KUALA LUMPUR 14 DIS : Putrajaya menutup isu insiden mata
lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 dengan mengetepikan
dakwaan terbaru seorang bekas pegawai kanan polis bahawa
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti.
Dalam jawapan kepada parlimen hari ini Menteri Di Jabatan
Perdana menteri Datuk Nazri Aziz mengelak daripada
menjawab dakwaan bekas pegawai siasatan Datuk Mat Zain
Ibrahim bahawa Abdul Gani memalsukan dokumen dalam kes
itu.
Lebih dikesali, Speaker Dewan sekali lagi menggunakan
kuasanya mencantas usaha ahli Parlimen Pakatan Rakyat
mendapatkan penjelasan daripada Nazri.
Nazri memilih untuk hanya memberitahu bahawa tidak perlu
bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang
dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti gagal untuk
membersihkan nama beliau dalam insiden itu.Jawapan Nazri
tidak langsung menyentuh mengenai asas-asas dakwaan Mat Zain
mengenai tindakan Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa
Hassan dalam memalsukan bukti dan keterangan bersabit siasatan
mata lebam Anwar.
bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang
dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti gagal untuk
membersihkan nama beliau dalam insiden itu.Jawapan Nazri
tidak langsung menyentuh mengenai asas-asas dakwaan Mat Zain
mengenai tindakan Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa
Hassan dalam memalsukan bukti dan keterangan bersabit siasatan
mata lebam Anwar.
Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan
panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.
panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.
"Panel penasihat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), dalam suratnya
kepada Datuk Mat Zain pada 23 Julai 2009, sudah pun menekankan bahawa tidak
perlu panel bebas atau SPRM membersihkan nama Mat Zain, memandangkan beliau
tidak tertakluk kepada siasatan," katanya.
Tambah beliau, panel itu tidak menjalankan siasatan melibatkan Mat Zain sebagai
satu subjek dan oleh itu, tidak bertanggungjawab untuk membuat sebarang penilaian
terhadap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumput itu.
Nazri juga menambah bahawa panel itu dilantik mengikut perlembagaan meskipun
Mat Zain mendakwa Penguam Cara Negara tiada kuasa untuk melantik anggotanya.
Kata beliau, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai pendakwa
raya dalam keadaan Peguam Negara tidak boleh bertindak sedemikian.
"Dalam kes ini, Abdul Gani adalah subjek siasatan dan oleh itu, adalah tidak adil atau
sesuai bagi beliau untuk melantik anggota panel."Oleh itu, Peguam Negara mengambil
alih tugas untuk bertindak sedemikian dan ia adalah sah," katanya.
Di akhir rumusan penjelasan Nazri hari ini, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) bangun
untuk memprotes bahawa penjelasan itu tidak memuaskan, tetapi usahanya dihalang
oleh Speaker Dewan Rakyat.
Khamis lalu, Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa Putrajaya akan
mengumumkan keputusan final, yang dijadualkan semalam, sama ada perlu membuka
semula kertas siasatan berkaitan insiden matla lebam Anwar, yang berlaku 12 tahun lalu,
ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.
Nazri juga berkata, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen berhubung
isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah "muktamad."
Dalam kenyataan minggu lalu itu, Nazri berkata kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Lim, yang juga Penasihat DAP, bahawa kes
mata lebam sudah ditutup adalah "tepat."
"Hishammuddin tidak salah dalam mengatakan ia sudah ditutup. Kes itu sudah lama
ditutup. Apa yang yang berlaku baru-baru ini ialah wujudnya maklumat terbaru. "Kami
akan menjawab minggu depan, tunggu dan lihat," kata Nazri.
Awal minggu lalu, Lim mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen
Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata
lebam Anwar sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan
yang bercanggah.
Lim mempersoalkan sama ada Hishammuddin merampas tanggungjawab yang
diberikan kepada rakan sejawatannya Nazri agar mengendalikan perkara berkenaan,
dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.
Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka
Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata
lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.
Nazri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Abdul Gani bagi
mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.
Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Abdul Gani berhubung surat terbuka
Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin
lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang di
bawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.