Monday, October 8, 2012

SUMBER PROTEIN DUNIA AKAN BERKURANG?

Saiz ikan mengecil: Perhatian Peminat Ikan!

Kajain mendapati saiz ikan di dalam laut seluruh dunia semakin mengecil. Pengecutannya bakal mencapai sehingga 20% dalam tempoh sehingga pertengahan abad ini. Kepada mereka yang gemar makan ikan, ini berita tak baik untuk anda kerana jumlah keperluan protein untuk anda bakal menguncup sebanyak 20%.

Pakar melatakkan punca kepada pengecilan saiz ikan di seluruh dunia ini pada fenomena pemanasan air laut di seluruh dunia. Keadaan air yang panas mengandungi jumlah oksigen yang kurang berbanding air yang sejuk.

Akibat kekurangan jumlah aksigen di dalam air, badan ikan yang besar tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup untuk membesar. Akibatnya pembesaran ikan akan terbantut dalam jangka panjang.


Kawasan yang paling teruk menimpa masalah pengecilan saiz ikan ini adalah di kawasan Lautan Pasifik di mana saiz ikan dijangka mengecil sebanyak 24%.

Ikan-ikan yang besar juga dijangka akan mula berpindah ke kawasan lain yang lebih sejuk di muka bumi ini. Ini menyaksikan perubahan bekalan makanan di seluruh dunia di mana taburan ikan-ikan di sekitar laut akan mula berubah.(WARTASHUBHI)

Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah


Analisa Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini seorang yang gelisah kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia berdepan dengan mimpi ngeri akibat dua manusia, bosnya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Apakah mimpi ngeri itu? Iaitu Muhyiddin bakal mencipta sejarah sebagai Timbalan Presiden Umno yang pertama ‘upgrade’ ke Ketua Pembangkang pada sesi parlimen 2013.

Umno kini di persimpangan yang amat meruncing. Muhyiddin tahu, bosnya Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan bosnya hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja.

“Cita-cita Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja tidak menjadi, bahkan yang lebih ngerinya beliaulah orang yang bakal menjadi Ketua Pembangkang,” kata sumber dalaman Umno.

Kini, katanya Muhyiddin telah mengorak langkah untuk menyelamatkan beliau sendiri daripada mimpi ngerinya.

Jikalau ditakdirkan beliau akan menjadi Ketua Pembangkang, lebih baik kalau beliau yang membawa Umno-BN masuk ke PRU-13 dan bukan Najib.

“Muhyiddin tak mahu jadi ketua pembangkang disebabkan kesilapan Najib yang berterusan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata rata-rata orang Umno sudah keletihan dan berpendapat masa terbaik untuk melaksanakan PRU13 telah terlepas disebabkan Najib yang suka berdolak-dalih.

“Tapi Najib berdolak-dalih disebabkan Muhyiddin juga. Najib tahu jika keputusan PRU13 lebih teruk daripada prestasi Pak Lah, Muhyiddin akan menggunakan pemilihan Umno untuk memaksanya keluar. Jadi tak boleh salahkan Najib juga,” kata sumber itu lagi.

Beliau menambah, akibatnya kini dua-dua Najib dan Muhyiddin mungkin tidak berpeluang lagi untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini, kata beliau, team Muhyiddin sedang mengorak langkah untuk memaksa Najib memanggil PRU13 dalam waktu terdekat.

“Panggil di waktu terdekat, BN masih berpeluang untuk menang tipis, di mana BN masih kekal memegang jawatan Perdana Menteri dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri setelah menewaskan Najib di pemilihan Umno dengan menggunakan prestasi buruk PRU13 sebagai alasan,” kata sumber tersebut.

Jika Najib tetap enggan memanggil PRU13, apa pula yang Muhyiddin akan buat?

“Muhyiddin akan usul undi tidak percaya pada Najib di perhimpunan agong Umno akan datang. Seperti yang saya kata tadi, jikalau takdir nak jadi ketua pembangkang, Muhyiddin rela diri yang mengetuai peperangan dan tewas daripada kalah sebab bosnya,” tambah beliau.

Semua dalam Umno, kata sumber itu, kini merasai bahawa peluang Pakatan Rakyat menang itu sudah ada.

“Dulu mereka tak pernah rasa itu satu kemungkinan, sekarang mereka bimbang itu satu realiti,” kata sumber itu lagi.

Langkah Utusan Malaysia menonjolkan barisan kabinet bayangan, kata sumber itu, adalah langkah terbodoh bagi Umno-BN sebab mereka mengesahkan kepada rakyat dan penyokong mereka kemungkinan PR menang itu sudah ada.

