Faisal Mustaffa
Cuti tahun baru membuatkan aku malas untuk membaca, apatah lagi untuk mencari bahan untuk menulis. Tiba-tiba fikiran aku melayang kepada projek-projek rumit yang aku lakukan sepanjang 2010. Antaranya yang aku mahu berkongsikan di dalam penulisan ini ialah keadaan daif sebuah keluarga yang tinggal di sebuah projek pembinaan bangunan di tengah-tengah segitiga emas metropolitan Kuala Lumpur.
Kawasan itu dilindungi oleh Bangunan Berjaya Times Square - tempat ahli korporat mengumpul harta, tempat anak muda mencuci mata. Tetapi di celah-celah kesibukan tersebut terdapat sebuah keluarga merempat yang hidup dikelilingi bahaya.

Saya tidak pasti apakah punca mata pencarian keluarga tersebut kerana saya rasa mungkin mereka tidak mahu diwawancara mahupun diambil gambar mereka dari jarak dekat.
Namun, sebagai sebuah negara membangun, situasi sebegini tidak seharusnya terjadi. Keluarga ini mengharapkan air hujan sebagai punca air. Mereka memasak, tidur dan tinggal di situ.
Di bangunan tersebut juga terdapat sebuah kawasan tadahan air yang kini menjadi tempat "beriadah" untuk kanak-kanak. Mereka ini tidak memikirkan tentang kedaifan keluarga mereka, hanya bersuka-ria. Mereka bermandi-mandian dan berenang-renang tanpa memikirkan faktor keselamatan. Saya pasti pada tahap ketinggian air itu sudah ada haiwan-haiwan bahaya turut sama menginap - ular, biawak yang mungkin membahayakan kanak-kanak tersebut.
Di tempat tersorok itu jugalah para peniaga dadah melakukan transaksi dan melepaskan gian.
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948 menyatakan di dalam Perkara 1: Semua manusia dilahirkan bebas dan sama dalam martabat dan hak-hak. Mereka dikurniakan akal dan hati nurani dan harus bertindak terhadap satu sama lain dalam semangat persaudaraan.

Perkara inilah yang tidak berlaku di Malaysia, sungguhpun Malaysia sudah pun menandatangani deklarasi tersebut.
Menurut statistik, sekurang-kurangnya terdapat 963 juta orang kelaparan setiap malam, hampir satu billion orang hidup setinggan, seorang wanita mati setiap minit akibat kompilasi kandungan, 1.3 billion orang tiada kemudahan asas kesihatan, dan 2.5 billion orang tiada kemudahan sanitasi yang baik. Dan 20 ribu kanak-kanak mati sebagai kesannya - di seluruh dunia.

Pemasalahan yang dinyatakan di dalam statistik itu berlaku di Malaysia, semakin ramai populasi, semakin tinggi kadar tersebut secara relatifnya.
Menteri Sumber Manusia, Subramaniam (gambar kiri) baru-baru ini mengakui bahawa penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya dapat mengatasi isu kemiskinan bandar.

Terbaru, satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja mendapati hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja sektor perkilangan memperoleh pendapatan bulanan bawah RM700 sebulan. Gaji bulanan RM700 itu adalah di bawah garis kemiskinan yang ketika ini ditetapkan bawah RM720. Peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga bahan api, harga barangan dan keperluan yang melonjak tinggi menyulitkan kehidupan masyarakat berpendapatan rendah terutama di bandar besar.
Menggambarkan kemiskinan melalui kadar pendapatan atau perbelanjaan bukan cara sebenar menggambarkan apa itu kemiskinan. Mereka yang hidup dalam kemiskinan, menjelaskan dengan baik sekali bahawa setiap hari adalah satu cabaran - cabaran untuk makan, cabaran untuk memberi makan kepada keluarga, cabaran keselamatan diri dan keluarga. Keluarga yang dipaparkan di dalam tangkapan gambar jarak jauh itu melambangkan keadaan tersebut.
Mereka ini tidak dihalau pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mereka tidak mengacau sesiapa pun. Malah, DBKL dan pihak pemaju menutup kawasan tersebut dari pandangan awam, terutamanya pelancong yang menjadi kawasan tersebut sebagai salah satu tumpuan.
Nelson Mandela pernah berkata, mengatasi kemiskinan bukanlah satu tanda kebajikan. Ia adalah satu tindakan keadilan. Ia melindungi satu hak asasi kemanusiaan, iaitu hak bermaruah dan kehidupan sempurna.

Sang-sang politik sering berlumba-lumba untuk menyampaikan sumbangan. Tetapi ia sebenarnya tidak banyak membantu dalam mengatasi kemiskinan. Beg-beg sekolah yang dihadiahkan kepada murid-murid yang memasuki alam persekolahan ditempelkan dengan logo 1 Malaysia. Bukankah ini tidak ikhlas namanya?
Bagaimanakah hak asasi manusia membantu di dalam konteks ini? Selagi kita melindungi hak-hak tersebut, maruah manusia akan kekal, dan sebarang ancaman terhadap hak-hak tersebut bukan sekadar ketidakadilan tetapi sesuatu yang memalukan kita sebagai satu komuniti.

Sememangnya isu kemiskinan bandar sering dikaitkan dengan masalah penempatan setinggan yang sehingga kini masih tidak berjaya diatasi sepenuhnya oleh kerajaan. Di Kuala Lumpur sahaja, kawasan penempatan setinggan masih boleh didapati berselerak di kawasan Cheras, Segambut, Lembah Pantai, Kepong, Batu dan lain-lain.
Bagaimanapun kemiskinan bandar tentu sekali tidak hanya terhad kepada penduduk setinggan semata-mata malahan penduduk di kawasan perumahan rakyat termiskin atau perumahan kos rendah umpamanya, juga tidak terlepas dari belenggu tersebut. Proses penghijrahan atau urbanisasi telah menyumbang kepada kemiskinan bandar berbanding sekitar 1970-an, di mana kurang 30% sahaja penduduk Malaysia yang menghuni di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Masalah kemiskinan ini akhirnya akan mengheret pelbagai lagi masalah seperti peningkatan jenayah dan penyakit sosial ke dalam masyarakat.
Pernah suatu ketika dahulu saya menjalankan kajian rambang mengenai kemiskinan bandar dan kajian tersebut tertumpu ke Kg.Medan. Alangkah peliknya melihat sebuah tilam berada di tepi tiang gol di tengah padang bolasepak yang penuh lecak. Anda mungkin tidak mempunyai sebarang tanggapan buruk tetapi, di situlah anak-anak rempit melakukan seks bebas pada hujung minggu selepas menang lumbaan motosikal mereka.(merdekareview)

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas. Gambar daripada IzhamMiyake.
......Tanah Tumpahnya Darahkuuuuuu........