Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dengan membenarkan operasi loji tenaga nuklear, nadir bumi dan kompleks petrokimia, kerajaan meneruskan pembangunan ekonomi dengan menggadaikan persekitaran dan kesihatan rakyat.
Lim (kanan) yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, BN gagal melaksanakan "ekonomi hijau" seperti ditafsirkan oleh Program Persekitaran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, perkara itu bertentangan dengan negara lain seperti Australia yang menolak menerima sisa daripada pusat pemprosesan nadir bumi dan tindakan Jerman terhadap loji nuklearnya.
Sebaliknya, kerajaan Malaysia meluluskan A$800 juta (RM2.4 billion) projek nadir bumi Lynas, RM60 juta kompleks petrokimia bersepadu di Pengerang dan dua loji nuklear bernilai RM15 bilion, tambah Lim.
"...jelas sekali BN lebih berminat terhadap kentungan daripada kebaikan kepada orang awam," kataya lagi.