“You should never let the elephant out (Anda tidak sepatutnya menyatakan apa yang tersirat),” sindirnya, sambil menambah "orang yang bakal lemas dan panik akan melakukan perkara yang menyebabkan kematian daripada menyelamatkan diri."

PENYAKIT USIA TUA YANG TIDAK DAPAT DIUBATI!

Undi kepada Pakatan seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula, kata Dr M


KUALA LUMPUR, 7 Okt — Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama ‘masyarakat sivil’ serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.
“Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.
“Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.
“Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing,” kata Dr Mahathir dalam akhbar yang dikawal Umno tersebut.
PM negara yang paling lama menguasai negara tersebut juga mendakwa Soros dikenali sebagai penyumbang dana kepada Open Society Georgia Foundation yang secara langsung mendorong perlantikan sembilan menteri yang disokong oleh spekulator tersebut untuk menjadi ahli dalam kerajaan Georgia ketika ini.
“Jadi mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah NGO di Malaysia.
“Jelas sekali, ia bagi mencapai perubahan rejim, untuk meletakkan calon-calon beliau sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia,” katanya.
Dr Mahathir menambah bahawa Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya.
“Pandangan saya adalah Soros masih seorang spekulator mata wang yang kejam dan menggunakan kejahatan ini dengan wang untuk meletak calon pilihannya memerintah negara yang disasarkan olehnya.
“Dan Malaysia adalah salah satu sasarannya,” kata Dr Mahathir kepada New Sunday Times.
Kebelakangan ini, NGO Malaysia yang dilihat kritikal kepada kerajaan telah diserang menerusi laporan media yang mengatakan mendapat pembiayaan dana asing dari Soros, termasuk Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Sementara itu, NGO lain yang menerima dana daripada spekulator mata wang tersebut ialah Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang ketika ini masih tidak terjejas akibat tuduhan tersebut.
Bulan lepas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa penerimaan dana asing bukan satu perkara yang menjadi isu.

Sunday, October 7, 2012

Hari Semakin Getir Buat PM Najib?(2)


'Rakyat palsu' dalam daftar pemilih Johor

  • Kuek Ser Kuang Keng
Seorang warga Filipina, yang dilapor dipenjara kerana memiliki kad pengenalan palsu pada 2010, dikesan dalam daftar pemilih negeri Johor.

Pemblog pro-Pakatan Rakyat yang menggunakan nama "Milosuam" berkata, beliau menemui laporan Daily Express yang berpangkalan di Sabah bertarikh 21 September 2010 yang disalin dan disimpan dalam arkib Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NONELaporan itu, yang turut dilaporkan dalam edisi bahasa Melayu akhbar itu Harian Ekspres, disiarkan dengan tajuk "Fake MyKad: Filipino jailed" (MyKad palsu, rakyat Filipinan ditangkap).

Ia juga menyebut, majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki 43 tahun itu pada 20 September 2010.

"Samsul Salleh, dari Kg Likas dekat sini, mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen bernombor siri 670110-12-5035 dengan namanya sendiri," laporan itu dipetik.

Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi dengan nama sama - Samsul Salleh - layak mengundi di Permas, bawah parlimen Pasir Gudang di Johor.

Keajaiban Ritual Tawaf, Simbol Hukum Alam Semesta

Elin Yunita Kristanti, Amal Nur Ngazis

Tawaf mengelilingi Ka'bah di Masjidil Haram
Tawaf mengelilingi Ka'bah di Masjidil Haram (ANTARA/Maha Eka Swasta )

VIVAnews - Tak ada pembeda di Baitullah saat itu: status sosial, jabatan, harta, warna kulit, asal usul, semua ditanggalkan. Setiap orang hanya mengenakan kain ihram putih, tanpa jahitan, sebagai simbol persamaan derajat di mata Allah. Sekaligus pengingat, manusia dilahirkan dan akan berpulang dalam kesejatiannya.

Dimulai dari sudut batu hitam, Hajar Aswad, lautan lebih dari dua juta manusia bergerak searah, mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali, hingga berakhir di sudut yang sama. Membentuk pola lingkaran 360 derajat, yang bergerak melawan arah jarum jam, berporos pada satu titik.

Tak hanya sekadar rukun yang harus dipenuhi dalam ibadah haji, ritual Tawaf yang dilakukan sesudah melontar jumrah Aqabah pada tanggal 10 Zulhijah memiliki makna yang dalam: begitulah seluruh alam semesta bergerak.

