(wartashubhi)
Pelajar Melayu Lelaki Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh Di Dublin
Ariff pernah dilaporkan hilang sebelum ini. |
Kecoh berita ini disiarkan dalam kebanyakkan blog pro Umno yang memaparkan cerita pelajar Melayu Ariff Alfian Rosli yang pada mulanya ditaja oleh Petronas untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di UK. Beliau kemudiannya tidak menamatkan pengajiannya dalam masa yang diberi iaitu pada tahun 2008. Selepas itu dia dilaporkan hilang oleh ibubapanya dan tub tub ! tersiar beritanya berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh bernama Jonathan di Dublin.
Kesian ibu bapanya. Lebih-lebih lagi ibunya yang mengandungkan dia dan melahirkan serta membesarkan budak itu sehingga muncul sebagai pelajar terbaik di SMK Wangsa maju Seksyen 5. Semakin pandai dia menimba ilmu semakin celaru pemikirannya, entah apa yang tak kena.
Amat zalim apabila ada blogger Umno yang mendakwa bahawa kejadian ini tentu disukai oleh PKR, PAS dan DAP yang mana sudah pasti ia merupakan satu fitnah yang keterlaluan. Jika kita berterusan mempermainkan penyakit yang telah melanda bangsa kita sebegini sampai bilapun kita tidak akan dapat mengubatinya sedangkan hakikatnya penyakit ini sudah ada wujud sejak zaman dahulu kala lagi dan kini ia mula merebak bangsa kita.
Sebagai manusia yang memegang kepercayaan kepada ajaran agama Islam, sudah pasti kita menolaknya dan dalam masa yang sama berusaha mencari pendekatan bagaimana merawat gejala penyakit ini. Cuma mungkin masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza.