Wednesday, February 23, 2011

Media: Adik ipar bekas PM Britain urus kempen anti-Taib

Oleh Shannon Teoh



Tan Sri Muhyiddin Yassin berbual dengan Taib (kiri)sempena sambutan Chap Goh Mei di Kuching, 17 Feburari. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Siaran Radio Free Sarawak, stesen radio yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London, demikian menurut laporan London Evening Standard.
Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.
Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.
Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan “peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas.”
Rewcastle Brown lahir di Sarawak sebelum negeri bekas jajahan British itu diserahkan kepada Malaysia. Dia tinggal di Sarawak sehingga berusia lapan tahun, kata akhbar itu.
Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.
Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu.
The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo.
Rewcastle Brown memberikan penerangan kepada Jaban: “Pastikan anda tanya dia soalan sama ada dia tahu bahawa Ketua Menteri Taib yang telah mencuri tanah mereka? Dan, tanya juga siapa yang dia akan mengundi nanti!”
Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.
“Bahasa Inggeris masih merupakan bahasa penyatuan di Sarawak dan saya menggunakan blog dan siaran ini untuk mendedahkan pembersihan hutan secara sewenang-wenangnya, di mana 95 peratus hutan di Sarawak sudah ditebang dan digantikan dengan ladang kelapa sawit, yang telah menjadikan Taib dan keluarganya kaya,” kata Rewcastle Brown.
“Apa lagi, siasatan saya menunjukkan wang keluarga Taib (juga) ada di sini, di London dan ini termasuklah hartanah mewah di tengah ibu negara (Britain),” katanya.
Dia menambah, pemimpin parti pembangkang, Baru Bian, seorang peguam hak asasi manusia yang karismatik, mendorong kepada perubahan yang sebenar dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tetapi, sungguh memeranjatkan hanya satu pertiga (rakyatnya) yang mendaftar sebagai pengundi dan kerajaan Malaysia yang berasuah tutup mata mereka kerana Taib sentiasa menghasilkan (kemenangan) Sarawak, negeri mereka paling kaya, kepada mereka,” katanya lagi.
Katanya, dia dan Jaban memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka selepas ugutan diposkan ke Sarawak Report dan kematian misteri ketua pendedah maklumat mereka di Amerika Syarikat.
“Sebelum Krismas, seorang pembantu Taib di Amerika Syarikat yang tidak puas hati dengannya, Ross Boyert, ditemui mati di sebuah bilik hotel di  Los Angeles dengan beg plastik ditemui di bahagian lehernya.
“Inkues ini masih dijalankan tetapi diduga bahawa saya dan Peter juga kemungkinan berada dalam keadaan bahaya. Daripada berselindung, kami memutuskan untuk tampil (dan mendedahkan identiti),” katanya kepada London Evening Standard.
“Ironisnya, Taib dan orang-orangnya menganggap kami ini menjalankan operasi besar-besaran tetapi kami cuma lima orang dengan beberapa komputer bimbit dan sebuah set pengadun (nada). Kemajuan teknologi MP3 bermakna radio dengan gelombang pendek mudah untuk dikendalikan,” katanya.
Pada Disember lalu, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kontroversial juga dilaporkan menyertai Radio Free Sarawak sebagai penyumbang tetapnya.
Stesen itu mula beroperasi sejak pertengahan November lalu sebagai saluran siaran bukan kerajaan.
Menurut maklumat sebelum ini, Radio Free Sarawak merupan stesen radio bukan kerajaan yang menyediakan siaran setiap hari antara pukul 6.30 hingga 7.30 petang pada gelombang 7590kHz dan dari 6 hingga 7 petang pada 15420 kHz.
“Kami begitu efektif sehingga orang Taib sangka kami dibiayai oleh George Soros, yang yayasannya membiayai Radio Free Burma,” kata beliau merujuk kepada jutawan dari Amerika Syarikat itu.
Katanya, dia memulakan kerja-kerja itu dengan kos kurang daripada £10,000 (RM49,000) sebulan pada Oktober lalu.
Kemudian dia menjelaskan, mereka menerima bantuan kewangan daripada rakan-rakan yang tidak mahu diri mereka dikenali.
Bagaimanapun Rewcastle Brown sama sekali menafikan pembabitan Gordon.
“Bukan Gordon,” katanya.
“Sokongan dia hanya dari segi moral,” kata Rewcastle Brown lagi.(minsider)

Tuesday, February 22, 2011

Senyum 1Malaysia .......................

Dahsyaat ooo : Tabik Spring Sama Sepol Superman...!!!!


LAY HONG: Kalau dia (Mohd. Saiful Bukhari) memakai seluar dalam dan seluar panjang pada masa yang sama.

RAM KARPAL: Ya, mestilah orang pakai seluar dalam dahulu baru pakai seluar panjang kecuali kalau dia Superman, baru pakai seluar dalam di luar.

Kenyataan tersebut bukan sahaja membuatkan saksi itu tersenyum malah hakim dan mereka yang berada di mahkamah tersenyum dan tertawa. Kah...kah...kah...

Macamana air mani Sialfool boleh ada dalam dubur sendiri?
 
TMI - Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.
hehehe... berdasarkan kenyataan yang gua hitamkan di atas tu, peguam Ram Karpal sudah tersilap daaaaa.... Sebenarnya Sepol bukanlah Superman... tetapi budak Sepol nih... adalah Elasticman... hahahaaaa....
 
Di mana hanya Elasticman sahaja yang boleh memanjangkan Kote-nya untuk di sumbatkan kedalam Juboq sendiri dan memancutkan air mani.... kah..kah..kah....
 
Mungkin Zunar atau Ronasina boleh lukiskan kartun Sepol Elasticman buat aksi sebegitu... hahahaha..., lu orang boleh bayangkan tak macamana situasi tuuuu....
 
Dahshaaaaaattttt........ wa cakap luuuuuu....  
 
ISA.

Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta
Muhayat Jasmin   
GEORGETOWN, 22 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mendesak mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon supaya bertanggungjawab terhadap skandal Pulau Jerejak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM30 juta kepada rakyat dan kerajaan negeri.
Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu.
Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini.
"Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim.
Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.
Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah.
Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan.
Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini.
Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa.

Zaman Mahasiswa Telah Kembali...............

Mahasiswa bangkit menempuh arus zaman!

Hafiz Zainuddin
Kebangkitan mahasiswa bukan sesuatu yang baru kepada sejarah negara kita.  Nama-nama seperti Kamarazaman Yacob, Abu Zer, Yunus Ali, Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim dan ramai lagi aktivis mahasiswa sangat sinonim dengan kebangkitan mahasiswa suatu ketika dahulu.  Kerajaan melihat kebangkitan mahasiswa sekitar tahun 1970-an membuktikan bahawa "student power" ini bukan subjek yang boleh dipandang enteng.  Sebab itu mereka telah memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada tahun 1971 yang dilihat bertujuan mengekang kebangkitan dan mengongkong mahasiswa dari aktif berpolitik.  Malah negara menyaksikan ramai aktivis mahasiswa dari dahulu sehingga kini ditahan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Kita mengakui bahawa universiti-universiti awam di negara ini telah melahirkan ramai  cendekiawan dan tokoh-tokoh ulung.  Golongan cendekiawan ini telah melontarkan banyak idea, pandangan, kajian dan sebagainya.  Semua ini telah banyak membantu dalam perkembangan ilmu pengetahuan, perindustrian, menaik taraf sosio ekonomi masyarakat dan negara amnya.  Tetapi fakta ini cuma berada sebuah sudut yang umum mengetahui.  Kita harus mengeluarkan minda mahasiswa kita dari kefahaman sempit.  Universiti kita bukan cuma sebuah pusat pengumpulan manusia-manusia untuk diprogramkan.  Kalau begitu lebih baik belajar di sekolah sahaja - Profesor kangkung, sebagaimana yang disifatkan Hishamuddin Rais.  Ia merujuk kepada peranan universiti adalah lebih besar dari sekadar "pusat pengajian".
Mahasiswa: Produk tertentu memenuhi permintaan pasaran?
Tugas sebagai mahasiswa bukan semata-mata untuk belajar dalam jurusan yang diambil- menyiapkan kerja kursus dan menduduki peperiksaan.  Menjadi mahasiswa juga bukan semata-mata bercuti ke Genting pada hari minggu.  Tugas sebagai mahasiswa adalah sebagai penggerak massa dan minda masyarakat zamannya.  Tugas sebagai mahasiswa adalah untuk memberi solidariti kepada perjuangan rakyat.  Mahasiswa merupakan nadi dan tulang belakang gerakan rakyat dalam memerangi kezaliman.  Tugas mahasiswa adalah untuk menyedarkan rakyat.  Mahasiswa perlu menceburkan diri dalam politik untuk menyeimbangkan suara rakyat.  Lihatlah sejarah yang pernah tercipta di Iran, Perancis, Tunisia, Mesir, Greece, Korea dan sebagainya.  Mahasiswa mencipta sejarah!  Adalah amat menyedihkan sebahagian besar mahasiswa dilihat cuma mahu menjadi produk-produk tertentu dalam memenuhi permintaan pasaran.
Pilihanraya Kampus sangat penting bertujuan untuk menyediakan barisan kepemimpinan di kalangan mahasiswa itu sendiri.  Pilihanraya Kampus ini merupakan sebuah platform kepada mahasiswa untuk berjuang menggangkat isu-isu berkaitan kebajikan pelajar, pentadbiran universiti malah isu-isu melibatkan kepentingan negara.  Di sinilah mahasiswa mengetengahkan, memperkenalkan idealisme perjuangan mereka.  Mereka yang memenangi pilihanraya kampus perlu bertindak sebagai mata-kepala dan suara pelajar-pelajar yang diwakili dan bukan sebagai "pak turut" pentadbiran universiti mahupun kerajaan.  Gerakan mahasiswa perlu menjadi sebuah gerakan yang non-partisan demi menjamin kestabilan dan keutuhan gerakan pelajr itu sendiri.
Adalah sangat tidak tepat jika kita tafsirkan bahawa Pilihanraya Kampus merupakan sebuah platform untuk "belajar" dan "merasa berpolitik" semata-mata.  Malah di sinilah bakat calon-calon yang bakal menerajui negara diasah.  Partisipasi mahasiswa dalam politik kampus mahupun luar kampus harus dilihat sebagai sesuatu yang positif tetapi "mahasiswa yang berpolitik" ini sering sahaja dilabel menentang kerajaan dan mencabar pentadbiran universiti.
Tahun 2010 dilihat sebagai zaman kebangkitan semula mahasiswa.  Tertangkapnya beberapa orang pelajar semasa membantu jentera PR di pilihanraya kecil Hulu selangor dan kes "bini puaka", diikuti dengan perhimpunan-perhimpunan aman di Kementerian Pengajian Tinggi, perhimpunan-perhimpunan solidariti mahasiswa amat meresahkan kerajaan lebih-lebih lagi taring AUKU semakin menumpul.
Cabaran kepada semangat demokrasi
Insiden mengejutkan kehilangan calon Pro Mahasiswa UM; Masturah Abu Bakar merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya kampus.  Kehilangan Masturah dilihat sebagai "konspirasi terancang" pihak-pihak tertentu dalam menakutkan gerakan Pro Mahasiswa seterusnya menggagalkan kemenangan mereka di universiti-universiti.  Apa yang akan berlaku sekiranya gerakan Pro Mahasiswa tewas?  Ya. Pentadbiran universiti akan lebih mudah untuk menjalankan dasar-dasar yang menekan mahasiswa dari beraktivisme.
Berbalik kepada insiden kehilangan Masturah (gambar kiri); sebuah laporan polis telah pun dibuat oleh temannya.  Nurhanis Wahidah diikuti dengan sebuah perhimpunan di Dewan Tunku Canselor yang melibatkan sekurang-kurangnya 200 mahasiswa untuk menyerahkan memorandum yang menuntut pihak universiti agar bertanggungjawab atas kehilangat tersebut.
Mengulas insiden kehilangan Masturah, pihak pentadbiran universiti menekankan bahawa mahasiswa dilarang berkempen di luar kampus.  Sekiranya berbuat demikian, mereka harus bertanggungjawab di atas tindakan yang mereka lakukan.  Ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat memalukan.
Logiknya seseorang individu itu memang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan-tidak perlu peraturan bertulis pun kita sudah mengetahuinya.  Isunya ialah - Masturah adalah seorang pelajar UM sendiri dan merupakan Calon Pro Mahasiswa yang bakal bertanding.  Pihak universiti harus lebih prihatin dengan insiden yang menimpa Masturah dan bukan mengambil sikap eskapis.  Ini sangat tidak profesional.  Sikap acuh tidak acuh pentadbiran UM ke atas insiden yang menimpa Masturah cuma akan menjejaskan ketelusan dan kepercayaan pelajar dan masyarakat kepada institusi ulung tersebut.
Kebebasan beraktivisme mahasiswa cuba dikekang sebaik mungkin.  Seorang demi seorang aktivis Pro Mahasiswa bakal dikenakan tindakan akibat program "ziarah mesra" bagi mendekati masyarakat kampus.  Soalan saya, apakah impak negatif dari ziarah mesra tersebut?  Apakah ini sebuah pencabulan terhadap demokrasi?  Malah program ziarah ini akan merapatkan lagi hubungan sesama pelajar.  Satu lagi isu yang harus diketengahkan sebagai isu yang dilihat cuma mengongkong kebebasan beraktivisme dan kebebasan berkreativiti mahasiswa adalah isu dari pentadbiran UM yang mewajibkan calon pilihan raya kampus menghadiri bengkel calon.  Isu ini telahpun dijawab dan disokong oleh Front mahasiswa.
Tempoh berkempen bagi pilihanraya kampus seluruh negara diperlihatkan dengan insiden-insiden buruk yang menjejaskan sistem demokrasi pilihanraya kampus.  Antara lain adalah insiden mengoyak poster calon Pro Mahasiswa, membaling cat kepada kenderaan, membakar sepanduk dan sebagainya.  Apakah yang boleh diertikan dengan semua insiden ini?  Ya.  Mahasiswa kita cuba diterapkan dengan budaya "kebudak-budakan" dan tidak matang.  Pihak lawan cuba melakukan provokasi, menakut-nakutkan calon Pro Mahasiswa; tujuan akhirnya agar calon Pro Aspirasi menang.  Maka; mahasiswa sebolehnya akan dikawal dengan ketat.
Sehingga saat artikel ini ditulis, pilihanraya kampus telahpun berlangsung.  Ia menyaksikan kemenangan calon-calon Pro Mahasiswa di UM, UKM, UIA dan pengaruh Pro Mahasisa mula bertapak universiti lain.  Nampaknya, gerakan mahasiswa mula mendapat momentum.  Idealisme perjuangan mahasiswa harus dilaungkan.  Perjuangan untuk menggangkat martabat mahasiswa perlu diperluaskan.  Dan untuk hari-hari seterusnya, gerakan Pro Mahasiswa bakal menghadapi rintangan demi rintangan.  Teruskan perjuangan!  Ayuh ciptakan sejarah!  Mantapkan agenda perubahan!
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Siapa terima 1.5 bilion saham khas Bumiputra
Harakahdaily   
PETALING JAYA, 22 Feb: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.
Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.
Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.
“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).
Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.
Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.
Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.
Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.
Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.
Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.
Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.
“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.
“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.
Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.
Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.
“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.
Hadi Shalluf: Gaddafi Akan Ditangkap Atau Dipaksa Melarikan Diri