"Ritual tawaf adalah simbol ketaatan alam semesta kepada Sang Pencipta, yaitu senantiasa melakukan gerak berputar," jelas Profesor Riset Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), Thomas Djamaluddin, kepada VIVAnews, Jumat 5 Oktober 2012.

Tawaf, menurut dia, sama halnya dengan gerak Bumi berputar pada porosnya yang mengitari Matahari, Bulan mengitari Bumi, seperti bagaimana Bumi dan planet lain mengitari Sang Surya dalam kesatuan galaksi. Seperti planet lain di luar tata surya mengitari bintangnya. Dengan segala keteraturannya.

Doktor lulusan Department of Astronomy, Kyoto University, Jepang itu menambahkan, jumlah tawaf sebanyak tujuh kali juga menjadi simbol tak terhingga dari simulasi gerak alam semesta. "Mengapa tujuh? Simbol tujuh itu juga berarti alam semesta ini bergerak secara terus-menerus, tanpa henti," kata dia.

Senada, Prof. Dr. Ahmad Fouad Pasha dari Kairo University berpendapat, tawaf adalah hukum kosmis. "Penemuan-penemuan ilmiah membuktikan kita hidup di alam semesta yang tergantung pada revolusi: Bumi mengitari Matahari sekali dalam setahun, Bulan mengelilingi Bumi secara teratur, demikian halnya dengan satelit planet lain," kata dia seperti dimuat situs Quran & Science.

Hukum revolusi juga berlaku pada atom, satuan terkecil benda yang bisa dilihat dengan mikroskop. Sebuah atom terdiri atas inti yang berdiameter kurang dari sepersejuta milimeter atau nukleus --yang dikelilingi elektron-elektron yang berputar dalam jarak tertentu.

Karena semua materi di alam semesta, baik padat, cair, atau gas, terdiri atas atom, ini berarti bahwa hukum revolusi berlaku untuk semuanya: bintang, planet, bulan, hewan, tumbuhan, pasir, laut, udara, semua benda.

Dia menambahkan, Ka'bah adalah pusat spiritual dari orang-orang beriman. Mengacu pada ikatan seorang hamba dengan Tuhannya. Tak hanya ketika berhaji, pemeluk Islam juga salat menghadap Ka'bah setidaknya lima kali dalam sehari. Dari segala penjuru dunia, menghadap ke satu titik. (art)

Wednesday, October 3, 2012

Bahaya Mulut Rapuh!

PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi




KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.


Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.

Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.

Hari Semakin Getir Buat PM Najib?

 


 
Pegawai penyiasat yang dilantik Suruhanjaya Siasatan bagi menangani isu berkaitan pendatang asing di Sabah, memulakan siasatan mereka kelmarin.
  
Perkara itu disahkan Setiausaha Suruhanjaya tersebut Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan semalam.
  
Beliau berkata ini berikutan pentauliahan anggota suruhanjaya oleh Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa 21 September lepas.

"Pendakwa raya telah melantik pegawai penyiasat mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat apa-apa perkara berkaitan terma rujukan suruhanjaya itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terma rujukan suruhanjaya itu, antara lain, bermatlamat menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberi kad pengenalan atau kewarganegaraan.
  
Suruhanjaya itu juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah, yang memegang kad pengenalan biru, resit  pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang, telah didaftarkan dalam  daftar pemilih.
  
Ia diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan siasatan, bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya, iaitu pada 21 September lepas.
  
Laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
  
- Bernama
 
Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia
  • Hafiz Yatim
 
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
NONEShahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
 
MP BN beri bayangan: 'Ada ubi, ada batas'
  • Hazlan Zakaria
 
Seorang MP Sabah memberi bayangan bahawa sokongan kepada kerajaan pemerintah bergantung kepada cara kerajaan mengambil maklum dan bertindak ke atas masalah pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

"Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas," kata Siringan Gubat (BN-Ranau) dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, pantunnya itu ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang.

Siringan berkata, beliau meminta kerajaan membina 26 batang seperti yang dimintanya, selain menaiktaraf 13 jalan sedia ada di kawasan Ranau.

Kesemua 39 jalan itu penting untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar berkenaan, termasuk kawasannya, kata Siringan.

Dua MP Sabah dari parti BN bertindak keluar parti baru-baru ini, antaranya atas bantahan ke atas tahap pembangunan di negeri tersebut.
 
 
'Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas'
  • Zulaikha Zulkifli
 
Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.

NONE"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri.

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak.

NONEHari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.

Selain itu, Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.

Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975.

"Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion.

NONESementara itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam.

