Monday, June 4, 2012

Merdeka Center: Populariti Najib jatuh ke 65%





Kepuasan terhadap prestasi Perdana Menteri Najib Razak telah menurun dari 69% pada Februari 2012 
kepada 65%, selepas perhimpunan BERSIH 3.0, menurut soal selidik yang dijalankan Merdeka Center,
baru-baru ini.  Bagaimanapun, hanya 48% daripada 1,019 responden berpuas hati terhadap prestasi kerajaan.

Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% .
Dalam satu kenyataan oleh Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, 70% daripada responden yang berusia 50 tahun ke atas berpuas hati dengan prestasi PM, tetapi ia hanya mencatat 61% yang berpuas hati dengan Najib (gambar kanan), di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah.

Seandainya dilihat dari nisbah kaum, 79% responden Melayu berpuas hati dengan Najib, dengan 19% tidak berpuas hati; 37% responden Cina berpuas hati, sementara 48% tidak berpuas hati dan 72% responden India berpuas hati, dengan 24% tidak berpuas hati.
Merdeka Center menganggap perhimpunan BERSIH 3.0 telah melonjakkan kepuasan pengundi Melayu terhadap
PM, dari 74% pada Februari kepada 79% sekarang.  Namun, kepuasan mereka terhadap kerajaan tidak
meningkat dengan nyata.  Walau bagaimanapun, sokongan yang diraih Najib di kalangan masyarakat
Cina jatuh mendadak sebanyak 19%, menghancurkan modal politik yang diusahakan Najib selepas perhimpunan
BERSIH 2.0.
Soal selidik ini dijalankan dari 10 hingga 18 Mei 2012, dengan panggilan telefon kepada 1,019 orang pengundi.  Nisbah
responden adalah 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India. 
Responden dipilih secara rambang mengikut etnik, gender
dan negeri.
Pertambahan 6% Cina yang marah dengan kerajaan
Soal selidik juga menunjukkan bahawa 48% responden
berpuas hati dengan prestasi kerajaan, pada masa yang
sama terdapat 34% yang tidak berpuas hati dan 7%
yang marah dengan kerajaan.

Antaranya, 3% Melayu, 13% Cina dan 17% India
marah dengan kerajaan.  Malah, responden yang
berusia dari 41 hingga 50 tahun paling marah
dengan kerajaan, dengan kira-kira 10%.  39%
daripada responden berusia 31 hingga 40 tahun tidak berpuas hati dengan kerajaan - paling tinggi jika
dibandingkan dengan lapisan umur yang lain.

Menurut soal selidik pada Februari 2012, 48% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan; 35% tidak
berpuas hati dan 8% marah dengan prestasi kerajaan.  Di kalangan responden Cina, 7% marah dengan
prestasi kerajaan.  Dengan kata lain, seandainya dibandingkan dua soal selidik antara Februari dengan
Mei, responden Cina yang marah dengan prestasi kerajaan bertambah 6%.  Sementara responden India
yang marah dengan kerajaan bertambah mendadak sebanyak 15%, dari 2% pada Februari, kepada 17%
pada Mei.
Jikalau dibandingkan dengan hasil soal selidik pada Februari 2012, golongan berpendapatan rendah (pendapatan isi keluarga kurang daripada RM1500) sangat berpuas hati dengan Najib, iaitu 82%.  Golongan berpendapatan sederhana (dengan pendapatan isi keluarga antara RM3000 hingga RM5000) pula mencatat penurunan dari sokongannya terhadap Najib, iaitu daripada 68% kepada 50%.
Walaupun peratus kepuasan terhadap PM menurun sedikit secara keseluruhannya, namun responden yang berpendapatan kurang daripada RM1,500/ isi keluarga, telah meningkat sokongannya dari 78% pada Februari kepada 82%.  Sokongan responden Melayu pula meningkat dari 74% pada Februari kepada 79%.
Walau bagaimanapun, sokongan terhadap PM Najib menyaksikan penurunan untuk segmen-segmen pengundi yang utama:

Segmen pengundi
Februari
Mei
Perubahan
Pengundi Cina
56%
37%
-19%
Pengundi India
80%
72%
-8%
Pengundi bawah umur 30 tahun
64%
61%
-3%
Pengundi bawah umur 40 tahun
67%
65%
-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM1500- RM3000
71%
69%
-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM3000- RM5000
68%
50%
-18%