Rakyat Libya saat ini sangat membutuhkan makanan dan obat-obatan karena kisruh antara pasukan keamanan dan tentara bayaran, ditambah lagi dengan massa yang terus merangsek menuntut pemimpin negeri itu untuk mundur.
Rakyat berkumpul di Tripoli, dan para pemimpin suku berbicara menentang Gaddafi, dan ini adalah pergolakan paling berdarah sepanjang sejarah dunia Arab modern.
Sumber-sumber medis dan lain-lain di lapangan mengatakan bahwa setidaknya 219 tewas hanya dalam waktu beberapa hari. Berikut adalah kesaksian dari Hadi Shalluf, seorang dokter Libya dalam petikan wawancaranya dengan Sudan Tribune.
Bagaimana kondisi rakyat Libya saat ini?
Saat ini ribuan orang di ibukota, Tripoli, turun ke jalan-jalan dan melempari billboard Gaddafi. Di Benghazi, kota terbesar kedua di Libya, sebagian besar areanya dikuasai oleh rakyat. Kami mendesak kelompok-kelompok kemanusiaan untuk mengirim persediaan bantuan terutama makanan dan obat-obatan dan jika memungkinkan, donor darah, kepada rakyat Libya melalui perbatasan dengan Mesir.
Kemungkinan yang paling buruk?
Peristiwa ini akan menyebar di seluruh negeri dan akan ada pertempuran sengit yang mengarah ke pertumpahan darah yang selanjutnya akan memperburuk rakyat.
Bagaimana dengan Moammar Gaddafi?
Gaddafi akan ditangkap atau dipaksa melarikan diri. Bahkan pilihan terakhir mungkin tidak akan terjadi, karena hanya ada sedikit negara yang bersedia untuk menerimanya. Bahkan Arab Saudi sekalipun, akan enggan menjadi tuan rumah untuk dia.
Jadi nasib Gaddafi akan berbeda dengan Ben Ali dari Tunisia dan Mobarak dari Mesir?
Gaddafi akan berusaha menghindari tinggal di negara-negara yang sudah menandatangani undang-undang Pengadilan Pidana Internasional (ICC) karena takut penuntutan di masa depan. Mungkin Zimbabwe, adalah tempat yang aman baginya, karena Zimbabwe bukan anggota ICC.
Memangnya apa yang membedakan Libya dengan Mesir dan Tunisia?
Kita sedang menyaksikan kejahatan perang dan genosida terhadap rakyat Libya oleh rezim dan tentara bayaran dengan kebijakan tembak-bunuh. Kekerasan adalah satu-satunya bahasa yang dimengerti oleh Gaddafi.
Tanggapan Uni Eropa terhadap masalah di Libya ini?
Masyarakat internasional khususnya Uni Eropa (UE) diam pada "kejahatan yang dilakukan terhadap rakyat Libya". Target jaringan pipa minyak di Libya adalah satu-satunya cara akan Anda mendapatkan perhatian mereka [UE].
Berapa lama lagi Gaddafi akan turun tahta?
Tidak lebih dari dua minggu.
Lantas bagaimana dengan usaha Saif al-Islam di televisi bahwa militer akan menegakkan keamanan bagaimana pun caranya?
Semuanya sudah terlambat. (sa/sudantribune)