Sambil menjelaskan manusia terbahagi kepada tiga iaitu mukminin, kafir dan munafik, Nik Aziz berkata, sekatan royalti tersebut bukan dibuat oleh Petronas, sebaliknya kerajaan yang memerintah.

"Tengku Razaleigh (Hamzah) kata disekat oleh Petronas. Sebenarnya sekatan ini Umno yang buat sebab dia kuasai pusat. Yang kuasai pusat sekarang bukan MCA tapi orang Melayu Umno. Benci pada gerakan Islam.

"Dia (Umno) kata nak tolong orang Melayu. Tapi saya ini Melayu juga, baka raja lagi. Tapi tak beri," kata Nik Aziz yang mengakhiri ucapannya dengan bacaan doa.



Suaram: Sepina akhirnya diserah pada saksi Scorpene
  • Nigel Aw
 
Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

NONE"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.

Wednesday, September 26, 2012

Rakyat Sabah mohon isytihar perjanjian 1976 tak sah


(R-Sabah...kembalikan hak Sabah)


KOTA KINABALU: Sekumpulan rakyat Sabah di sini menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan mengambil sebahagian besar hasil petroleum dari Sabah sebagai menyalahi undang-undang.

Malah perkara itu juga menyalahi persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Jurucakap kumpulan terbabit, Zainnal Ajamain berkata, hasil petroleum tersebut sepatutnya menjadi milik sepenuhnya rakyat Sabah.

"Petroleum 100 peratus dimiliki rakyat di Sabah, ia harus diberikan kembali dan biarkan mereka membuat keputusan untuk berapa banyak harus diberikan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada satu kenyatan di sini.

Semalam Zainnal yang juga seorang ahli perniagaan bersama rakan-rakan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mengisytiharkan perjanjian antara kerajaan Sabah dan Petronas sebagai tidak sah dan terbatal.

Kumpulan terbabit yang menggelarkan diri sebagai R Sabah terdiri Lahirul Latigu, Mohd Julpikar AbMijan, Joseph Wilfred, Duli @ Dullie Mari dan Michael Peter Govind @ Mick Goviind.

Zainnal berkata, tuntutan itu selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Tuaran baru-baru ini yang menyebut haram memindahkan kekayaan sesebuah negeri kalau masih ada rakyat miskin.

Katanya juga langkah tersebut dilakukan terhadap kerajaan Persekutuan kerana menafikan negeri pengeluar minyak daripada menikmati kekayaan anugerah Tuhan.

Kata beliau juga perjanjian yang ditandatangani 37 tahun lalu disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apabila hak negeri dinafikan.

Baru-baru ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa mengumumkan kerajaan negeri mahu merundingkan semula Perjanjian Petroleum yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1976.

Pada perjanjian tersebut kerajaan negeri diberikan 5 peratus daripada nilai minyak yang dijumpai di tepi dan pesisir pantai Sabah, manakala 95 peratus diambil kerajaan Persekutuan.

Sebelum itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan rakyat Sabah akan mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Putrajaya.

Zainnal berkata, kerajaan negeri dan pembangkang tidak mempunyai hak untuk menentukan kuantum royalti kepada Sabah.

Difahamkan permohonan pengisytiharan serupa juga akan difailkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Zainnal juga memberitahu beliau dan R Sabah akan menghadiri perhimpunan pada 2 Oktober ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan menyertai konvoi ke Istana Kehakiman di Putrajaya pada 3 Oktober.

POPULARITI JOM HEBOH!


Tinjauan: Populariti Najib merosot


Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot tiga peratus daripada 61 kepada 58 peratus pada bulan ini berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu membandingkan populariti Najib antara 31 Mac hingga 15 April dengan tempoh terkini antara 1 hingga 16 September lalu.

NONEPerkara yang dinilai UMCEDEL antaranya, sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkat antarabangsa.

Secara perbandingan, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Najib, menurut tinjauan itu lagi.

Walaupun BN semakin berpengaruh di Kelantan, secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Isu berkaitan dengan NFC, Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU Ke-13," ringkasan eksekutifnya dipetik

Terdapat sokongan yang tinggi supaya Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Monday, September 17, 2012

Teknik Sihat Buang Airbesar!

Anda berak bertinggung atau duduk? jaga-jaga !

Apa jenis jamban yang anda pakai kat rumah. kalau kita duduk kat taman biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh penjajah tak guna.
Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu. Berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Samada kita perasa atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai tu.
Jom ubah!
Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.
Cerita asalnya kat sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang saya lampirkan.
Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.
Mungkin kita perasa dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.
Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.