sana, beliau menggesa parti bersatu dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah menjadi perdana menteri paling singkat berkhidmat selepas BN tewas dua pertiga majoriti dewan dan empat negeri ketika Pilihan Raya 2008. Beliau meletak jawatan pada  April 2009 dan diganti Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat, keluar Umno pada 2008 sebagai protes terhadap kepimpinan Abdullah dan kegagalan pilihan raya 2008. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada 2003 dan memenangi 91 peratus kerusi dalam pilihan raya 2004.
Turut difahamkan Abdullah akan melancarkan memoirnya turut menulis berkenaan Dr Mahathir yang membawa kepada kejatuhannya selepas menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008.
Banyak pihak menyalahkan sumber yang lemah dan kemarahan orang ramai berhubung Hindraf dan Bersih pada November 2007.
Pengganti Pak Lah, Najib, telah berusaha untuk mengembalikan sokongan BN bermula April 2009 apabila melancarkan program transformasi ekonomi dan politik. Beliau turut menyalurkan program bantuan RM500 untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 melalu pemberian wang tunai secara "one-off".
Namun, populariti Najib telah merundum jatuh dan kaji selidik mendapati beliau hilang sokongan dalam masyarakat Cina dan kelas pertengahan, di sebalik pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Sokongan Najib menurun kepada 65 peratus pada Mei berbanding 69 peratus pada Mac lepas, menurut penyelidik bebas, Merdeka Center.
"Peningkatan sedikit bagi kaum Melayu telah ditewaskan oleh jumlah besar negatif terhadap kaum Cina," kata Merdeka Center dalam kenyataannya.
Kaji selidik itu mendapati sokongan Najib paling lemah adalah di antara kaum Cina turun 19 kepada 37 peratus. Antara kumpulan kelas pertengahan, turun 18 peratus kepada 50 peratus. Beliau bagaimanapun popular dalam kalangan pengundi Melayu dengan peningkatan 5 peratus, kepada 79 peratus.
Pandangan pengundi terhadap kerajaan kekal, dengab penerimaan masih berada di tahap 48 peratus. Kaji selidik itu dijalankan pada 10 hingga 18 Mei terhadap 1,019 pengundi berdaftar selepas protes 28 April.