Jaringan Ulama Libya Serukan Umat Islam Memberontak Lawan Gaddafi

Sebuah koalisi para pemimpin Islam Libya telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan merupakan kewajiban semua muslim untuk memberontak terhadap kepemimpinan Libya dan menuntut pembebasan semua demonstran yang dipenjara oleh rezim Gaddafi.
Kelompok ini juga menuntut pembebasan rekan ulama Islam mereka Sadiq Al-Ghriani, yang ditangkap setelah mengkritik pemerintah, dan "semua demonstran yang dipenjarakan, termasuk banyak para siswa muda kami."
Menamakan dirinya "Jaringan Ulama Bebas Libya", kelompok yang terdiri dari 50 ulama Muslim mengatakan pemerintah dan pendukungnya telah menunjukkan keangkuhan total, dan bahkan semakin meningkat, atas tindakan kejahatan berdarah mereka terhadap kemanusiaan.
"Mereka telah menunjukkan kekafiran total mereka terhadap ajaran Allah dan Nabi Muhammad Saw," kata pernyataan yang diperoleh oleh Reuters pada hari Senin kemarin (21/2).
"Hal ini membuat mereka tidak layak untuk ditaati atau didukung, dan melakukan pemberontakan melawan mereka dengan segala cara adalah sesuatu yang merupakan tugas ilahi," kata para ulama, yang meminta tidak disebutkan namanya untuk alasan keamanan.
Kumpulan ulama yang dibentuk untuk menentang pemerintah adalah sesuatu yang jarang terjadi di Afrika Utara, tetapi tindakan keras pemerintah terhadap para demonstran membuat para ulama berkumpul untuk membentuk jaringan yang sebelumnya tidak dikenal.
Pernyataan pertama mereka yang dikeluarkan pada hari Sabtu lalu mengecam pemerintah karena menembaki demonstran yang menuntut kebebasan yang diakui secara internasional telah melanggar hak asasi manusia dan menekankan pembunuhan orang tak bersalah adalah "Haram" menurut aturan dari Allah.(fq/reu)

Syarikat minyak mahu tutup operasi

LONDON - Wintershall yang merupakan unit cari gali minyak dan gas syarikat Jerman, BASF, bersedia menutup pengeluarannya di Libya dan membawa keluar kakitangan asing selepas keganasan merebak di negara itu yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di benua Afrika.
Menurut satu kenyataan Wintershall semalam, ia kini mengurangkan pengeluaran minyak di Libya sebanyak 100,000 tong sehari
Syarikat-syarikat minyak antarabangsa lain termasuk Royal Dutch Shell dan OMV memberitahu, ia akan turut membawa keluar kakitangan asing masing-masing.
Tindakan sama diambil syarikat Norway, Statoil dan OMV serta Shell selepas berpuluh-puluh penunjuk perasaan antipemerintah terbunuh di bandar Benghazi dengan kekacauan merebak ke ibu negeri Libya, Tripoli pada hujung minggu lalu.
Kebanyakan operasi pengeluaran minyak Libya terletak di timur negara itu dan selatan Benghazi.
Situasi di bandar itu semakin meruncing semalam selepas pasukan keselamatan yang setia kepada pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dilihat gagal mengawal keamanan. - Reuters
 
 
Peragut terbunuh
 
 
TUMPAS...seorang penjenayah

terbunuh (dalam bulatan)

manakala seorang terselamat.
 
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat. 
 
AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.


Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.

Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.
(rakyatmarhaen)